Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERASMIAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2020

Tarikh : 28 Disember 2019 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan La Salle
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, En. Bascaran a/l Arumugam,
Guru Besar SK La Salle (1) Sentul
2) Yang Berbahagia, En. Mohd Faizal,
Yang di-Pertua PIBG SK La Salle (1) Sentul
3) Yang dihormati, En. Abdul Rashid Bin Abdul Wahab,
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Pn. Nor Azizah Binti Mohd Lazim,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Nur Syamimi Binti Musa
Penyelaras Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2020
warga pendidik SK La Salle (1) Sentul serta yang dikasihi para
ibu bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, dan ibubapa


yang telah hadir untuk meraikan Majlis PerasmianHari Orientasi
Murid Tahun 1 20120. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan
yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Perasmian Hari Orientasi
Murid Tahun 1 ini untuk berkenalan dan beramah mesra dengan
pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke SK La Salle (1) Sentul kepada tuan-tuan dan
puan-puan. Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang
diterima pada hari ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka
di sekolah ini dan menjadi seorang murid yang berminda kelas
pertama.
2 Orang Jawa berdagang ke kota,
BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Hasnan Bin Mohd
Nor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

3 Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia En. Mohd Faizal,


UCAPAN Yang di-Pertua PIBG SK La Salle (1) Sentul untuk menyampaikan
PERASMIAN YDP ucapan seterusnya merasmikan Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi
2020. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

******************(UCAPAN PERASMIAN YDP


PIBG)**************

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada


pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian En.
Mohd Faizal atas ucapan perasmian sebentar tadi.

4 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha En. Bascaran a/l Arumugam , Guru Besar Sekolah
GURU BESAR Kebangsaan La Salle (1) Sentul untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
4 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Am,
TAKLIMAT AM, Pentaksiran Bilik Darjah dan Transisi Tahun 1 yang akan
PBD DAN disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
TRANSISI TAHUN
Kokurikulum. Dengan itu, majlis menjemput En. Abdul Rashid Bin
1
Abdul Wahab untuk menyampaikan taklimat. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AM, PBD DAN TRANSISI


TAHUN 1)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abdul Rashid atas


taklimat sebentar tadi.

5 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat


TAKLIMAT Disiplin dan Kesihatan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong
DISIPLIN DAN Kanan Hal Ehwal Murid. Dengan itu, majlis menjemput Pn. Nor
KESIHATAN
Azizah Binti Mohd Lazim untuk menyampaikan taklimat. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT DISIPLIN DAN


KESIHATAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nor Azizah atas
taklimat sebentar tadi.

6 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima


kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan
itu, tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak
sekolah dan para ibubapa akan terus erat. Sesungguhnya yang baik
itu datang dari Allah dan kekurangan itu wujud daripada kelemahan
kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa, selepas tamat majlis kita pada
URUSAN hari ini, para ibu bapa yang msih belum menyempurnakan
PENYERAHAN urusan melengkapkan borang, dokumen dan rekod boleh
BORANG DAN menyelesaikan urusan selepas ini.
FAIL

Anda mungkin juga menyukai