Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Membaca Akhbar

Akhbar adalah satu media cetak yang menyiarkan isu-isu


terkini.Terdapat pelbagai jenis surat khabar yang terdapat di pasaran seperti Berita
Harian, Metro, Didik dan sebagainya. Terdapat banyak kebaikan yang boleh kita
peroleh dengan membaca surat khabar.
Antara kebaikan membaca surat khabar adalah kita dapat menambah
ilmu pengetahuan. Hal ini kerana surat khabar menyiarkan banyak tentang isu-isu
semasa tentang kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kita juga tidak
akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Selain itu kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam
gejala sosial dan aktiviti yang tidak sihat untuk kita seperti mencuri,lepak,ponteng kelas
dan sebagainya.
Di samping itu, dengan membaca surat khabar juga, kita boleh
memperbaiki karangan kita. Hal ini kerana,suratkhabar dicetak berdasarkan
perbendaharaan dan kosa kata yang terkini. Kita boleh menggunakan kosa kata itu di
dalam karangan dan sekali gus dapat memperbaiki karangan kita.
Surat khabar juga boleh memberi hiburan kepada kita. Ini disebabkan
setiap surat khabar mempunyai ruangan hiburan yang tersendiri seperti sudoku, teka
silang kata dan sebagainya. Kita juga boleh menenangkan fikiran kita dengan
menggunakan ruangan hiburan yang terdapat di dalam surat khabar tersebut setelah
penat belajar.
Kesimpulannya surat khabar memberi banyak manfaat kepada kita.
Oleh itu, murid-murid digalakkan supaya kerap membaca surat khabar setiap
hari.Marilah kita menjadikan tabiat membaca sebagai aktiviti harian kerana membaca
itu jambatan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai