Anda di halaman 1dari 1

Buat satu karangan biografi tentang kakak anda.

Pendahuluan :

  nama – umur – tarikh lahir – tempat lahir

Isi-isi :

  pendidikan yang diterima


  sekarang sambung belajar di mana
  apakah cita-citanya
  sifatnya – baik hati – tegas dan penyayang

Penutup :

  disayangi keluarga – baik hati dan ringan tulang

Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Hasyima Mazni binti


Hasyim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 21 Ogos 1980 di Hospital
Besar, Kota Kinabalu.

Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan


Lawabang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri
Medan selama lima tahun. Kakak saya seorang yang pintar. Dia telah muncul
sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada
tahuun 1998. Kini dia masih menyambung pendidikannya d Universiti Malaya
dalam jurusan bahasa peringkat Sarjana Muda.

Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang pensyarah suatu
hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada dirinya ialah dia seorang yang baik
hati, tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang ke kampung, kami akan
merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak
saya selalu memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh
agar dapat mengikut jejak langkahnya.

Kami semua menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang baik
hati, tidak sombong dan ringan tulang. Saya senang mendampinginya

Anda mungkin juga menyukai