Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

TARIKH: 15.5.2023 HARI: ISNIN MINGGU AKADEMIK: 8

Mata Pelajaran BAHASA MELAYU


Kelas 1 Nuri
Tema Keluarga Penyayang

Tajuk Bercuti Bersama Keluarga

Masa 1.30-2.30 petang

Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dan memahami

Standard Pembelajaran 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; iii) suku kata

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


Objektif 1. Membaca suku kata dengan sebutan yang betul.

Murid berjaya sekiranya dapat:


Kriteria kejayaan 1. Membaca sekurang-kurangnya tiga perkataan dua suku kata dengan betul.

Set Induksi
Aktiviti
1. Murid menjelaskan situasi yang dilihat dalam gambar.
2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang pengalaman mereka bercuti
bersama keluarga.(KBAT)
3. Guru membimbing murid untuk menghubungkaitkan perbincangan
dengan tajuk pelajaran.

Aktiviti :

4. Murid bermain kotak suku kata beracun dan guru memilih wakil murid
secara rawak untuk membaca suku kata dengan betul.
5. Murid membaca suku kata secara mekanis dengan bimbingan guru.
6. Secara berkumpulan, murid membaca keratan suku kata dengan sebutan
yang jelas. (Kolaboratif)
7. Murid membaca dan memadankan suku kata yang betul berdasarkan
gambar. (Jigsaw Puzzle)
8. Murid menyemak hasil kerja kumpulan lain dan memberi komen. (KBAT)
9. Murid diedarkan lembaran kerja dan mewarnakan objek yang betul
berdasarkan perkataan dua suku kata yang dibaca.

Pengayaan

 Murid melengkapkan buku aktiviti halaman 11. (Gabung jalin kem.menulis)

Pemulihan
 Murid membaca perkataan dua suku kata kvkv dengan bimbingan cawan suku
kata berwarna. (Inovasi CaSuKa)

Penutup

7. Murid memberikan kesimpulan tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.

8. Guru memberikan pujian kepada murid yang aktif dan berjaya melengkapkan
tugasan dengan baik.

Refleksi/Catatan JUMLAH MURID:


PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
TARIKH: 15.5.2023 HARI: ISNIN MINGGU AKADEMIK: 8

Mata Pelajaran BAHASA MELAYU


Kelas 1 Camar
Tema Keluarga Penyayang

Tajuk Bercuti Bersama Keluarga

Masa 3.50-4.50 petang


Standard Kandungan
2.1 Asas membaca dan memahami
2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami;
Standard Pembelajaran i) perkataan dua suku kata dan tiga suku

Pada akhir pebgajaran dan pembelajaran , murid dapat :


Objektif 1. Membaca perkataan dua suku kata dan tiga suku kata dengan betul.

Murid berjaya sekiranya dapat:


Kriteria kejayaan 1. Membaca sekurang-kurangnya tiga perkataan dua suku kata dengan
betul.
2. Membaca sekurang-kurangnya dua perkataan tiga suku kata dengan
betul.

Set Induksi
Aktiviti
 Murid memutarkan roda pusingan gambar situasi bercuti bersama keluarga.

 Murid bersoal jawab dengan guru tentang pengalaman mereka bercuti bersama
keluarga.

 Guru membimbing murid untuk menghubungkaitkan perbincangan dengan tajuk


pelajaran.

Aktiviti :

1. Murid bermain kotak suku kata beracun untuk membaca perkataan dua dan tiga
suku kata dengan betul.

2. Murid membaca perkataan dua dan tiga suku kata secara mekanis dengan
bimbingan guru.

3. Secara berkumpulan, murid membaca keratan suku kata dengan sebutan yang
jelas.

4. Murid memadankan suku kata yang betul berdasarkan gambar. (Jigsaw Puzzle)

5. Murid menyemak hasil kerja kumpulan lain dan memberi komen. (KBAT)

6. Murid diedarkan lembaran kerja dan mewarnakan perkataan dua suku kata dan
tiga suku kata yang betul berpandukan gambar. (PBD)

7. Murid yang berjaya melengkapkan tugasan akan meniup belon perkataan.


8. Murid membaca perkataan dua dan tiga suku kata pada belon dengan betul.

Pengayaan

 Murid melengkapkan lembaran kerja di buku aktiviti halaman 11. (Gabung jalin
kem.menulis)

Pemulihan

 Murid membaca perkataan dua suku kata kvkv dengan bimbingan guru.

Penutup

7. Murid memberikan kesimpulan tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.

8. Guru memberikan pujian kepada murid yang aktif dan berjaya melengkapkan
tugasan dengan baik.

Refleksi/Catatan
PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
TARIKH: 15.5.2023 HARI: ISNIN MINGGU AKADEMIK: 8

Mata Pelajaran BAHASA MELAYU

Kelas 3 Pekaka
Tema Kekeluargaan

Tajuk Kejayaan Keluarga

Masa 4.50-6.20petang

Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dan memahami

Standard Pembelajaran 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami;
(i) pelbagai jenis ayat

Pada akhir pembelajaran, murid dapat;


Objektif 1. Membaca teks yang mengandungi pelbagai jenis ayat.

1. Murid berjaya membaca teks yang mengandungi pelbagai jenis ayat dengan
Kriteria kejayaan jelas dan kemas.

Pengenalan :
Aktiviti Murid ditunjukkan video jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi
vitamin c.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dengan tajuk pelajaran.
2. Murid diminta membuka buku teks ms 23.
3. Murid meneliti petikan dan membaca petikan.
4. Murid dibimbing membaca teks dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.(KBAT)
5. Murid membuat latihan dalam buku aktiviti ms 25-26.(PBD)
6. Berdasarkan video, murid diberi 5 minit untuk menyenaraikan jenis buah-buahan
dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin c.(PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal-jawab dengan guru semasa guru membuat kesimpulan tentang isi
pelajaran.

Refleksi/Catatan

Anda mungkin juga menyukai