Anda di halaman 1dari 3

Teknik bermain Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, social

dan emosi.

Cirri-ciri main Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsic dan dilaksanakan dengan semata-mata kepuasan. Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa Mainhendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan. Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain. Main merupakan aktiviti fizikal atau psikologikal, atau kedua-duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.

Tujuan bermain Bermain dengan objek membolehkan kanak-kanak membentuk konsep abstrak, di samping pembelajaran hokum dan prinsip. Melalui permainan, kanak-kanak dapat membentuk kemahiran fizikal dan social Murid daapt menguasai situasi kehidupan harian di samping membuat persediaan untuk kehidupan dan peranan alam dewasa. Permainan bahasa membolehkan murid-murid membentuk kemahiran literasi Membawa keseronokan serta mengurangkan ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti permainan biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan iaitu selepas aktiviti pembelajaran formal. Antara aktiviti permainan ialah permainan bahasa, kuiz, teka silang kata, meneka, penyelesaian masalah,memadan dan demonstrasi. Banyak aktiviti permainan sering dikaitkan dengan aktiviti kumpulan.

Langkah melaksanakan aktiviti permainan Guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain Guru kemudian mendemonstrasikan cara dan kaedah bermain.

Seorang atau sekumpulan kecil murid dipilih untuk melakukan semula demonstrasi guru. Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan masing-masing. Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan mengawas aktiviti murid dan memberi bimbingan jika perlu. Selepas aktiviti permainan, guru atai seorang murid, dipilih untuk memberi rumusan yang dipelajari dalam aktiviti permainan. Prinsip-prinsip bercerita haruslah dielakkan

Demonstrasi- tunjuk cara. Teknik demonstrasi adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Prinsip-prinsip tunjuk cara Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui demonstrasi dengan berkesa, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tujuan tunjuk cara. Sebelum Guru hendaklah menentukan topic, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan

Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat

mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan. Semasa Guru harus memandang kea rah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. Jika masa izinkan, guru boleh menyuruh seseorang murid membuat demostrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan kemahiran tentang cara melaksanakannya, Selepas Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan langkah-langkah

demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh menbuat rumusan dengan tepat. Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

Anda mungkin juga menyukai