Anda di halaman 1dari 30

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran mempermudahkan masalah algebra


bagi murid tingkatan satu melalui penggunaan kaedah Mix and Match. Kajian berfokuskan
kepada penguasaan konsep topik Ungkapan Algebra dan melibatkan tiga orang murid dari
Tingkatan 1 Ibnu Khaldun, SMK Kompleks Gong Badak. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pelaksanaan ujian diagnostik terhadap murid Tingkatan 1 Ibnu Khaldun serta temu
bual terhadap guru kelas dan guru matematik mereka. Tinjauan yang dilakukan mendapati
sebahagian murid tidak dapat menyelesaikan masalah algebra dengan baik. Antara punca
permasalahan yang dihadapi oleh murid adalah kekeliruan dalam menentukan sebutan
algebra, berpunca daripada pemahaman yang lemah terhadap konsep Ungkapan Algebra.
Oleh itu, peserta kajian telah didedahkan kepada penggunaan kaedah Mix and Match dalam
mempermudahkan masalah algebra dengan harapan bahawa kaedah ini dapat membantu
mereka memahami konsep Ungkapan Algebra dengan lebih baik. Dapatan kajian mendapati
penggunaan kaedah Mix and Match mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
mempermudahkan masalah algebra dengan melihat perbandingan markah mereka dalam
ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang bermakna dapat membantu murid untuk menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran. Oleh itu, kajian terhadap kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran bermakna yang boleh digunakan dalam proses PdPc perlu diperincikan lagi.

i
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T.

Terutama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t


atas nikmat serta kekuatan yang diberikan bagi menyelesaikan kajian tindakan ini
dengan jayanya. Dengan rahmat-Nya kami berpeluang untuk melengkapkan kajian
tindakan ini sebagai sebahagian daripada tugasan bagi kursus Kajian Tindakan
Dalam Pendidikan DWP 10703 di bawah program Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (DPLI) sesi 2019/2020, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak.

Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dr Rosmani binti Ali


selaku pensyarah kursus DWP10703 kerana telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada kami dalam penulisan laporan terhadap kajian tindakan yang
telah kami lakukan. Beliau telah banyak memberi kami nasihat, sokongan yang
berterusan, serta sumbangan buah fikiran dalam melengkapkan laporan kajian ini.

Kami juga ingin mendedikasikan ucapan jutaan terima kasih kepada


keluarga kami atas sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang
pembelajaran kami di sini. Tidak lupa juga bagi pengetua SMK Kompleks Gong
Badak, Encik Abu Bakar bin RA Mohd Abdullah, serta guru kelas dan guru
matematik Tingkatan 1 Ibnu Khaldun iaitu Encik Mohamad Sharif bin Shaari dan
Puan Nadhirah binti Ismail yang telah banyak membantu kami dalam melaksanakan
kajian tindakan terhadap murid-murid mereka.

Begitu juga kepada teman seperjuangan Program DPLI sesi 2019/2020 dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menyiapkan kajian tindakan ini. Semoga jasa dan budi baik kalian dibalas dengan
ganjaran daripada Allah S.W.T.

ii
ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN........................................................................................................... iii

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

iii
1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Topik Ungkapan Algebra merupakan topik yang dipelajari dalam KSSM


Matematik Tingkatan 1 dan merupakan sambungan daripada bidang pembelajaran
Perkaitan dan Algebra yang dipelajari di sekolah rendah. Topik ini merupakan topik
yang penting kerana menjadi asas kepada penyelesaian algebra yang perlu
dipelajari sehingga ke tingkatan 5. Namun begitu, tinjauan awal mendapati
sebahagian murid tidak dapat menguasai konsep Ungkapan Algebra dengan baik.

Oleh yang demikian, kajian tindakan mengenai penguasaan topik Ungkapan


Algebra terhadap murid tingkatan satu telah dilaksanakan sebagai satu usaha bagi
memudahkan lagi murid-murid untuk memahami konsepnya yang sebenar. Usaha
harus dilakukan oleh guru agar amalan pengajaran yang lebih kreatif dapat
diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik
darjah di sekolah (Samsudin, Zainal, Razali, dan Noraini, 2013).

1.2 Konteks

Pengkaji merupakan pelajar semester dua Universiti Sultan Zainal Abidin


(UniSZA) di bawah program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Kajian
tindakan ini merupakan tugasan kumpulan bagi kursus DWP10703 Kajian Tindakan
Dalam Pendidikan dan bertujuan untuk melatih bakal-bakal guru dalam menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran melalui pelaksanaan kajian tindakan.
Kajian tindakan menjadikan guru lebih reflektif serta meningkatkan kemahirannya
dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah (Bennet, 1993; Calhoun, 1993 dan
Thompson, 1996).

Sekolah yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah Sekolah Menengah Kompleks
Gong Badak (SMKKGB) yang terletak berhampiran beberapa taman perumahan
sekitar Gong Badak. Kawasan ini membangun pesat dengan perkembangan
Kawasan Perindustrian Gong Badak dan perkembangan institusi pengajian tinggi
seperti UniSZA dan UMT. Menurut pengetuanya, Encik Abu Bakar bin RA Mohd
Abdullah, SMKKGB menggunakan konsep prinsip kawalan dan lokasi dalam
pengambilan murid baru, di mana pemilihan dilakukan berdasarkan keputusan
minimum 3A dalam UPSR dan juga berdasarkan kepada lokasi kediaman murid
yang berhampiran dengan kawasan sekolah.

1
Peserta kajian melibatkan murid daripada kelas Tingkatan 1 Ibnu Khaldun,
kelas kedua daripada sembilan buah kelas yang ada. Kelas ini merupakan satu
daripada dua buah kelas yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer
sebagai mata pelajaran pilihan dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang
baik. Kebanyakan murid daripada kelas ini mempunyai latar belakang sosio ekonomi
keluarga yang sederhana atau rendah, di mana ibu bapa mereka kebanyakannya
berkhidmat sebagai penjawat awam atau bekerja sendiri.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ujian diagnostik serta temu bual terhadap guru mata pelajaran Matematik mereka
iaitu Puan Nadhirah binti Ismail Shaari telah dilakukan pada Selasa, 10 Mac 2020 yang lalu
untuk mengetahui penguasaan dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Matematik serta
topik Ungkapan Algebra. Jadual 2.1 menunjukkan keputusan ujian diagnostik yang telah
dijalankan.

Ujian Diagnostik
Murid
Markah Jumlah %

M1 13 65

M2 20 100

M3 8 40

M4 20 100

M5 8 40

M6 15 75

M7 19 95

M8 17 85

M9 20 100

M10 20 100

M11 15 75

M12 12 60

M13 17 85

M14 15 75

M15 20 100

2
M16 19 95

M17 17 85

M18 12 60

M19 13 65

M20 10 50

M21 8 40

M22 10 50

M23 13 65

M24 10 50

Jadual 2.1: Keputusan Ujian Diagnostik bagi Murid Tingkatan 1 Ibnu Khaldun.

Daripada taburan markah dalam Jadual 2.1 di atas, dapatan analisis direkodkan
mengikut kumpulan gred sekolah untuk SMR (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah KPM,
2016) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2 di bawah.

Ujian Pra
Markah Gred Catatan
Jumlah %
85 - 100 A Cemerlang 10 41.7
70 – 84 B Kepujian 3 12.5
60 - 69 C Baik 5 20.8
50 – 59 D Memuaskan 3 12.5
40 - 49 E Mencapai Tahap Minimum 3 12.5
00 - 39 F Belum Mencapai Tahap Minimum 0 0

Jadual 2.2: Gred Pencapaian Murid Tingkatan 1 Ibnu Khaldun dalam Ujian Diagnostik.

Daripada Jadual 2.2, 13 orang murid (54.2%) mendapat keputusan cemerlang atau
kepujian, 8 orang murid (33.3%) mendapat keputusan yang baik atau memuaskan dan 3
orang murid (12.5%) sekadar mencapai tahap minimum. Dapatan ini menunjukkan 12.5%
murid masih belum mencapai penguasaan yang memuaskan terhadap topik tersebut.

Dalam mengenal pasti punca permasalahan tersebut, kami telah menemu bual Puan
Nadhirah bagi membincangkan pengalaman pengajaran beliau. Menurutnya, walaupun
beliau telah menerapkan unsur kolaboratif dan koperatif dalam pengajarannya, masih ada
murid-murid beliau yang pasif. Kumpulan murid ini juga sering terpinga-pinga dan keliru
apabila dikemukakan soalan seolah-olah mereka tidak menunjukkan sebarang pemahaman
terhadap pengajarannya.

3
Sorotan kajian mendapati permasalahan ini berpunca daripada kefahaman konsep
serta kesedaran terhadap faedah pembelajaran topik yang rendah dalam kalangan
muridnya, menyebabkan motivasi untuk belajar terhalang. Menurut Kamarudin Hj. Husin
(2010), murid digerakkan untuk belajar bagi mencapai motif tertentu sama ada dalam bentuk
matlamat dan objektif, insentif dan ganjaran, atau memenuhi minat atau rasa ingin tahu.

Oleh yang demikian, kami bercadang untuk menggunakan pendekatan yang lebih
konkrit dan kreatif agar mereka dapat memahami perkaitan konsep dengan aplikasinya
dalam kehidupan harian, seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep
ungkapan algebra. Amalan kreativiti dalam pengajaran lebih terarah kepada usaha-usaha
yang dilakukan guru agar proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan hasil
pembelajaran dapat dicapai. (Muhamad Zaki, Razali Hassan, Azman Hasan, dan Mohd
As’ed, 2013).

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian berfokuskan meningkatkan pemahaman murid tingkatan satu terhadap


konsep ungkapan algebra dengan menggunakan bahan realia (bahan maujud) sebagai
perwakilan kepada sebutan algebra. Kajian dilakukan setelah mengambil kira permasalahan
yang dihadapi murid dalam mempermudahkan masalah algebra. Rajah 3.1 menunjukkan
sebahagian kesalahan yang sering dilakukan oleh peserta kajian dalam ujian diagnostik.

Rajah 3.1. Analisis Ujian Diagnostik Peserta Kajian (10 Mac 2020).

Selain itu, kami juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk menilai sikap dan
persepsi peserta kajian terhadap mata pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra.
Rajah 3.2 menunjukkan borang soal selidik yang telah dijawab oleh salah seorang peserta
kajian kami.

4
Rajah 3.2. Borang Soal Selidik Murid A

Hasil analisis borang soal selidik murid A, didapati murid menunjukkan sikap dan
persepsi yang negatif terhadap topik Ungkapan Algebra meskipun meminati mata pelajaran
Matematik. Murid ini tidak memahami hubungkait konsep Ungkapan Algebra dalam
kehidupan harian dan tidak seronok dalam mempelajarinya. Dalam erti kata lain, murid tidak
akan tergerak untuk belajar sekiranya tidak sedar akan motif sesuatu pembelajaran tersebut
(Kamarudin Hj. Husin, 2010).

Kesinambungan masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini, kami menggunakan


kaedah pengajaran dan pembelajaran konkrit , iaitu pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan pengalaman atau bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.
Penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran amat perlu kerana melalui bahan
tersebut, pembelajaran murid akan jauh lebih bermakna berbanding dengan proses
pembelajaran yang berlangsung tanpa sumber pengajaran dan pembelajaran (Sufean
Hussin, Shahril Marzuki, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som, dan Alina Ranee, 2005).

Kaedah Mix and Match yang telah kami rangka menggunakan bahan pengajaran
konkrit untuk membantu murid memahami konsep sebenar ungkapan algebra, di mana
bahan realia yang menarik digunakan sebagai perwakilan kepada sebutan ungkapan
algebra. Antara kelebihan penggunaan kaedah ini adalah murid dapat membuat perkaitan
konsep ungkapan algebra dengan fenomena dunia sebenar, seterusnya mendapat
kefahaman dan kepuasan diri yang mendalam setelah proses pengajaran dan pembelajaran

5
dilaksanakan. Selain itu, kaedah ini menitik beratkan pengetahuan sedia ada dan minat
murid bagi memberi pengalaman pembelajaran yang menarik dan bermakna.

4.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kemahiran mempermudahkan masalah algebara dalam


kalangan murid tingkatan 1 menggunakan kaedah Mix and Match.

2. Menilai keberkesanan kaedah Mix and Match untuk mengatasi masalah murid
dalam mempermudahkan masalah algebra dengan menggunakan realia
dalam pengajaran.

4.2 Soalan Kajian

Terdapat beberapa soalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini, iaitu:

1. Adakah kaedah Mix and Match dapat mengatasi masalah pelajar dalam
mempermudahkan masalah algebra?
2. Bagaimanakah kaedah Mix and Match dapat meningkatkan kemahiran
pelajar dalam mempermudahkan masalah algebra?

5.0 PESERTA KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang telah dianalisis, kami memilih tiga
orang murid yang memperoleh pencapaian terendah sebagai peserta kajian kami. Kumpulan
murid ini mendapat markah yang kurang memuaskan dalam ujian diagnostik yang telah
dilaksanakan. Menurut Puan Nadhirah, kumpulan murid ini juga mempunyai motivasi yang
rendah dan menunjukkan minat yang kurang untuk belajar. Maklumat mengenai murid-murid
tersebut telah diperincikan dalam Jadual 5.1.

Peserta Kajian (Bukan Nama Sebenar)


Ciri-Ciri
Amin Alif Aqil

Jantina Lelaki Lelaki Lelaki

Kelas 1 Ibnu Khaldun 1 Ibnu Khaldun 1 Ibnu Khaldun

6
Penguasaan Rendah Rendah Rendah
Matematik

Ciri-ciri lain Pendiam, tidak Seorang yang banyak Pendiam, banyak


aktif bertanya atau bercakap dan suka mengelamun dan
menjawab soalan mengganggu rakan memencilkan diri.
sekelas yang sedang
belajar.

Jadual 5.1. Maklumat Peserta Kajian

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Langkah-langkah Tindakan

Perancangan dan pelaksanaan tindakan yang telah kami jalankan adalah


berdasarkan empat peringkat kajian dalam model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)
iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kami memilih untuk
menggunakan model Kajian Tindakan Lewin (1946) kerana model ini sesuai bagi
kajian tindakan yang memerlukan proses tindakan dan refleksi dalam satu kitaran.
Model Kajian Tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1. Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

6.1.1 Perancangan Tindakan

Kami memulakan kajian tindakan kami dengan merancang tindakan


secara terperinci dan merangka jadual pelaksanaan kajian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.2 di bawah.

7
Rajah 6.2. Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan.

Pada peringkat awal, permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui


analisis ujian diagnostik, soal selidik, serta temu bual terhadap guru
matematik mereka. Dapatan tersebut kemudiaannya digunakan sebagai
panduan kepada reka bentuk kaedah pengajaran baharu yang akan
digunakan. Justeru, kami melaksanakan perbincangan dan perkongsian idea
yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti dan
merangka kaedah Mix & Match dalam membantu murid memahami konsep
sebenar ungkapan algebra.

6.1.2 Pelaksanaan Tindakan

6.1.2.1 Ujian Pra

Sebelum memberi pendedahan terhadap kaedah Mix and


Match, Ujian Pra dijalankan bagi mengenal pasti pengetahuan sedia
ada peserta kajian. Set soalan tersebut mengandungi 10 soalan
subjektif yang melibatkan menambah dan menolak satu atau lebih
ungkapan algebra dan perlu dijawab dalam tempoh 15 minit.

6.1.2.2 Pendedahan Kaedah Mix and Match

Dalam aktiviti Mix and Match, kami memberikan setiap murid


satu set gambar yang mengandungi buah oren dan epal. Murid
diminta memadankan gambar mengikut jenis buah yang sama.
Kemudian, murid menjumlahkan bilangan buah oren dan juga buah
epal seperti berikut:

8
9 oren + 2 epal - 5 oren + 2 epal + 1 oren = 5 oren + 4 epal

Kami menerangkan buah oren adalah tidak sama dengan buah


epal. Oleh itu, buah oren dan buah epal tidak boleh dikelaskan
bersama. Kami menghubungkaitkan pengiraan jumlah buah oren dan
epal tersebut dengan konsep sebutan algebra yang telah dipelajari di
dalam kelas. Jika oren adalah x dan epal adalah integer, maka
konsep pengiraan adalah seperti berikut:

5 oren + 4 epal = 5x + 4

Setelah memberi penerangan konsep tersebut kepada peserta


kajian, kami memberikan satu masalah algebra dan meminta mereka
menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kad-kad kecil
yang disediakan. Murid diminta menulis hanya satu sebutan sahaja
pada setiap satu kad kecil. Simbol dihadapan sebutan hendaklah
ditulis bersama-sama dengan sebutan. Masalah algebra yang diberi
adalah seperti berikut:

3x – 2 –x + 5 = ?

Murid diminta menyusun semula kad-kad kecil ini supaya


sebutan yang sama dikumpulkan bersama. Murid diminta
menjumlahkan sebutan-sebutan yang sama dengan menggunakan
konsep yang telah didedahkan sebelum ini.

3x – 2 –x + 5 = 3 oren – 2 epal – 1 oren + 5 epal


3 oren – 1 oren + 5 epal – 2 epal = 2 oren + 3 epal
2 oren + 3 epal = 2x + 3
⸫ 3x – 2 –x + 5 = 2x + 3

6.1.2.3 Ujian Pasca

Selepas memberikan pendedahan, peserta kajian diminta


menjawab 1 lagi set soalan bagi pelaksanaan ujian pasca. Set soalan
tersebut turut mengandungi 10 soalan subjektif yang melibatkan
menambah dan menolak satu atau lebih ungkapan algebra dan perlu
dijawab dalam tempoh 15 minit.

6.1.3 Pemerhatian

9
Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon,
dan Abdul Rahim Hamdan (2007), pemerhatian merupakan salah satu
daripada beberapa teknik untuk mendapatkan maklumat berkaitan
kepercayaan, sikap dan motivasi. Pada peringkat ini, kami membuat
pemerhatian terhadap ketiga-tiga peserta kajian sepanjang tempoh proses
pendedahan kaedah berjalan. Pemerhatian ini adalah untuk menilai tingkah
laku dan kefahaman peserta kajian semasa kajian dijalankan.

6.1.4 Refleksi

Pemikiran dan amalan refleksi dapat mempertingkatkan keberkesanan


proses pengajaran dan pembelajaran (Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif &
Muhammad Yusof Arshad, 2006). Oleh itu, aktiviti penilaian dilakukan
berdasarkan hasil pemerhatian tingkah laku peserta kajian dan tahap
pencapaian mereka dalam ujian bertulis. Penilaian ini digunakan sebagai
panduan kepada penambahbaikan sekiranya kitaran kedua tindakan kajian
perlu dilaksanakan.

6.2 Kaedah Mengumpul Data

6.2.1 Ujian Bertulis

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi


menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang
telah dipelajari (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
2008). Ujian bertulis yang dilaksanakan dalam kajian tindakan kami ialah
ujian pra dan ujian pasca.

6.2.1.1 Ujian Pra

Sebelum diberikan pendedahan kepada kaedah pembelajaran


baharu, peserta kajian perlu melalui Ujian Pra bagi mengenal pasti
pengetahuan sedia ada mereka. Set soalan mengandungi 10 soalan
subjektif yang melibatkan menambah dan menolak satu atau lebih
ungkapan algebra dan perlu dijawab dalam tempoh 15 minit.

6.2.1.2 Ujian Pasca

10
Ujian Pasca dijalankan bagi membandingkan prestasi murid
sebelum dan selepas kaedah Mix and Match didedahkan. Jika
keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan
berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008). Set soalan
tersebut mengandungi 10 soalan subjektif yang sama dan perlu
dijawab dalam tempoh yang sama.

6.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara


kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid
berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008). Dalam kajian
tindakan ini, pemerhatian dijalankan secara tidak berstruktur. Kami
melakukan nota lapangan yang berfokuskan kepada tingkah laku peserta
kajian sepanjang proses pendedahan kaedah Mix and Match berjalan.

6.2.3 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk
memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan guru mengetahui
keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008). Borang soal selidik
telah diedarkan sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan bagi mengenal
pasti perubahan sikap dan persepsi peserta kajian terhadap mata pelajaran
Matematik dan topik Ungkapan Algebra.

6.3 Cara Menganalisis Data

Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pengumpulan data yang


dijalankan iaitu ujian bertulis, pemerhatian, serta soal selidik bagi menjawab
persoalan kajian yang berikut:

1. Adakah kaedah Mix and Match dapat mengatasi masalah murid dalam
mempermudahkan masalah algebra?
2. Bagaimanakah kaedah Mix and Match dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam mempermudahkan masalah algebra?

11
6.3.1 Ujian Bertulis

Analisis data bagi ujian bertulis dilakukan dengan menentukan


peratusan markah bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca. Peratusan
markah tersebut dikategorikan mengikut kumpulan gred sekolah untuk SMR
(Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah KPM, 2016) seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2.2. Data daripada kedua-dua ujian ini dianalisis dalam bentuk
statistik deskriptif untuk menilai kemahiran peserta kajian dalam
mempermudahkan masalah algebra, sebelum dan selepas aktiviti kaedah
Mix and Match dilakukan. Berdasarkan statistik yang diperolehi, dapatan
kajian akan direkodkan dalam bentuk graf bar atau carta palang.

6.3.2 Pemerhatian

Analisis ke atas data yang diperoleh daripada pemerhatian tidak


berstruktur adalah seperti berikut (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, 2008):
a) Semak maklumat dengan terperinci.
b) Baca semua catatan, pemerhatian dan kemudian gariskan maklumat
penting yang terdapat dalam catatan itu.
c) Semak maklumat semula.
d) Tentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis.
e) Cari tema untuk kategori itu.

6.3.3 Soal Selidik

Data hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik


inferensi. Statistik inferensi membantu kami menngenal pasti punca terhadap
penguasaan murid yang rendah dalam topik Ungkapan Algebra, seterusnya
memberi jawapan kepada soalan kajian “Bagaimanakah kaedah Mix and
Match dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mempermudahkan
masalah algebra?”.

6.4 Cara Menyemak Data

Penyemakan data dilakukan melalui penggunaan triangulasi kaedah, yang


dilakukan dengan membuat perbandingan antara sumber-sumber data yang
dikumpul. Menurut Taylor dan Wallace (2007), triangulasi merupakan salah satu

12
kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu kajian kualitatif. Soalan
kajian digunakan sebagai garis panduan untuk membanding beza antara data-data
yang telah dikumpulkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2.

Sumber Data
Rekod
Pemerhatian
Soalan Kajian Perkembangan Temu Soal
(Nota
Ujian Ujian Bual Selidik
Lapangan)
Pra Pasca
1. Adakah kaedah Mix and
Match dapat mengatasi
masalah murid dalam
mempermudahkan
masalah algebra?

2. Bagaimanakah kaedah
Mix and Match dapat
meningkatkan kemahiran
murid mempermudahkan
masalah algebra?

Jadual 6.2. Borang Triangulasi Matriks

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 7.1 menunjukkan perbezaan antara markah peserta kajian dalam


Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca


(Bukan Nama Sebenar) Markah Jumlah % Markah Jumlah %
Amin 8 40 16 80
Alif 10 50 19 95
Aqil 10 50 18 90

Jadual 7.1. Perbezaan Markah Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Daripada taburan markah peserta kajian dalam Jadual 7.1 di atas, dapatan
analisis direkodkan mengikut kumpulan gred seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
7.2 dan Rajah 7.1.

Ujian Pra Ujian Pasca


Markah Gred
Jumlah % Jumlah %
85 - 100 A 0 0 2 66.7
70 – 84 B 0 0 1 33.3

13
60 - 69 C 0 0 0 0
50 – 59 D 2 66.7 0 0
40 - 49 E 1 33.3 0 0
00 - 39 F 0 0 0 0

Jadual 7.2. Gred Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


80.00%
70.00%
Bilangan Murid (%)

60.00%
50.00%
Ujian Pra
40.00%
30.00% Ujian Pasca

20.00%
10.00%
0.00%
A B C D E F
Gred

Rajah 7.1. Gred Pencapaian Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Daripada Jadual 7.2, didapati dua orang murid yang mendapat gred D
(66.7%), seorang murid mendapat gred E (33.3%), dan tiada murid yang mendapat
gred A (0%), B (0%), C (0%), dan F (0%) dalam ujian pra. Berbeza dengan ujian
pasca yang telah dilakukan, di mana 100% murid telah mendapat sekurang-
kurangnya gred B, iaitu 2 orang murid mendapat A (66.7%), seorang murid
mendapat B (33.3%), dan tiada murid yang mendapat gred C (0%), D (0%), E (0%)
dan F (0%).

Rajah 7.1 pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ke atas


pencapaian mereka sebelum dan selepas kaedah Mix and Match diperkenalkan, di
mana peratusan markah dan gred dalam ujian pasca adalah lebih positif berbanding
dengan peratusan markah dan gred mereka dalam ujian pra. Peningkatan peratusan
markah dan gred peserta kajian dalam ujian pasca membuktikan bahawa kaedah
Mix and Match mampu mengatasi masalah murid dalam mempermudahkan masalah
algebra.

7.2 Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik dan Topik
Ungkapan Algebra

14
Sikap dan persepsi peserta kajian terhadap mata pelajaran Matematik dan
topik Ungkapan Algebra dinilai dengan mengambil kira soalan kedua kajian iaitu,
“Bagaimanakah kaedah Mix and Match dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
mempermudahkan masalah algebra?”.

Jadual 7.3, Jadual 7.4 dan Jadual 7.5 menunjukkan analisis borang soal
selidik yang telah diisi oleh peserta kajian berkenaan sikap dan persepsi mereka
terhadap mata pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra sebelum dan
selepas diberi pendedahkan kepada kaedah Mix and Match.

15
Item Soal Selidik
1. Matematik adalah 2. Saya seronok belajar topik 3. Saya selalu membuat 4. Saya suka latihan berbentuk
mata pelajaran yang Ungkapan Algebra dalam latihan Ungkapan Algebra Ungkapan Algebra dalam
Bil Nama Murid
saya minati. matematik. di rumah. matematik.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
2. Amin / / / / / / / /
4. Alif / / / / / / / /
6. Aqil / / / / / / / /
Jumlah 1 2 3 0 0 3 3 0 0 3 2 1 0 3 3 0

Jadual 7.3. Analisis Borang Soal Selidik Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik dan Topik Ungkapan Algebra Sebelum
dan Selepas Kajian.

Item Soal Selidik


5. Saya berasa bangga apabila dapat 6. Saya akan cuba menjawab semua 7. Saya telah memahami hubung kait
menjawab soalan Ungkapan Algebra soalan Ungakapan Algebra yang konsep Ungakapan Algebra dalam
Bil Nama Murid
dengan betul. diberikan. aktiviti harian.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
2. Amin / / / / / /
4. Alif / / / / / /
6. Aqil / / / / / /
Jumlah 1 2 3 0 3 0 3 0 0 3 3 3

Jadual 7.4. Analisis Borang Soal Selidik Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik dan Topik Ungkapan Algebra Sebelum
dan Selepas Kajian.

Bil Nama Murid Item Soal Selidik

16
8.. Saya semakin menggemari topik 9. Saya akan bertanya guru apabila 10. Saya selalu mengisi masa lapang
Ungkapan Algebra setelah saya menghadapi masalah dalam topik dengan membuat latihan tambahan
mempelajarinya. Ungakapan Algebra. soalan Ungakapan Algebra.
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
2. Amin / / / / / /
4. Alif / / / / / /
6. Aqil / / / / / /
Jumlah 0 3 3 0 0 3 1 2 0 3 2 1

Jadual 7.5. Analisis Borang Soal Selidik Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik dan Topik Ungkapan Algebra Sebelum
dan Selepas Kajian.

17
Jadual 7.3, Jadual 7.4 dan Jadual 7.5 menunjukkan terdapat perubahan yang
drastik dari segi sikap dan persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
topik Ungkapan Algebra sebelum dan selepas pendedahan kaedah Mix and Match
dilakukan. Analisis skor soal selidik mendapati minat peserta kajian terhadap mata
pelajaran Matematik dan topik Ungkapan Algebra telah meningkat dan mereka
semakin menggemari topik tersebut apabila dapat memahami konsep sebenar
dengan lebih mendalam melalui kaedah baharu ini. Malah, motivasi murid untuk
memanfaatkan waktu lapang mereka dengan membuat latihan tambahan berkenaan
topik ini turut meningkat.

Bagi menyokong dapatan ini, pemerhatian kami juga mendapati tingkah laku
yang positif telah dipamerkan oleh peserta kajian ketika pendedahan kaedah Mix
and Match dijalankan. Rajah 7.2 menunjukkan sedutan nota lapangan PdP tindakan
baharu kajian pada Khamis, 12 Mac 2020.

Rajah 7.2. Nota Lapangan PdP tindakan baharu kajian (12 Mac 2020).

Nota lapangan PdP tindakan baharu kajian kami menjelaskan peserta kajian
menunjukkan tingkah laku yang positif semasa pendedahan kaedah Mix and Match
dijalankan. Peserta kajian menunjukkan minat dan sentiasa melibatkan diri semasa
menggunakan kaedah Mix and Match dalam menjawab soalan mempermudahkan masalah
algebra. Perkara ini membuktikan bahawa kaedah Mix and Match mampu memberi impak
positif terhadap sikap dan persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik dan topik
Ungkapan Algebra secara khususnya.

18
8.0 REFLEKSI

Dapatan daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan markah
keseluruhan peserta kajian sebanyak 189.29%. Dapatan ini membuktikan peningkatan
penguasaan murid tingkatan 1 dalam mempermudahkan masalah algebra setelah kaedah
Mix and Match diperkenalkan. Malah, hasil pemerhatian dan soal selidik juga menunjukkan
perubahan positif terhadap sikap dan persepsi murid bagi mata pelajaran Matematik dan
topik Ungkapan Algebra.

Hal ini memberi gambaran terhadap kepentingan pembelajaran autentik dalam


proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pembelajaran dengan konteks dipisahkan,
murid akan menganggap pengetahuan itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
tetapi adalah hasil daripada pelajarannya (Herrington dan Oliver, 1999). Brown, Collins dan
Duguid (1989) juga telah menekankan fokus kepada teori pembelajaran situasi, di mana
proses memperoleh pengetahuan atau kemahiran dapat digunakan dengan baiknya jika
dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Amalan pedagogi moden memerlukan kesediaan murid dan tahap penglibatan murid
yang tinggi untuk memastikan keberkesanannya. Sorotan kajian mendapati amalan
pedagogi terdahulu tidak berjaya meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep
Ungkapan Algebra secara holistik kerana motivasi berasaskan motif yang rendah. Dapatan
kajian menunjukkan murid mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap topik
Ungkapan Algebra kerana tidak dapat memahami hubung kait konsep tersebut dalam aktiviti
harian.

Oleh yang demikian, kaedah Mix and Match dirangka dengan mengambil kira amalan
pembelajaran autentik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan
kaedah ini, murid dapat membuat perkaitan konsep ungkapan algebra dengan fenomena
dunia sebenar. Kaedah ini menitik beratkan pengetahuan sedia ada dan minat murid bagi
memberi pengalaman pembelajaran yang menarik dan bermakna, seterusnya memberi
kefahaman dan kepuasan diri yang mendalam kepada murid.

9.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dapatan kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah Mix and Match terhadap
kemahiran murid dalam mempermudahkan masalah algebra. Namun begitu, kajian yang
telah dijalankan hanya berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran mempermudahkan
masalah algebra aras rendah bagi murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan

19
topik tersebut. Cadangan tindakan susulan adalah melibatkan semua murid Tingkatan 1
untuk menguji keberkesanan kaedah Mix and Match secara menyeluruh. Cadangan
tindakan susulan ini melibatkan kemahiran murid dalam mempermudahkan masalah algebra
bagi aras yang lebih tinggi.

Selain itu, kami juga mencadangkan penerapan konsep pembelajaran yang


digunakan dalam kaedah Mix and Match, iaitu pembelajaran autentik, diaplikasikan dalam
kemahiran-kemahiran lain bagi mata pelajaran Matematik. Sebagai contoh, konsep
pembelajaran autentik boleh diaplikasikan dalam kemahiran yang melibatkan persamaan
linear, transformasi isometri serta pola dan jujukan. Melalui kefahaman konsep
pembelajaran autentik, guru boleh membimbing murid dalam menghubungkaitkan konsep-
konsep matematik ini dengan fenomena dunia sebenar agar pembelajaran menjadi lebih
menarik dan bermakna.

Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikan bagi kajian seterusnya amat


penting sebagai perkongsian dan penambah baik bagi para pengkaji pada masa hadapan.
Selain itu, kajian seterusnya mampu meningkatkan daya inovasi para pendidik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknik, kaedah, strategi
dan pendekatan perlulah sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu
serta meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan.

20
RUJUKAN

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon and Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Bennett, C.K. (1993) Teacher-researchers: All dressed up and no place to go? Educational
Leadership. Oct. 51(2): 69-70.

Buku Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Brown, J.S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated Cognition and the Culture of
Learning. Educational Researcher, 18(1), 32–42.

Calhoun, E.F. (1993) Action research: Three approaches. Educational Leadership. 50(9):


62-65.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 1. (2015).


Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Herrington, J., & Oliver, R. (1999). Using Situated Learning and Multimedia to Investigate
Higher-order Thinking. Journal of Interactive Learning Research, 10(1), 3–24.

Kamarudin Hj. Husin. (2010).


Psikologi Pembelajaran.
Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

21
Lisah Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan Combo Set dalam membantu murid Tahun Tiga
menjawab soalan long division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb.
Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah), Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2011, 27-41.

Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, Azman Hasan dan Mohd As’ed Dato
Shamsuddin. (2013). Amalan kreativiti guru dalam pengajaran Pendidikan Asas
Vokasional (PAV). Technology, Education and Science International Conference
(TESIC). Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, & Noraini Khalid. (2013). Melestari Program
TVET Berdasarkan Kreativiti Guru. Nombor Prosiding 026. Technology, Education
and Science International Conference (TESIC). Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Hasniza Ibrahim, Muhammad Yusof Arshad dan Johari Surif. (2006). Kepentingan
Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Sufean Hussin, Shahril Marzuki, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som, dan Alina Ranee. (2005).
Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.

Taylor, P., & Wallace, J. (2007). Contemporary qualitative research for science and
mathematics educators. In P. Taylor, & J. Wallace (Eds.), Qualitative research in
post-modern times (pp. 1– 11). Dordrecht: Springer.

Thompson, S. (1996) How action research can put teacher and parent on the same
team. Education Horizons. Winter. 74(2):70-76.

22
LAMPIRAN 1

23
LAMPIRAN 3

24
LAMPIRAN 4

25
26
27

Anda mungkin juga menyukai