Anda di halaman 1dari 9

Pantang Larang Orang Melayu

Pantang Larang Wanita Hamil


Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua. Dilarang makan sotong.

Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. Dilarang makan makanan yang berakar. Dilarang tidur waktu tengahari.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki


Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang

Pantang Larang Ke Atas Perempuan


Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Ketika Makan


Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. Makan sisa anak, anak akan degil. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

Pantang Larang Perkahwinan


Apa yang ditetapkan perlu diikuti Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Pasangan dilarang bebas keluar kemanamana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Anda mungkin juga menyukai