Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid
dan berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika (4K1N). 5 elemen tersebut merupakan standard asas PAK 21 dalam
pembentukan murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan berperwatakan.

 Komunikasi; merujuk kepada interaksi antara guru dengan murid, murid dengan
murid, dan murid dengan bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan
 Kolaboratif; pula merupakan kerjasama dan muafakat antara guru dengan murid dan
murid dengan murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea
dan pandangan antara murid.
 Pemikiran Kritis; ialah wujudnya penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea
secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
 Kreativiti; bermaksud proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan,
aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
 Nilai Murni dan Etika; bererti penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke
arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.

Perubahan ke arah PAK21 merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia bagi


memastikan pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah
menguasai kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi era globalisasi pada masa ini. Hal ini
kerana bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan asas
pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk
kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa (Azalya, 2003).

PEDAGOGI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pedagogi PAK21 menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan


projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM (Science, Technology,
Engineering and Mathematics) serta aktiviti-aktiviti berasaskan PAK21.
Pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam Pembelajaran Abad ke-21 perlu
menitikberatkan objektif pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang hendak dicapai,
kebolehlaksanaan aktiviti dan latar belakang murid. Pemilihan kaedah PdP perlu bersesuian
dengan objektif yang hendak dicapai dalam PdP. Ia juga perlu mengambil kira
kebolehlaksanaan dari segi jangka masa pengajaran dan sumber bahan pengajaran yang ada.
Guru seterusnya perlu bijak menggunakan kaedah yang dapat menarik minat dan bersesuaian
dengan keupayaan murid.

Antara aktiviti-aktiviti PAK21yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


ialah Think Pair Share, Round Table, Gallery Walk, Hot Seat, Stray-Stray. Aktiviti-aktiviti
ini menggalakkan murid untuk melakukan perbincangan, berkerja secara pasukan, berfikir
secara kritis dan kreatif serta menyuarakan dan menghargai pandangan. Hal ini selaras
dengan elemen 4K1N yang diterapkan dalam Pembelajaran Abad ke-21.

PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF DALAM PdPc

Pembelajaran koperatif merupakan model pembelajaran yang memerlukan pelajar belajar


dengan mengaplikasikan aktiviti belajar dan bekerja dalam kelompok kumpulan pelbagai
kebolehan (Slavin 2005). Pembelajaran koperatif adalah kumpulan pelajar yang bekerjasama
untuk menyelesaikan masalah atau tugasan (Johnson, Johnson & Holubec, 2002).

Menurut Suprijono (2009), pembelajaran koperatif merupakan semua jenis tugasan


berkumpulan tidak terkecuali yang dipantau oleh guru atau melibatkan guru. Kebiasaannya,
pembelajaran koperatif dianggap sebagai aktiviti yang menerima arahan dari guru, penetapan
tugasan dan penyediaan bahan juga daripada guru. Pelajar akan menggunakan semua perkara
yang diberikan guru untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Pembelajaran koperatif lazimnya dilakukan bersama oleh empat hingga enam orang
pelajar. Johnson & Johnson (2014) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
koperatif adalah satu kaedah yang mengkehendaki pelajar belajar bersama-sama dalam
menyiapkan satu tugasan untuk kumpulan masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran
koperatif berlaku apabila pencapaian pelajar bergantung kepada pencapaian kumpulan.

Dengan kata-kata lain, pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan
yang mengajar pelajar bekerjasama dalam kumpulan pelajar yang kecil, saling membantu
antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Pengajaran
dan pembelajaran koperatif juga memerlukan pelajar saling berinteraksi dengan satu sama
lain dan setiap antara mereka adalah saling kebergantungan.

Aktiviti yang sering diamalkan di sekolah ialah aktiviti Jigsaw, di mana kelas
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada
nombor tertentu 1-2-3-4. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali
ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan. Mereka akan berkongsi hasil
perbincangan di dalam kumpulan tadi bersama dengan rakan kumpulan asal. Selain itu
terdapat aktiviti Idea Rush, Share-N-Turns, One- Two-Group, Look-Think-Comment, Find A
Treasure, Token Talk Time yang juga terkenal dengan nama Talking Chips, Roam or Remain
dan juga aktiviti North to South.

KESIMPULAN

Dalam pembelajaran Abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran koperatif mendukung empat
cabaran utama iaitu: kebergantungan kepelbagaian isu global, penambahan bilangan negara
demokrasi seluruh dunia, keperluan untuk usahawanusahawan kreatif serta kepentingan yang
bertambah hubungan interpersonal. (Johnson & Johnson, 2014). Keperluan pengajaran dan
pembelajaran koperatif amat perlu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dinyatakan.

Oleh kerana itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan pengajaran


dan pembelajaran abad ke -21 dengan berpaksikan pengajaran dan pembelajaran koperatif
sebagai asas pendidikan abad ke-21 dalam PPPM 2013-2025 dan penghasilan Buku Panduan
Pendidikan Abad Ke-21 untuk memberi panduan penuh kepentingan pengajaran dan
pembelajaran koperatif di sekolah (Pasukan Pemikir Pendidikan Abad Ke-21, 2017)
RUJUKAN

Azalya Ayob (2003). Kepentingan Kemahiran Generik Dikalangan Pekerja Di Industri


Elektronik Di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Ijazah Sarjana,

Johnson, D. W., Johnson, R., & Holubec, E. (2002). Circles of Learning: Cooperation in the
Classroom. 5th Edition. Edina, MN: Interaction Book Company,

Johnson, D. W., Johnson, R. T (2014) Cooperative Learning in 21st Century. Anales De


Psicologia. Vol.30, 841-851,

Pasukan Pemikir Pendidikan Abad Ke-21 (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad
Ke-21. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan,

Slavin, R.E. (2005). Educational psychology: Theory into practice. Englewood Cliff: Prentice
Hall Ltd,

Suprijono A. (2009). Cooperative Learning, Teori & Aplikasi PAIKEM. Surabaya: Pustaka
Pelajar.

Anda mungkin juga menyukai