Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN

EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran


Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada
 Murid
 Guru

Nama Pembentang: Tan Shin Tee (4 PISMP PM/MO)


Nama pensyarah: Puan Zainab binti Ismail
Sosiobudaya
• Hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat
dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ke-4)
• Budaya hidup yang dibawa oleh setiap murid ke dalam bilik darjah
mempengaruhi iklim dan budaya bilik darjah.

• Murid sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan


etnik, bahasa dang loghat, struktur dan kelas sosial, agama dan
kepercayaan, adat resam dan adab serta gender di samping
persekitaran tempat tinggal yang pelbagai.

• Budaya murid dapat kita kelompokkan kepada tiga:


Probudaya sekolah: kelompok murid yang mematuhi peraturan sepenuhnya
Antibudaya sekolah: kelompok murid yang tidak sanggup mematuhi
peraturan dan sering mendatangkan masalah kepada sekolah
Antara budaya sekolah dengan budaya remaja: kelompok yang berada di
tengah
Implikasi kepelbagaian
Sosiobudaya kepada
murid
Corak asas Kemahiran dan Kelompok
Gaya berfikir
budaya ke penguasaan kaum atau Kelas sosial Petempatatan Gender
bahasa dan belajar
atas individu etnik
• Menurut Marcelle, Du Praw dan Anxer, terdapat enam corak asas
yang membuatkan individu itu unik dan berbeza
Berbeza
dalam gaya
komunikasi

Berbeza
Berbeza
dalam
sikap
pendekatan
terhadap
untuk
konflik
mengetahui
Corak budaya
asas ke atas
individu Berbeza
Berbeza
pendekatan
terhadap
dalam
pendedahan
menyelesaikan
pandangan
tugasan

Berbeza
dalam gaya
menyelesaika
n masalah
Berbeza dalam gaya komunikasi
• Penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal
• Contoh: individu Melayu Utara bersura lantang dan bernada tinggi semasa berbual adalah
diterima
• Menggunakan sapaan ‘aku’, ‘hang’ adalah diterima

Berbeza sikap terhadap konflik


• Keluarga yang mengamalkan perbincangan akan bersikap lebih terbuka dalam menghadapi
masalah konflik

Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan


• Faktor yang mempengaruhi:
I. Akses kepada bahan sumber
II. Ganjaran yang akan diterima
III. Kepentingan masa
IV. Kerjasama dalam pasukan
Berbeza dalam gaya menyelesaikan masalah
• Bergantung pada amalan kepimpinan dalam keluarga iaitu sama ada
autoritatif, demokratis ataupun permisif

Berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan


• Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap
‘berterus-terang’, baik tentang emosi dan perasaan, sebab musabab
perbalahan ataupun maklumat peribadi

Berbeza dalam pendekatan untuk mengetahui


• Budaya barat: pemikiran kognitif
• Budaya timur: kesahihan maklumat
Kemahiran dan Penguasaan Bahasa
Penguasaan bahasa ibunda atau dialek sahaja
• Menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang faham bahan yang
dibaca dan penerangan guru.

Penguasaan dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas
atau meluas.
• Mudah menguasai pembelajaran
• Murid poliglot (lebih daripada satu bahasa) cepat dan tangkas dalam
pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas
Kelompok Kaum atau Etnik
Murid yang tinggal di dalam satu tempat yang terdiri dari satu kaum atau etnik
sahaja
- Hanya mengamalkan budaya dan cara fikir yang sama
- Kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain
- Proses menyesuaikan diri dengan kaum atau etnik lain sukar.

