Anda di halaman 1dari 26

PENGURUSAN MURID

PELBAGAI UPAYA
PEMULIHAN
• Satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.
Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang
khusus.

• Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran


dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif”.
Ciri-ciri Kanak Pemulihan
• Rendah diri
• Pasif
• Mengganggu rakan
• Kerap tidak hadir sekolah
• Lemah pemahaman
• Malas
• Cepat bosan
Peranan Guru
• Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
mengikut personaliti murid.

• Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.


Gaya Pembelajaran
• Belajar dengan melihat teks berbentuk perkataan /
ayat dalam buku, papan putih atau komputer.
Visual • Lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan
menerusi pembacaan teks.

• Belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut


dan juga arahan lisan.

Auditori • Dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula


rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang
dengan guru.

• Belajar melalui pengalaman menerusi penglibatan aktif


dalam aktiviti di kelas.
Kinestetik • Dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan
apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
PENGAYAAN
• Aktiviti melibatkan murid-murid berpencapaian melebihi sederhana
dalam penguasaan kemahiran asas.

• Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti


asas di dalam atau luar kelas.

• Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.


Objektif Pengayaan
• Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar
kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan
diri dan bakat mereka.
Jenis Pengayaan
• Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada
kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.

• Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan


bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
BERKEPERLUAN KHAS
• “Individuals who differ from societal or community standards of
normalcy. These differences may be due to significant physical,
sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these
children may require educational program customized to their
unique needs” -Garciulo (2003)
Pintar Cerdas
• Pelajar yang menunjukkan bakat yang cemerlang atau
menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang
sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain (Ross,
1993).
Ciri-ciri Pintar Cerdas

Perbendaharaan Kematangan dari Mencari Keistimewaan


kata yang lebih segi penggunaan kesempurnaan dalam bidang
luas istilah kendiri tertentu
Pendidikan Pintar Cerdas
• Kurikulum akademik yang diubahsuai.
• Kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
• Mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif.
Autisme
• Mengalami kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan
fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi,
sosial dan emosi.

• Ciri:
– Sukar berkomunikasi
– Mengelak untuk bertentang mata
– Emosi tidak seimbang
– Mencedera diri sendiri
– Sukar memahami orang lain
– Pasif
Pendidikan Autisme
• Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam
komuniti (PDK).
• Program bersepadu dan terancang.
• Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar.
• Pendidikan inklusif
Disleksia
• Mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang
digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.

• Ciri-ciri:
– Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
– Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
– Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
Pendidikan Disleksia
• Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling
sesuai.

• Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan,


penglihatan, pendengaran dan pergerakan.

• Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah


pengajaran terhadap pelajar disleksia.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
• Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983 yang
menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi semata-mata
tetapi turut dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya,
persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.

• Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap


kecerdasan individu.
Kecerdasan Logik-Matematik
• Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.

• Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, induktif dan


deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan
pengujian hipotesis.

• Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang


itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kecerdasan Verbal-Linguistik
• Mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata
dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.

• Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka


terhadap sesuatu perkataan.

• Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa,


fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu
penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Kecerdasan Muzik
• Mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari,
mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza,
mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.

• Peka terhadap bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang,


guruh dan angin.

• Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang selari dengan


kecerdasan bahasa.
Kecerdasan Kinestetik Badan
• Mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan dalam
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

• Bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal.


Kecerdasan Interpersonal
• Berkebolehan dalam komunikasi dan interaksi dengan baik.

• Berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan,


keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.

• Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan


diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Kecerdasan Intrapersonal
• Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai
gambaran yang tepat tentang diri sendiri.

• Mampu menentukan hala tuju hidup serta sangat berdisiplin serta


mampu berdikari.

• Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.


Kecerdasan Ruang Visual
• Memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu
mencipta imaginasi yang agak tinggi.

• Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam


kawasan persekitaran mereka.

• Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat


persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .
Kecerdasan Naturalis
• Berkebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau
bentuk yang ada pada alam sekeliling.

• Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa


berada bersama alam terbuka.

• Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu


kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.
Kecerdasan Eksistensialis
• Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan
realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.

• Sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap


persoalan yang muncul dalam fikiran mereka.

• Cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam


kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-
nilai moden yang berkembang pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai