Anda di halaman 1dari 22

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
 

TEKNIK LATIH - TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi


yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua


aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya


dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan


apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.


 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
 Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.
 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
 Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN

 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN
 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB

 Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
 Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
 Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat
menguji dan menilai apa yang diajar.
 Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran


pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

 Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah.
 Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
 Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan
minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan
soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai
soalan.
 Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang
sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
 Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas


pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan
cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM
1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana
ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar
akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik
dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah
Melayu.
 Tujuannya ialah :
 Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
 Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
 Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-
soalan secara teka-teki.
 Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
 Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
 Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
 Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
 Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

NOTA PEPERIKSAAN PEGAGOGI KESUSASTERAAN

1.Huraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sukatan Pelajaran


Kesusasteraan Melayu:-

a.Tujuan= Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk


menjana minda, rohani, dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya
bangsa, dan memupuk sikap ke arah pem-binaan insan bestari.

Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan


Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani,emosi, dan jasmani

Dapat melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat


1. melahirkan generasi yang mencintai bahasa ke arah pemantapan cita rasa
sastera di kalangan masyarakat.
2. Murid dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi karya
kesusasteraan Melayu.
3. Mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera
Melayu.
4. melatih murid dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti
kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni.

b.Matlamat
Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah
adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat
menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk rasa bangga terhadap
bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah
pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

c.Objektif
Kurikulum Kesusasteraan Melayu membolehkan murid:
i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera.
ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera.
iii. menghayati dan menghargai estetik bahasa.
iv. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya.
v. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis, dan
menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat
cinta akan negara.
vi. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai
dengan kebolehan murid.
vii. memupuk budaya membaca untuk memperkembang
dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

d.Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum terdiri daripada:-
elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu:-
a.aspek ilmu,
b.peraturan sosiobudaya,
c.nilai kemanusiaan,
d.kewarganegaraan, dan
e.kemahiran bernilai tambah :-
-kemahiran berfikir,
-kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
-kemahiran belajar cara belajar,
-kajian masa depan,
-kecerdasan pelbagai,
-pembelajaran konstruktivisme, dan
-pembelajaran kontekstual.
.
2.Huraikan difinisi, ciri-ciri dan pelaksanaan keadah pengajaran di bawah:-
1.Mengalami-menghayati
Def:-pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar
dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Ciri-ciri:-
i. Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji
ii. Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji
secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
iii. Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang
tertentu dalam sesebuah karya sastera.
Pelaksanaan:-
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara
mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti
lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh
digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurimdam dinyanyikan
mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang
bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

2.Kaedah berfokus
Def.pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar
aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan
dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua
tumpuan:, fokus utama dan fokus sampingan.Kaedah ini cenderung
membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini,
kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog
boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan
pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh
terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan;
atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
.CIRI-CIRI
i. Fokus pengajara berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua
penting.
ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian
yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.
iii. Kaedah ini mengandungi satu Focus Utama dan satu atau lebih Focus
Sampingan. Biasanya Fokus Utama itulah yang menjadi Objektif Khas (Eksplisit)
sesuatu pengajaran.
iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam
sesebuah karya untuk dijadikan Fokus Utama.
v. Alat Bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-
bahan bertulis adalah penting.
vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif perlu diberi keutamaan.
Ini dapat dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.
vii. Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang
hendak disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan
penghayatan secara keseluruhan.
viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk
menarik minat pelajar.
Pelaksanaan
Contoh Model 1
FU = Fokus Utama
FS = Fokus Sampingan
(B) = Bahasa
(I) = Isi Kandungan

FS (I)
FU (B)

Pengajaran berfokus kepada aspek bahasa sebagai Fokus Utama manakala isi
dijadikan sebagai Fokus Kedua atau Sampingan. Pengajaran guru biasanya
menekankan bahasa lebih banyak daripada aspek yang satu lagi.

3.Kaedah Struktural
a.Definisi-kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera
berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi
memuncak, nada, fokus dan mood
b.Ciri-ciri
• Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden
• Bersifat induktif
• Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kedua-dua
kaedah ini
• Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan
memerlukan pembacaan yang rapi
• Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran
sastera semata-mata.
c.Pelaksanaan
1.Guru memilih satu aspek dalam karya berkenaan contohnya perwatakan atau
tema.
2.Aspek yang dipilih dikupas dengan lebih terperinci
3.Perincian yg lebih mendalam seperti definisi plot, urutan plot, jenis plot yang
dimiliki karya tersebut.
4.Ujian topical akan dibuat selepas berakhir pengajarannya.

4.Kaedah Global
a.Def.
Kaedah mudah khasnya berdrama dan sesuai dgn situasi murid krn.meliputi
kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak dan
dibuat dlm bentuk bebas.
b.Ciri-ciri
Ada 3 bentuk aktiviti :-
- aktiviti mimic dgn x guna kata-kata dlm sampaikan perasaan.
- aktiviti sepontan dgn apa yg ada dan dgn suara
- aktiviti-aktiviti lain berbentuk lakonan
c.Pelaksanaan
Murid baca dan hayati karya sastera.Guru cari persoalan yg menarik.
Dlm.suasana informal.Tarik murid berlakon gaya aktiviti di atas utk lakonkan
watak. Guru boleh buat:-
- lakonan berasaskan gambar
- lakonan berasaskan skrip
- lakonan guna topeng
- lakonan guna cerita berlagu
.
3.Berikan perbandingan kaedah mengalami-menghayati dengan kaedah
struktual.

a.Persamaan
• Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden
• Bersifat induktif
• Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kedua-dua
kaedah ini
• Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan
memerlukan pembacaan yang rapi
• Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran
sastera semata-mata.
b.Perbezaan
STL MM
i.Ciri-ciri- pengkhususan pd.bahagian- i. menekankan penikmatan
bahagian binaan karya. x kira bahagian.
ii. Persediaan- x tekan pembacaan awal ii.menekankan penbacaan
karya sastera awal sebelum mengajar
iii.Penilaian – Boleh uji cara fomartif iii. Lebih tekan sumatif
iv.Bahan P&P- memerlukan kupasan iv. Boleh terdiri teks karya
berasingan ikut binaan. Sastera berkenaan.
v.Lain-lain:?

c.Pegangan
Saya simpulkanbahawa pendekatan STL lebih berkesan sebab:-
i.murid mudah faham dan boleh belajar sendiri.
ii.persediaan peperiksaan mudah dibuat.
iii.tanpa kehadiran guru, pembelajaran boleh dibuat.

4.Jelaskan teknik-teknik yang pengajaran di bawah:-

a.Teknik Bercerita

Definisi Teknik Bercerita


Teknik bercerita ialah teknik menyampaikan cerita (gaya)
Teknik bercerita merupakan alat/kaedah mengajar/cara penyampaian dengan
gaya bercerita bahan-bahan yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya
berinteraksi dan mencapai hasil pembelajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran .
Ciri-cirinya ialah:
i.Teknik bercerita hanya perlukan bahan cerita dari hasil karya, penyampainya
termasuk guru atau media ICT dan audiennya iaitu murid-murid itu sendiri.
ii. Isi cerita yang dipilih sama ada dari cerpen, noval atau puisi haruslah dapat
menimbulkan rasa simpati, sedih marah, gembira, benci, kasih dan sebagainya
sesuai dengan isi pelajaran yang diajar pada hari itu.
iii.Komunikasi 2 hala
iv.Teknik bercerita amat menekankan konten atau isi
vi. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin. Intonasi suara perlulah jelas
dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar.
vi.Teknik bercerita juga boleh disampaikan terus melalui buku
Pelaksanaan
Sesi Perancangan dan persediaan
guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai. cuba berlatih menghafal dan
bercerita secara ,menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perlataan, kad
gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-murid berlakon
selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji
kefahaman .Sebelum mula bercerita guru hendaklah menyusun tempat duduk.
Kalau boleh tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alat seperti
gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
dimulakan dengan satu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita
yang disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan
alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid
memahami isi cerita yang di sampaikan. membimbing mereka mengikut
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
Sesi Penutup
Tujuan penutup dalam sesi bercerita ialah untuk membantu murid-murid
mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam sesi penutup bercerita ini

b.Teknik Sumbang saran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? How?)
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan
dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

c.Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.
Satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan
menggunakan masalah sebenarnya wujud untuk diselesaikan di dalam keadaan
terkawal dan selamat
TUJUAN
Menguasai kemahiran
Mengubah sikap / bina
 sikap positif
Membina pemikiran yang kritis dan kreatif
Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)
Membawa situasi serupa / sebenar ke dalam bilik darjah
Untuk pelbagaikan aktiviti pemb.
PRINSIP
 Rancang situasi yang bermasalah dan wujudkan secara bertulis / lisan
Beri penerangan ringkas
Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon
Sediakan peralatan yang sesuai (jika perlu)
Semasa sesi pastikan murid lain memberi perhatian
Selepas sesi - minta murid beri pandangan
Buat rumusan
PERLAKSANAAN AKTIVITI SIMULASI
Sebelum
Objektif pembelajaran
Kemahiran
Penyerapan nilai
Bentuk penilaian
 Pengukuhan dan pengayaan yang akan digunakan
Alatan
Semasa
Adakan set induksi yang menarik
Beri arahan dengan jelas
Edarkan kad arahan kepada murid yang ambil bahagian
Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka
Murid yang lain perhati dan catat
Penilaian di akhir
Selepas
Bincang dengan murid
Tulis laporan tentang masalah
Tulis semula dialog yang digunakan
Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjol dalam
simulasi

d.Teknik Mendengar Rakaman


Definisi
Kemahiran Mendengar mendengar merujuk keupayaan pelajar mendengar
dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan
perbincangan.

5.Nyatakan kaedah dan teknik yang sesuai dgn bahan sastera prosa klasik, prosa
moden, puisi lama dan puisi moden

Teknik mengajar prosa klasik ( Rujukan Hikayat Inderaputra)

a.Guru memilih peristiwa sesuai dan berkesan utk bahan pengajaran.


b.Peristiwa yg boleh bentuk akhlak mulia dan perlakuan yg hendak diikuti
masyarakat.
i.Peringkat permulaan
-perkenalkan jenis dan cirri prosa klasik
-perkenalkan nilai masyarakat dan budaya yg diamal oleh masy. Lama
-ketengahkan unsure keseronokan dan keindahan.
ii.Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran
-boleh guna kaedah perbincangan dan syarahan utk menceriankan isi dan pokok
persoalan daripada bab ke bab dan beri synopsis cerita.
-gunakan pendekatan structural atau teknik lakonan utk ujud keseronokan
melalui pita rakaman dll. Pelajar perlu disedarkan kepentingan dan pengajaran
bercampur keseronokan mempelajari prosa klasik.
iii.Ketrampilan membaca
-guru perlu bimbing pelajar sebut dgn betul utk kuasai makna tersurat dan
tersirat.
-menengahkan unsure pengajaran baik dgn cara tonjolkan eleman baik utk
ikutan dan menonjolokan eleman buruk utk sempadan.
iv.Penilaian,pengukuhan dan pengayaan
-soalan penilaian boleh ditanya awal, pertengahan dan akhir.semua soalan ini
berfungsi untuk mengesan,membetul dan merangsang pelajar
v.Perancangan Apresaiasi Prosa Klasik
-guru rancang pengajaran utk capai tatatingkat apresaisi disamping aspek
lain.Pelajar wajib ditanam perasaan menghargai unsure dan nilai yg terkandung
dlm prosa klasik.
-tatatingkatnya( rubric )
i.boleh baca dgn baik dan menarik
ii.memahami makna tersurat dan tersirat
iii.merasai dan mengimaginasi, mengagumkan keindahan
iv.kenikmatan dan pengalaman baru
v.menghubungkan unsure fenomena dalaman dan luaran
vi.dapat menghubungkann unsure di atas dengan seni dan kehidupan
vii.membentuk kesyumulan kehidupan insan

6.Nyatakan sebab-sebab matapelajaran Kesusasteraan melayu dianggap tidak


mempunyai potensi dan tidak diminati.
a.Faktor Sukatan Pelajaran KM
i.Terlalu luas skopnya
ii.Tertumpu kepada satu bangsa sahaja.
iii.Terlalu idel utk dicapai
iv.Banyak aspek bersifat abstrak
b.Faktor Pelajar
i.kurangnya minat membaca di kalangan pelajar.
ii.Lebih terdedah kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik
berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan
berbentuk hiburan.
iii. pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif seperti
perbincangan kumpulan, pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran
koperatif, perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan
sebaya
c.Faktor Pentadbiran
i. Guru x daya kreatif .
ii. x Bimbingan dan galakan daripada guru
iii. kaedah pengajaran dan pembelajaran x sesuai
iv.GB x titikberatkan KM, Guru x opsyen ajar KM
v.Buku sastera kurang di PSS
d.Faktor Masyarakat
i.kurangnya pendedahan tentang sastera dan peluang pekerjaan yang berkaitan
ii.harga buku sastera yang tinggi.
iii.kekurangan buku-buku sastera berbentuk rekreasi di pasaran merupakan
faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera
iv.subjek KM x nilai komersial
e.Faktor Ibubapa.
i.Beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti novel dan cerpen akan
mengganggu pencapaian akademik
ii. x mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru.

7.Dengan menggunakan keadah skturtural buatkan satu pengajaran berdasarkan


satu tajuk dari karya sastera yang digunakan oleh pelajar di SMK masakini.

a.Pendahuluan
Struktrual adalah mengajar ikut topical, spt. Tema,persoalan,bahasa,
perwatakan, plot dan sebagainya.
b.RPH- RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu


Tingkatan : 5 Sastera 1
Bilangan pelajar : 35 orang
Tarikh :10.3.2010
Masa :8.10 – 9.30
Tajuk Perwatakan Berdasarkan
Novel Restu
Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
i. Mendifinisikan watak
ii. Membandingkan watak-watak dalam karya.
iii. Menjeniskan watak-watak
iv. Menghuraikan peranan watak dalam karya.

Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan


Individu.
Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab
Bahan Media: Komputer, LCD
Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&p CATATAN


Set induksi
( 5 minit) Guru mengedarkan kerataan akhbar ttg. Hukuman gantung sampai
mati terhadap pesalah dadah. Watak menyesal apa berlaku Nilai kemanusiaan –
berubah jadi baik.
Langkah 1
10 minit Definisi perwatakan Guru menerangkan definisi watak dan contoh
melalui watak ygterlibat dlm potongan akhbar.
Guru suruh murid berikan contoh perwatakan pelakon /artis dlm drama tv
Teknik penerangan dan soal-jawab
Langkah 2
(15 minit) watak Ikram, Hasnah,Yazid, jalil,pak usup, wak pageh Guru
menerangkan watak-watak dalam Novel Restu.dan menyuruh murid bandingkan.

Langkah 3
(15 minit) Jenis-jenis watak.
Utama, Pembantu, Watak jahat, watak baik , watak bulat dll Guru meminta
jeniskan watak. Murid menjeniskan watak secara lisan

Langkah 4
(10 minit ) Jenis-jenis peranan watak Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Kumpulan 1 berbincang tentang watak i.ikram dan hasnah
Kumpulan 2 berbincang ttg watak yazid dan pak usup. Teknik Perbincangan

Penutup
(5 minit) Guru meminta pelajar melaporkan peranan watak-watak dan menjawab
soalan-soalan struktur secara bertulis. Teknik penulisan

