Anda di halaman 1dari 3

20/8/2014

galaksiilmu89.blogspot.com

Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif


KONSEP PENDEKATAN
Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan
dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai
kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada
satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan
tidak memerlukan bukti dan alasan.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang
mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka.
Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang
pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan
yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau
keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang
sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan
dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke
isi abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedahkaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan
kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah
perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan
interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah,
Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah
sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut
tema-tema tertentu.
http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

1/3

20/8/2014

Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

Pendekatan Induktif
Pendekatan Indukif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah menggunakan
pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan
berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh
tersebut. Perkara ini dapat membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta
penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini, murid-murid mudah ingat dan faham
dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah
mengingati dan mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.
Pendekatan Deduktif
Pendekatan kedua ialah pendekatan Deduktif. Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu
pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Guru memberikan rumus, prinsip,
hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarnya kepada murid sehingga murid
memahami, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan
masalah dalam Matematik.
Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang
baharu daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Maksudnya di sini ialah
daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu, murid-murid dapat memahami sesuatu yang
baharu. Mereka mungkin memperoleh idea yang baharu bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Daripada idea atau pemahaman yang baharu itu boleh dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan yang baharu asalkan tidak terpesong daripada konsep masing-masing.
Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing
mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan
masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baharu.
Pendekatan Eklektik
Seterusnya ialah pendekatan eklektik. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil
daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan
tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai
digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan.
Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran
membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran
memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang
pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.
Pendekatan Komunikatif
Berikutnya ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan
berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang
digunakan adalah tertumpu pada fungsi komunikasi sahaja. Di dalam pendekatan ini, konteks dan situasi
http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

2/3

20/8/2014

Galaksi Ilmu 89: Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif

sangat dipentingkan. Pada masa yang sama, percubaan untuk berkomunikasi amatlah digalakkan.
Terjemahan boleh diterima dengan syarat murid-murid mendapat faedahnya. Bahasa pula diperolehi melalui
proses cuba dan ralat.
Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komikatif,
terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan
terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran
yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka
pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori
behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan
situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan seolah-olahnya
menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Caracara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah
kaedah-kaedah pengajaran.

http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

3/3

Anda mungkin juga menyukai