Anda di halaman 1dari 24

PANTANG LARANG KAUM ETNIK SABAH

Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.

SEWAKTU MENGANDUNG
Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.

KELAHIRAN
Pantang larang ibu mengandung: Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut anak panjang Tidak boleh makan buah mengandungi air Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbing Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak sempurna

PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALIN


Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah- ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Rumah
Kalau hendak membina rumah pintu depan umah jangan menghadap ke matahari atau dapur jangan menghadap ke matahari. kalau depan pintu menghadap matahari dipercayai orang dlm umah sering bergaduh,sering sakit,tidak bersefahaman. kalau dapur menghadap matahari dipercayai duit susah masuk umah.

Kalau ada kupu-kupu masuk rumah jangan halau kerana arwah ahli keluarga datang menjenguk kita. kalau ada ribut kuat,tabur garam di luar tingkap.

MEMANCING
Tidak boleh berbual semasa turun mengail. Tidak boleh menegur @ menyapa seseorang yang turun mengail. Tidak boleh membasuh tangan dengan air ketika @ sesudah mencangkuk umpan. Kalau strike pertama dapat ikan bersisik, alamat baik.

bersiul sering dikaitkan dengan kedatangan angin kuat(squall/gust) hendak dielakkan terutamanya oleh bot2 kecil.. kalau hendak melangkah keluar @ berjalan mesti mesti sekurangkurangnya sentuh nasi @ makanan untuk menghindari sesuatu perkara yang buruk.

Tidak boleh patah balik (tertinggal sesuatu) jika turun mengail, alamat tak baik. Jangan memotong/menyiang ikan semasa mengail terutamanya dalam perahu.

PERKAHWINAN
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki. Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinannya akan mudah dihinggapi penyakit. Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripada pasangan itu akan mati.

KEMATIAN
Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya adalah seperti berikut; Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik. Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan. Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam. Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.

Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam. Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

PANTANG LARANG KAUM ETNIK SARAWAK

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri.

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN


Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya: Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan.
Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan.
Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi.
Rasionalnya Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin.

Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala.

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya : mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG


Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur


menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya


si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam

bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim


semasa dilahirkan

MEMANCING
Burung embuas juga merupakan sejenis burung yang membawa alamat yang tidak baik dalam masyarakat Iban. Apabila kita hendak pergi memancing, kalau terdengar bunyi burung ini, lebih baik batalkan niat. Kalau burung ini berbunyi di sebelah kanan, alamatnya tidak dapat ikan. Kalau burung ini berbunyi di sebelah kiri bermakna memberi alamat berjaga-jaga sebab mungkin akan berlaku malapetaka (kecederaan @ kemalangan). Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila melangkah keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari rumah panjang, biasanya awal pagi sebelum matahari terbit untuk mengelak daripada terdengar bunyi burung-burung ini.

Sebab tu pada masa dahulu, masyarakat Iban bila melangkah keluar (ke kebun, bekerja, dsb) dari rumah panjang, biasanya awal pagi sebelum matahari terbit untuk mengelak daripada terdengar bunyi burung-burung ini.
Kalau hendak pergi memancing jangan makan... kalau perut kenyang, ikan tak mo makan pancing. Jangan menegur/bertanya (bercakap/berbual tentang perkara itu) jika melihat sesuatu yang pelik/ganjil di tempat mengail terutamanya tempat yang keras/berpenunggu (tempat latung kata orang Iban).

Anda mungkin juga menyukai