Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA HARI ORIENTASI TAHUN 1 SKS6KD 2023/2024

AGENDA TEKS CATATAN


ALUAN Sirih berlipat sirihnya pinang,
Sirihnya dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang berusaha,
Encik Ooi Ban Aik @Muhd Umar bin Abdullah, Guru
Besar SK Seksyen 6 Kota Damansara

Yang dihormati,
Puan Norbaiti binti Ramli,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Noor Hasyimah Binti Ghazali


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ustazah Faizah Bt Md. Rawi


Penolong Kanan Kokurikulum,

Encik Mas Ahmad Ezanee Bin Mohd Yusoff


Penolong Kanan Petang

Yang dihormati,
Barisan Ibu bapa dan penjaga serta guru-guru yang
saya kasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi buat julung kalinya kita


bertemu, sempena hari orientasi tahun 1.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran


dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi
ini bagi menjayakan Hari Orientasi Tahun 1, Sekolah
Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara.

Hadirin yang dihormati,


Seluruh warga sekolah ingin mengucapkan setinggi-
tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-
murid baharu tahun 1 seramai ____ orang yang telah
diterima masuk ke SK Seksyen 6 Kota Damansara.

Selamat datang ke SK Seksyen 6 Kota Damansara


dan sekali gus menjadi warga sekolah ini.

Diharapkan anak-anak murid yang diterima dapat


belajar membina kecemerlangan mereka di
peringkat rendah

BACAAN Lebat kemiri pohonnya rendah,


DOA Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan


ini menjemput ___________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*****************bacaan doa***************

Amin…. Amin Ya RabbalAlamin………


Majlis mengucapkan terima kasih kepada
__________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi.

NYANYIAN Hadirin dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu


LAGU negaraku dan negeri Selangor.

…………………………………………..

Hadirin dipersilakan duduk


TAKLIMAT
GURU Besar langit di tepi busut,
BESAR Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Encik Ooi Ban Aik, Guru Besar SK Seksyen 6 Kota
Damansara untuk menyampaikan ucapan dan
taklimat ………………………………………..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************ucapan penutupan*****************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan


guru besar atas kesudian menyampaikan taklimat
sebentar tadi.

INFO Baiklah, di sebelah kanan tuan-tuan dan puan-puan


ialah Dewan Bestari.

1. Ibu bapa boleh membuat bayaran mengikut


kelas anak tuan2 dan puan2.

2. setelah membuat bayaran, ibu bapa boleh


mengambil buku teks pinjaman di bilik BOSS
yang terletak di bahagian hujung sebelah kiri
dewan.

3. Kemudian, setelah selesai urusan bayaran dan


mengambil buku… ibu bapa boleh
mengambil anak di kelas masing-masing.

• Kelas 1 Merah dan 1 Biru berada di tingkat 1


sebelah kiri. Kelas 1 Kuning, 1 Hijau, 1 Jingga, 1
Ungu, 1 Putih di tingkat satu juga sebelah
kanan.

Bagi melancarkan pergerakan,

ibu bapa yang memegang nombor giliran 1 hingga


10 boleh bergerak dahulu ke dewan sana, untuk
membuat bayaran.

Yang lain, boleh tunggu di sini dahulu, nanti kami


panggil nombor giliran berikutnya untuk bergerak
kesana.

11-20
21-30
5.0 Dengan berakhirnya ………………………………..
Penutup maka lengkaplah Majlis
…………………………………………..
Saya ____________________ menyusun 10 jari tanda
kemaafan jika sekiranya sepanjang mengendalikan
majlis pada hari ini terdapat kesilapan dalam
berkata-kata dan tersalah bicara yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada
tahun hadapan. In shaa Allah. Sekian
Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai