Anda di halaman 1dari 6

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

UNIT 3
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
Objektif 1. Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan yang betul. 2. Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding dengan betul. 3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran 3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding 3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding. Aktiviti Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi warna, bentuk, saiz dan rasa. Pamerkan 4 keping kad perkataan dan bimbing murid menyebut dan mengeja perkataan yang ditunjukkan. Catatan Lampiran 1 Kad gambar - petai, kaloi, paip, kuih Lampiran 2 Kad perkataan - petai, kaloi, paip, kuih

Langkah

Lekatkan kad perkataan pada papan hitam. Lampiran 2 Minta murid tutup menutup mata kan dengan telapak tangan dan baca perkataan yang ditunjukkan secara

24

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

Langkah individu.

Aktiviti Ulang lagi aktiviti di atas dengan menutup mata kiri pula. Kenal pasti murid yang tidak dapat membaca dengan tepat untuk mengesan tahap penguasaan penglihatan mereka. Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan diberi tali berukuran 24 inci. Paparkan kad perkataan pada papan tulis. Minta setiap kumpulan membentuk perkataan yang ditunjukkan di atas meja menggunakan tali tersebut. Perhatikan ejaan perkataan betul. Minta setiap kumpulan mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina. Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Agihkan kad gambar dan kad perkataan kepada kumpulan tersebut. Minta wakil kumpulan mencari kad perkataan yang disebut oleh guru dan tunjukkan di hadapan kelas. Minta murid yang lain menyebut perkataan tersebut. Kemudian minta kumpulan yang lain mencari gambar yang berpadanan dengan perkataan yang disebut. Tampal kad perkataan dan kad gambar pada papan tulis.

Catatan

Lampiran 2

Lampiran 1 Lampiran 2

Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dilekatkan pada papan tulis. Berikan batang mancis kepada setiap kumpulan. Minta setiap kumpulan menyusun batang mancis tersebut mengikut bentuk huruf yang dilihat pada kad perkataan. Sediakan kertas bersaiz kecil dan tulis perkataan pada kertas itu. Masukkan kertas tersebut ke dalam belon. Minta
25

Lampiran 2 Batang mancis

Permainan Bahasa : Belon Ajaib Lampiran 3

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

Langkah

Aktiviti murid meniup belon tersebut sehingga pecah. Murid diminta menyebut perkataan yang terdapat pada kertas di dalam belon yang telah dipecahkan.

Catatan Perkataan diftong, belon

Kaedah VAK Bahan Bantu Belajar

Visual penglihatan Kad gambar, kad perkataan,belon, batang mancis

3.2

Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding. Aktiviti Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut. Sebut nama gambar tersebut. Minta murid menulis perkataan yang disebut pada kad yang disediakan. Perbetulkan ejaan murid jika salah. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Bawa murid ke luar kelas di kawasan berpasir. Minta murid membawa kertas dan gam yang disediakan oleh guru. Tunjukkan kad perkataan kepada setiap kumpulan. Lampiran 5 Kad perkataan - sauh, duit, kaloi, misai Kertas warna/putih Gam Catatan Lampiran 4 Kad gambar - sauh, duit, kaloi, misai Kad manila

Langkah

Setiap ahli kumpulan dikehendaki meniru satu huruf dalam perkataan yang ditunjukkan menggunakan gam. Kemudian kertas tersebut hendaklah ditekap atas pasir supaya pasir dapat melekat pada huruf yang telah ditulis tadi. Setiap kumpulan dikehendaki memaparkan huruf-huruf tersebut mengikut susunan bagi membina perkataan seperti yang ditunjukkan.

26

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

Langkah

Aktiviti Bimbing murid membaca lirik lagu yang dipaparkan sambil melakukan pergerakan. Minta murid nyanyikan lagu tersebut sambil melakukan pergerakan. Minta murid melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang betul. Bersoal jawab dengan murid mengenai lagu dan minta murid mengeja perkataan yang telah dipelajari sebagai aktiviti pengukuhan. Edarkan lembaran kerja. Minta murid mencari perkataan tersembunyi berdasarkan gambar yang disediakan.

Catatan Lampiran 6 Carta Lirik Lagu

Lembaran kerja 1 Lampiran 6

Permainan Bahasa : Cari perkataan tersembunyi Lembaran Kerja 2

Pendekatan VAK Bahan Bantu Belajar

Kinestetik Sentuhan Kad gambar, kad perkataan, carta lirik lagu,lembaran kerja, kertas A4, gam kad silang kata

3.3

Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul. Aktiviti Pamerkan kad ayat pada papan tulis. Catatan Lampiran 7 Bersoal jawab dengan murid untuk memahami ayat yang dibaca. Bapa buka paip Nani jual kuih. Kakak beli petai di kedai. Lili bela ikan kaloi.

Langkah

Sebut ayat dan minta murid menyebut semula.

Cadangan soalan: Siapakah buka paip? Nani jual apa?

27

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

Langkah

Aktiviti -

Catatan Di mana kakak beli petai? Lili bela ikan apa?

3 4

Bimbing murid membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul. Minta murid membaca ayat tunggal yang diberi secara latih tubi bersama rakan. Rakam suara yang menyebut ayat tunggal melalui pita rakaman atau telefon bimbit. Pilih murid secara rawak. Perdengarkan rakaman tadi dengan memakai earphone. Minta murid itu sebutkan ayat yang didengar kepada rakan yang dipilih sendiri olehnya. Rakan yang mendengar diminta menyebut ayat secara kuat. Permainan Bahasa: Ayat Cadangan : Mona makan limau. Emak ada duit kertas. Dolah suka main guli. Bapa ada misai.

Perdengarkan rakaman tadi secara kuat untuk memastikan ayat itu betul atau salah. Perbetulkan jika ada kesalahan. Pendekatan VAK Bahan Bantu Belajar Auditori - pendengaran

Kad ayat, pita rakaman, telefon bimbit, earphone

3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding Langkah Aktiviti Tunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar. 1 Catatan Lampiran 8 Kad Gambar: Tampal kad perkataan pada papan tulis. Bimbing murid mengeja dan membaca tupai, petai, kaloi, surau

Lampiran 9 Kad perkataan

28

Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 3

Langkah

Aktiviti perkataan yang dipaparkan. Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Edarkan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.

Catatan

Lampiran 9

Bimbing murid menyusun kad perkataan untuk membentuk ayat yang betul. Tampalkan kad-kad perkataan mengikut susunan untuk membina ayat pada papan tulis.

Minta murid membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul. Tampalkan pula kad gambar pada papan tulis. Bimbing murid membuat kapal terbang menggunakan kertas terpakai. Pilih beberapa orang murid dan minta murid berdiri pada jarak yang ditentukan oleh guru dengan memegang kapal terbang kertas yang telah dibuat tadi. Guru bacakan ayat yang telah dibina tadi. Murid itu diminta fokus dan terbangkan kapal terbang kertas itu pada gambar berdasarkan ayat yang dibaca oleh guru. Perhatikan tahap penguasaan penglihatan murid semasa memfokus pada gambar yang dilihat.

Lampiran 8

Kertas terpakai

Minta murid menulis semula ayat tunggal tersebut. Nyanyikan lagu mengikut melodi lagu Lagu 3 kupang. Visual - Penglihatan

Lembaran kerja 3

Lampiran 9: Carta lagu

Pendekatan VAK Bahan Bantu Belajar

Kad gambar, kad perkataan, carta lagu, kertas terbuang, lembaran kerja

29

Anda mungkin juga menyukai