Anda di halaman 1dari 8

MARK MARKAH

AH

KPF 60604: KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF


TUGASAN: ARTIKEL INDIVIDU
RIS
TAJUK:
SEMESTER 1 SESI
RAMALAN SENARIO
2010/2011

DISEDIAKAN OLEH:

NO.
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
TELEFON
SARJANA
NUR FARHANA BINTI MOHAMAD PENDIDIKAN
M20211000456 0134096202
MOKHTAR (PENGAJIAN
KURIKULUM)

KUMPULAN KULIAH : PK-F

PENSYARAH : DR HISHAMUDDIN BIN AHMAD

1
Abstrak

Revolusi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dari zaman ke zaman mengikut
perkembangan teknologi dan keperluan semasa. Terdapat banyak perbezaan antara
pembelajaran dahulu dan sekarang termasuklah dari segi kaedah mengajar dan isi
kandungan kurikulum yang terdapat dalam sesuatu matapelajaran tersebut. Tambahan pula,
dengan perkembangan teknologi yang pesat , menambahkan lagi kelajuan revolusi dalam
bidang pendidikan. Ramalan senario dalam dunia pendidikan pada masa depan merupakan
satu ramalan tentang sesuatu urutan peristiwa yang bakal berlaku dengan mengambil kira
situasi semasa yang menungkinkan perkara tersebut terjadi. Kertas ini membincangkan
tentang apakah senario yang mungkin akan terjadi pada masa depan serta apakah rasional
senario tersebut berlaku. Artikel ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada ahli
kuriklumyang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghadapi senario baharu dalam
dunia pendidikan di masa depan.

Kata kunci: Ramalan senario, pembelajaran online, masa depan, gajet, internet, aplikasi

1.0 Pengenalan

Dalam meniti arus kemodenan dunia, semua perkara bergerak dengan sangat pantas
dalam mengejar keperluan dan kemahuan. Perubahan yang terjadi dalam dunia pendidikan
sekarang bukanlah bermula dari zaman dahulu dengan sekelip mata (Shanthi Tamilselvam,
Johari Surif, 2018). Revolusi teknologi dan komunikasi yang berlaku menyebabkan
pembelajaran secara dalam talian secara jarak yang berlaku sejak 1980 membawa kepada
perubahan besar dalam bidang pendidikan (Ismail, 2021). Menurut (Ismail, 2021) lagi dalam
pembinaan jaringan intermet yang meluas juga menyumbang kepada kepesatan dalam
bidang pendidikan seperti cendewan tumbuh selepas hujan. Teknologi merubah bidang
pendidikan kepada kaedah pembelajaran yang berbeza (Syed Ardi Bin Syed Yahya Kamal,
Profesor Madya Dr. Zaidatun Tasir , 2021). Oleh disebabkan itu,warga yang terlibat dalam
bidang pendidikan haruslah bersedia menghadapi senario yang terjadi pada masa depan.

Dalam membuat persediaan dalam menghadapi perubahan drastik kita haruslah


meramalkan senario yang akan berlaku. Ramalan senario masa depan ini sangat penting
supaya kita tidak ketinggalan daripada negara lain. Sebelum meneroka dengan lebih jauh lagi,
adalah lebih penting untuk kita mengatahui maksud ramalan senario yang akan kita
bincangkan dalam artikel ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,
ramalan atau kata dasarnya adalah ramal bermaksud menduga, meneka atau menelaah,
manakala senario pula memberi erti urutan peristiwa yang berlaku. Ramalan senario
bermaksud sesuatu peristiwa yang diduga akan terjadi berdasarkan apa yang terjadi pada
masa kini.

Perubahan ekonomi dan sosial yang pesat dengan kemajuan sains dan teknologi telah
menyesuaikan diri dengan penyediaan pendidikan asas untuk menyelaraskan dengan itu
perubahan dan kemajuan. Inovasi dan strategi praktikal mesti dikenal pasti untuk menambah
baik kualiti pendidikan (Panarit Sethakul,Nattakant Utakrit, 2018). Tambahan pula pada masa

2
hadapan pelbagai jenis teknologi diperkenalkan bagi memudahkan setiap kerja yang akan
dilakukan.

Senario baru-baru ini ketika pandemik Covid-19 melanda , banyak sektor yang
terkesan terutama sekali sektor pendidikan. Ketika mulanya perintah berkurung dilaksanakan
banyak sekolah terpaksa ditutup dan menjadikan proses pembelajaran terhenti seketika.
Menurut akhbar Sinar Harian, bertarikh 10 Jun 2022, satu kajian dijalankan menyatakan
bahawa penutupaan sekolah telah menyebabkan kerugian sebanyak RM41 trillion dari segi
pendapatan. Oleh disebabkan itu beberapa inisiatif dijalankan bagi memastikan murid dapat
meneruskan pelajaran walaupun perintah berkurung terlaksana. Perlaksanaan kelas online
atau dalam talian pada masa pandemik telah membuka mata semua pihak dalam menjalani
porse pembelajaran walaupun pada mula ia dilaksanakan, perlaksanaannya hanya di tahap
agak baik. Seiring dengan perintah kawalan berkurung fasa tiga , proses pembelajaran online
semakin hari semakin baik. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya akses internet yang baik
serta gajet tidak mustahil pada masa hdepan, murid dapat belajar dirumah sahaja.

Dalam artikel ini , kita akan memfokuskan kepada beberapa senario yang bakal terjadi
dalam jangka masa 20 tahun akan datang. Antara perkara yang dibincangkan dalam artikel ini
ialah apakah senario pembelajaran pada masa hadapan, bagaimanakaha aplikasi-aplikasi
dalam talian dapat dimanfaatkan untuk pendidikan serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi
untuk menyediakan insfrastruktur untuk pembelajaran pada masa depan. Artikel ini membuka
minda supaya semua yang terlibat dalam bidang pendidikan bersedia menghadapi
kemungkinan yang ada pada senario pembelajaran pada masa depan.

2.0 Rasional

Apakah senario pembelajaran pada masa depan?

Pada masa depan, pembelajaran akan terarah pada pembelajaran yang berteraskan
penggunaan teknologi yang canggih. Sebelum terciptanya komputer dan gajet yang berkaitan
teknologi, guru dan murid terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara mekanikal atau
melalui aplikasi murni usaha manusia semula jadi (Lijia Chen , Pingping Chen, Zhijian Lin,
2020). Seperti telah diberikan gambaran oleh Henry Ford dalam bentuk analogi, inovasi dan
teknologi berlaku bukan bermakna manusia perlu melakukan kerja mengikut kebiasaan tetapi
mencari cara untuk melakukan pekerjaan dengan lebih laju. Kadang-kala kita perlu mencuba
seuatu yang diluar kebiasaan kita dan mencipta cara baharu melakukan sesuatu pekerjaan.
(Lijia Chen , Pingping Chen, Zhijian Lin, 2020).

Pembelajaran mobile dalam perlaksanaan pembelajaran merupakan salah satu senario


yang bakal terjadi dalam 20 tahun akan datang. Pembelajaran mobile merupakan satu
kemajuan setapak kehadapan dalam melaksanakan pembelajaran yang menggunakan
elektronik (Siraj, 2020). Murid tidak perlu lagi bersusah – payah untuk membawa buku-buku
yang tebal untuk ke sekolah. Buku teks dan buku nota hanya boleh diakses dengan
menggunakan Kod QR sahaja. Kod QR atau Tindak Balas Pantas ialah sejenis kod bar yang
boleh mentafsir lebih daripada 4,000 aksara data. Data ini menggunakan kod program khas
atau lukisan dalam bentuk petak putih dan hitam (Zhanna Deineko, Nataliia Kraievska,

3
Vyacheslav Lyashenko, 2022). Kod QR ialah cara yang terbaik untuk memberi kemudahan
kepada murid dari luar talian ke dalam talian. Bagi murid penggunaan Kod QR lebih mudah
kerana penggunaannya hanya dengan menghalakan kamera telefon pintar pada kod
berbanding mengakses sesuatu secara manual. Kod QR boleh meletakkan pada mana-mana
permukaan dan ianya boleh dijana dalam beberapa saat dalam aplikasi atau pembina khas
(Zhanna Deineko, Nataliia Kraievska, Vyacheslav Lyashenko, 2022). Dengan penggunaan
Kod QR ini, murid hanya perlu membawa satu peranti elektronik dan segala maklumat boleh
diakses dimana-mana serta bila-bila masa sahaja.

Selain itu, perlaksanaan online classes atau kelas dalam talian juga akan dijalankan
secara sepenuhnya. Murid hanya ke sekolah apabila masa-masa tertentu apabila diperlukan.
Apabila kita melihat daripada peristiwa Covid -19 , tak mustahil pembelajaran atas talian
menjadi pilihan murid. Walaupun pada permulaan perlaksanaannya menjadi salah satu punca
yang menyebabkan murid menjadi tidak bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran dalam
talian dimana kaedah penyampaian guru yang tidak berkesan disebabkan oleh tidak dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam talian pada tahap maksimum (Pertiwi,
2020), namun setelah beberapa lama perintah berkurung berlangsung, murid mula beradaptasi
dengan kelas dalam talian dengan cara yang lebih baik. Rasionalnya kelas dalam talian ini
ialah murid tak perlu ke sekolah. Mengapa tidak menggalakkan murid ke sekolah? Selain
daripada kemungkinan wujudnya penyakit berjangkit lagi, kita juga boleh mengambil kira
tentang kes jenayah yang melibatkan remaja dan kanak-kanak yang sering berlaku. Dalam
konteks jenayah pemerdagangan manusia yang melibatkan kanak-kanak dan remaja,
Malaysia merupakan tempat transit dan menjadi sumber bagi pemerdagangan manusia (Nurul
Amirah Hamzah,Nooraini Othman,Wardatul Aishah Musa, 2019). Untuk meminimunkan
risiko tersebut kelas dalam talian adalah antara alternative yang boleh dipertimbangkan.

Apabila kelas atas talian diadakan akan timbulnya aplikasi-aplikasi baharu yang
dicipta bagi memudahkan penyampaian guru sebagai pemudahcara dalam pembelajaran.
Guru perlu memainkan pelbagai peranan untuk membuatkan bilik darjah yang berkesan.
(Djumanova Barno Oglonbek kizi,Makhmudov Kudratbek Shavkat ugli, 2022). Guru juga
pelu mempunyai kemahiran dalam menggupakan aplikasi-apliaksi yang terkini. Sejak
pandemik berlaku, antara aplikasi yang selalu digunakan adalah Google Meet, Zoom dan
pembelajaran melalui laman-laman sesawang siaran langsung. Jika sekarang Google
Classroom diperkenalkan, maka tak mustahil satu aplikasi baharu dicipta seperti Google
Classroom dapat diakses bukan hanya guru dan murid, tetapi juga ibubapa. Centered-
Classroom ini boleh didapati dengan hanya memuat turun aplikasinya kedalam te;efon pintar
dan boleh didaftar menggunakan cap jari atau nombor kad pengenalan. Dalam aplikasi ini,
semua boleh mengakses setiap pembelajaran yang berjalan termasuklah pihak atasan dan juga
ibubapa. Ini memudahkan ibubapa terutamanya untuk memantau kehadiran dan disiplin anak
ketika kelas dalam talian diadakan.

3.0 Kajian Literatur

4
Terdapat banyak kajian lepas yang membincangkan tentang senario yang akan
berlaku dalam dunia pendidikan. Kajian-kajian ini kebanyakannya berkisarkan tentang
pertumbuhan teknologi dan peranti elektronik yang pesat mempengaruhi perkembangan
dunia pendidikan pada masa depan. Kepelbagaian aplikasi perisian yang tersedia untuk guru
dan murid menggambarkan perkembangan yang luar biasa dan potensi baik untuk mencapai
matlamat E-pembelajaran tentang peningkatan pengetahuan tentang kesedaran masyarakat
tentang cara menggunakan alat E-pembelajaran moden dan dengan cara yang memastikan
ketepatan penggunaan dan kesedaran tentang peranannya yang berkesan dalam menyebarkan
pendidikan di kalangan komuniti pelajar (Duha Abdul Rahman Al Malah,Saad Ibrahim
Hamed,Haider Alrikabi, 2019).

Selain itu juga pembelajaran E learning juga menjadi perhatian ramai pendidik dalam
melaksanakan proses pembelajaran. Penghasilan peranti mudah alih telah membuatkan pakar
pendidikan menggunakannya sebagai salah satu bahan mengajar dalam kelas. Bagi pendapat
mereka, penggunaan peranti ini, membolehkan murid mendapatkan maklumat seterusnya
membuat perkongsian kepada kelas (Siraj,2020). E learning sangat banyak manfaatnya
kepada pembelajaran kerana dengan hanya membawa satu sahaja peranti elektronik, semunya
dapat diakses dengan mudah. Guru-guru juga boleh belajar cara untuk menggunakan E
learning apabila ianya diperkenalkan. Dengan memanfaatkan kemudahan teknologi
maklumat terkini, strategi pembelajaran awal kanak-kanak menggunakan kaedah dalam talian
(Chandra Asri Windarsih, Suhud Aryana, Ammy Ramdhania, 2021).

