Anda di halaman 1dari 2

d) Konsep Progresivisme

Menurut (Agil Nanggala, Karim Suryadi, 2021) mereka berpendapat bahawa


kecemerlangan murid kini dipengaruhi oleh kemajuan dalam bidang pendidikan.
Progresivisme mempunyai falsafah yang berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan
essentialisme kerana ianya memberikan tumpuan kepada keperluan masa sekarang. Falsafah
progresivisme ini bermula dengan falsafah pragmatik dimana konsep pembelajaran
progresivisme ini lebih berpusatkan kepada individu atau murid dimana ianya menuntut
murid meneroka ilmu dengan kreativiti sendiri. Ianya juga menekankan pembelajaran secara
perlaksanaan aktiviti secara naturalistic dengan berpandukan penyelesaian masalah didunia
yang nyata (Vega Ricky Salu , Triyanto, 2017). Dalam konsep falsafah progresivisme juga
memberikan kebebasan kepada murid untuk memilih cara dan bidang pembelajaran mengikut
minat sendiri (Najmuddin,Syarkawi, 2021). Progresivisme memberikan tumpuan pendidikan
berasaskan penyelesaian masalah hidup berkaitan kehidupan manusia. Kesimpulannya ,
dalam mendepani zaman abad ke-21, aliran progresivisme memberikan manfaat pdengan
konsep-konsep yang harus diamalkan oleh Pendidikan di Malaysia (Sit iAminah, Faizah
Indrawati, Elvania Rachim, Mukh. Nursikin, 2022).

h) Penilaian

Dalam kurikulum pendidikan Malaysia, penilaian merupakan salah satu komponen


penting dalam merefleksi sesuatu isi kandungan pendidikan. Penilaian yang dijalankan di
Malaysia pada pembelajaran abad ke 21 (PAK21) sangat menjurus kepada aliran
progrestivisme. Contohnya Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) dijalankan bagi
memastikan murid mendapatkan penilaian secara holistik sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) (Baskaran Kannan, Rajeswari Vellu Pillai, Saraswathy Kuthirakkal
Kunhikannan, 2021). Didalam PBD ini murid bukan hanya dinilai dari segi isi kandungan
mata pelajaran sahaja malahan ianya juga menguji kebolehan ‘soft skill’ murid dalam
keupayaan berkomunikasi. Selain itu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) juga merupakan
salah satu aplikasi falsafah progrestivisme dimana pembelajaran berpusatkan murid dan
menguji kebolehan murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan situasi sebenar
sehingga mampu mencipta inovasi-inovasi yang hebat (Hidayatul Ajmal Tholibon, Zulkifli
Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwans, 2022).

Rujukan

Agil Nanggala, Karim Suryadi. (2021). ANALISIS KONSEP KAMPUS MERDEKA


DALAM PERSPEKTIF ALIRAN FILSAFAT PENDIDIKAN PROGRESIVISME
DAN PERENIALISME. Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan Undiksha, 13.

Baskaran Kannan, Rajeswari Vellu Pillai, Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan. (2021).


KEBERKESANANPELAKSANAAN BENGKELPENTAKSIRAN BILIK
DARJAH. JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI, 22.
Hidayatul Ajmal Tholibon, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed
Redzwans. (2022). KESAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
BERASASKANPROJEK TERHADAP PENCAPAIAN PENULISAN KARANGAN
JENIS FAKTA MURID TINGKATAN EMPAT .
JURNALKURIKULUM&PENGAJARANASIAPASIFIK, 18.

Najmuddin,Syarkawi. (2021). Progresivisme (Konsepsi Tentang Realita dan Pengetahuan).


Majalah Ilmiah Universitas Almuslim, 7.

Sit iAminah, Faizah Indrawati, Elvania Rachim, Mukh. Nursikin. (2022). Analisis Penerapan
Konsep Aliran Filsafat Pendidikan John Dewey dalam Pendidikan Nilai di Lembaga
Pendidikan Islam. Jurnal Ilmiah Multidisiplin, 12.

Vega Ricky Salu , Triyanto. (2017). Filsafat Pendidikan Progresivisme dan Implikasinya
dalam Pendidikan Seni di Indonesia. Jurnal Imajinasi, 14.

Anda mungkin juga menyukai