Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN DI DALAM MAKMAL

KOMPUTER

Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.
Pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih
dahulu.
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal
kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau
mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer
terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan
segera kepada guru yang bertugas.
Padamkan mana-mana suis yang perlu.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang
bertugas.
Dilarang menconteng pada perkakasan komputer. Juga tidak dibenarkan
mengubahsuai mana-mana peralatan komputer di dalam makmal.
Dilarang membuat bising di dalam makmal.
Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer. (Wallpaper dan
sebagainya)
Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal
hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log
komputer.
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Ko




KOMPONEN KOMPUTER

Motherboard
Motherboard ialah papan utama untuk dipasang kesemua komponen yang lainnya.
Ia ialah papan litar yang menghubungkan kesemua komponen untuk menjadi satu
komputer yang lengkap.
Setiap motherboard mempunyai spesifikasi bergantung kepada processor dan
jumla RAM yang boleh didukung oleh motherboard itu.
Processor
Processor boleh diibaratkan sebagai otak manusia yang mengatur dan
melaksanakan sebarang kiraan di dalam computer.
Setiap processor ada spesifikasi tersendiri, bergantung kepada keperluan pengguna
dan prestasi yang mampu dicapai oleh processor tersebut.
RAM
RAM adalah singkatan dari Random Access Memory, iaitu sebuah komponen
komputer yang berfungsi untuk menyimpan data sementara dari suatu program
yang sedang kita jalankan dan data-data tersebut boleh diakses secara spontan.
Sebelum membeli sebuah RAM pengguna harus tahu terlebih dahulu slot RAM apa
yang dimiliki oleh motherboard tersebut, sama ada SDRAM, DDR, DDR2, atau
DDR3.
Video Card
Juga dikenali sebagai GPU (Graphical Processing Unit pada laptop) ialah alat
untuk menghasilkan output gambar apa yang telah diproses ke skrin monitor.
Setiap video card ada jenisnya yang tersendiri mengikut spesifikasi motherboard
yang tersedia ada.
Sound Card
Sound card merupakan sebuah komponen yang menghasilkan output dalam bentuk
bunyi dan suara ke speaker computer.
Sound card biasanya dihasilkan secara onboard beserta dengan motherboard.
Namun begitu, pengguna boleh memilih untuk menaik taraf sound card bergantung
kepada system bunyi 5.1 dan 7.1.

Hard Disk Drive (HDD)
Hard disk merupakan peranti simpanan data di dalam komputer kita. Semakin
banyak kapasiti yang boleh disimpoan maka semakin banyak data yang boleh
disimpan.
HDD juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel yang ada pada
motherboard seperti IDE,SCSI, SATA dan sebagainya.
Optical Disc Drive
Merupakan peranti khas untuk membaca CD, DVD dan format cakera padat yang
lain.
Kini terdapat juga dalam format Blu-Ray.
Optical Disk Drive juga terdapat dalam pelbagai saiz simpanan dan jenis kabel
yang ada pada motherboard seperti IDE, SATA dan sebagainya.
Monitor
Monitor ialah komponen yang berfungsi memancarkan imej yang diproses dari
CPU
melalui Video Card.
Kini terdapat dalam bentuk LCD monitor yang lebih praktikal.
Keyboard dan Mouse
Ini ialah komponen input utama yang menghubungkan antara pengguna dan
komputernya.
Kini terdapat di dalam bentuk tanpa wayar (wireless) dan lebih senang diguna.
Power Supply
Power supply ialah komponen utama yang menghidupkan motherboard dan
komponen lainnya.
Tanpa komponen ini komputer tidak akan dapat dihidupkan walau dengan apa
cara sekalipun.
Terdapat dalam model pelbagai kuasa yang bersesuaian dengan spesifikasi
motherboard.
Casing
Casing ialah tempat di mana kesemua komponen itu dipasang dan dilengkapkan.
Untuk memilih casing yang terbaik, ia mestilah tahan lasak, mempunyai system
pengudaraan yang baik dan juga ringan dari yang lain.




ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER


1. Jangan menggunakan komputer dengan niat membahayakan orang lain.
2. Dilarang mengganggu urusan atau tugasan komputer orang lain.
3. Dilarang mencuri fail atau mengintip orang lain, termasuk
memalsukan akaun bagi tujuan penerima.
4. Dilarang mencuri sebarang perkakasan komputer termasuk CD-
ROM dan sebagainya.
5. Dilarang meyalin atau mencuri hasil kerja orang lain.
6. Dilarang masuk ke bahagian ADMINISTRATOR tanpa keizinan
terlebih dahulu.
7. DIlarang mengganggu orang lain melalui laman sosial dan
sebagainya.
8. Dilarang menyebarkan risalah khabar angin melalui internet.
9. Sekiranya diancam melalui internet, sila laporkan kepada pihak
berkuasa dengan segera sekiranya perlu.
10. Dilarang menganjurkan organisasi haram dan perbuatan yang
boleh mengancam agama, bangsa dan negara.
11. Gunakan komputer dengan penjagaan yang baik serta tidak
menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai