Anda di halaman 1dari 16

GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP

PENGAJARAN
NAMA AHLI KUMPULAN : SALINA BINTI MD.YUNAS (P82014)
MARIYA BINTI HUSIN (P82036)

PERBINCANGAN 1
SOALAN TUGASAN 1 :

(a) Berikan definisi perancangan bahasa.

(b) Mengapakah perancangan bahasa perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap guru
bahasa?

(c) Bagaimanakah perancangan bahasa memberi impak/kesan kepada pengajaran dan


pemudah cara (PdPC) guru bahasa?

__________________________________________________________________________

(a) Berikan definisi perancangan bahasa.

Negara-negara yang ingin membentuk satu identiti baharu menggunakan perancangan bahasa
sebagai salah satu medium penting untuk lebih berkembang dalam pelbagai aspek seperti
ekonomi, perhubungan, perindustrian dan pendidikan. Antara perancangan bahasa yang
menonjol ialah usaha Einar Haugen (1959) yang telah membina Landmal, satu dialek di
Norway sehingga menjadi bahasa kebangsaan Norway. Usaha-usaha yang sama banyak
dilakukan di negara-negara lain yang baru memperoleh kemerdekaan selepas Perang Dunia
Kedua.
Manusia telah meletakkan nilai tertentu untuk bahasa dan merancang langkah-langkah
untuk membolehkan semua penutur menurutinya. Pada zaman moden dengan keadaan
pertambahan ilmu manusia serta tahap intelektual yang tinggi bahasa sudah tidak begitu
penting dari sudut sastera tetapi menjadi penting sebagai alat penyampaian ilmu. Keupayaan
bahasa itu diuji dengan menjadikannya bahasa ilmu dalam usaha perancangan kebudayaan
yang lebih luas. Setiap ketika ilmu dan budaya sesuatu bangsa itu berkembang mengikut
keperluan dan kehendak semasa pengguna dan tamadun manusia.
Menurut Nancy. H. Hornberger (1996) yang mendefinisikan istilah perancangan
bahasa adalah suatu usaha untuk menyelesaikan masalah komunikasi atau bahasa. J.A.
Fishman (1968) mengaitkan istilah perancangan dan pembangunan bahasa merujuk kepada
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
langkah-langkah yang dirancang untuk mencari penyelesaian kepada masalah kebahasaan
yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat kebangsaan.
Dalam konteks di Malaysia, perancangan bahasa melibatkan bahasa Melayu yang
dirancang untuk menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Perancangan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan dalam
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam bentuk undang-
undangnya, perancangan bahasa Melayu diasaskan pada Perlembagaan Persekutuan (Perkara
152), Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan.
Menurut Awang Sariyan (2006), perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada dasar negara yang dikenal sebagai
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa
dasar penting dalam proses pembinaan negara. Sebagai maklumat asas, proses pembinaan
negara diperlukan oleh negara yang baharu mencapai kemerdekaan untuk membentuk acuan
dan sifat kenegaraannya dalam pelbagai bidang utama tamadun negara baharu itu.
Kedua-dua dasar kenegaraan itu, bergabung bersama-sama dengan satu dasar lain,
iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman atau aspek kerohanian rakyat
Malaysia. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini, terdapat beberapa aspek telah diberi
penekanan iaitu menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai, pemikiran dan adab bangsa.
Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang mewakili aspek
jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baharu (DEB) (kemudian Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) dan kini Model Ekonomi Baharu) menjadi tonggak proses pembinaan negara
kita sebagai negara yang berdaulat dan berjati diri sendiri.
Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-
undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan.
Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) pula
berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem
pendidikan negara. Badan yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu ialah
Dewan Bahasa dan Pustaka (nama asalnya ialah Balai Pustaka), dengan berdasarkan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan
kemudian Akta Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan dan Peluasan 1995).
Dr. Awang Sariyan dalam makalah keluaran Januari 2011 telah menyatakan,
perancangan bahasa di Malaysia melibatkan dua aspek utama, iaitu perancangan taraf bahasa
dan perancangan korpus bahasa. Perancangan taraf bahasa meliputi semua upaya menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
pendidikan, iaitu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas tadi. Setelah mantap
penetapan taraf tersebut, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan korpusnya
pula. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi, iaitu
pembinaan dan pengembangan bahasa.

Jelas pada kita bahawa usaha-usaha ini, dilakukan demi meningkatkan keupayaan
bahasa Melayu supaya dapat mengungkapkan budaya ilmu yang semakin meningkat. Perkara
ini telah dilakukan dalam usaha perancangan kebudayaan yang lebih luas. Setiap masa ilmu
dan budaya sesuatu bangsa itu berkembang dan memerlukan bahasa yang lebih mampu dan
anjal untuk menampung perkembangan budaya tersebut.

b) Mengapakah perancangan bahasa perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap guru

bahasa?

Dunia pendidikan dan keguruan menuntut guru agar sentiasa mempersiapkan diri
dengan pengetahuan baharu supaya profesion tersebut tidak tersisih daripada arus globalisasi.
Tanggungjawab berat ini perlu digalas oleh guru bagi merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya harapan negara bagi melahirkan enam aspirasi ciri
murid iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2025).
Peranan guru sebagai pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran berkesan
menuntut agar semua guru memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti melalui pelbagai
kaedah antaranya ialah melalui kursus, bengkel, taklimat dan perkongsian ilmu dalam
kalangan rakan guru. Pemantapan kaedah pedagogi merupakan antara latihan efektif yang
paling penting untuk semua guru tidak mengira peringkat umur dan pangkat. Setiap guru
perlu menanamkan sikap inkuiri yang tinggi, terbuka dan sentiasa gigih berusaha dalam
memartabatkan Bahasa Melayu. Sikap ini harus disertakan dengan jati diri dan semangat
yang tinggi agar setiap objektif yang ingin dicapai dalam dasar ini dapat direalisasikan.
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
Guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung dengan perancangan bahasa.
Ini kerana guru adalah golongan pelaksana dasar-dasar pendidikan yang telah dirancang. Bagi
memastikan dasar-dasar itu dilaksanakan dengan jayanya maka pemahaman guru terhadap
dasar dan perancangan itu perlulah lengkap dan sempurna. Sesuatu dasar tidak akan tercapai
jika tidak dilaksanakan dengan penuh kefahaman. Sebagai contoh bahasa Melayu
dimartabatkan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa utama di sekolah-
sekolah. Kurikulum yang digubal hanya bersifat modular yang hanya menjadi panduan
kepada para guru. Tanggungjawab guru adalah memastikan murid-murid dapat belajar dan
menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa utama dengan apa sahaja cara. Bagi mencapai
hasrat itu pemahaman guru terhadap perancangan dan dasar bahasa itu penting.

Sehubungan dengan itu, perancangan bahasa perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap
guru bahasa kerana guru berperanan sebagai medium pelaksana dasar. Sejak tahun 2003,
kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada hampir semua
peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pada 25 Januari 2010, satu
pekeliling ikhtisas Bil.2/ 2010 telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Tan Sri Dato Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom mengenai perlaksanaan dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Antara
kandungan surat pekeliling tersebut ialah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikan
dengan dasar MBMMBI.
Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri Jemaah Menteri telah memutuskan
supaya dasa MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 setelah
mesyuarat memansuhkan PPSMI pada 8 Julai 2009. Selain itu juga, penegasan diberikan
dalam penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam dari segi penggunaan bahasa pengantar
iaitu bahasa Melayu dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dari dasar PPSMI ke dasar MBMMBI diberikan secara terperinci.
Bahasa Melayu di Malaysia memiliki sejarahnya yang tersendiri. Bahasa Melayu
telah terbukti mampu menjadi bahasa lingua-franca pada masa silam dan berkeupayaan
menjadi bahasa ilmu, Sains dan Teknologi pada masa kini dan masa hadapan. Sejak Penyata
Razak dan Rahman Talib dirumuskan sehingga ke Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan
1996, bahasa Melayu menjadi wadah penting dalam memperkasa ilmu dan pendidikan dan
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
melahirkan ribuan ahli ekonomi, undang-undang dan para saintis yang menyumbang ke arah
kemajuan dan pembangunan negara.
Namun kini, bahasa Melayu berada di persimpangan jalan. Dari segi sejarahnya,
bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan
dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaysia yang ditadbir oleh British menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa
perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri.
Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan dalam
(Abdullah Hassan, 1997):
kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita
mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu
dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan
kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan
sebuah bahasa peribumi.

Memartabatkan bahasa Melayu meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang


sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Guru juga berperanan sebagai model bahasa kepada murid-muridnya. Dalam
pengajaran bahasa, terutamanya bahasa Melayu, perkembangan kognitif kanak-kanak
peringkat prasekolah adalah sangat penting. Guru-guru yang berpengalaman seharusnya
mengetahui dan memahami tingkat kemahiran bahasa setiap kanak-kanak yang diajar kerana
peranan guru sangat penting dalam meningkatkan kemahiran berbahasa melalui pertuturan.
Seperti mana yang terkandung dalam strategi kementerian pendidikan, iaitu pengukuhan asas
berbahasa pradengar, prabunyi, pembaca dan pratulis dalam modul pengajaran dan
pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Oleh itu
pengajaran bahasa mestilah merentas kurikulum dan dilaksanakan dengan penuh berhemah
dan berhikmah.
Kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu sering mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja dalam mata pelajaran bahasa Melayu
tetapi juga mata pelajaran lain seperti Sains, Kajian Tempatan, dan sebagainya. Dalam
konteks ini, kelemahan yang dikenal pasti ialah aspek fonologi berkaitan dengan penyebutan,
seperti penggunaan dialek, manakala morfologi pula mempunyai kaitan dengan penggunaan
kosa kata, seperti penggunaan kata yang tidak tepat atau dialek. Sintaksis pula berkaitan
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
dengan penyusunan dan kata dan membina ayat seperti pengaruh dialek dan struktur bahasa
lain dalam ayat. Dalam erti kata lain murid dan guru mengalami masalah dalam
menggunakan bahasa Melayu baku sepenuhnya.
Impak daripada masalah ini, murid-murid tidak dapat model guru bahasa yang baik
kerana pengaruh dialek, dan bahasa tidak rasmi yang terbawa-bawa semasa menyampaikan
pengajaran. Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan, boleh menyebabkan murid sukar
menterjemah dan membina ayat yang sesuai mengikut kehendak soalan dalam peperiksaan
awam. Guru sering mencampuradukkan penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa
Melayu. Murid akan keliru dengan situasi ini, lebih-lebih lagi di peringkat sekolah rendah.
Peranan guru dalam menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul dan sesuai adalah
menjadi tanggungjawab guru. Setiap guru perlu mengetahui cara untuk menguasai gaya
pembelajaran muridnya. Hal ini dapat membantu dalam proses pembelajaran bagi memupuk
minat dan kesediaan murid semasa belajar.
Kem Membaca 1 Malaysia merupakan antara program yang dirancang oleh
kementerian dalam Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.
Antara pengisian program ini ialah program Read 2011 yang serentak dilancarkan di seluruh
negara pada 2 November 2011. Objektif program ini ialah memupuk dan menyemai dalam
diri setiap murid untuk cintakan buku. Hal ini secara tidak langsung dapat mengembangkan
lagi bahasa Melayu supaya dapat digunakan oleh murid-murid sekolah secara meluas.

Selain itu, perancangan bahasa perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap guru bahasa
adalah kerana guru berperanan sebagai wadah transformasi bahasa. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata sistem pendidikan negara perlu
melalui proses transformasi supaya kumpulan pelajar yang dihasilkan mempunyai kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Menerusi ucapannya dalam Bajet 2013 yang memberi
tumpuan kepada transformasi pendidikan, aspek utama yang diberi penekanan ialah kualiti
guru. Bagi tujuan tersebut, peruntukan tambahan disediakan untuk membolehkan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan kemahiran berfikir aras
tinggi, terutamanya dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains, dan Matematik. Hal ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Ledakan era globalisasi menuntut guru supaya lebih berkemahiran tinggi, terutamanya
dalam meningkatkan kemahiran Teknologi dan Komunikasi (ICT) dan meluaskan konsep
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran ini guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman
murid tanpa batas serta mendidik murid supaya bersedia dengan pemikiran di luar kotak.
Matlamat kerajaan bukan sahaja menginginkan seorang pendidik atau guru yang efisien,
malah keutamaannya menjurus kepada pencapaian murid yang berkemahiran aras tinggi
seperti yang dirancang dalam transformasi pendidikan negara.
Menerusi Anjakan Ketujuh dalam PPPM untuk memanfaatkan pengajaran dan
pembelajaran adalah berkait rapat dengan usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kerajaan telahpun melaburkan perbelanjaan yang tinggi untuk meningkatkan akses Internet
dan persekitaran pembelajaran maya seperti pelaksanaan 1BestariNet. Pelaksanaan program
seperti ini memerlukan kemahiran guru dalam merealisasikan perubahan dalam pendidikan.
Ini merupakan komitmen kerajaan ke arah pendidikan berkualiti dan berteraskan teknologi
dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital di antara murid bandar dan luar bandar
melalui pelaksanaan guru di sekolah. Melalui 1BestariNet inilah program Frog Virtual
Learning Environment (VLE) dilaksanakan dengan berkesan kerana proses pengajaran dan
pembelajaran itu bukan sahaja berlangsung di dalam kelas, malah dengan maklumat yang
disediakan oleh guru, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dengan akses
Internet. Hal ini terbukti berkesan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara cemerlang
yang mengaplikasikan pendidikan menerusi Internet secara bersepadu.
Selain itu, wadah transformasi pendidikan dalam aspek bahasa, dapat dilihat melalui
program yang diperkenalkan oleh KPM, iaitu program i-THINK. Dengan adanya program
seperti i-THINK yang mempunyai aplikasi menarik ini dikatakan dapat membantu dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Lebih teruja lagi, dengan aplikasi peta
pemikiran dalam i-THINK ini menggalakkan murid-murid mempelajari teknik bekerja secara
kolaboratif. Kolaboratif merujuk kepada proses yang menggalakkan murid untuk melibatkan
diri secara langsung atau berurutan dengan murid-murid lain di dalam aktiviti yang diadakan.
Hal ini bermakna, murid belajar daripada murid-murid lain. (Wan Zah, 2007).

Guru berperanan sebagai model perkembangan bahasa sentiasa menjadi contoh


terbaik kepada murid-muridnya. Dalam proses P&P bahasa Melayu, guru memainkan
peranan yang sangat penting terutamanya pada peringkat awal persekolahan lagi. Seorang
model kepada murid, guru seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan
bahasa. Hal ini kerana, bahasa merupakan pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak
yang dapat membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
mereka. Selain itu, perkembangan bahasa akan memudahkan proses P&P kerana bahasa
berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis di samping menjadi alat kepada
perkembangan kendiri dan sosial individu.
Guru sebagai model perkembangan bahasa adalah merujuk kepada pembelajaran
formal. Pembelajaran formal adalah pendidikan yang berlangsung di institusi seperti sekolah,
maktab, dan universiti yang khusus dikelolakan oleh KPM. Sistem kurikulum Malaysia
disusun atur secara berperingkat mengikut umur. Dalam pembelajaran formal, murid-murid
akan mengikut program pembelajaran berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan. Selain
menekankan pendidikan dalam aspek kognitif, afektif, dan psikomotor, murid-murid turut
menerima pendidikan kerohanian serta berpeluang mempertingkatkan dan
memperkembangkan keupayaan mereka secara menyeluruh.

Perkembangan bahasa mempunyai beberapa peringkat, iaitu peringkat bayi, peringkat


kanak-kanak, dan peringkat remaja. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, mazhab
kognitif yang diterajui oleh ahli psikologi seperti Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-
kanak sejak dilahirkan mempunyai satu alat di dalam otaknya yang membolehkan mereka
memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. Alat tersebut dikenali sebagai Language
Acquisition Device (LAD) atau pemerolehan bahasa.
Pembabitan guru sebagai model kepada pengembangan bahasa bermula pada
peringkat kanak-kanak atau prasekolah. Menurut Brown & Chapman (1984) pada umur
empat tahun, kanak-kanak semakin petah berkata-kata. Perbendaharaan kata mereka semakin
meningkat, iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak prasekolah kebiasaannya
berupaya mendengar dengan teliti mengenai pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka juga
berupaya menceritakan semula tentang perkara yang diajar di dalam kelas. Justeru, guru
seharusnya melontarkan buah fikiran dan tutur kata yang sebaiknya supaya kata-kata yang
terakam itu akan kekal di ingatan mereka. Selain itu, guru perlu memastikan proses P&P pada
peringkat ini diterapkan dengan unsur-unsur hiburan atau didik hibur dan menyeronokkan,
terutamanya dalam aspek seni bahasa. Tanggungjawab inilah yang akan membuktikan
kemenjadian dan keberhasilan perkembangan bahasa dalam kalangan murid di sekolah. Hal
ini selaras dengan cadangan KPM (2011) mengenai penyerapan teknik didik hibur dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pada peringkat umur tujuh hingga sembilan tahun, perkembangan bahasa seorang
murid itu semakin maju sehingga berumur 15 tahun. Pada peringkat ini, mereka mencapai
tahap yang baik dengan menguasai gaya dan pelbagai struktur ayat. Hal ini berlaku kerana
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
mereka banyak membaca bahan bacaan seperti akhbar, majalah, novel, buku cerita, dan tidak
ketinggalan juga buku pelajaran. Peranan guru pada peringkat ini adalah dengan
menggalakkan dan memberikan sokongan mereka membaca. Pada masa yang sama,
pemantauan juga perlu dilakukan bagi memastikan tiada salah laku terhadap bahan bacaan
yang dilarang. Hal ini selaras dengan kempen membaca yang bermula di peringkat sekolah
rendah, iaitu program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).

(d) Bagaimanakah perancangan bahasa memberi impak/kesan kepada pengajaran dan

pemudah cara (PdPC) guru bahasa?

