Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA TAKLIMAT PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI 2021

SK INDERA MAHKOTA
BIL PERKARA CATATAN
Aluan ,Kompang bergema pusaka bangsa
,Dipalu oleh sianak muda
Hadir tuan puan meriah suasana
Kami menyambut dengan gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Yang Dihormati Puan Zaripah Binti Rosull,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Guru-guru Jawatankuasa Taklimat Pemugaran literasi dan


numerasi, serta ibu bapa bagi murid tahap 1 yang rahmati
sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita
berkumpul dalam suasana norma baru secara dalam talian untuk
menjayakan majlis taklimat berkaitan Modul Pemugaran Literasi dan
Numerasi bagi murid2 tahap 1 yang terlibat dalam program ini.

Bacaan Doa Warga maya yang dikasihi sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rashidy bin Mat Hussain untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd Rashid b.Mat Hussain
atas pimpinan doa itu tadi.

1
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sedikit infomasi berkaitan program ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Modul Pemugaran
Literasi dan Numerasi yang dijangka akan diedarkan ke sekolah-sekolah
seluruh Negara pada bulan September 2021.
Program ini akan akan dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas di
sekolah.Guru melaksanakan pdp atau pdpr menggunakan modul tersebut
dan kemudian melaksanakan ujian pelepasan menggunakan instrument
yang bersesuaian.
Murid yang menguasai literasi dan numerasi setelah mengikuti program ini
akan meneruskan pembelajaran di kelas perdana manakala murid yang
belum menguasai pula akan meneruskan aktiviti pemugaran literasi dan
numerasi.

Suka dimaklumkan bahawa taklimat ini bertujuan menerangkan kepada ibu


bapa murid pemulihan khas mengenai peranan ibu bapa dalam program
Pemugaran literasi dan Numerasi supaya matlamat program pemugaran ini
tercapai dengan jayanya.

Tanpa melengahkan masa,Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha En.Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan Guru Warga dewan yang dimuliakan,
Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En. Mohd
Shuhaimi Bin Mohd Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera
Mahkota. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha En. Mohd
Shuhaimi Bin Mohd Nordin atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan GPK 1 Tuan-tuan dan puan2 sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Pn.Zaripah Bt


Rosull ,Guru Penolong kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
-Taklimat Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi
Dan
-Pelaksanaan agihan modul.Dipersilakan.

**********Ucapan perasmian*******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.Zaripah Bt Rosull guru


penolong kanan Pentadbiran di atas taklimat sebentar tadi.

2
Soal-jawab Seterusnya, saya buka kepada ibu bapa sekalian untuk sesi soal-jawab,jika
ada pertanyaan boleh mengemukan soalan .dipersilakan.

Bunga dedap di atas para,


Penutup Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Untuk itu, saya mewakili seluruh jawatankuasa program ini memohon


ampun dan maaf jika di sepanjang majlis ini berlansung terdapat silap
dan salah yang tidak disengajakan.

saya sudahi majlis kita pada pagi ini dengan kalam yang mulia
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai