Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN KESELAMATAN JALAN

RAYA UNTUK PEJALAN KAKI


PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA
UNTUK PEJALAN KAKI

PEJALAN KAKI

Pejalan kaki adalah istilah dalam transportasi yang digunakan


untuk menjelaskan orang yang berjalan di lintasan pejalan kaki
baik dipinggir jalan, trotoar, lintasan khusus bagi pejalan kaki
ataupun menyeberang jalan. Untuk melindungi pejalan kaki
dalam berlalulintas, pejalan kaki wajib berjalan pada bagian
jalan dan menyeberang pada tempat penyeberangan yang
telah disediakan bagi pejalan kaki.

UMUM

-Gunakan kaki lima yang disediakan


-Jika tiada,berjalan di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa
memandang kenderaan yang datang dari arah hadapan
-Jangan sesekali berjalan bergandingan.Jika keadaan memerlukan
seperti meminpin orang buta,anda bolehlah bergandingan tetapi
jangan melebihi dua orang.
-Gunakan kemudahan melintas jalan seperti jejantas,lintasan pejalan
kaki,lampu isyarat.
BERJALAN KAKI DI WAKTU MALAM
-Jika berjalan diwaktu malam,anda perlu peka dengan keadaan lalu
lintas dan perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
-Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda dinasihatkan mematuhi
panduan berikut bagi membolehkan pemandu kenderaan melihat
anda:

1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.

2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul cahaya

3.Membawa surat khabar atau benda-benda berwarna putih

4.Menggunakan lampu picit

BERJALAN KAKI DI WAKTU HUJAN

-Anda dinasihatkan memakai baju hujan jika berjalan di waktu hujan


-Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul agar
tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying berwarna
cerah.
-Jangan berlari semasa memegang paying terutamanya semasa
melintas jalan.
-Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah tergelincir .
-Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda mungkin
tidak nampak kenderaan yang datang dari arah hadapan.
CARA MELINTAS JALAN

LINTASAN PEJALAN KAKI

-Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan


memberhentikankenderaannya sebelum anda melintas
-Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah dengan cermat
bila melintas
-Anda hendaklah berhati-hati kerana ada kemungkinan kenderaan
dibelakang akan mermotong kenderaan yang berhenti.

JALAN BIASA

-Berdiri diatas kaki lima atau pinggir jalan.


-perhatikan dan dengar lalulintas sekeliling.Jika ada lalulintas yang
datang biarkan ia berlalu.
-Pandang kanan,kiri dan kanan sekali lagi.sekiranya tiada
kenderaan,melintaslah dengan selamat.
-Jangan berlari atau bermain-main semasa melintas jalan.
-semasa melintas,pandang kearah kenderaan yang datang

LAMPU ISYARAT

-Melintaslah apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki melintas


bertukar kepada berwarna hijau
-bila lampu isyarat untuk pejalan kaki berkelip-kelip,ia bererti lampu
isyarat akan bertukar kepada warna merah dan anda dinasihatkan
berhenti daripada melintas.Jika anda sedang melintas,percepatkan
langkah anda.
Pejalan kaki

Anda mungkin juga menyukai