Anda di halaman 1dari 6

PEMULIHAN MEMBACA. Definisi membaca.

Abu Bakar (1981):membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambanglambang tulisan,mengamati serta memahamkan kandungannya. Atan Long ( 1976) : membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Frank Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic.Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. MAKLUMAT MEMBACA. Kesediaan membaca adalah himpunan panduan,kebolehan dan DAN PENJELASAN TENTANG AKTIVITI PEMULIHAN

kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca.Ini adalah satu proses yang harus di capai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan.Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang diperlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan akan memberikan kecekapan membaca,menulis dan mengira kepada anak-anak,dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut,maka sistem persekolahan itu di anggap gagal dan harusnya dikaji semula serta dipulihkan. Beberapa kaedah pengajaran boleh dicubakan untuk tujuan membina kemahiran murid,Sebagaimana kemahiran lain,kemahiran bacaan juga tidak boleh disemaikan hanya melalui satu kaedah yang dianggap paling baik sahaja.Yang penting guru mestilah tahu bahawa di dalam bacaan,murid-murid seharusnya mempunyai kemahiran mengenal huruf atau abjad,membunyikan

huruf atau abjad,menggabungkan bunyi-bunyi huruf bagi membentuk suku kata dan selanjutnya menggabungkan suku kata-suku kata itu membentuk perkataan.Walau apa juga kaedah yang digunakan,matlamat utama sesuatu pengajaran dan pembelajaran bacaan mestilah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. 1.1.Kaedah abjad. Kaedah abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan melayu;a,b,c...hingga z.Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c....z.Kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf yang ada di dalam sistem ejaan bahasa melayu,iaitu huruf-huruf-huruf A hingga Z.Kedua-dua bentuk huruf besar dan kecil diajarkan dan murid-murid disuruh mengenali dan menghafal nama-namanya.Setelah murid-murid mengenal huruf-huruf barulah dinyatakan huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan,iaitu dengan menggabungkan huruf-huruf konsonan.Misalnya:ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co , da di du de de do , ha hi hu he he ho . Daripada suku kata itu,di bentuk perkataan seperti baca,bubu,cucu,dada,dahi, Budi,dan sebagainya.Perkataan tersebut di eja mengikut nama hurufnya dan kemudian di sebut perkataan.Ada dua kemungkinan cara mengeja perkataanperkataan itu,iaitu secara huruf satu demi satu,misalnya di sebut b,a,t,u = batu, b, u, b, u =bubu, b ,u ,d,I =budi atau secara suku kata iaitu cu,ci =cuci, ba , ca =baca, sa, ya =saya. Kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya.Kebaikannya ialah,kemahairan membaca di kalangan murid-murid diasaskan pada pengenalan huruf dan suku kata.Oleh kerana sistem ejaan bahasa melayu bersifat fonemik,iaitu setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi yang tertentu dan keadaannya pula

tetap,maka apabila murid-murid bertemu dengan apa jua suku kata(gabungan beberapa bunyi/huruf),mereka akan dapat menyebutnya dengan sebutan yang betul.Dengan demikian mereka akan boleh membaca apa sahaja perkataan atau ayat-ayat yang diberikan kepada mereka walaupun mereka tidak memahami makna perkataan-perkataan itu.Kerana itu,dapat dikatakan bahawa asas yang didirikan bagi kemahiran bacaan adalah kukuh. Kelemahannya pula ialah murid-murid lebih terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan mereka kurang lancar sebaliknya terhenti-henti atau tersekat-sekat kerana tumpuan diberikan kepada penyebutan huruf dan suku kata,bukan kepada maksud yang dibaca.Walaubagaimanapun ini hanya berlaku pada peringkat permulaan sahaja.Apabila mereka sudah mengusai kemahiran ini dengan baik,masalah membaca dengan merangkak tidak timbul lagi. 1.2.Pemulihan melalui pandang dan sebut. Ianya juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan.Melalui kaedah ini,pengajaran bacaan tidaklah dimulakan denmgan mengenal dan meghafal huruf atau abjad satu demi satu tetapimurid-murid terus di perkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar.Misalnya disediakan gambargambar seperti rumah,bunga,bola,meja,pen,dan sebagainyadan gambar-gambar itu dilebelkan.Murid-murid disuruh menyebut perkataan-perkataan itu dengan mengenali gambarnya sekali.Setelah mereka mengenalinyadan boleh menyebutnya,barulah diajarkan nama-nama huruf atau abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu. Jadi,mengikut kaedah ini,Pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang-lambang{abjad}secara keseluruhan,iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan dan untuk boleh membaca sebuah ayat yang pendek,mereka perlu mengenali berpuluh-puluh lambang.hanya setelah mereka boleh menyebut perkataan,rangkai kata atau ayat,barulah mereka mengenali satu demi satu akan abjad-abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu.

Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad,yang dianggap tidak bermakna kerana menekankan penghafalan huruf-huruf dan suku kata pada peringkat awal penghafalan.Kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu secara tersendiri memang bermakna.Dengan kata lain,murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan.Walaubagaimanapun,kaedah ini ada juga kelemahannya.Kemahiran amimengenal lambang-lambang yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat.Kanak-kanak membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan kepada gambar.Jadi,mereka sebenarnya menyebut nama gambar kerana mengenali nama dalam gambar bukan membaca apa yang tertulis mengenai gambar itu.Malah kadang-kadang menjadi kekeliruan kepada mereka apabila gambar itu tidak begitu jelas.gambar yang menunjukkan matahari terbit, mungkin mereka baca sebagai matahariataupunwaktu pagidan sebagainya. Kaedah ini sebenarnya lebih sesuai untuk bahasa yang , mengamalkan sistem ejaan yang bersifat logografik dalam mana sesuatu benda,idea atau konsep dilambangkan sesuatu lambang yang khusus.Bagi bahasa Malaysia,yang mempunyai sistem ejaan yang bersifat fonemik,iaitu satu bunyi diwakili oleh satu lambang, kaedah ini mungkin kurang sesuai. Sistem ejaan bahasa melayu adalah mengikut abjad dan fonemik-ertinya ada hubungan yang rapat diantara simbol/huruf dan bunyinya.Suku kata perkataanperkataan melayu adalah jelas ( jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain seperti dengan bahasa inggeris misalnya.)Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan.kaedah gabungan ini mencadangkan murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan,dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataanperkataan yang bermakna.Terdapat beberapa contoh yang boleh dijelaskan secara konkritb dalam aktiviti pemulihan membaca iaitu: a)Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal.a o u.Dengan menggunakan kad imbasan buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali.

b)Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan,misalnya d k m.Dengan menggunakan kad imbasan,buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. c)Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan denga huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du, ka ki ku , sa si su. Seteruanya bentukan beberapa perkataan yang bermakna,contohnya: ba ba baba, bu bu bubu ,da da dada, ku ku kuku Ulangkan aktiviti ini beberapa kali,kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya. Bubu baba . kuku dada. d)Perkenalkan gabungan lain; a ku-aku,a da-ada Kaedah Fonik Mengikut keadah ini,murid-murid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukan nama huruf.Murid-murid dilatih membunyikan bunyi-bunyi huruf mula-mulanya terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi hurufhuruf yang lain untuk membentuk suku kata dan perkataan.Sebagai contoh,lambang Sdiperkenalkan dengan bunyinya sssslambang adengan bunyiaaaalambang t dengan bunyi teh lambang bdengan bunyi behdan seterusnya.Lambang-lambang itu tidak diperkenalkan nama hurufnya (iaitu es, bi,ti,em atau lain-lain)tetapi bunyinya sahaja.Bunyi-bunyi itu kemudianya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan,Misalnya,satu (gabungan bunyi sadan tu) batu,susudan sebagainya.Biasanya gambargambar disediakan juga bagi kaedah ini untuk memudahkan dan menambahkan minat murid-murid. Walaupun nyata bahawa mengikut kaedah ini, murid-murid pada mulanya diajarkan dengan bunyi-bunyi yang tidak bermakna tetapi ia boleh

menanamkan asas yang kukuh kepada kanak-kanak untuk mengenali bunyibunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf dalam sistem ejaan.Bagi bahasa Malaysia yang sistem ejaannya adalah fonemik, kaedah ini lebih sesuai dan memudahkan murid-murid menguasai kemahiran bacaan.Yang menjadi masalah sedikit ialah apabila kanak-kanak itu berhadapan dengan bunyi-bunyi yang diwakili oleh dua lambang seperti ng , ny , kh , gh , dan sy.begitu juga dengan bunyi [ ]dan [e] di dalam tulisan, hanya dilambangkan dengan huruf e .Selain itu,terdapat juga kesukaran bagi mereka untuk membunyikan fonenfonen diftong iaitu , au , ai , dan oi .Walaubagaimanapun,biasanya masalah ini hanya dihadapi pada peringkat awal sahaja.Apabila kanak-kanak itu sudah hampir membaca maka masalah itu tidak timbul lagi.Nama bagi huruf-huruf itu diperkenalkan kemudian. Pemulihan melalui pendekatan elektrik Pendekataan elektrik ataupun pendekataan campuran adalah pendekataan yang menggabungkan kedua-dua pendekataan tadi,iaitu pendekataan binaan dan pendekataan cerakinan dengan mengmbil ciri-ciri yang baik daripada keduaduanya,disesuaikan dengn keadaan murid-murid,situadi bilik darjah,bahan pengajaran dan sebagainya.Pendekataan elektrik mestilah dijalankan dengan sistematik dan dirancangkan dengan sebaik-baiknya,bukanlah secara ad hoc semata-mata.Pendekataan campuran mestilah mempertimbangkan semasakmasaknya akan sifat-sifat ejaan bahasa Malaysia yang fonemik,struktur suku kata,tatabahasa,sistem sebutan dan sebagainya supaya pengajaran yang akan dijalankan dapat meniggalkan kesan dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai