Anda di halaman 1dari 4

i.

NAME OF THE PROGRAMME


STEM Teachers Grooming Camp merupakan satu program untuk menyediakan guru-
guru untuk mendalami bidang STEM yang sedang hangat diperkatakan diera ini.
STEM Teachers Grooming Camp ini melatih para guru untuk menjalankan beberapa
eksperimen dan ujikaji yang mudah dan menarik oleh pakar-pakar STEM yang
diiktiraf oleh KPM. Terdapat beberapa modul akan digunakan bagi tujuan latihan
untuk guru-guru ini dimana akan disampaikan sepanjang kem ini berlangsung. Kem
ini juga menggunakan pendekatan hands on dimana guru sendiri akan menjalankan
eksperimen dan uji kaji untuk mendapatkan pengalaman untuk disampaikan kepada
murid.

ii. RATIONAL OF THE PROGRAMME


Era globalisasi ini semua negara berlumba-lumba untuk maju dalam bidang Sains dan
Teknologi. Ianya seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat
membangun. Negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam mendepani cabaran Sains
dan Teknologi. Pelbagai aktiviti dan modul dijalankan bagi memenuhi keperluan
daam bidang Sains dan Teknologi terutama sekali melibatkan bidang pendidikan.

STEM ataupun singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik
merupakan istilah yang biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan
pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan
teknologi. Malaysia menyasarkan keperluan kepada STEM ini terwujud apabila
kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi
berbanding bidang lain. Contohnya, di Amerika Syarikat, 80% daripada bidang
pekerjaan adalah melibatkan bidang STEM. Oleh sebab itu, Malaysia menyediakan
murid untuk bersaing dalam bidang ini dengan menyediakan lebih banyak peluang
kepada murid untuk mendalami bidang STEM.

Namun begitu penglibatan dan minat murid terhadap mata pelajaran dalam bidang
sains adalah kurang. Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk
Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan di Harian Metro pada 9 Oktober 2021,
bilangan pelajar terbabit dalam bidang sains masih lagi kurang 60 peratus malahan
tidak sampai separuh pun daripada angka keseluruhan murid di Malaysia. Laporan
Kementerian Pendidikan pada 2020 lepas juga menunjukkan hanya 47.18 peratus
pelajar peringkat menengah atas Malaysia berminat memilih bidang pengajian STEM.

Selain itu, berdasarkan kaji selidik lain yang telah dijalankan oleh Akademi Sains
Malaysia, terdapat hanya 20 peratus sahaja dari kalangan pelajar di Malaysia
mengambil jurusan sains. Fenomena ini terjadi kerana masih ramai murid yang
beranggapan bahawa “sains itu satu ilmu atau bidang yang sukar” dan ramai murid
sekolah tidak berminat untuk mengikuti jurusan sains atas sebab itu.

Oleh sebab itu, Malaysia menggesa guru-guru untuk mengubah persepsi ini dalam
kalangan murid. Guru-guru perlu menanam sifat mencintai bidang sains dalam diri
murid sejak dari bangku sekolah lagi. Terdapat beberapa strategi yang boleh
dijalankan untuk menarik minat murid dalam bidang ini supaya murid menganggap
STEM itu merupakan satu mata pelajaran yang menarik. Antaranya ialah dengan
menjalankan pembelajaran berasaskan project-based dimana ianya telah di
integrasikan dengan hidupan seharian. Selain daripada itu, guru juga perlu berfikiran
kreatif dengan mengadakan pembelajaran berasaskan real world dimana kaedah ini
memerlukan bantuan dan bimbingan daripada internship dan mentor. Oleh itu, guru -
guru juga perlu dilatih untuk menjadi kreatif untuk memenuhi keperluan ini.

Bertepatanlah dengan keperluan semasa, program STEM Teachers Grooming Camp


diadakan bagi melatih guru-guru untuk menjadi lebih kreatif dalam PdPc berdasarkan
pengetahuan STEM yang sedia ada. Dalam program ini, guru-guru dilatih berdasarkan
modul yang telah diiktiraf oleh KPM dimana modul ini dibuat oleh mereka yang
pakar dalam bidang STEM. Sepanjang program ini guru-guru akan menjalankan
beberapa eksperimen ringkas tapi dekat dihati murid kerana ianya menggunakan
barangan yang biasa digunakan oleh murid dan boleh dilakukan dirumah juga.
Program STEM Teachers Grooming Camp juga dapat menyediakan guru-guru untuk
menyampaikan ilmu yang didapati kepada murid disekolah. Ini bertepatan dengan 7
ciri-ciri PdP dalam STEM iaitu:

I. Peka terhadap isu dan masalah dunia yang sebenar


II. Inkuiri / projek / penyelesaian masalah dalam kehidupan situasi sebenar
III. Memberi pelbagai jawapan dan penyelesaian dengan justifikasi
IV. Kerja berpasukan yang produktif
V. Mengaplikas pemahaman kandungan STEM
VI. Memberi peluang untuk menambahbaik idea atau produk
VII. Mengaplikasi kebolehan kemahiran mereka bentuk

Kesimpulannya, program ini diharapkan memberikan impak yang positif terhadap


perkembangan pembelajaran murid serta dapat menarik lebih ramai murid untuk lebih
berminat dan bersikap terbuka terhadap bidang STEM. Dengan adanya program
menyediakan guru untuk memperkasakan bidang STEM ini, diharapkan dapat
membantu sedikit sebanyak dalam merealisasikan hasrat Malaysia untuk berada
seiring dengan negara maju yang lain dalam bidang teknologi.

iii. PHILOSOPHY OF THE PROGRAMME


Falsafah pendidikan kebangsaan atau lebih dikenali sebagai FPK telah menggariskan
beberapa keperluan dan matlamat untuk bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Daripada FPK ini kita telah mengetahui bahawa dalam mendidik guru bukan hanya
bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu tetapi juga bertanggungjawab
memperkembangkan potensi setiap murid kearah melahirkan seimbang dari segi JERI
(Jasmani, Emosi , Rohani , Intelek).

Ini sesuai dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan potensi individu
dalam bidang STEM sejak dari bangku sekolah lagi. Pendidikan STEM juga
mempunyai falsafah yang menyokong kehendak FPK iaitu melahirkan murid yang
berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi serta
mengintegrasi konsep STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara
kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasi
konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands on dan penerokaan
terbuka.

Jika digabungkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah STEM,


Falsafah STEM Teachers Grooming Camp ini bertujuan bagi menyediakan guru yang
pakar dalam bidang STEM bagi menggilap potensi individu yang mahir dalam bidang
STEM dimana individu tersebut mampu menyelesaikan masalah dan isu dengan cara
yang lebih kreatif dan berinovasi. Oleh disebabkan itu, STEM Teachers Grooming
Camp ini sangat penting untuk merealisasikan kehendak FPK dan Falsafah STEM.

Anda mungkin juga menyukai