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan
secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan
bahasa Melayu dari sudut sistemnya, iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan,
kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004: 34), pemantapan sistem bahasa
sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal
ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang
kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk
memartabatkan bahasa Melayu.
Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh
pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin
melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.
Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak
seharusnya dipertikai kewujudannya, manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989: 83)
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan.
Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat, dan tujuan.
Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-
individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa.
Berdasarkan pendapat tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk
memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak
khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem
pendidikan negara. Melalui pendidikan, sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan
mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi
pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua
konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perancangan bahasa memudahkan para
guru semasa proses pengajaran dan pemudah bagi guru-guru terutama guru-guru bahasa
Melayu. Hal ini kerana melalui perancangan yang telah dilaksanakan, guru-guru akan
mempunyai satu kiblat yang sama semasa mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid.
Hal ini dapat dilihat melalui Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem ejaan bahasa
Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun bermula semenjak kedatangan
Islam ke Nusantara. Penggunaan tulisan Jawi dijadikan tulisan tradisi bahasa Melayu. Tulisan
Jawi dijadikan kayu ukur pembakuan sistem ejaan kerana bahasa Melayu berkembang
menjadi bahasa persatuan (franca lingua) di seluruh Alam Melayu menggunakan tulisan Jawi.
Malahan tulisan Jawi telah mencetuskan tradisi persuratan dalam bahasa Melayu. Ejaan Rumi
di Tanah Melayu bermula apabila R.J. Wilkinson (1904) telah berjaya menyusun asas sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu, diikuti oleh Zaba memperkemaskannya sehingga menjadi satu
sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama lebih 30 tahun. Pada tahun 1972, satu sistem
ejaan terhasil melalui kerjasama Malaysia dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan
dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu
dibahagikan kepada dua sistem iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal dan Sistem
Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal. Sistem Keselarasan Huruf Vokal digunakan pengejaan
kata bahasa Melayu jati manakala Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal. Sistem
digunakan dalam pengejaan kata pinjaman. Penetapan dan penyelarasan sistem ejaan ini
memudahkan cara guru untuk mengajarkan muri-murid bahasa Melayu dengan menggunakan
buku-buku yang telah dihasilkan oleh ilmuwan terdahulu.
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
Selain itu, pembakuan atau standardisasi dalam bidang peristilahan berkait rapat
dengan pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. Hal ini disebabkan istilah perlu
dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks pembentukan budaya
ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya
proses intelektualisasi dalam bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1996: 12). Dalam konteks
Malaysia, pembakuan istilah telah bermula pada tahun 1957 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pembakuan kosa kata mempunyai hubungan dengan pembakuan peristilahan, kerana istilah
sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada kosa kata. Pembakuan kosa kata merangkum
dua hal pokok iaitu bentuk dan maknanya. Oleh sebab bahasa baku mempunyai hubungan
yang erat dengan ilmu dan pemikiran, maka kesempurnaan bentuk dan makna kata yang
menjadi teras perlu diberi perhatian. Maka, terhasillah kamus yang dapat memuatkan
mengenai bentuk dan makna sesuatu kata. Dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah
(1992: 4-6), istilah dalam bahasa Melayu diperoleh daripada tiga sumber iaitu
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Serumpun
dan Perbendaharaan Kata Bahasa Asing. Mengikut Asmah Hj. Omar (1981), sesuatu istilah
yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti keringkasan bentuk, ketepatan makna,
keserasian konsep, kemungkinan ditakrifkan dengan mudah, kesesuaiannya dengan fonologi,
morfofonemik dan tatabahasa yang berkesan. Mengikut Awang Sariyan (1996), usaha
menggubal istilah dalam bahasa Melayu di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1956 lagi.
Hingga sekarang telah ada lebih 400 000 istilah untuk 300 bidang ilmu dan ikhtisas.
Walaupun kerja pembentukan istilah masih tetap berterusan, sesuai dengan perkembangan
bahasa Melayu, bolehlah dikatakan bahawa kita sudah mempunyai kaedah baku tentang cara
pembentukan istilah. Abdullah Hassan (1997) pula menyatakan bahawa sebanyak 477,300
istilah telah dicipta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setakat ini untuk semua bidang (Berita
Peristilahan, Mei 1986). Melalui pembentukan istilah yang telah dilakukan ini, para guru
akan mempunyai keyakinan dan kepastian semasa proses PdPC. Murid-murid juga
mempunyai rujukan yang tuntas untuk mengetahui istilah-istilah baharu.
Menurut Harimurti Kridalaksana (1982), kamus dimaksudkan sebagai buku rujukan
yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan
penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad. Abdullah Hassan (1992) pula
mendefinisikan kamus sebagai satu dokumen penting berkenaan sesuatu bahasa. Istilah
kamus dipinjam daripada bahasa Arab. Pada mulanya, kamus membawa makna senarai kata
yang disusun mengikut abjad dan bagi setiap kata diberikan maknanya. Terdapat tiga konsep
penting dalam penciptaan kamus iaitu tipologi, leksikologi dan leksikografi. Tipologi dari
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
sudut bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau
leksikal untuk menentukan jenisnya yang lepas daripada perkembangan bahasa (Hartmann,
1972). Leksikologi ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui
perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata)
manakala leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakup
teknik dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang
mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan
data dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. Abdullah
Hassan turut menyatakan bahawa dari segi sejarah perkamusan, terdapat tiga jenis kamus,
iaitu kamus yang dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu, kamus yang disusun
bersama deskripsi bahasa, dan kamus kini yang tidak disertakan dengan deskripsi tatabahasa.
Oleh itu, terdapat beberapa jenis kamus berdasarkan kepada bahasa, struktur kandungan,
fungsi dan pengguna. Oleh yang demikian, jenis-jenis bahan yang dikategorikan sebagai
kamus ialah daftar kata, glosari, indeks, kamus sebutan, kamus istilah, kamus idiom, daftar
istilah, tesaurus, kamus seerti, ensiklopedia, kamus pelancong dan kamus umum. Penghasilan
kamus-kamus ini akan memudahkan PdPC guru dan murid.

Dari segi tatabahasa pula, guru-guru boleh merujuk Tatabahasa Dewan semasa proses
PdPC. Pembakuan tatabahasa bahasa Melayu berlaku serentak dengan berkembangnya tradisi
bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa tulisan dengan
sendirinya memantapkan tatabahasa. Abdullah Hassan (1993) mendefinisikan tatabahasa
sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Arbak
Othman (1981) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil
oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Oleh itu, tatabahasa merupakan satu
aspek penting yang perlu dikuasai dan dipelajari kerana tatabahasa ialah peraturan dan cara
penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan prinsip atau rumus tertentu. Dalam kajian tatabahasa,
aspek yang perlu diberi penekanan ialah fonologi, morfologi dan sintaksis manakala untuk
menganalisis tatabahasa pula, terdapat empat unit yang perlu diberikan tumpuan iaitu
perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Oleh yang demikian, tatabahasa bahasa Melayu yang
diterima sebagai tatabahasa pegangan kini adalah berdasarkan buku tatabahasa terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). Tatabahasa Dewan
ini telah menggabungkan Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat [1986, 1987], dan Tatabahasa
Dewan Jilid 2: Perkataan [1989, 1992]. Aspek-aspek tatabahasa yang lain yang dijelaskan dan
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
diterbitkan oleh pihak DBP dari semasa ke semasa adalah dianggap pedoman rasmi yang
memperlengkap buku tatabahasa tersebut.
Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu adalah menjadi salah satu
objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka 1959. Objektif yang dicatatkan sebagai Tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP
tentang perkara ini [Seksyen 5 (1)] ialah: iv. untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Matlamat pembakuan
sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu. Secara
khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam
bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Di samping itu juga,
pembakuan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam
kalangan semua pengguna bahasa Melayu, memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa
Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan
dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan,
dan laras bahasa serta secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan
mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan
penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah (Ismail
Dahaman, 1996). Dasar sebutan baku bahasa Melayu menggunakan prinsip sebutan fonemik
atau sebutan berdasarkan ejaan. K.L. Pike dalam, bukunya Phonemics menyatakan bahasa
ialah kata-kata yang dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang
dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Oleh itu, Dasar Sebutan Baku dapat dihuraikan
dengan meninjau bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong dalam bahasa Melayu, justeru itu,
sebutan baku bahasa Melayu baku melibatkan penyebutan bunyi vokal, konsonan, diftong,
penyengauan, dan akronim. Malahan, turut melibatkan cara penyebutan kata dasar, kata
terbitan, kata serapan daripada bahasa Inggeris, kata serapan daripada bahasa Arab, dan
sebutan kata nama khas. Perancangan pembakuan sebutan ini telah memudahkan guru-guru
sekolah rendah mengajarkan cara sebutan kepada murid-murid semasa aktiviti kemahiran
membaca dijalankan.

Penutup
Perancangan bahasa di Malaysia telah melalui proses-proses perkembangan bahasa Melayu
dengan pesat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu. Aspek-aspek
pembakuan bahasa seperti ejaan, tatabahasa, peristilahan, perkamusan dan sebutan baku amat
penting untuk menjadikan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu tinggi merupakan saluran
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
ilmu dan buah fikiran moden yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa Melayu baku atau
standard yang mementingkan keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Dari segi
penggunaan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah dan institusi
pengajian, bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan. Bahasa turut menjadi
lambang perpaduan dan kedaulatan negara Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang
mencintai bahasa Melayu hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul dari
segi nahu, cekap dan berkesan, dan berintelek tual bagi mengelakkan kerancuan bahasa di
kalangan masyarakat.

RUJUKAN :

Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa Pengintelektualan Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. 1992. Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan.1997. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei Lain. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan
dan Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2006. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN

Awang Sariyan. 2006. Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut
Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 1996. Warna dan Suasana - Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2010. Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu


KSSR. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

Juliawati Ibrahim. 2006. Gaya pengajaran guru bahasa Daerah Hulu Langat: Satu kajian
tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn. Bhd.

Muhiddin Yusin. 2010. Ucap Utama Kolokium Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Melayu
di Institusi Pendidikan : Memartabatkan Bahasa Melayu di Sekolah. Dewan Bahasa
dan Pustaka. UMS Sabah

Nik Safiah Karim. 2004. Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nor Hisham Osman. 2001. Perancangan Bahasa. Al-Hikmah Sdn. Bhd.: Shah Alam,
Selangor.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Kementerian Pendidikan


Malaysia.
GGGE6413 POLISI DAN PERANCANGAN BAHASA : IMPLIKASINYA TERHADAP
PENGAJARAN
Zamri Mahamod, 2016. Perancangan Bahasa : Implikasinya Terhadap PdP Bahasa Melayu.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMAN SESAWANG
http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=491
http://pts.com.my/berita/perancangan-bahasa-melayu-di-malaysia/
http://kasturinusi.blogspot.my/2012/05/peranan-guru-dalam-melaksanakan-dasar.html
http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/06/bahasa-dan-budaya-melayu-pembakuan.html
http://bmstpm.blogspot.my/2007/06/perancangan-bahasa.html

Anda mungkin juga menyukai