Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH DAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (HIE3023)

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA: MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD SAHAR


NO MATRIK: D20202097078

ASSIGNMENT INDIVIDU

PENSYARAH: DR. MIFTACHUL HUDA


I. Kesan pertubuhan Sekolah Agama Swasta di Malaysia:
1. Kepelbagaian sistem pengurusan pendidikan (100 kata)

Teradapat kepelbagain system pengurusan pendidikan pada Sekolah Agama Swasta. Hal
ini kerana, sistem pengurusan pendidikan SAS ini diruskan oleh mudir atau mudirah itu
sendiri dan tiada pihak atasan yang menguruskannya. Ianya tidak seperti sekolah-sekolah
kerajan di mana pengetua sekolah hanya menjadi ketua disekolah akan tetapi sistem
pengurusan pendidikan di kawal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malayasia
(KPM). Kita dapat lihat di sini, sistem pengurusan pendidikan SAS akan menggunakan
sistem pengurusan pendidikan masing-masing. Contohnya, ada yang menggunakan dwi
kurikulum seperti kurikulum kebangsaan dan kurikulum tahfiz dan ada yang menggunakan
sistem pengurusan pendidikan daripada jabatan agama negeri atau hanya menggunakan
sistem pengurusan pendidikan kurikulum tahfiz sahaja

2. Kepelbagaian kemenjadian pelajar mengikut jurusan yang diminati (100 kata)

Terdapat kepelbagaian kemenjadian pelajar mengikut jurusan yang diminati dalam


Sekolah Agama Swasta (SAS) ini. Pelajar akan mengambil jurusan atau ilmu yang
diminatinya kerana sesetengah sekolah SAS akan membuka minat pelajar untuk belajar
ilmu agama mengikut ilmu yang diminatinya dan tidak menekankan pelajar untuk
mengambil semua subjek atau ilmu yang ada disekolah tersebut. Kita dapat lihat disini,
walaupun pelajar boleh memilih jurusan atau ilmu yang diminatinya akan tetapi jurusan
atau ilmu yang diminatinya masih ada kurikulum tersendiri iaitu jika seorang pelajar
meminati dalam jurusan atau ilmu tafsir, jadi pelajar tersebut mestilat mengambil subjek-
subjek yang ditetapkan seperti usul tafsir dan sebagainya. Hal ini kerana, dalam
memastikan pelajar betul-betul mahir dalam sesuatu jurusan atau ilmu yang dipilih.

3. Kepelbagaian pilihan masyarakat untuk destinasi pembelajaran anak-anak mereka (100


kata)

Terdapat kepelbagaian pilihan masyarakat untuk destinasi pembelajaran anak-anak mereka


dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai kemampuan yang di inginkan. Ibu bapa
mempunyai hasrat masing-masing dalam membentuk anak-anak mereka sama ada kearah
ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Oleh itu, ibu bapa akan menghantar anak-anak merka
ke destinasi pembelajaran yang mereka inginkan. Ada sesetengah ibu bapa akan
menghantar anak-anak mereka mengikut arus kurikulum standard negara seperti sekolah-
sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adapun begitu, terdapat
ramai juga ibu bapa pada masa kini lebih memilih dan mengsyorkan anak-anak mereka
untuk dihantarkan ke Sekolah Agama Swasta (SAS). Hal ini kerana, mereka mahu anak-
anak mereka menekankan ilmu akhirat dalam diri mereka serta kurang meminati kurikulum
KPM pada masa kini. Contohnya tiada batasan dalam pergaulan dan lain-lain lagi.
4. Kepelbagaian institusi dalam mempersiapkan modal insan sesuai dengan aspirasi agama
dan negara (100 kata)

Terdapat institusi dalam mempersiapkan modal insan sesuai dengan aspirasi agama dan
negara. Modal insan merupakan teras utama dalam sesebuah organisasi atau sebuah negara
kerana jatuh bangun bangsa dan negara itu bergantung kepada kualiti yang ada pada
manusianya. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa Sekolah Agama Swasta (SAS)
juga menenkankan dan mempersiapkan modal insan ini dengan cara berbeza akan tetapi
ianya mestilah sesuai dengan aspirasi agama dan negara. Hal ini kerana, mereka
memfokuskan semua aspek kehidupan baik dari segi pendidikan, tingkah laku, pekerjaan,
cara berfikir, bertindak, kesedaran fisik yang tinggi serta menyedari peranan pelajar kepada
negara, masyarakat dan yang paling penting dari sudut agama.

5. Kepelbagaian pendekatan dan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (100
kata)

Terdapat kepelbagaian pendekatan dan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran
dalam Sekolah Agama Swasta (SAS). Pendekatan dan inovasi dalam proses pembelajaran
dan pengajaran tidak sama setiap sekolah SAS. Terdapat sekolah SAS yang menggunakan
pendekatan dan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran dari sudut pendidikan
holistik dengan menawarkan sukatan pelajaran Pendidikan Antarabangsa dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan tetapi masi menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai
asas utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Hal ini kerana, mereka
mahu menjadi institusi pendidikan Islam yang melahirkan pemimpin masa depan dan
memberi inspirasi selain mewujudkan budaya Khairu Ummah sambil memfokuskan
kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan Al-
Quran dan Sunnah. Bukan itu sahaja, malah dalam menggapai cita-cita untuk
mengembangkan generasi pengetahuan, etika dan nilai di mana generasi ini dilengkapkan
untuk menghadapi cabaran dunia dengan yakin dan memberikan penyelesaian yang
berpandukan pandangan dunia Islam.
II. Memperkukuh pengurusan teknologi bagi menyokong kualiti proses pengajaran
pendidikan Islam
1. Merancang keperluan teknologi bagi menyokong proses penyampaian konten pengajaran
(100 kata)

Sebagai bakal guru, kita haruslah berfikiran kedepan dengan merancang keperluan
teknologi bagi menyokong proses penyampaian konten pengajaran. Kita dapat lihat pada
masa kini, walaupun kesedaran ibu bapa untuk memastikan anaknya mendapat ilmu agama
secukupnya akan tetapi anak-anak pada masa kini agak kurang berminat dengan subjek
atau ilmu agama dek kerana proses penyampaian konten pengajaran yang memboringkan.
Terdapat pelbagai keperluan teknologi yang mampu dirancang agar pelajar meminati untuk
belajar subjek atau ilmu-ilmu agama ini. Antara proses yang boleh dirancang berteraskan
teknologi ini adalah dengan membuat satu permainan IT seperti Wordwall atau video
animasi tentang mana-mana subjek atau ilmu agama yang mampu menarik minat pelajar
kerana kita haruslah fokus kepada minat mereka dalam menyampaikan proses pengajaran.
Oleh hal yang demikian, pelajar akan minat dengan keadah ini kerana seperti yang kita
tahu pelajar-pelajar pada masa kini amat menggemarkan dunia it lebih-lebih lagi proses
penyampaian itu dalam bentuk permainan.

2. Menyesuaikan penggunaan teknologi bagi membantu proses pengajaran (100 kata)

Dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, kita mestilah menyesuaikan


penggunaan teknologi dengan cara yang betul dan sesuai. Hal ini kerana, tidak semua
penggunaan teknologi boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan mungkin
sesetengah subjek atau ilmu agama memerlukan teknologi akan tetapi tidak semua
menggunakan cara yang sama dan mestilah munggunakan cara yang berbeza. Contohnya
dalam bidang feqah bab bersuci asas kebersihan, dalam menyesuaikan penggunaan
teknologi bagi membantu proses pengajaran ini adalah dengan menggunakan slide untuk
mengajar pelajar akan tetapi haruslah menggunakan bahan “Item Maujud” seperti air, debu
tanah dan sebagainya. Hal ini berharap, agar pelajar dapat memahaminya sepenuhnya
kerana ianya bukanlah perlu faham semata-mata malah harus diaplikasikannya juga agar
mereka mempunyai pengalaman dalam hal tersebut

3. Membina komitmen dalam memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran (100 kata)

Bagi memperkukuhkan pengurusan teknologi bagi subjek pendidikan Islam pada masa
kini, kita haruslah membina komitmen yang mencukupi dalam memanfaatkan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara komitmen yang dapat dilakukan bagi
memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan
memastikan akses internet itu sendiri mencukupi dan kuat agar tidak terganggu saat proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Selain itu, Menambahkan kandungan dalam talian
untuk perkongsian amalan bermula dengan video guru terbaik menyampaikan cara atau
proses pengajaran yang efektif mengikut turutan tajuk-tajuk yang ditetapkan. Hal ini dapat
membina komitmen kepada guru-guru yang kurang handal daalm teknologi malah dapat
dimanfaatkan oleh mereka dalam melakukan proses pengajaran mereka sendiri.

4. Memperkasakan kawalan dan penggunaan teknologi secara seimbang dalam proses


pengajaran (100 kata)

Penggunaan teknologi mestilah dilakukan secara seimbang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta memperkasakan kawalannya. Teknologi adalah bahan yang dapat
membantu guru-guru pada masa kini untuk melakukan proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) akan tetapi ianya juga mestilah diperkasan mengikut kawalan dan
penggunaan teknologi yang seimbang agar ianya tidak berlebihan. Hal ini kerana,
pembelajaran tanpa pengalaman haruslah dielakkan contohnya pelajar ulat buku, mungkin
mereka rajin membaca samada di buku atau e-book dan mendapat gred peperiksaan yang
memuaskan akan tetapi adakah mereka mempunyai pengalaman atas apa yang mereka
pelajari? Di sini yang harus kita tekankan agar pelajar tersebut bukan lah sekadar faham
semata-mata malah juga mempunyai asas pengalaman dalam hal tersebut. Penggunaan
teknologi di sarankan akan tetapi haruslah diperkasakan kawalannya dan penggunaan
teknologi secara seimbang dengan menyelit kaedah fizikal juga kepada mereka agar
mendapat asas pengalaman bagi sesuatu subjek.

5. Mengikut tren perkembangan teknologi semasa dengan tetap memegang prinsip etika dan
adab (100 kata)

Dalam mengikut tren perkembangan teknologi semasa ini, kita tetap perlu memegang
prinsip etika dan adab dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada ianya
dijalankan bersemuka atau secara dalam talian. Hal ini kerana, dalam penggunaan apa-apa
cara atau kaedah sekalipun, prinsip etika dan adab mestilah ditekankan kerana ianya prinsip
yang penting dalam melahirkan insan yang bermoral. Mungkin sebelum ini kita dapat
menjaga dan menekankan prinsip etika dan adab seorang pelajar sewaktu kelas bersemuka
kerana jika mereka tidak menjaga prinsip etika dan adab mereka, maka guru-guru dapat
menegur pelajar terbabit secara langsung disitu agar pelajar tersebut penjaga prinsip etika
dan adab malah pelajar lain juga dapat mengambil iktibar atas apa yang dilakukan oleh
pelajar terbabit. Bagaimana pula dengan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian?
Kita boleh mewajibkan mereka membuka kamera saat proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan. Hal ini kerana, dari situ kita dapat lihat karenah mereka dan dapat menegur
mereka agar menjaga serta memegang prinsip etika dan adab dengan teguh, walaupun
ianya digunakan dengan kaedah teknologi tetapi kita masih boleh memastikan agar pelajar
memegang prinsip etika dan adab.
III. Memperkasa kreatifiti bagi menyokong kemandirian individu Muslim dalam
menghadapi arus globalisasi
1. Membangun pemikiran yang rasional (masuk akal) dalam setiap tindakan yang diambil
(100 kata)

Terdapat pelbagai cabaran kepada individu muslim dalam memperkasakan kreativiti bagi
menyokong kemandiriannya. Antara salah satu caranya ialah dengan membangunkan
pemikiran yang rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kadang-kadang kita selalu
bertindak mengikut perasaan. Jadi pentingnya pemikiran yang rasional ini untuk men
transformkan tindakan kita tu kepada tindakan yang lebih baik. Sebab itu, setiap manusia
perlu ada sifat sabar. Hal ini kerana, ia akan hadir satu pertimbangan rasional dalam diri
kita dimana kita akan fikir dua tiga kali sebelum bertindak. Oleh itu, akan ada dua pilihan
sama ada perkara yang kita bakal lakukan itu baik untuk diri sendiri dan org sekeliling atau
akan merosakkan pemikiran orang lain. Contohnya, tindakan dan kata-kata yang bakal kita
luahkan akan mengecilkan hati orang atau sebaliknya. Jadi dalam memperkasakan
kreativiti ini, individu Muslim haruslah berfikiran rasional dalam setiap tindakannya agar
dapat menyokong kemandirian dalam diri itu sendiri.

2. Menimbang sesuatu perkara dengan hati yang jernih dan telus (100 kata)

Seterusnya, cara kedua dalam memperkasakan kreativiti bagi menyokong kemandirian


individu muslim pada era kini ialah dengan menimbang sesuatu perkara dengan hati yang
jernih dan telus. Fitrahnya kita melihat dengan mata, tetapi jangan disangkal fungsi hati
kerana pandangan mata hati lebih telus. Melihat haiwan dengan mata kasar akan
terpandang haiwan, gunung ganang serta tumbuhan. Sedangkan jika dilihat alam dengan
mata hati akan nampak fungsi alam serta ketundukan kepada Allah SWT. Hal ini
membuktikan bahawa jika kita menilai sesuatu perkara dengan hati yang jernih dan telus
maka kita akan peroleh maksud sebenar perkara itu. Contohnya, jika kita menilai bahawa
teknologi pada era globalisasi ini membawa kepada banyak permasalahan maka kita kan
manafsirkan bahawa perkara itu buruk manakala jika kita menilai ianya membawa manfaat
kepada kita maka kita peroleh manfaat tersebut seperti dapat mendengar ceramah secara
online di YouTube atau melihat siaran semasa Masjidil Haram.

3. Membina pemikiran dan sikap terbuka bagi menjana kreatifiti individu Muslim (100 kata)

Di samping itu, membina pemikiran dan sikap keterbukaan bagi menjana kreativiti
individu Muslim merupakan cara ketiga dalam memperkasakan kreativiti bagi menyokong
kemandirian individu Muslim dalam menghadapi era moden ini. Membina pemikiran dan
sikap terbuka ini mestilah wujud dalam jiwa individu Muslim. Contohnya, individu
Muslim yang bekerja sebagai penyelia. keterbukaan bukan sahaja boleh membuatkan
kakitangan berasa selesa untuk membincangkan sesuatu perkara, tetapi turut akan
menggalakkan mereka menyuarakan pandangan dan cadangan. Tindakan “menutup mulut”
kakitangan hanya akan menyebabkan mereka berasa tidak perlu bersusah payah
memikirkan sesuatu isu dan masalah dalam organisasi. Ini kerana mereka berasakan
bahawa tiada gunanya mereka berbuat demikian kerana mereka tahu bahawa pandangan
dan cadangan mereka pasti tidak dihargai. Malah, dalam perkara-perkara tertentu,
pandangan tersebut berkemungkinan langsung tidak dapat disuarakan. Akhirnya hanya
terkubur begitu sahaja. Oleh itu, kita sebagai individu Muslim haruslah berpemikiran
terbuka agar dapat memperkasakan kreativiti bagi menyokong kemandirian individu
Muslim pada masa kini

4. Mengedepankan sikap kemandirian serta mengurangkan sikap ketergantungan pihak lain


(100 kata)

Selain itu, dengan mengedepankan sikap kemandirian serta mengurangkan sikap


ketergantungan pada pihak lain dapat memupuk kreativiti bagi individu Muslim pada arus
kemodenan ini. Sikap kemandirian merupakan suatu kekuatan yang sepatutnya ada dalam
diri individu Muslim yang mana diperoleh melalui proses berdikari iaitu dengan
bertanggungjawab atas segala perbuatan dan tindakan yang dilakukannya. Hal ini kerana
agar seseorang itu tidak bergantung pada pihak yang lain dalam melakukan sesuatu
perkara. Contohnya dalam dunia pekerjaan, mana-mana pekerja seharusnya berdikari dan
tidak bergantung kepada pihak lain dalam menyiapkan tugasan yang diberi seperti
bergantung kepada pihak lain untuk menolongnya dalam menyiapkan tugasannya. Hal ini
sama sekali tidak disarankan kerana kita mestilah berdikari dalam melakukan sesuatu
perkara melainkan terdapat pihak lain yang menghulurkan bantuan untuk membantu kita.
Hal ini sekaligus dapat memperkasakan kreativiti kita dalam melakukan sesuatu perkara.

5. Komitmen untuk terus merealisasikan kreatifiti bagi membina kemandirian (100 kata)

Akhir sekali, kita haruslah memberikan sepenuh tenaga untuk terus merealisasikan
kreativiti bagi membina kemandirian individu Muslim ini dalam era kini. Pembentukan
sahsiah yang berdikari dalam diri individu Muslim adalah berdasarkan asas yang
mendalam dalam diri mereka untuk menjadi insan yang penuh tanggungjawab serta
ditunjangi oleh tabiat yang tertanam dalam jiwa mereka. Hal ini kerana, terdapat contoh
teladan daripada masyarakat atau individu Muslim di sekitarnya. Akan tetapi, faktor usia
dan psikologi menjadi penghalang utama dalam membentuk kemandirian individu Muslim.
Hal ini kerana, orang yang umurnya lagi tua susah untuk di didik kerana mereka merasakan
diri mereka lagi bagus daripada yang lain. Dari sudut kreativiti pula, mereka merasakan
yang mereka lebih terkedepan daripada yang lain. Oleh itu, Adanya semangat dalam
memperkasakan kreativiti ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus merealisasikan
kreativiti bagi membina kemandirian individu Muslim.
IV. Memperkasa kompetitif (berdaya saing) yang sihat sebagai modal insan para
graduan pelajar dalam menyongsong kehidupan masa mendatang
1. Membina pemikiran kritikal melalui pengembangan perbahasan dalam konten
pembelajaran (100 kata)

Terdapat pelbagai langkah dalam memperkasakan kompetitif yang sihat sebagai modal
insan para graduan pelajar dalam menempuh kehidupan mendatang. Antaranya ialah
dengan membina pemikiran kritis melalui pengembangan perbahasan dalam konten
pembelajaran. Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan
bersistem. Apa jua yang dicerap oleh pancaindera-maklumat, fenomena, isi, perkara, benda
akan menjalani proses saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan
memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak dan objektif kita. Contohnya, kita
boleh membina pemikiran kritis dalam konten pembelajaran melalui acara perdebatan. Hal
ini membuktikan bahawa dapat meningkatkan lagi daya pemikiran yang kritis dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, membina pemikiran kritis melalui perbahasan ini dalam konten
pembelajaran mampu memperkasakan kompetitif yang sihat sebagai modal insan kepada
para-para siswa.

2. Memaknai perbezaan sebagai peluang mengasah kemampuan dan potensi yang ada dalam
diri (100 kata)

Seterusnya, langkah yang kedua dalam memperkasakan kompetitif yang sihat sebagai
modal insan kepada para siswa dalam menyongsong kehidupan masa mendatang ialah
dengan memaknai perbezaan sebagai peluang mengasah kemampuan dan potensi yang ada
dalam diri. Apabila kita memperkasakan kompetitif yang sihat kepada para-para pelajar,
kita dapat lihat kemampuan dan potensi mereka yang tidak ditonjolkan sebelum ini. Hal
ini kerana, mereka tidak pernah mencuburi dalam kompetitif yang sihat ini. Oleh dari itu,
kita dapat melihat perbezaan seseorang pelajar itu dan dapat mengasah kemampuan,
potensi serta bakatnya. Contohnya, seorang ahli debat itu tidak lah lahir dengan terus
mengetahui bakatnya tetapi harus di cuba dahulu untuk melihat apa bakat yang ada pada
dirinya dan setelah itu lah bakat yang ada pada pelajar tersebut mula di asah sedikit demi
sedikit agar dapat memperkasakan kompetitif yang sihat.

3. Memupuk semangat untuk selalu berinovasi dalam mengembangkan sesuatu yang baharu
(100 kata)

Di samping itu, memupuk semangat untuk selalu berinovasi dalam mengembangkan


sesuatu yang baharu juga merupakan langkah atau cara dalam memperkasakan pemikiran
kritis yang sihat sebagai modal insan para pelajar dalam menempuh kehidupan yang akan
datang. Para graduan siswa selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu,
tetapi dengan mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu serta
pengalaman baru dan dari situlah dapat diperkasakan kompetitif yang sihat. Kadangkala
pelajar perlu juga untuk melihat dari perspektif yang lain dan keluar dari zon selesa dengan
mencari sesuatu yang baru dalam diri mereka. Contohnya, pelajar mestilah tetap
bersemangat walaupun mereka tahu mereka sudah keluar dari bidang mereka tapi apakan
daya demi memupuk semangat untuk selalu kedepan dalam mencuba sesuatu yang baru.

4. Membangung sikap terbuka minda untuk menerima perubahan dan pembaharuan yang
tidak bercanggah dengan prinsip nilai (100 kata)

Selain itu, langkah seterusnya dalam memperkasa kompetitif yang sihat sebagai modal
insan para graduan pelajar dalam menyongsong kehidupan masa akan datang ialah dengan
membangun sikap minda yang terbuka untuk menerima perubahan dan pembaharuan selagi
ianya tidak bercanggah dengan prinsip nilai. Para graduan mestilah Bersedia memberi dan
menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selagi ia masih sama dengan prinsip nilai
yang sedia ada. Dalam satu kompetitif yang sihat kita mestilah memiliki sikap terbuka
untuk menerima perubahan dan pembaharuan. Hal ini kerana, ianya jelas bukan kompetitif
yang sihat jika kita sukar menerima perubahan dan pembaharuan. Contohnya, berlaku
sebelum ini perdebatan antara graduan tentang “which better online class or face-to-face
class”. Tidak dapat disangkal bahawa kelas atas talian bagus untuk meningkatkan gred
pointer mereka akan tetapi adakah mereka benar-benar menguasai apa yang di ajarkan oleh
pensyarah mereka? Dengan itu para graduan mestilah mempunya sikap minda terbuka agar
dapat menerima perubahan bahawa mereka perlu kembali kepada proses pembelajaran
yang asal iaitu kelas bersemuka.

5. Komitmen untuk terus berlomba-lomba bagi melaksanakan kebaikan dalam setiap apa jua
keadaan (100 kata)

Akhir sekali, memberi komitmen untuk terus berlumba-lumba bagi melaksanakan


kebaikan dalam setiap apa jua keadaan dapat memperkasakan kompetitif yang sihat sebagai
modal insan para graduan pelajar dalam menyongsong kehidupan masa mendatang. Dalam
dunia pembelajaran mahupon sekolah rendah, menengah atau di alam universiti, pelajar
mestilah berkomitmen untuk terus berlumba-lumba bagi melaksanakan kebaikan dalam
setiap apa jua keadaan sekalipun. Contohnya, pelajar berlumba-lumba mendapatkan gred
atau pointer yang tinggi. Dengan cara ini, kita dapat lihat disini mereka memperkasakan
kompetitif yang sihat dalam mencapai apa yang dinginkan oleh mereka walau apa jua
keadaan sekalipun. Berlumba-lumba untuk mendapatkan gred atau pointer yang tinggi juga
merupakan sesuatu yang baik bagi mereka, ini dek kerana dengan gred atau pointer tersebut
lah mereka senang untuk mencari pekerjaan dan sebagainya. Oleh itu, para graduan
sewajibnya memperkasan kompetitif yang sihat sebagai modal insan bagi mereka pada
masa akan datang dengan memberi komitmen untuk terus berlumba-lumba bagi mencapai
apa yang diingini dalam apa jua keadaan sekalipun.

Anda mungkin juga menyukai