Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Latar budaya yang diwarisi pelajar dalam keluarga, etnik, masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkembangan, kepercayaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza. Pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik, bahasa dan loghat, struktur dan kelas sosial, agama dan kepercayaan, adat resam dan adab serta persekitaran tempat tinggal yang pelbagai. Budaya hidup yang dibawa pelajar ke dalam bilik darjah mempengaruhi iklim dan budaya bilik darjah.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke- 4, budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Menurut Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib, sosiobudaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyakarat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Budaya pelajar dapat dikelompokkan kepada 3: i)Pro budaya sekolah Kelompok yang mematuhi peraturan sepenuhnya dan sanggup menangguhkan pemenuhan keperluan diri. Tumpuan sepenuhnya kepada akademik semata-mata.
ii)Anti budaya sekolah Tidak sanggup mematuhi peraturan dan sering membuat masalah. iii)Antara budaya sekolah dan budaya remaja Kelompok yang berada di tengah. Menghormati peraturan sekoah di samping memenuhi keperluan diri. Aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Murid

Guru

Sekolah

Sekolah

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA (MURID)

ENAM CORAK ASAS BUDAYA MURID


Gaya Komunikasi Sikap Terhadap Konflik Penyelesaian Tugasan

Gaya Menyelesaikan Masalah

Pendedahan Pandangan

Pendekatan Untuk Belajar

1.Perbezaan gaya komunikasi


Perbezaan latar budaya,malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Pemahaman terhadap kelainan yang ada ini perlu disedari agar kita dapat menghindari sebarang masalah yang berpunca dari salah faham gaya komunikasi.

2. Perbezaan sikap terhadap konflik


Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza menghadapi konflik. Mereka yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan misalnya akan lebih bersikap terbuka menghadapi konflik. Terdapat sesetengah individu yang memilih penyelesaian secara tertutup atau bertulis bagi menghadapi konflik.

3. Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan


Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan. Terdapat pelbagai cara bagi menyelesaikan tugasan seperti mendapatkan bahan rujukan dan berkongsi bahan bersama rakan-rakan.

4. Berbeza dalam gaya menyelesaikan masalah


Terdapat budaya yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang wujud. Sebaliknya terdapat amalan budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu untuk menyelesaikan masalah.

5. Berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan


Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap berterus terang baik tentang emosi dan perasaan,sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi.

6. Berbeza dalam pendekatan untuk belajar


Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun belajar. Budaya barat lebih mengutamakan pemikiran kognitif manakala budaya timur lebih berpegang kepada kesahihan maklumat. Setiap murid mempunyai gaya fikir dan belajar masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai