Anda di halaman 1dari 17

GURINDAM

AHLI KUMPULAN:
N.SHALINI
S.RANJANI
S.SHAMINI
S.BAVANI

DEFINISI GURINDAM

PENGERTIAN GURINDAM
Gurindam adalah puisi lama yang terdiri atas dua lirik
dengan irama atau sajak akhir sama dan mempunyai
hubungan sebab akibat.
Gurindam pada awalnya dibawa oleh orang Hindu atau
sebagai bagian dari pengaruh Sastra Hindu. Istilah
Gurindam diambil dari bahasa Tamil (India), yaitu kirindam
yang artinya perumpamaan.
Salah satu pencipta gurindam yang terkenal adalah Raja Ali
Haji. Raja Ali Haji merupakan raja muda di Riau pada 1844
sampai 1857. Karya gurindam yang diciptakannya itu terdiri
atas 12 pasal sehingga dikenal dengan nama Gurindam Dua
Belas.

CIRI-CIRI DAN
BENTUK GURINDAM

Seperti bentuk puisi Tradisional yang lain gurindam mempunyai ciri


tertentu antaranya;
i. Terdiri daripada anak kalimat, kalimat utama atau kalimat induk
ii. Mengandungi dua baris serangkap dan merupakan isi
iii. Jumlah kata dan suku kata setiap baris tidak terhad
iv. Rima akhir berbentuk a-a iaitu bunyi di hujungnya seragam
v. Bahasa yang digunakan bernada riang
vi. Diksi yang digunakan bernas dan disusun dalam ayat yang
kemas
vii. Membawa motif pengajaran, nasihat atau sindiran

Gurindam membawa erti sesuatu perkara itu


berlaku kerana ada sebab dab melalui
sebab itulah perkara tersebut terjadi.

Contoh:
Kalaucakaptidakcermat,(Sebab)
Tentukamutidakselamat(Akibat)

Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap


sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan
dan huburan.

Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai


dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat
memancarkan kreativiti dan estetika serta
dayaintelektual masyarakat Melayu lama dalam
menangani hal kehidupan mereka.

Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi


antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis
yang formal

JENIS-JENIS
GURINDAM

JENIS GURINDAM
Gurindam mengandungi dua baris ayat atau

lebih bagi serangkap.


Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran

dan nasihat.
Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis:

i.

Gurindam serangkap dua baris

ii.

Gurindam serangkap empat baris

iii. Gurindam bebas

iii. Gurindam bebas

Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad

Persamaan rima akhir tidak dipentingkan

Isinya tetap mempunyai nasihat

Gurindam Dua Belas


Fasal 1

Fasal 2

barang siapa tiada memegang agama


sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

barang siapa mengenal yang tersebut


tahulah ia makna takut

barang siapa meninggalkan sembahyang


seperti rumah tiada bertiang

barang siapa meninggalkan puasa


tidaklah mendapat dua termasa

barang siapa meninggalkan zakat


tiadalah hartanya beroleh berkat

barang siapa meninggalkan haji


tiadalah ia menyempurnakan janji.

barang siapa mengenal yang empat


maka yaitulah orang makrifat

barang siapa mengenal Allah


suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri


maka telah mengenal akan tuhan yang
bahri

barang siapa mengenal dunia


tahulah ia barang yang terpedaya

barang siapa mengenal akhirat


tahulah ia dunia mudharat.

Gurindam Dua Belas


Fasal 3
apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping
apabila terpelihara lidah
nescaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh
keluarlah fiil yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang
semangat
hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi

Fasal 4
hati kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

Gurindam Dua Belas


tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah.
barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor
di manatah tahu salah diri
jika tidak orang lain yang berperi
pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih

Fasal 5
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang
berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik

Gurindam Dua Belas


Fasal 6
cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat
cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi

Fasal 7
apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta
apabila banyak berlebih-lebihan
suka
itulah tanda hampirkan duka
apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat
apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih
apabila banyak mencela orang
itulah tanda dirinya kurang

Gurindam Dua Belas


Fasal 8
apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

barang siapa khianat akan dirinya


apalagi kepada lainnya

apabila mendengar akan khabar


menerimanya itu hendaklah sabar

kepada dirinya ia aniaya


orang itu jangan engkau percaya

apabila menengar akan aduan


membicarakannya itu hendaklah
cemburuan

lidah yang suka membenarkan dirinya


daripada yang lain dapat kesalahannya

apabila perkataan yang lemah-lembut


lekaslah segala orang mengikut

daripada memuji diri hendaklah sabar


biar daripada orang datangnya khabar

apabila perkataan yang amat kasar


lekaslah orang sekalian gusar

orang yang suka menampakkan jasa


setengah daripada syirik mengaku kuasa

apabila pekerjaan yang amat benar


tidak boleh orang berbuat honar

kejahatan diri sembunyikan


kebaikan diri diamkan
keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka

Gurindam Dua Belas


Fasal 9
tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan
kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa
kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja
kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda
perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan
adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat
jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru

Fasal 10
dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat
dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai
dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa
dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil

Fasal 12

Gurindam Dua Belas


raja muafakat dengan menteri
Fasal 11

seperti kebun berpagar duri

hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa

betul hati kepada raja


tanda jadi sebarang kerja

hendaklah jadi kepala


buang perangai yang cela

hukum adil atas rakyat


tanda raja beroleh inayat

hendak memegang amanat


buanglah khianat

kasihkan orang yang berilmu


tanda rahmat atas dirimu

hendak marah
dahulukan hujjah

hormat akan orang yang pandai


tanda mengenal kasa dan cindai

hendak dimalui
jangan memalui

ingatkan dirinya mati


itulah asal berbuat bakti

hendak ramai
murahkan perangai

akhirat itu terlalu nyata,


kepada hati yang tidak buta

Anda mungkin juga menyukai