Anda di halaman 1dari 6

Modul Pengajaran Asas Literasi

Asas 3

UNIT 2
PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP

Objektif

1. Menyebut dan membaca perkataan suku kata tertutup dengan sebutan yang
betul.
2. Mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan betul.
3. Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul.
4. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup
dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran

2.0 Perkataan Suku Kata Tertutup

2.1 Menyebut, membaca dan memahami


perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

Edarkan 4 keping kad perkataan yang Lampiran 1


1 mengandungi huruf timbul yang diperbuat Kad perkataan:
daripada kertas pasir. - zip, belon, itik, pensel

Minta murid menyentuh huruf pada kad Lampiran 1


2 dengan menggunakan jari sambil menyebut
huruf tersebut.

Minta murid mengeja dan membaca Lampiran 1


3
perkataan yang dilihat.

Minta murid meniru bentuk huruf pada Kad manila


perkataan yang dipelajari menggunakan
4 plastisin dan lekatkan pada kad manila. Plastisin

5 Sediakan 4 keping gambar dan lekatkan Lampiran 2

18
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan

pada papan tulis.


Minta murid lekatkan atau tunjukkan kad
manila yang mengandungi perkataan yang
dibina daripada plastisin tadi berdasarkan
gambar.

Sediakan carta ‘Roda Pintar’ dengan Permainan Bahasa:


menggunakan kertas mahjong dan lekatkan
jarum di tengah-tengah carta. Roda Pintar

Gunting kertas kotak berbentuk zip, itik, Lampiran 3


belon dan pensel. Contoh Carta Roda
Pintar
Pilih seorang murid dan tutup matanya
dengan sapu tangan. Pegang tangan murid
dan minta murid sentuh jarum roda itu.

6 Minta murid pusing jarum roda apabila


muzik dimainkan. Murid tersebut akan
menghentikan pusingan jarum apabila muzik
diberhentikan.

Minta murid menyentuh kad gambar yang


paling hampir dengan jarum. Minta murid
meneka gambar dan eja perkataan tersebut
dengan betul.

Murid yang dapat meneka dan mengeja


dengan tepat akan diberi ganjaran.

Minta murid isi tempat kosong dengan Lembaran Kerja 1


7
perkataan yang sesuai pada lembaran kerja.

Pendekatan VAK Kinestetik - Sentuhan

Bahan Bantu Belajar kad gambar, kad perkataan, plastisin, Carta Roda
Pintar

19
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

2.2 Membina dan menulis


perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

Nyanyikan lagu ”Anak Itik Tok Wi” bersama- Lampiran 4


1 sama murid sambil membuat pergerakan Seni Kata Lagu Lagu
berdasarkan seni kata lagu. “Anak Itik Tok Wi”.
Minta murid menyebut perkataan yang Lampiran 5
disebut oleh guru. Kad perkataan:
2
- tok, itik, anak, kolam,
ubat

Edarkan kad perkataan dan bersoal jawab Lampiran 5


dengan murid untuk mengukuhkan
3
pemahaman tentang perkataan yang
disebut tadi.

Sediakan telefon mainan yang diperbuat Permainan Bahasa:


4 daripada dua buah tin dan seutas tali Telefon Karat
mengikut ukuran panjang atau lebar kelas.
Setiap tin perlu diikat pada kedua-dua Lampiran 5
hujung tali. Kad perkataan
Pilih dua orang murid dan minta mereka
memegang tin serta berdiri dengan jarak Lampiran 6
mengikut panjang tali tersebut. Seorang Kad gambar
daripada murid itu diberi beberapa keping - tok, itik, kolam, ubat
kad gambar.
Minta murid pertama mengulang perkataan
yang dibisik oleh guru melalui tin manakala
murid kedua menekap tin pada telinga untuk
mendengar dengan teliti.
Murid yang kedua perlu menunjukkan kad
gambar bagi perkataan yang didengar.
Murid yang berjaya menunjukkan gambar
yang betul akan diberi ganjaran.

5 Perdengarkan rakaman lagu ‘Anak Itik Tok Rakaman lagu ‘Anak


Wi’. Itik Tok Wi’
Edarkan lembaran kerja kepada murid.
Lembaran kerja 2

20
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan

Minta murid melengkapkan lirik lagu dengan


perkataan berdasarkan rakaman yang
diperdengarkan.

Sediakan 4 set kad perkataan untuk Permainan Bahasa:


diberikan kepada 4 kumpulan. ‘Pat-Pat Siapa Cepat’
Berikan kad-kad perkataan tersebut kepada
setiap kumpulan.
Lampiran 7
Kad perkataan:
Arahan permainan: - datuk, sibuk, itik,
Sebutkan satu perkataan secara kuat. betik, anak, jinak,
Minta wakil setiap kumpulan mengangkat kolam, dalam,
kad perkataan yang didengar dengan ubat, rehat
pantas.
6 Minta ahli kumpulan menyebut perkataan
tersebut secara kuat.
Kemudian tampalkan kad perkataan
tersebut pada papan tulis.
Kumpulan yang terpantas diberi 2 markah.
Ulang semula arahan permainan di atas
sehingga semua kad perkataan selesai
ditampal.
Kumpulan yang mendapat markah tertinggi
dikira sebagai pemenang dan diberi
ganjaran.

Pendekatan VAK Auditori - Pendengaran

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, carta
lagu, tin dan tali, rakaman lagu ‘Anak Itik Tok Wi’

2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal


yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

Paparkan carta bacaan bergred pada Lampiran 8


1 papan tulis dan minta murid membaca Carta bacaan bergred
secara senyap.

21
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

Langkah Aktiviti Catatan


Bimbing murid membaca ayat tunggal Lampiran 8
yang dipaparkan pada carta bacaan
2 bergred dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Lampiran 8
Minta murid membaca secara bergilir-gilir
3 manakala murid lain mendengar dan
menyemak bacaan rakan dengan teliti.

Edarkan lembaran kerja dan bimbing Lembaran Kerja 3


4 murid menjawab soalan untuk
mengukuhkan pemahaman murid.

Lekatkan kad ayat pelbagai saiz tulisan Lampiran 9


pada papan tulis. Kad Ayat
- pelbagai saiz tulisan
Pilih murid secara rawak untuk membaca
ayat-ayat yang dipaparkan.
5
Perhatikan penguasaan penglihatan
murid semasa membaca ayat daripada
tulisan bersaiz besar kepada tulisan
bersaiz kecil.

Edarkan lembaran kerja yang Lembaran Kerja 4


mengandungi perkataan tersembunyi
dalam petak.
Minta murid mewarnakan perkataan yang
6 tersembunyi berdasarkan perkataan yang
diberi.
Kemudian minta murid menulis semula
perkataan yang diwarnakan dalam buku
latihan.

Pendekatan VAK Visual-Penglihatan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, kad
ayat, carta ayat bacaan bergred

22
Modul Pengajaran Asas Literasi
Asas 3

2.4 Membina dan menulis ayat tunggal


yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

Langkah Aktiviti Catatan

Tunjukkan kad gambar katak dan minta Lampiran 10


1 murid meniru aksi katak melompat sambil Kad Gambar
mengajuk bunyi katak. - katak

Bersoal jawab dengan murid tentang Lampiran 10


gambar yang diberi dari segi nama,
2
warna, ciri-ciri dan saiz untuk
mengukuhkan pemahaman murid.

Sediakan 4 set kad perkataan. Buat 4 Lampiran 11


stesen ampaian daripada tali di dalam Kad perkataan
kelas.
Set 1:
Bahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Edarkan satu set kad perkataan kepada ini, katak
setiap kumpulan. Set 2:
Minta murid menyusun perkataan supaya ini, katak, puru
menjadi ayat yang betul. Murid menyepit Set 3:
3 kad perkataan pada ampaian dengan katak, puru, warna,
susunan yang betul.
hitam
Minta murid membaca ayat tunggal yang
Set 4:
telah dibina dengan sebutan dan intonasi
yang betul. katak, suka,
Ulang langkah tadi bagi setiap kumpulan lompat, dekat,
sehingga semua kad perkataan telah kolam
disepit di setiap stesen.
Penyepit baju

Minta murid menyalin ayat mengikut


4 urutan dalam buku latihan.

Edarkan lembaran kerja dan minta murid Lembaran Kerja 5


5 menulis ayat yang dibina dalam bentuk
perenggan.

Pendekatan VAK Kinestetik-Pergerakan

Bahan Bantu Belajar Kad gambar, kad perkataan, tali, penyepit baju,
lembaran kerja

23

Anda mungkin juga menyukai