Anda di halaman 1dari 3

5.

0 PENGAJARAN DAN PENGALAMAN YANG DIPELAJARI DARI


PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

Melalui praktikum APK, kami telah memperolehi pelbagai pengajaran dan


pengalaman sepanjang bisnes yang kami lakukan semasa Ekspo APK di Fakulti
Sains dan Sumber Alam.

5.1 Pengurusan masa dan tugasan

Pengajaran dan pengalaman yang kami perolehi ialah mengurus masa dan
tugasan. Semasa praktikum, kami telah membahagikan masa bertugas kepada
semua ahli mengikut kesesuaian masing-masing. Hal ini adalah bertujuan agar
semua ahli dapat memberi komitmen semasa Ekspo APK. Selain itu, kami juga
mempelajari bahawa pembahagian tugas semasa praktikum adalah penting.
Pembahagian tugas juga dapat menjamin bisnes kami berjalan lancar tanpa
sebarang masalah. Namun begitu, semasa praktikum APK, terdapat ramai
pelanggan yang datang secara berkumpulan dan keadaan ini menyebabkan kami
sedikit panik dan lambat untuk menyiapkan produk kami. Justeru, kami sedar
bahawa pengurusan masa dan tugas adalah penting dalam menghasilkan
perkhidmatan yang baik dalam sesuatu bisnes.

5.2 Meningkatkan kemahiran komunikasi

Selain itu, aktiviti praktikum juga membolehkan kami untuk meningkatkan


kemahiran komunikasi Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk
berhubung dengan orang lain. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa
kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Komunikasi
antara ahli kumpulan adalah penting untuk mengelakkan berlakunya
kesalahfahaman terhadap tugas masing-masing yang akan menjejaskan
kelancaran bisnes pada hari tersebut. Tambahan lagi, kami juga mendapat
pengalaman baru untuk mengenalpasti, berkomunikasi dan berinteraksi secara
berkesan agar pelanggan membeli produk kami. Hal ini kerana tanpa komunikasi
yang berkesan antara ahli dan pelanggan, maka pelanggan tidak akan membeli
produk jualan kami. Kemahiran komunikasi yang bagus dapat membina
kepercayaan yang tinggi terhadap pelanggan untuk membeli dengan produk
kami. Oleh itu, kami percaya bahawa komunikasi yang berkesan dapat
meningkatkan lagi bilangan pelanggan.
5.3 Berinteraksi dengan pelanggan

Tambahan lagi pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan


sesuatu yang amant menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang
tidak mungkin akan dilupakan. Kami berhadapan dengan pelbagai ragam
pelanggan dan orang ramai pada hari tersebut. Di situ, kami semua belajar
untuk menjaga hati para pelanggan kami kerana mereka merupakan raja yang
mesti di layan dengan sebaik mungkin dan memujuk mereka agar membeli
produk minuman yang kami jual. Pengalaman tersebut menjadikan kami semakin
mahir berinteraksi dengan orang ramai tidak kira kanak-kanak, muda dan
dewasa.

5.4 Mula sedar bahawa susahnya berniaga

Sebelum praktikum ini kami semua menyangkakan menubuhkan serta


menguruskan perniagaan merupakan sesuatu perkara yang mudah dan senang.
Hal ini kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar menjual sesuatu dan
mendapat hasilnya. Namun begitu, sangkaan kami itu meleset sama sekali. Hal
ini kerana perniagaan memerlukan perancangan yang rapi dan pelaksanaan
hendaklah mengikut apa yang dirancang. Di samping itu, perniagaan juga
mempunyai risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh sesebuah perniagaan
antaranya ialah kerugian hasil jualan.

5.5 Memerlukan kesabaran yang tinggi

Di samping itu, praktikum APK juga telah mengajar kami untuk


mempunyai kesabaran yang tinggi. Pada peringkat awal jualan, kami sedikit
sukar untuk menarik perhatian pelanggan disebabkan saingan untuk menjual
produk masing-masing daripada kumpulan lain. Namun begitu, kesabaran yang
tinggi dan hasil usaha ahli kumpulan untuk menarik perhatian pelanggan, kami
dapat menjual jualan kami dengan baik sepanjang Ekspo APK tersebut.

5.6 Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

Praktikum projek APK telah menjadikan kami lebih matang dalam melihat
sesuatu perkara terutamanya dalam dunia perniagaan. Sebelum ini kami kurang
arif dalam bab-bab perniagaan, namun sekarang kami sudah pandai melihat
sesuatu perkara dengan jelas walaupun belum lagi di lakukan. Contohnya dalam
aspek perletakan harga dan strategi dalam menguruskan perniagaan serta
membuat keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai