Anda di halaman 1dari 26

Bajau Pantai Timur

: Bajau Laut di
Semporna

DEWI RAHAYU
AEL140003
NURUL HIDAYAH
AEL140015
SYAHERA ABDULLAH AEL1400
ROSSALIN SADAN AEL1400
HIND
AEL1300

Pengenalan
Kaum bajau adalah merupakan kaum kedua
terbesar di Sabah.
Kaum ini kebanyakannya beragama islam dan
berasal daripada dua kumpulan etnik yang tidak
jauh bezanya iaitu Bajau di Pantai Timur dan
Bajau di Pantai Barat.
Merupakan pelaut yang terkenal pada zaman
dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah.
Kaum Bajau juga adalah pelaut yang mahir .
orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran
menunggang kuda.

Latar belakang
o Etnik bajau mempunyai kepelbagaian
dalam cabang etnik yang dapat
dibahagikan kepada dua iaitu :
a) Bajau di Pantai Timur ( Kudat, Sandakan,
Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau)
b) Bajau di Pantai Barat (Putatan,
Tuaran,Kota Belud, dan Papar).
o Dikatakan mereka kebanyakannya berasal
daripada Kepulauan Sulu dan Kepulauan
Indonesia. Pola petempatan yang
berselerak ini menyebabkan wujudnya
perbezaan dari segi slanga bahasa,
budaya dan adat istiadat. Kepelbagaian
ini menyebabkan etnik bajau kurang
dikenali masyarakat umum.

Etnik Bajau Pantai Timur Sabah bekerja sebagai nelayan & penyelam
yang
Melibatkan diri dalam perusahaan
nelayan yang majoritinya tinggal di
daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.
o Golongan ini khasnya, yang di daerah Semporna
mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea
gypsies, panglima dilaut, pelaut dan pelayar
terunggul kerana kehidupan mereka yang sangat
dekat dengan laut.
o Mereka juga dirujuk sebagai bajau laut atau sinonim
dengan sebutan Palau, aa dilaut, Mangat dan
Luwaan. Istilah ini digunakan sebagai salah satu
cara membezakan kedudukan dan taraf hidup
antara etnik bajau laut dengan masyarakat lain.

o Kebiasaannya, Bajau Laut menetap didalam perahu (lepa)

meskipun ada antara mereka tinggal secara tetap dengan


mendirikan rumah di kawasan daratan atau pinggir
pantai.
o Mereka ini menetap di kampong atas air, iaitu Kg Bangau-

bangau, Kg Halo, Pulau Omadal, Pulau Denawan dan


beberapa pulau di Semporna yang pada asalnya tidak
berpenghuni yang dijadikan tempat

persinggahan

oleh masyarakat bajau laut.


o Kumpulan ini

tradisi

Masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan


mereka, termasuk agama tradisional.

EKONOMI
o Perikanan merupakan nadi pendapatan dalam kalangan
etnik bajauS emporna, khususnya dalam kalangan etnik
bajau Palau.
o Hasil laut yang mereka peroleh bukan sahaja untuk
keperluan keluarga, malah ada yang dijual untuk
keperluan masyarakat .

o Aktiviti ekonomi berasaskan laut yang mereka lakukan


adalah memungut hasil laut dan menangkap hasil lautantara hasil laut yang diberi perhatian oleh etnik bajau
semporna ialah bat(teripang), tayum (landak laut),
siput dan kerang serta lato (sejenis rumpai laut).
Peralatan yang biasa digunakan adalah sebuah pisau
kecil, parang kecil, bakul.

Teripang Laut

Tayum (sea urchin)

Lato (Rumpai
Laut)

o Sistem pengangkutan air juga memainkan peranan


dalam pembangunan ekonomi.
o Kumpulan etnik bajau ini menjadi pengguna utama
malah Bajau Palau menjdikan ia sbgi tmpt tggl.
o David Sopher (pengkaji antropologi) menggelar etnik
ini normadic seafolks atau boat nomads krna mrka
bgerak mggunakn pngngkutn air dari sebuah tmpt ke
tmpt yg lain.

SISTEM SOSIAL
Komuniti Bajau Laut yang hidup dengan mengamalkan cara hidup
berpindah-randah di Laut Sulu, mereka tidak menetap di kawasan
darat dan di pulau milik mutlak Malaysia dan Filipina, tetapi
mereka bergerak bebas mengikut angin dan arus laut sahaja. Oleh
itu, mereka ini tidak diiktiraf sebagai rakyat sama ada Malaysia
mahupun Filipina.
Bagaimanapun, kaum Bajau Laut dilihat lebih suka dan selesa
berada di kawasan perairan pulau-pulau di Sabah daripada di
pulau-pulau selatan Filipina kerana lebih selamat dan mudah
mencari sumber rezeki.
Situasi ini menyebabkan status kerakyatan dan kedudukan mereka
di perairan Sabah (Malaysia) dan Filipina masih lagi kabur dan
sukar untuk diselesaikan. Implikasi tersebut menyebabkan mereka
diklasifikasikan sebagai orang tanpa negara atau stateless people
sahaja dan bukannya pendatang tanpa izin (PATI) mahupun
pelarian politik.
Rujukan dari Rencana Utansan Melayu 11 Nov 2014

SOSIAL
SISTEM KEKERABATAN
Dikenali sebagai danakan/kaum pamili
Kaum kerabat sedarah (maglung)
Kaum kerabat perkahwinan (pemikitan)
adalah bersifat bilateral
Kaum kerabat diangkat (danakan ni-ipat)
Setiap ahli masyarakat dianggap sebagai satu
keluarga dan merupakan satu sumber bantuan
terpenting.

PERKAHWINAN

Pihak lelaki kebiasaanya hanya akan


bekerja secara tetap apabila sudah
berkahwin.
Perempuan bertanggungjawab dalam melakukan
kerja domestik dan menjadi lebih bebas.
Jodoh ditentukan oleh ibubapa dan mereka
dilarang untuk bergaul berlawanan jantina
Berkahwin pada usia muda dan bersifat
endogamous tapi tidak melarang untuk
berkahwin dengan sesiapa sahaja.

ADAT PERKAHWINAN
Dilarang untuk berkahwin dengan kerabat sendiri
dan jika berkahwin akan dianggap membawa
malang.
Sebelum berkahwin pihak lelaki akan menilik
nasib bakal pengantin perempuan jika malang
maka perkahwinan tersebut akan dibatalkan.
Melakukan risikan secara sulit selepas diterima
berlangsungnya peminangan rasmi atau
pagpahandaan)

Cont.
Lazimnya perkahwinan akan dilakukan pada
hari bulan ke 14 atau 15 mengikut kalendar
isalam.
Isi kahwin - Mahal (sama dengan ibunya)
- kabing-gan bolek ( loket/butang
emas)
- bahsin-ngan (segulung kain putih)
- kehampitan (kuih panyam)
- kaukaban lawang (bukaan pintu)
- sokat (benda sukar untuk diperoleh)

UPACARA PERKAHWINAN
Menglamai-lamai; malam perayaan pertama diadakan
jamuan disertai dengan pukulan tagungguk dan tarian igal
Hari nikah; mengikut cara islam dan mengikut adat orang
bajau; istiadat penghantaran beg-beg pengantin diiringi
nyanyian jamjam; menghias pengantin, dihias oleh induk
pengantin.
Akad nikah; mengikut cara islam.
Persandingan; pengantin lelaki didukung diatas bahu
kerabat lelaki.
Maulud nikah; duduk ditengah khalayak ramai berlapik kain
putih dan ahli agama akan berzanji.
Ting-kuang; minta kebenaran untuk berpindah keluar dari
rumah pengantin perempuan.

SISTEM AGAMA DAN


KEPERCAYAAN
Kuasa jin dan orang berjin; mempunyai
keistimewaan tersendiri seperti tidur di katil.
Tulah; tidak hormat kepada orang tua, lupa
tanggungjawab, kedekut. Hanya orang
berjin sahaja yang dapat menyembuhkan
mereka.
Sihir dan Magik; untuk tujuan baik dan tidak
baik,ilmu pugai, ilmu hopai, ilmu panglias,
ilmu doa kosong, ilmu bungkang, ilmu
selimbi.

KEMATIAN
Kelakuan didunia menentukan corak
kehidupannya di alam baka
Jika tidak dikebumikan dengan betul maka
keluarga akan ditimpa bala; penyakit,
kemalangan
Pantang hari 1 hingga 7 selepas kematian;
tidak boleh memecahkan gelas, bakar
makanan, tidak boleh menjahit dan
bertukang, membuang kutu dirambut,
bersin, rumah simati tidak boleh dicuci

PERUBAHAN YANG BERLAKU


Merangkumi politik, ekonomi dan sosial.
Disebabkan usaha kerajaan dlm membantu
menaiktarafkan kehidupan orang bajau.
Menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif kpd
anak-anak Bajau pendidikan, biasiswa dan
sebagainya.
Permodenan yang berlaku membawa kesedaran kpd
mereka mahu keluar dari kerenjatan perubahan
global.
Cnth : ibu bapa yang sudah mula memikirkan
pendidikan kpd anak2 sbgai usaha memperbaiki
masa depan.

SISTEM EKONOMI
Sebahagian besar daripada mereka disediakan rumah - Projek
Perumahan Rakyat Termiskin.
Masyarakat Pala'u di Pulau Bodgaya ditawarkan projek kultur rumpai
laut kerana - ia berjaya membantu penduduk di beberapa pulau di
sekitar daerah ini keluar daripada belenggu kemiskinan.
Aktiviti kultur rumpai laut - menjadi sumber pendapatan utama
kepada penduduk dan memperkasakan ekonomi daerah Semporna
sebagai pengeluar utama rumpai laut di Sabah.
Di daerah ini, projek kultur rumpai laut berjaya dilaksanakan di Pulau
Selakan, Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat, Sibuan, Pababag dan
Omadal.
Wujudnya peluang pekerjaan hotel yang dibina mengambil orang
Bajau sebagai cleaner dan penyelam kerana kemahiran yg dimiliki.
Projek ini telah mengubah kehidupan penduduk di perkampungan ini
dan mereka tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan.
Sesetengah memiliki aset di daratan rumah, kenderaan dan
sebagainya.
Ekonomi lebih kepada komersial dimana mereka mula menjana
pendapatan sendiri ikan kering dan rumpai yang dijual kpd org tgh.

SISTEM POLITIK
Masyarakat memiliki pentadbiran yang jelas kerana
ramai yg berpendidikan telah terbuka minda dan
bawa kesedaran kpd lain.
Kewujudan tntg pentadbiran yang jelas masih tidak
dpt dijelaskan hingga kini bukan status
warganegara.
Green MyKad kad pengenalan sementara,tetapi
tidak secara menyeluruh (Kementerian Sabah &
Persekutuan)
Projek Darwin Pulau Semporna - memulihara hidupan
marin terutamanya batu karang yang terdapat di
Taman Marin Tun Sakaran disebabkan proses

SISTEM
PENDIDIKAN
Sebilangan guru sekolah telah
mengambil anak2 Bajau tanpa
dokumen sah menjadi anak angkat
dan berikan peluang pendidikan.
Pendidikan secara informal kpd
mereka.
Pembelajaran secara percuma

SISTEM KEAGAMAAN &


PERKAHWINAN
Masyarakat Bajau yg pindah ke darat mula
menganut agama Islam & Kristian dan
sebagainya.
Berlaku kerana perkahwinan dgn org
tempatan .
Wujudnya majlis yang meraikan yang masih
amalkan adat tradisionalnya.
Perubahan dalam makanan penambahan
menu baru dalam perkahwinan.
Adat tidak dipegang secara kuat dan akan
dilaksanakan ikut agama yang bakal dianuti.
Tidak berkahwin pada usia muda 15 tahun.

SISTEM SOSIAL
Perubahan Bahasa
Orang-orang tua kaum Bajau sukar untuk
menyebut perkataan yang mengandungi huruf R,
C dan Z. Contohnya:
o SYUKUR SUKUL ; CAWAN SAWAN ; ZAMAN JAMAN.

Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah,


mengubah corak pertuturan di kalangan
masyarakat Bajau, ibubapa juga berkomunikasi
dengan anak-anak menggunakan bahasa melayu.
Tetapi mereka akan bertuturmenggunakan bahasa
Bajau dengan pasangan (suami isteri), sahabat
dan orang tua.
Lama-kelamaan, fenomena ini boleh memupuskan
bahasa itu sendiri apabila generasi muda tidak
fasih untuk bertutur dalam bahasa Bajau.

Perubahan Tarian Tradisional


Tarianigal-igaldandalingdalingmerupakan tarian tradisional
masyarakat Bajau Laut, Tarian ini sering
ditarikan dimajlis-majlis keraian,
perkahwinan, menyambut tetamu dan
lain-lain lagi sambutan. Tarian igal-igal
diiringi dengan alat muzik seperti kuling
tangan, gong, dan tambul.
Pada zaman moden hari ini, tarianigaligal kebanyakkan diiringi dengan alat
muzik moden seperti keyboard, gitar dan
sebagainya.
Selain itu, dari segi pakaian penari juga
telah mempunyai perubahan.

Perubahan Perayaan Tradisional


Regatta Lepa-Lepa merupakan perayaan tahunan tradisi
masyarakat Bajau di Daerah Semporna yang disambut
setiap bulan April. Lepa cantik yang dihiasi dengan
pelbagai warna kain layar yang dikenali sebagai
sambulayang dan diiringi dengan pukulan muzik, lagulagu dan tarian suku kaum Bajau.
Namun dalam arus perubahan globalisasi hari ini,
perayaan tradisi masyarakat Bajau ini juga turut terkena
tempiasnya. Ini adalah kerana, kesenian yang biasanya
menampilkan dan memperkenalkan budaya tempatan
kepada para penonton khususnya pelancong asing dan
tempatan, didominasi oleh persembahan tarian traditional
dan konsert penyanyi tempatan.

KESIMPULAN
Wujudnya perbezaan dari aspek politik , sosial dan ekonomi
dalam kehidupan masyarakat Bajau.
Perubahan adalah kerana usaha kerajaan yang cuba mengubah
corak kehidupan keluar dari kemiskinan dan dapat jana
pendapatan melalui program yg dilaksanakan.
Anak2 Bajau memiliki peluang belajar.
Perubahan membuat masyarakat Bajau berusaha menaik tarafkan
hidup - Green MyKad, agama, perayaan dan sebagainya.
Meskipun begitu, masih lagi ada Org Bajau yg masih menetap di
atas laut dan warisi tinggalan nenek moyang.
Secara amnya, perubahan sesebuah komuniti itu adalah
berasaskan kesedaran sendiri dan penerimaan perubahan yg
dibawa oleh kerajaan dan pihak2 tertentu.

Anda mungkin juga menyukai