Anda di halaman 1dari 6

Modul Pengajaran Asas Literasi

Asas 3

UNIT 3
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING

Objektif

1. Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding


dengan sebutan yang betul.

2. Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding dengan betul.

3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong


dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.

4. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan
vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran

3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding

3.1 Menyebut, membaca dan memahami


perkataan diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

Tunjukkan 4 keping kad gambar dan Lampiran 1


bersoal jawab dengan murid tentang Kad gambar
1 gambar dari segi warna, bentuk, saiz dan - petai, kaloi, paip,
rasa. kuih

Pamerkan 4 keping kad perkataan dan Lampiran 2


bimbing murid menyebut dan mengeja Kad perkataan
2 perkataan yang ditunjukkan.
- petai, kaloi, paip,
kuih

3 Lekatkan kad perkataan pada papan hitam. Lampiran 2


Minta murid tutup menutup mata kan
dengan telapak tangan dan baca
perkataan yang ditunjukkan secara
individu.

24
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan

Ulang lagi aktiviti di atas dengan menutup


mata kiri pula.
Kenal pasti murid yang tidak dapat
membaca dengan tepat untuk mengesan
tahap penguasaan penglihatan mereka.

Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Lampiran 2


Setiap ahli dalam kumpulan diberi tali
berukuran 24 inci. Paparkan kad perkataan
pada papan tulis. Minta setiap kumpulan
4 membentuk perkataan yang ditunjukkan di
atas meja menggunakan tali tersebut.
Perhatikan ejaan perkataan betul. Minta
setiap kumpulan mengeja dan membaca
perkataan yang telah dibina.

Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Lampiran 1


Agihkan kad gambar dan kad perkataan
kepada kumpulan tersebut. Minta wakil
kumpulan mencari kad perkataan yang Lampiran 2
disebut oleh guru dan tunjukkan di
hadapan kelas. Minta murid yang lain
5 menyebut perkataan tersebut.
Kemudian minta kumpulan yang lain
mencari gambar yang berpadanan dengan
perkataan yang disebut. Tampal kad
perkataan dan kad gambar pada papan
tulis.

Bimbing murid mengeja dan membaca


6 perkataan yang telah dilekatkan pada
papan tulis.

Berikan batang mancis kepada setiap Lampiran 2


kumpulan. Minta setiap kumpulan
menyusun batang mancis tersebut Batang mancis
7
mengikut bentuk huruf yang dilihat pada
kad perkataan.

8 Sediakan kertas bersaiz kecil dan tulis Permainan Bahasa :


perkataan pada kertas itu. Masukkan Belon Ajaib
kertas tersebut ke dalam belon. Minta Lampiran 3
murid meniup belon tersebut sehingga
pecah. Murid diminta menyebut perkataan Perkataan diftong,

25
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan


belon
yang terdapat pada kertas di dalam belon
yang telah dipecahkan.

Kaedah VAK Visual – penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan,belon, batang mancis

3.2 Membina dan menulis perkataan


diftong dan vokal berganding.

Langkah Aktiviti Catatan

Tunjukkan 4 keping kad gambar dan Lampiran 4


bersoal jawab dengan murid tentang Kad gambar
1
gambar tersebut. - sauh, duit, kaloi,
misai

Sebut nama gambar tersebut. Minta murid Kad manila


menulis perkataan yang disebut pada kad
2 yang disediakan.
Perbetulkan ejaan murid jika salah.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Lampiran 5


Bawa murid ke luar kelas di kawasan Kad perkataan
berpasir. Minta murid membawa kertas dan - sauh, duit, kaloi,
gam yang disediakan oleh guru. misai
Tunjukkan kad perkataan kepada setiap
Kertas warna/putih
kumpulan.
Gam
Setiap ahli kumpulan dikehendaki meniru
satu huruf dalam perkataan yang
3
ditunjukkan menggunakan gam.
Kemudian kertas tersebut hendaklah
ditekap atas pasir supaya pasir dapat
melekat pada huruf yang telah ditulis tadi.
Setiap kumpulan dikehendaki memaparkan
huruf-huruf tersebut mengikut susunan
bagi membina perkataan seperti yang
ditunjukkan.

4 Bimbing murid membaca lirik lagu yang Lampiran 6

26
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan


Carta Lirik Lagu
dipaparkan sambil melakukan pergerakan.
Minta murid nyanyikan lagu tersebut sambil
melakukan pergerakan.

Minta murid melengkapkan tempat kosong Lembaran kerja 1


5
dengan perkataan yang betul.

Bersoal jawab dengan murid mengenai Lampiran 6


lagu dan minta murid mengeja perkataan
6
yang telah dipelajari sebagai aktiviti
pengukuhan.

Edarkan lembaran kerja. Minta murid Permainan Bahasa :


mencari perkataan tersembunyi
7 Cari perkataan
berdasarkan gambar yang disediakan. tersembunyi Lembaran
Kerja 2

Pendekatan VAK Kinestetik – Sentuhan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, carta lirik lagu,lembaran
kerja, kertas A4, gam kad silang kata

3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal


yang mengandungi perkataan diftong
dan vokal berganding dengan sebutan
dan intonasi yang betul.

Langkah Aktiviti Catatan

Pamerkan kad ayat pada papan tulis. Lampiran 7


Sebut ayat dan minta murid menyebut - Bapa buka paip
1 semula. - Nani jual kuih.
- Kakak beli petai di
kedai.
- Lili bela ikan kaloi.

2 Bersoal jawab dengan murid untuk Cadangan soalan:


memahami ayat yang dibaca. - Siapakah buka
paip?
- Nani jual apa?
- Di mana kakak beli

27
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan

petai?
- Lili bela ikan apa?

Bimbing murid membaca ayat tunggal


3
dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Minta murid membaca ayat tunggal yang


4
diberi secara latih tubi bersama rakan.

Rakam suara yang menyebut ayat tunggal Permainan Bahasa:


melalui pita rakaman atau telefon bimbit. Ayat Cadangan :
Pilih murid secara rawak. Perdengarkan - Mona makan limau.
rakaman tadi dengan memakai ‘earphone’.
Minta murid itu sebutkan ayat yang - Emak ada duit
5 didengar kepada rakan yang dipilih sendiri kertas.
olehnya. Rakan yang mendengar diminta - Dolah suka main
menyebut ayat secara kuat. guli.
Perdengarkan rakaman tadi secara kuat - Bapa ada misai.
untuk memastikan ayat itu betul atau salah.
Perbetulkan jika ada kesalahan.

Pendekatan VAK Auditori - pendengaran

Bahan Bantu Belajar Kad ayat, pita rakaman, telefon bimbit, ‘earphone’

3.4 Membina dan menulis ayat tunggal


yang mengandungi perkataan diftong
dan vokal berganding

Langkah Aktiviti Catatan

Tunjukkan gambar dan bersoal jawab Lampiran 8


dengan murid berdasarkan gambar. Kad Gambar:
1
- tupai, petai, kaloi,
surau

Tampal kad perkataan pada papan tulis. Lampiran 9


2 Bimbing murid mengeja dan membaca Kad perkataan
perkataan yang dipaparkan.

28
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan

Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Lampiran 9


Edarkan kad-kad perkataan kepada setiap
kumpulan.
Bimbing murid menyusun kad perkataan
3
untuk membentuk ayat yang betul.
Tampalkan kad-kad perkataan mengikut
susunan untuk membina ayat pada papan
tulis.

Minta murid membaca ayat yang telah Lampiran 8


4 dibina dengan sebutan dan intonasi yang
betul.

Tampalkan pula kad gambar pada papan Kertas terpakai


tulis.
Bimbing murid membuat kapal terbang
menggunakan kertas terpakai.
Pilih beberapa orang murid dan minta
murid berdiri pada jarak yang ditentukan
oleh guru dengan memegang kapal
5 terbang kertas yang telah dibuat tadi.
Guru bacakan ayat yang telah dibina tadi.
Murid itu diminta fokus dan terbangkan
kapal terbang kertas itu pada gambar
berdasarkan ayat yang dibaca oleh guru.
Perhatikan tahap penguasaan penglihatan
murid semasa memfokus pada gambar
yang dilihat.

Minta murid menulis semula ayat tunggal Lembaran kerja 3


6 tersebut.

Nyanyikan lagu mengikut melodi lagu Lampiran 9:


7 ‘Lagu 3 kupang’. Carta lagu

Pendekatan VAK Visual - Penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, carta lagu, kertas
terbuang, lembaran kerja

29

Anda mungkin juga menyukai