Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tema : Tatabahasa Tajuk : Kata Tanya Standard Pembelajaran : 5.1.

7 Objektif : Pada akhir p&p murid dapat : Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.

Aktiviti :

Set Induksi

Permainan Kotak Beracun Guru memainkan lagu sambil murid memberi kotak kepada rakan. Apabila guru memberhentikan lagu, murid yang terakhir perlu mengambil sekeping kad dalam bekas. Murid perlu menyambungkan titik supaya menjadi abjad. Murid tersebut perlu meletakkan kad tersebut pada kad perkataan. Guru menerangkan tajuk pelajaran

Langkah 1

Guru menerangkan kata tanya dan penggunaan kata tanya dalam kehidupan seharian.

Langkah 2

Dengan bmbingan guru, murid membaca petikan dihadapan kelas. Secara rawak, murid dipilih untuk membaca dialog tersebut.

Langkah 3

Guru menerangkan aktiviti berkumpulan Aktiviti 1 + Secara berpasangan, murid perlu menyoal rakan dengan soalan yang telah ditetapkan. + Rakan tersebut perlu merespon soalan murid tersebut. Aktiviti 2 + Murid dipecahkan dalam kumpulan berempat/berlima + Setiap kumpulan mendapat kad perkataan. + Dengan kerjasama dalam kumpulan, murid perlulah menyusun kad

perkataan tersebut menjadi kata tanya dalam tempoh masa. + Guru menyemak setiap kumpulan. + Guru menukar kad perkataan antara kumpulan.

Langkah 4

Latihan Pemahaman Setiap murid membuat latihan pemahaman Latihan Pengayaan Murid yang telah siap membuat latihan pemahaman diberikan latihan pengayaan.

Penutup

Guru membuat kesimpulan dan rumusan.

EMK : Kreativiti dan Inovasi Bahan Bantu Belajar : kad perkataan, kad dialog, kad petikan, audio Nilai murni : Kerjasama Penilaian P&P : Murid dapat Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.

Anda mungkin juga menyukai