Anda di halaman 1dari 1

Petang itu,seperti biasa aku membaca buku di bilikku.

Cuaca pada malam


itu agak panas kerana sudah dua minggu hujan tidak turun.Tiba-tiba aku teringat
peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu.
Petang itu,aku bersama bapaku bersiap-siap untuk pergi memancing di
kuala Sungai Seluang.Cuaca pada petang itu amat baik.Setelah semua peralatan
yang diperlukan telah siap kami berangkat pergi.
Kami bernasib baik kerana Pak Long Mat sudi untuk
meminjamkan botnya.Setelah setengah jam perjalanan,ayah pun melabuhkan
sauh.Saya pun tanpa berlengah-lengah lagi menurunkan mata kail ke dasar
sungai. Nasib kami pada malam itu amat baik,kerana dalam masa 30 minit kami
telah mendapat beberapa ikan sembilang dan ibu gelama.
Namun tiba-tiba langit menjadi gelap.Angin bertukar menjadi
kencang.Ombak besar memukul bot kami.Aku menjerit ketakutan.Dalam
keadaan yang mencemaskan itu,bot kami telah terbalik akibat dipukul ombak
yang ganas.
Aku menjerit memanggil ayahku.Tiba-tiba tanganku ditarik oleh
ayah.Kami berpaut pada tong ikan yang timbul.Aku berdoa semoga ada orang
yang akan menyelamatkan kami.
Tidak lama kemudian,sebuah bot nelayan yang lalu di situ telah
menyelamatkan kami.Kami di bawa ke daratan .Aku amat bersyukur kepada
Tuhan kerana telah menyelamatkan kami.
Walaupun peristiwa itu telah berlaku dua tahun yang lalu ,namun
peristiwa itu masih segar dalam ingatanku hingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai