Anda di halaman 1dari 4

Kit huruf kertas pasir a.

Pengenalan Huruf kertas pasir digunakan untuk mengajar fonetik 26 abjad dalam Bahasa Malayu. Kit ini mewakili bunyi- bunyi huruf yang dilekatkan di atas kad. Huruf vokal dilekatkan di atas kad berwarna iru muda manakala huruf konsonan dilekatkan di atas kad berwarna merah jambu muda. Terdapat ruang ruang yang cukup di sebelah kiri dan kanan kad untuk kanak- kanak yang menulis menggunakan tangan kanan atau tangan kiri. Jenis huruf pula adalah huruf yang biasa kanak- kanak lihat di dalam buku.

a
b. Tujuan penggunaan kertas pasir

Huruf huruf kertas pasir ini mengajar kanak- kanak bunyi huruf dan juga bentuk- bentuknya. Setiap huruf- huruf ini telah diberi bunyi seperti yang diajar dalam asas mengenal huruf dalam Bahasa Melayu seperti berikut:

a seperti pada ayam b seperti pada baju c seperti pada cawan d seperti pada dada e seperti pada emak f seperti pada feri g seperti pada gajah h seperti pada hari i seperti pada ibu j seperti pada jari k seperti pada kaki l seperti pada laju m seperti pada mata

n seperti pada nasi o seperti pada otak p seperti pada paku q seperti pada quran r seperti pada raga s seperti pada satu t seperti pada tali u seperti pada ubat v seperti pada van w seperti pada wau x seperti pada X-ray y seperti pada yoyo z seperti pada zip

Kanak- kanak akan merujuk kepada bunyi huruf dan bukannya menghafal nama- nama huruf. Mengajar nama- nama huruf serentak dengan bunyinya akan

menyebabkan kanak- kanak keliru. Adalah susah bagi kanak- kanak untuk mengingati bunyi dan nama secara serentak. Selepas kanak- kanak menguasai bunyi- bunyi huruf, barulah nama huruf diperkenalkan.

Rasional kertas pasir digunakan adalah untuk memudahkan daya ingatan kanakkanak melalui sentuhan ke atas bentuk- bentuk huruf.

c. Cara penggunaan Mengaplikasikan pendekatan penggunaan kepelbagaian deria dalam proses pembelajaran, kanak- kanak akan mendengar bunyi, melihat bentuk, merasa bagaimana abjad ditulis dan menyebut bunyi. Kanak- kanak akan dibimbing untuk mendengar bunyi yang dihasilkan di awalan perkataan, di pertengahan perkataan dan di akhiran perkataan.

Pembelajaran menggunakan kit kertas pasir ini melibatkan tiga langkah ataupun tiga masa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kelas.

Langkah pertama/ masa pertama : Guru memulakan pengajaran dengan berkata,Hari ini kita akan mempelajari 2 bunyi menggunakan huruf kertas pasir. Sila cuci tangan masing- masing dengan sabun dan air suam. Ini adalah bertujuan supaya tangan menjadi lebih sensitive kepada sentuhan dan member daya ingatan yang kuat kepada bentuk huruf dan bagaimana ianya ditulis. Kemudian guru memilih dua huruf yang berbeza bentuk dan bunyi. Huruf vokal harus diperkenalkan dulu.

Guru meletakkan huruf- huruf tersebut di depan kanak- kanak, kemudian menggunakan 2 jari tangan untuk menulis guru menyurih cara huruf tersebut ditulis dan berkata,Ini ialah aaa, rasakan aaa . Kemudian dia menyuruh kanak-

kanak merasa huruf tersebut dengan jari- jari mereka dan mengikut cara huruf tersebut ditulis dan berkata, Ini ialah aaa. Rasakan aaa. Guru mengulang cara tersebut dengan menggantikan huruf yang lain sehinggalah murid dapat menguasai kemahiran membunyikan huruf tersebut. Jika masih ada kanak- kanak yang belum dapat membunyikan huruf tersebut dengan betul, guru kena membuntikan untuknya dan meminta murid mengulang bunyi yang telah dibuat sehingga dapat menguasainya.

Langkah ke- 2

Guru akan menilai sama ada murid telah Berjaya menghubungkaitkan bunyi dan bentuk huruf. Guru akan meletakkan kedua- dua huruf di depan murid dan berkata, Tuliskan aaa. Apabila murid telah selesai, guru akan berkata, Ulang semula. Selepas itu guru akan menukar kedudukan dua huruf tersebut dan meminta murid untuk mnulis dan membunyikan huruf tersebut semula. Jika murid membuat kesalahan dan tidak dapat menguasai kemahiran pada langkah ini, guru akan mengulang kaedah pada langkah pertama bersama murid tersebut.

a
Posisi pertama

i
Langkah ke- tiga

a
Posisi huruf ditukar

Guru membuat penilaian sama ada murid- murid boleh membunyikan huruf dengan betul. Dia meletakkan satu huruf di depan murid dan menyuruh murid, Rasakan huruf ini. Sebut bunyinya. Proses ini akan diulang dengan huruf yang kedua. Penutup Sebaik sahaja guru mengetahui murid- murdi boleh membunyikan huruf dengan betul, dia akan member input tambahan bagaimana huruf- huruf tersebut terdapat pada perkataan- perkataan. Guru meminta murid, Bolehkah kamu mendengan bunyi aaa apabila saya menyebut adik, apabila saya menyebut rumah dan apabila saya menyebut bapa. Kemudian gur menggalakkan murid- murid untuk mengembangkan idea mereka dengan berkata, Kalau kamu boleh mencari perkataan perkataan lain yang mengandungi aaa dan iii, sila beritahu kepada saya dan kongsi dengan rakan- rakan kamu.

Anda mungkin juga menyukai