Pembangunan kecerdasan buatan merupakan salah satu faktor perubahan dalam


bidang pendidikan. Kemajuan pesat pengkomputeran dan pemprosesan maklumat teknik
telah mempercepatkan kemajuan dan aplikasi kecerdasan buatan ligence (AI), yang bertujuan
untuk membolehkan komputer melaksanakan tugas melalui meniru tingkah laku manusia
pintar, seperti membuat inferens, analisis, dan membuat keputusan (Yangqin Duan, John S.
Edward, Yogesh K Dwivedi, 2019). Deangan adanya kecerdasan buatan ini, mengurangkan
risiko kehilangan data kerana data-data tersebut disimpan dengan keselamant yg tinggi.
Selain itu juga, kecerdasan buatan boleh menggantikan guru dalam mengawal kelas secara
dalam talian. Dari perspektif aplikasi pendidikan, terdapat beberapa peranan AI dalam
pendidikan, iaitu, berkhidmat sebagai tutor pintar, tutee, alat pembelajaran/rakan kongsi, atau
penasihat membuat dasar (Gwo Jen Hwang, Haoran Xie,Benjamin W. Wah, Dragon Gasevic,
2020).

Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Google Classroom, Google Meet dan Zoom


contohnya digunakan secara mendadak ketika pandemik melanda. Sehingga sekarang masih
ada institusi yang masih menjalankan kelas atau mesyuarat secara dalam talian. Kebaikannya
ialah kelas dalam talian menjimatkan waktu dan juga tenaga serta kewangan. Kebanyakan
murid telah belajar secara dalam talian ini buat kali pertama. Namun, murid berpuas hati
kerana berlakunya interaksi bersama tenaga pengajar dan isi kandungan yang disampaikan
secara langsung oleh guru diperolehi (Aswir, Muhammad Sofian Hadi, Fatimah Rosiana
Dewi, 2021).

5
Pada masa depan guru bertindak sebagai fasilitator , hanya memerhati proses
pembelajaran murid disamping memberikan bimbingan kepada murid. Guru perlu melihat
masa depan untuk menentukan apa yang patut dilakukan untuk menjadi relevan dan
berkhidmat kepada masyarakat pada masa hadapan. Sistem pendidikan untuk menyediakan
murid untuk pekerjaan yang tidak wujud hari ini kerana teknologi baru muncul, ledakan
maklumat, dan Revolusi Perindustrian Keempat (Ally, 2019). Pembelajaran berpusatkan
murid merupakan satu kaedah menggalakkan penglibatan murid dalamproses pembelajaran.
Pada masa depan, murid akan lebih berkemampuan mengajar kawan-kawan lain di dalam
kelas mereka. Sidang Kemuncak Inovatif Dunia dalam Pendidikan (WISE) telah menjalankan
tinjauan mengenai Sekolah pada tahun 2030 dengan penglibatan 645 pakar dalam sektor
berbeza dari seluruh dunia (Yayasan Qatar, 2014) di mana 83% daripada pakar berpendapat
bahawa mereka percaya pembelajaran akan dilakukan secara individu untuk memastikan
keperluan murid secara individu. Majoriti daripada pakar mengatakan bahawa guru akan
menjadi panduan untuk belajar daripada penyampai maklumat; kerana bahan pembelajaran
terutamanya akan berada dalam format digital,murid akan boleh menggunakan teknologi
untuk mengakses bahan pembelajaran, mengubah peranan guru menjadi fasilitator
pembelajaran. Berdasarkan hasil tinjauan ini, sistem pendidikan harus menyediakan pelajar
dengan kemahiran belajar secara berdikari (Ally, 2019).

4.0 Rumusan

Dunia pendidikan bergerak dengan sangat pantas seiring dengan perkembangan


teknologi. Penciptaan pelbagai jenis gajet atau peranti elektronik memberikan impak besar
dalam memastikan keberkesanan pembelajaran apabila penggunaannya meluas. Selain itu
juga, tiada gunanya peranti yang canggih jika capaian internet dalam Malaysia masih lagi
kurang memuaskan. Pada masa hadapan, capaian internet boleh didapati walaupun berada
dipelosok belantara.

Guru juga perlu membuat persediaan yang banyak dalam melaksanakan pembelajaran
di masa depan. Guru perlu menjadi fasilitator bukan sahaja untuk memberikan isi kandungan
pelajaran tetapi juga membantu murid untuk menggunakan peranti-peranti yang sedia ada.
Oleh disebabkan itu, guru perlu sentiasa setapak ke hadapan, tidak ketinggalan dalam
pengetahun tentang gajet ataupun alatan peranti ini. Guru yang mempunyai kemahiran yang
lebih tinggi dalam pengetahuan teknologi maklumat ini , biasanya sentiasa cakna dengan
perkembangan dan cara menggunakan peranti dengan baik dan betul.

Untuk menghadapi pembelajaran secara dalam talian, murid pertama sekali


memerlukan peranti masing-masing. Segelintir kecil murid belum mempunyai peranti
eletronik walaupun hanya sebuah telefon pintar. Perkara ini perlu dipandang serius oleh
kerajaan kerana jika murid tidak mempunyai peranti setiap seorang, mereka akan ketinggalan
dengan kawan-kawan yang lain.

Kesimpulannya, ramalan senario pembelajaran boleh diduga dengan melihat kepeluan


yang perlu ada pada hari ini. Pada masa depan, pendidikan lebih terarah ataupun berpusatkan
murid. Oleh sebab itu, guru-dan murid terutama sekali perlu lebih cakna dan ambil tahu

6
tentang isu semasa serta mengambil maklum dengan kepesatan teknologi maklumat pada
masa akan datang.

5.0 Rujukan

Ally, M. (2019). Competency Profile of the Digital and Online Teacher in Future Education.
International Review of Research in Open and Distributed Learning, 18.

Aswir, Muhammad Sofian Hadi, Fatimah Rosiana Dewi. (2021). Google Meet Application as an Online
Learning Media for Descriptive Text Material. Jurnal Studi Guru dan Pembelajaran, 6.

Chandra Asri Windarsih, Suhud Aryana, Ammy Ramdhania. (2021). PELATIHAN “E-LEARNING FROM
HOME” BAGI GURU PENDIDIKAN ANAK USIA DINI PADA MASA PANDEMIC COVID19. Mitra
Mahajana: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 10.

Djumanova Barno Oglonbek kizi,Makhmudov Kudratbek Shavkat ugli. (2022). ROLES OF TEACHERS IN
EDUCATION OF THE 21ST CENTURY. Scientific Journal, 4.

Duha Abdul Rahman Al Malah,Saad Ibrahim Hamed,Haider Alrikabi. (2019). The Interactive Role
Using the Mozabook Digital Education Application and its Effect on Enhancing the
Performance of eLearning. LearnTechLib, 21.

Gwo Jen Hwang, Haoran Xie,Benjamin W. Wah, Dragon Gasevic. (2020). Vision, challenges, roles and
research issues of Artificial Intelligence in Education. Science Direct, 5.

Ismail, M. S. (2021). Pembelajran Mobil dalam Kurikulum Masa Depan. Acedemia, 14.

Lijia Chen , Pingping Chen, Zhijian Lin. (2020). Artificial Intelligence in Education: A Review. IEEE
Access, 15.

Nurul Amirah Hamzah,Nooraini Othman,Wardatul Aishah Musa. (2019). PEMERDAGANGAN


MANUSIA DI MALAYSIA : ISU DAN USAHA MEMBANTERAS. International Journal of Law, 11.

Panarit Sethakul,Nattakant Utakrit. (2018). Challenges and Future Trends for Thai
Education:Conceptual Frameworks into Action. iJEP, 9.

Pertiwi, A. R. (2020). Learning Motivation and Students’ Achievementin Learning English: A Case
Study at Secondary School Students in the COVID-19 Pandemic Situation. JELITA: Journal of
English Language Teaching and Literature , 16.

Shanthi Tamilselvam, Johari Surif. (2018). Pembelajaran Berdasarkan Senario dalam Mengajar Model
Penyelesaian Masalah. Sains Humanika, 8.

Siraj, S. (2021). Pembelajaran Mobile dalam Kurikulum Masa Depan. Acedemia, 14.

Syed Ardi Bin Syed Yahya Kamal, Profesor Madya Dr. Zaidatun Tasir . (2021). PEMBELAJARAN MASA
DEPAN – MOBILE LEARNING (M-LEARNING) DI MALAYSIA. EDUPRES.

Yangqin Duan, John S. Edward, Yogesh K Dwivedi. (2019). Artificial intelligence for decision making in
the era of Big Data – evolution, challenges and research agenda. Science Direct, 63-71.

7
Zhanna Deineko, Nataliia Kraievska, Vyacheslav Lyashenko. (2022). QR Code as an Element of
Educational Activity. International Journal of Academic Information Systems Research
(IJAISR), 26-31.

Anda mungkin juga menyukai