Anda di halaman 1dari 2

Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan persiapan

kamu menghadapi peperiksaan UPSR.


N0 88,Jalan Merpati 1,
Taman Merpati,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
1 Oktober 2016
Menemui sahabatku Amri yang kini berada di Sungai Petani,semoga
sihat sejahtera dan gembira disamping keluarga tersayang.
Saudara,
Apa khabar saudara sekarang?Saya dan keluarga saya di sini sihatsihat sahaja.Saya sentiasa mendoakan semoga saudara sentiasa sihat dan
ceria di samping keluarga tersayang.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan persediaan
saya menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.Seperti pelajar lain
juga saya telah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.Kelas tambahan di sekolah saya diadakan selepas waktu sekolah
iaitu pada hari Ahad hingga Rabu mulai jam 1.30 petang.Saya juga sentiasa
memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar .Bagi saya tumpuan yang
penuh akan memudahkan saya memahami dan mengingati isi pelajaran
yang guru berikan.
Selain itu,saya juga telah menyertai Kem Motivasi UPSR yang diadakan
selama 3 hari 2 malam.Kem ini telah diadakan di Kem PLKN Bukit
Besar.Banyak aktiviti yang saya jalani disini seperti teknik menjawab
soalan,aktiviti lasak dan aktiviti uji minda.Banyak pengetahuan yang saya
peroleh semasa menyertai kem ini.
Disamping itu,saya juga membuat ulangkaji di rumah.Ibu saya telah
menyediakan jadual belajar untuk saya di rumah.Setiap hari saya
mengulangkaji pelajaran selama 4 jam iaitu 2 jam pada waktu petang dan 2
jam pada waktu malam.
Saya juga banyak membaca Al Quran dan bersolat hajat agar ilmu
yang guru saya sampaikan akan dapat saya ingati dan fahami .Perkara ini
saya lakukan juga supaya jiwa saya menjadi tenang.Ini akan memudahkan
saya menjawab soalan kelak.
Saya rasa saudara juga tentu telah membuat persiapan untuk
menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.Saya berdoa dan
berharap agar kita akan sama-sama dapat menggapai impian kita.

Setakat ini sahaja warkah saya buat kali ini.Semoga berjumpa lagi
pada lembaran yang akan datang.Sekian terima kasih.
Yang benar,
Azmil

Anda mungkin juga menyukai