Refleksi:-

PERWATAKAN
1. ikram
-Watak utama
-penolong pegawai daerah ( A.D.O) di pontian
-berasal dari singapura dan berpindah ke kampong penarik hilir pada bulan april
1963
-anak ketiga daripada enam beradik Ayahnya bernama En rahman
-pernah mendapat julukan budak asam paya daripada tok penghulu leman
-mahir mengenal pasti rumpun pokok asam kelubi jantan atau betina
-berkebolehan memanjat pokok kelapa
-pernah belajar silat sendeng kuntau cina dengan wak pagek
- menghormati guru silatnya walaupun berjawatan tinggi
-zaman remaja, berkawan rapat dengan hasnah anak tok leman
- berhijrah ke johor bahru
-prihatin dalam tugas iaitu sentiasa membawa buku memo untuk mencatat
-seorang yang pendendam dengan menaruh dendam terhadap rozali daeng
rahman yang memperolehi tanahnya melalui cabutan undi.
-seorang yang gigih iaitu turut membantu abangnya Yazid dan ibunya menorah
getah setelah kematian ayahnya
-bekerja dikebun nanas untuk menyara diri dan adiknya kamal
-tidak mudah berputus asa contoh ikram menunggu lori yang dijanjikan pak nawi
untuk menganggut nanasnya sehingga terpaksa bermalam di pinggir jalan dalam
keadaan sejuk dan kelaparan kerana menunggu lori yang hanya datang
keesokkan harinya
-seorang yang penyabar contoh memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga
dengan menjaga kamal kerana ibunya berpindak ke mersing
-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPm di sekolah menegah sungai durian
-seorang yang rajin dan tekun belajar dan bekerja
-kaya dengan budi bahasa
Menghormati pak usop dan wak pagek
-tegas pendiriannya contoh mahu terus kekal tinggal di kampong penarik
walaupun ibunya ingin berpindah ke mersing
-memiliki sifat pemarah dan kurang sabar
-mudah berasa sedih dan sayu haticontoh apabila teringgatkan arwah
ayahnya,adik-adik dan ibunya dia akan menangis dan memohon kepada Allah
supaya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup
-seorang yang keras kepala
-seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran
-bersahabat baik dengan jalil semenjak di universiti lagi
- mempunyai kekasih bernama hasnah
2. jalil
-watak sampingan
-sahabat karib ikram yang dikenali sewaktu di universiti
-tiga tahun lebih senior daripada ikram
-pegawai daerah di pontian
-sudah berkerluarga isterinya bernama liza dan mempunyai dua orang anak
-seorang yang serius dan tegas
-tidak suka pembaziran
-serius terhadap tugas dan bertanggungjawab
3. pak usop
-watak sampingan
-bermastautin di permas sejak kanak-kanak lagi
-kemudian berhijrah ke penarik hulu
-mshir ilmu persilatan dan pernah mengajar ikram silat gerak
-gemar makan nanas Sarawak
-petani yang gigih dan tekun
-berfikiran jauh dan tidak suka bertindak terburu-buru
-seorang yang penyabar
Warak dan beriman
-mentor kepada yazid dan adik-adiknya setelah kematian ayah
-seorang yang perahsia
-seorang perantau
-isterinya bernama mak besah dan mempunyai beberapa orang anak
4. hasnah
-watak sampingan
-di kenali juga sebagai zaleha
-penyelia kemas di mukim penarik
-anak kepada tok leman
-sepupu kepada ramli
-anak jati kempung penarik
-mengenali ikram sejak sekolah menengah lagi
-gadis manja yang manis,bersopan
-digambarkan mempunyai wajah yang bujur sirih,ayu bertudung, berkulit putih
cerah yang bertukar menjadi merah apabila dibakar sinar matahari,ada tahi lalat
pemanis di atas bibir sebelah kiri
-seorang yang gigih dan bersemangat
-banyak membantu ikram dengan memberi galakan,perangsang dan semangat
untuk belajar
-wanita yang setia contoh: selama lebih 10 tahun ikram meninggalkan kampong
penarik tanpa sebarang khabar berita,hasnah tetap yakin ikram akan ditemui
suatu hari kelak.
-hasnah dicintai oleh ikram
5. Yazid
- watak sampingan
-anak sulung dalam keluarga ikram
-terpaksa berhenti sekolah setakat tingkatan 3 setelah ayah meninggal dunia
kerana terpaksa memikul tanggungjawab dan mengambil alih tugas ayah
sebagai ketua keluarga
-banyak mengalami penderitaan
-bertanggungjawab terhadap keluarga contoh: sejak kematian ayah yazid
membantu ibunya menorah getah sejak awal subuh lagi.
-cepat marahcontoh: sewaktu mengetahui tentang permohonan untuk memiliki
geran tanah tidak sampai ke pejabat tanah,yazid menjadi amat marah
-abang yang tegas contoh: yazid melarang ikram pergi ke balai raya di mana
mesyuarat tentang hal geran tanah diadakan
-berani menegakkan kebenaran contoh: yazid dengan berani menahan kereta
tok leman semata-mata untuk mengetahui tentang tok leman yang gagal
menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan dibalai raya untuk
membincangkan hal geran tanah tersebut
-tidak mengabai suruhan agamacontoh yazid akan menunaikan solat maghrib
dan isyak secara berjemaah sebelum menjamah makanan malamnya
-dituduh menikam tok leman
-disuruhpak usop supaya meninggalkan johor sehingga ke suatu masa yang
diberitahu pak usop
6.wak pagek
-guru tua silat sendeng kuntau cina di kampong penarik hilir
-watak sampingan
-bertubuh kurus langsing,tetapi tegap
-umurnya sewaktu ikram menjadi muridnya sudh lebih 70 tahun
-boleh menghadapi 4 orang muridnya yang remaja lela satu persatu
-amat dihormati muridnya
7. ayah ( Rahman)
-watak sampingan
-bekerja sebagai pekerja biasa di Town Council,tanjung pagar singapura
-selepas bersara berhijrah ke kampong penarik hilir
-kesihatan tidak memuaskan sering mengadu sakit dada
-mengadakan perjanjian dengan tok leman tentang permohonan untuk
mendapatkan geran tanah
-menyerahkan rm3000 kepada tok leman sebagai harga tanah yang dibeli
-seorang yang bertanggungjawab
-kuat bekerjameninggal dunia pada usia 58 tahun

Anda mungkin juga menyukai