Murid yang tinggal di dalam satu tempat yang terdiri dari pelbagai etnik
- Terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang
berbeza.
- Mempelajari bahasa etnik lain secara tidak langsung.
- Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk.
Kelas Sosial
• terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi.
• Wujud disebabkan hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.
• Kelas sosial sederhana & tinggi:
- Peluang mendapatkan pendidikan lebih luas berbanding mereka yang
berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.
• Kelas sosial rendah:
- Menghadapi masalah pembiayaan, kemudahan belajar, kurang
kelengkapan untuk belajar dan sebagainya.
- Kurang mendapat perhatian ibu bapa.
- Kurang bersemangat dan berisiko menghadapi masalah keciciran dalam
persekolahan.
Petempatan
Luar Bandar & Pedalaman
 Mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia yang serupa
 Tindakan, pandangan dunia, aspirasi dan pandangan terhadap pendidikan
 Kurang mendatangkan masalah dari segi tingkah laku

Bandar & Pinggir Bandar


 Lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza
 Terdapat budaya yang pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial
berbeza
 Wujud kepelbagaian budaya kesan persekitaran
 Terdapat pelajar dalam golongan kelompok miskin bandar, kelas sederhana dan kaya.
 Aspek tumpuan kepada pelajaran, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan
tanggungjawab akan
– jelas bergantung pada aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan dan pandangan terhadap pendidikan
Gaya Berfikir dan Gaya Belajar
Kinestetik
• Belajar melalui proses
membuat,’hands-on’

Auditori Visual
• Mudah belajar • Cepat belajar melalui
melalui proses proses mendengar dan
mendengar melihat
Bergantung latar
• Perlu bantuan latar persekitaran untuk memahami pembelajaran

Bebas latar
• Tidak memerlukan latar persekitaran untuk memahami

Impulsif
• Bertindak tanpa berfikir panjang
• Cepat bertindak

Reflektif
• Bertindak selepas berfikir secara mendalam
• Keputusan yang diambil lebih wajar
Gender
• Pelajar perempuan
o Lebih tekun dalam pembelajaran, mematuhi peraturan
o Lebih kemas & teratur
o Menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah

• Pelajar Lelaki
o Lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran & interaksi dengan guru
o Dianggap bermasalah
o Lebih baik dalam pengiraan & lemah dalam bahasa
o Prestasi lebih baik pada peringkat menengah

• Estim kendiri pelajar lelaki & pelajar perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah

• Estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai pertengahan tahun persekolahan

•Budaya yang diamalkan di sekolah membentuk penerimaan kelainan gender, keupayaan dan
prestasi mengikut gender
Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada
Guru
Pemilihan Penerimaan
bahan dan layanan
sumber adil

Aspirasi/ Pedagogi dan


jangkaan strategi
guru pembelajaran

Pengurusan
bilik darjah
dan
pengurusan
hubungan
Penerimaan dan layanan adil
Guru tidak seharusnya melayani pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok
mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan sendiri.
Guru perlu memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.
Dengan memahami latar belakang pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan
layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok.

Pedagogi dan strategi pembelajaran


Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung pada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi
keluarga dan gaya pembelajaran.
Melalui pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan
pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan.

Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan


Dengan menggunakan kajian sosiometri, guru dapat melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah.
Pelajar yang menjadi plihan ramai ialah bintang.
Pelajar yang saling memilih ialah pasangan saling.
Pelajar yang saling memilih dalam lingkungan bertiga atau berempat ialah klik.
Pelajar A memilih pelajar B. Pelajar B memilih pelajar C ialah rantaian.
Pelajar yang dipilih sebagai tidak disukai ialah singkiran.
Pelajar yang tidak dipilih langsung ialah pengasing.
Aspirasi/ jangkaan guru
Aspirasi guru merujuk kepada harapan yang diletakkan oleh guru ke atas
pelajar untuk mencapai prestasi tertentu.
Jangkaan guru merujuk kepada matlamat yang dijangka akan dicapai
pelajar dibuat pada awal tahun.
Guru dan pelajar bergerak untuk mencapai matlamat tersebut.

Pemilihan bahan sumber


Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan
sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar.
Sumber pembelajaran yang memanfaatkan kepelbagaian sosiobudaya
ialah bahan yang biasa kepada pelajar yang dapat meningkatkan
pemahaman aspek yang dipelajari misalnya Matematik dan Sains.
Rujukan
• Noriati A.Rashid, Boon.P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017).
Murid dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• https://
www.academia.edu/8584318/Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya
(DICAPAI PADA 23 JANUARI 2017)

Anda mungkin juga menyukai