Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
BUKU TRANSFORMASI
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN:
CABARAN DAN HALA TUJU
“Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju“

Buku Transformasi Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju merupakan


buku yang sesuai bagi pentadbir institusi pendidikan seperti sekolah, institut pengajian
tinggi awam dan swasta. Ilmu yang disumbangkan merupakan karya para ahli
akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain itu, buku
ini juga bertujuan memberi suatu gambaran terkini untuk dijadikan asas dan panduan
bagi mentransformasi institusi pendidikan. Beberapa topik yang dianggap mencabar
dikemukakan untuk direnung bersama supaya setiap pemimpin institusi pendidikan
mampu membuat transformasi dan menggerakkan minda mencapai kecemerlangan.
Bab yang ditulis dikategorikan kepada dua iaitu kepemimpinan peringkat sekolah dan
kepemimpinan peringkat pengajian tinggi. Buku ini dicetuskan oleh kesedaran
kumpulan penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan bagaimanakah institusi
pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadapi pelbagai
perubahan seperti Model Baharu Ekonomi, dasar pengajian tinggi, transformasi untuk
menjadi lebih maju dalam era globalisasi dan sekolah berprestasi tinggi dan lain-lain
lagi.

Profesor Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie merupakan profesor kepemimpinan


pendidikan dan keusahawanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM). Beliau pernah menulis buku untuk kegunaan pelajar universiti dan
kolej yang bertajuk Pentadbiran Pendidikan dan Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan: Satu Langkah ke Hadapan. Beliau juga merupakan penulis modul untuk
kursus Pengurusan Pendidikan dan Kepemimpinan Pendidikan. Beliau juga menjadi
pengerusi jawatankuasa penyeliaan dalam bidang pentadbiran pendidikan kepada
beberapa orang pelajar di peringkat Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia. Selain itu, Profesor Dr. Zaidatol Akmaliah juga giat menulis
buku tentang keusahawanan dan pendidikan keusahawanan. Beliau juga aktif dalam
penyelidikan bidang keusahawanan dan telah banyak membentangkan kertas kerja di
peringkat antarabangsa berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan.

Dr. Hj. Soaib bin Asimiran mendapat ijazah pertama daripada York University, Canada,
Master Sains daripada Sheffield Hallam University, United Kingdom dan Ph.D dalam
bidang Polisi, Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan daripada Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Beliau ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan dan telah
mula berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sejak 1987, sebagai Penolong Pendaftar.
Sejak menyertai Fakulti Pengajian Pendidikan mulai 1999, beliau terlibat dalam aktiviti
pengajaran, penulisan ilmiah dan penyelidikan serta perundingan di peringkat nasional.
Tumpuan pengajaran, penulisan dan penyelidikan beliau ialah Universiti Governan,
Pengurusan Pendidikan Tinggi, Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan, Keusahawanan
dan Pendidikan Keusahawanan. Beliau juga telah menerbitkan penulisan dalam bab
buku, monograf, prosiding dan artikel jurnal di peringkat nasional dan antarabangsa.

Transformasi Kepimpinan Pendidikan: Cabaran dan Hala Tuju


• Zaidatul Akmaliah Lope Pihie & Soaib Asimiran
• 2011
• ISBN 978-967-344-228-7
• 180 Halaman
• RM 48.00

Anda mungkin juga menyukai