Anda di halaman 1dari 4

KPP3014 Pembelajaran Dan Perkembangan

Pelajar

TAJUK :
Implikasi Kepelbagaian Individu Terhadap Pengajaran Guru di dalam
Kelas

NAMA PELAJAR : CHE MUHAMMAD FAREEZ BIN CHE MAMAT


NO. MATRIK : D20142069148
KUMPULAN : O
NAMA PENGAJAR : PROF. ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR
Implikasi Kepelbagaian Individu Terhadap Pengajaran Guru di dalam Kelas

Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik, mempengaruhi
perkembangan, kepercayaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar
bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil lingkungan budaya
etnik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal masing-masing. Kesedaran
tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar dapat membantu guru menyediakan
persekitaran pembelajaran yang baik lagi berkesan.

Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang mereka yang
berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-
masing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan
individu. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga
mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan. Menurut Gollnick dan Chin (1990)
bahawa beliau berpendapat “Culture provides the blueprint that determines the way an
individual thinks, feels dan behaves in society”.

Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak asas budaya yang
membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza dalam komunikasi, berbeza sikap
terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya
menyelesaikan masalah, berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza
dalam pendekatan untuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah berbeza dan perlu mendapat
layanan yang berbeza selaras dengan keunikan masing-masing. Dengan ini, implikasi terhadap
kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza.
Sesetengah murid hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata
berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan
penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Di samping itu, dua
atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi
kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa
ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran
memandangkan sinapsis telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat
dan tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan
diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya. Antara implikasi yang
dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial juga termasuklah kaum etnik. Pelajar
yang itngaal dan belajar dalam lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya,
cara fikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum
lain. Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan
amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain akan mnejadi
sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai
kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik
yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat
belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling
menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal.
Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial wujud
hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Pelajar yang tergolong dalam kelas
sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan
belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan sebagianya. Berdasarkan teori “ketersekatan
budaya” pelajar-pelajar ini menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas
sebab kesibukan mencari rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko menghadapi
masalah keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datanglah daripada golongan
sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan
pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan
dorongan yang khusus daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendaptkan pendidikan lebih
meluas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.
Implikasi yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya adalah petempatan.
Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang
berbeza. Terdapat budaya yang pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk
kelas sosial berbeza. Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan
wujud kepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajar-pelajar yang tergolong dalam
kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata anak pegawai kerajaan dan swasta,
juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran,
kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan bertanggungjawab
akan jelas berbeza bengantung pasa aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap
pendidikan dan sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman selalunya
mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia yang serupa dan
sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi dan pandangan terhadap pendidikan
yang ditunjukkan berkemungkinan kurang mencabar sebagaimana mereka di bandar besar.
Rata-rata pelajar di luar bandar kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi
tingkah laku. Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan gaya
belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan
kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran
sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti membuat untuk menguasai
pembelajaran. Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yan gberasaskan gaya berfikir
individu yang membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan latar
untuk memahami pembelajaran. Pelajar jinis ini tergolong dalam gaya fikir “field dependent”.
Pelajar perempuan lebih banyak memerlukan bantuan latar berbanding lelaki, juga bergantung
kepada budaya hidup etnil. Pelajar lelaki kebanyakannya boleh berfikir secara pantas dan ada
juga pelajar yang mengambil masa yang panjang untuk memahami dan bertindak. Pelajar
impulsif lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang
reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan.
Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih memahami teks dan lebih cekap
dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan berbanding pelajar impulsif. Tambahan
pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid juga termasuklah gender. Pelajar
perempuan lebih tekum memberikan perhatian dalam pembelajaran, mematuhi peratuan bilik
darjah dan sekolah. Mereka jug alebih kemas dan teratur, menunjukkan prestasi baik pada
peringkat rendah. Manakala lelaki menunjukkan prestasi lebih baik pada peringkat menengah.
Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan interaksi dengna
guru dan lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera
dan bahasa. Merujuk Santrock:2008, estim kendiri pelajar lelaki dan perempuan adalah sama
pada masa masuk sekolah tetapi estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai
pertengahan tahun persekolah. Budaya yang diamalkan di sekolah membentuk penerimaan
kelainan gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.

Perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang psikologi
pendidkan. Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti oleh
seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran
paling besar guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang disebabkan oleh
perbazaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik supaya ianya
memberi faedah kepada semua murid.

Anda mungkin juga menyukai