Anda di halaman 1dari 9

5.

2 : KEMAHIRAN MELAYAN &


MENDENGAR

5.2.4 - Kemahiran Menyoal
KEMAHIRAN MENYOAL
satu cara yang digunakan oleh kaunselor
untuk mengetahui sesuatu perkara dengan
lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun
tentang isu yang sedang dibincangkan.
adalah cara yang paling mudah untuk
digunakan oleh kaunselor untuk menyoal
klien, ataupun menggalakkan klien untuk
bercakap dan juga cara untuk meneroka diri
klien.

KEMAHIRAN MENYOAL
Matlamat:
mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat
mendapat maklumat yang lebih lanjut
mendapatkan kepastian
KEMAHIRAN MENYOAL
Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran
menyoal:
Soalan tertutup
Soalan terbuka
KEMAHIRAN MENYOAL
Soalan tertutup :
ialah soalan yang memerlukan jawapan yang pendek
saja dan tidak memerlukan penjelesan.
Jawapan yang diberikan hanya memerlukan maklumat
yang khusus saja dan hanya untuk memastikan
sesuatu perkara yang dibincangkan oleh klien dengan
kaunselor.
dapat digunakan oleh kaunselor untuk menghalang
klien dari terpesong dari isu yang sedang dibincangkan
ataupun menghentikan klien yang bercakap terlalu
banyak dalam sesi ini tanpa membantu dalam
mengembangkan sesi ke arah yang mencapai
matlamat yang sebenarnya.
Jawapan seperti ya atau tidak serta
mungkin bersifat fakta yang tidak memerlukan
penjelasan yang panjang.

Contoh:-
-Berapa usia awak semasa ibu awak
meninggal?
-Awak mempunyai berapa orang abang dan
kakak?
-Adakah awak bekerja semalam?
-Berapakah usia ayah awak sekarang?

Soalan terbuka:
ialah menggalakkan perbincangan oleh klien
mengenai perkara yang diingin dikongsinya.
soalan berbentuk membuatkan klien berasa lebih
selamat dan diterima dan tidak memerlukan jawapan
khusus.
lebih menggalakan penerokaan dan pengembangan
klien oleh kaunselor kerana klien berasa selesa
dengan soalan yang dikemukan dan memberi ruang
kepada klien untuk meluahkan perasaan mengikut
arahnya sendiri.
klien akan merasa bebas dalam meluahkan
perasaannya, memberi maklumat tanpa berasa
defensif serta membolehkan klien mengeluarkan
pendapat sendiri mengikut cara klien itu sendiri.
SOALAN TERBUKA (MENYOAL)
Contoh:
1. Digunakan ketika hendak memulakan sesi temu bual
Cth- Bagaimana saya boleh menolong awak? Apa isu
yang ingin awak bincangkan pada kali ini?
2. Membantu klien memberi penerangan yang lebih
terperinci tentang sesuatu isu.
Cth- Boleh awak jelaskan lagi tentang perhubungan
tersebut?

SOALAN TERBUKA (MENYOAL)
3. Membantu kaunselor mendapatkan contoh spesifik
berkenaan sesuatu pelakuan/ungkapan
Cth- Apakah yang awak maksudkan dengan dia talam
dua muka?
4. Membantu menumpukan perhatian kepada perasaan
Cth- Apa perasaan anda sekarang setelah anda
berkongsi tentang hal ini dengan saya?

Anda mungkin juga menyukai