Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA DI HILIR EKRAM,

JALAN PASIR PUTEH,


31650 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN

Kertas Kerja
Program Peningkatan Bahasa Melayu Murid Pemulihan

TARIKH

21 oktober 2015

HARI

Rabu

MASA

8.40 pagi 9. 40 pagi

PROGRAM ANJURAN:

GURU PELATIH
PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2012
IPG KAMPUS DARULAMAN

1.0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah disediakan untuk membantu murid mengatasi
masalah keciciran, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan menguasai
kemahiran 3M. Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk
belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Mereka ini merasa rendah diri dan
malu tampil ke hadapan bersama-sama rakan sebaya mereka di arus perdana.
Oleh itu, untuk memantapkan jati diri mereka agar berasa yakin pada diri sendiri
dan menunjukkan kemampuan diri, satu program perlu diadakan terhadap murid
pemulihan untuk menguji dalam kelompok mereka bagi melahirkan insan yang sentiasa
berfikiran positif. Program yang dilaksanakan terhadap murid merupakan salah satu
projek individu yang perlu dijalankan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru
(IPG) bagi memenuhi syarat Internship untuk semester 8 ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan khas di
sekolah.
2.2 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas bertanding sesama
mereka setelah dibimbing oleh guru.
2.3 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk berjaya
dalam diri murid-murid pemulihan khas.
2.4 Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama dalam diri murid-murid.
2.5 Memberi satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid.
2.6 Menguji tahap kemampuan murid pemulihan khas setelah mempelajari
kemahiran membaca dan menulis dalam kelas pemulihan.

3.0 NAMA PROGRAM


Program Peningkatan Bahasa Melayu Murid Pemulihan

4.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman

5.0 PELAKSANAAN
Tarikh: 21 Oktober 2015
Masa: 8.40 pagi 9. 40 pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram,Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

6.0 SASARAN
Murid-murid pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2

Anda mungkin juga menyukai