Anda di halaman 1dari 18

NOTA PEDAGOGI SEM.

2
KAEDAH EKSPOSISI
Penerangan isi Pelajaran Untuk Menerangkan 1. konsep 2.fakta 3. hokum 4. prinsip 5. teorem Murid mendengar penerangan guru Cara Penyampaian 1. penerangan 2. bercerita 3. demonstrasi Murid mengingat dan merekod isi penting

Definisi Eksposisi
Eksposisi bermaksud tafsiran, pertunjukkan, pameran atau penjelasan. Dengan lain perkataan eksposisi menjelaskan lagi perkara-perkara tau maklumay-maklumat baru.

Tujuan Eksposisi
Tujuan eksposisi ialah untuk membolehkan murid2 menangkap maksud yang hendak disampaikan kepada mereka dengan cara yang mudah difahami. Tujuan ini boleh dicapai dengan beberapa cara:1. Guru seharusnya menyusun dengan baik perkara yang hendak diajar supaya murid2 di kelas mudah memahaminya. 2. Murid dapat menerima pengetahuan baru dari satu tahap ke satu tahap. Mereka yang lemah berkemungkinan dapat peluang menyesuaikan diri mereka dalam mata pelajaran yang baru. 3. Keberkesanan penjelasan bergantung kebolehan guru yang menyampaikannya. Penjelasan hendaklah tidak terlalu cepat atau perlahan kerana terdapat perbezaan kebolehan mental murid di kelas (cergas dan lembab). Murid juga mempunyai cara yang berlainan dalam menghadapi pelajarannya dan akan memberi kebaikan kepada semua. Guru sepatutnya dapat menerangkan sesuatu pengajaran dengan jelas dan menjadikan pengajaran itu mudah dan menarik supaya murid mudah memahaminya. Dalam kelas yang kebanyakkan muridnya lembab, guru hendaklah menggunakan berbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikan sesuatu pengajaran. Bahan-bahan pengajaran baru hendaklah dilihat dari berbagai segi dan disampaikan melalui berbagai cara.

Cara-Cara Penyampaian
1. Menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep matematik daripada buku teks matematik. 2. Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau pembinaan bentuk-bentuk geometri. 3. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah matematik berdasarkan kemahiran2 yang telah dipelajari. 4. Menerangkan konsep matematik dengan alat Bantu mengajar. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran matematik dalam peringkat perkembangan. Dalam peringkat ini guru boleh menghuraikan konsep matematik secara lisan sambil menulis fakta2 yang penting di papan hijau supaya murid2 dapat memahami konsep dan prinsipnya.

Kebaikan
Guru dapat menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran matematik terutama konsep dan murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Keburukan
Sesuai digunakan pada peringkat perkembangan sahaja dan tidak pada peringkat lain. Jika digunakan pada peringkat lain akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap kurang berkesan untuk aktiviti P&P matematik sekolah rendah.

Langkah Mengajar
Set Induksi Guru menyatakan topik kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang hendak diajar Perbincangan tentang konsep, kemahiran atau prinsip yang telah dipelajari supaya dapat mengaitkan dengan pelajaran baru Perkembangan

Langkah I
Memperkenalkan kemahiran matematik dengan satu contoh khusus dan menghuraikan langkah penyelesaiannya.

Langkah II
Selepas murid memahami guru mendemonstrasikan langkah2 penyelesaian dalam beberapa contoh yang berlainan. Misalnya selepas diberikan konsep segiempat ,guru boleh memberikan contoh2 lain yang disebutkan sebagai segiempat. Guru boleh menyuruh murid mengemukakan contoh

Langkah III
Murid disuruh mendemonstrasikan konsep yang baru dipelajari dengan contoh2 lain secara individu

Langkah IV
Langkah memperkukuhkan konsep Murid disuruh menggunakan konsep matematik itu untuk menyelesaikan masalah dalam buku latihan mereka

Langkah V
Untuk menilai pencapaian murid dalam penguasaan konsep mereka Guru menggalakkan murid mengemukakan masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan soalam matematik

Kesimpulan
Kaedah eksposisi adalah kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian konsep matematik. Kaedah ini serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan Pengelola Awal untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI


Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

I.

II.

Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III.

Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV.

Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V.

Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL JAWAB


Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. 2. 3. 4. Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis

5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah :

4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Perlunya Pelbagaian Kaedah Mengajar "Mahir hanya dalam satu penggunaan kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang pengajara dan pembelajaran oleh kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh dianggap terbaik da;lam semua aspek, setiap masa dan dengan semua pelajar. Sesungguhnya mengetahui satu jenis teknik mengajar sahaja ATAU menghadkan kepada penggunaan suatu kaedah pengajaran tertentu akan menjejaskan kecekapan /keberkesanan guru dan justeru itu pembelajaran pelajar." (I.N.Thut & J.R. Gerberich: Foundations of methods in Secondary schools) Antara PEDAGOGI Dan Kurikulum "Pedagogi, sebagai satu sans dan seni pengajaran merupakan sebelah "kaki" yang menyokong pengajaran berkesan sementara sebelah "kaki" lagi ialah kurikulum. Mengajar secara terbaik perkaraperkara yang tidak berguna ATAU mengajar secara buruk perkara-perkara yang penting. Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter: Knowing Teaching and Supervising) Kepelbagaian Kaedah Pengajaran Membolehkan Guru:

Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektfi-objektif pengajaran yang dirancang, berdasarkan kepada keperluan pelajar, mata pelajaran yang dipelajari dan persekitaran institusi. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, lantas meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yangproduktif. Mengelakkan diri daripada dibelenggu oleh buku teks dan kaedah "chalk & talk" semata-mata. Meningkatkan "repertoire" pengajarankerana penguasaan pelbagai kaedah pengajaran menjadikan guru berdaya lentur, dapat mengubah kaedah pengajaran bila dan dimana perlu, mengikut situasi. Mengamalkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah yang dijangka dapat mewujudkan keseronolan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN STRATEGI KAEDAH PENGAJARAN latar bellakang pelajar: peringkat umur, pengalaman/ pengetahuan sedia ada, minat stail pembelajaran (kesediaan pembelajaran) Isi kandungan pelajaran: tajuk - konkrit? abstrak? mudah? kompleks? teori? amali? ulangan? perkara baru? Objektif pengajaran: berapa dan bentuknya? dalam domain taksonomi apa dan peringkat mana? Sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM): yang didapati dari institusi, yang boleh didapati dari luar institusi atau yang boleh disediakan oleh guru dan pelajar. Peruntukan masa: berapa waktu? berapa minit? bila? pagi? tengah hari? petang? Latar belakang guru: pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizan/kemahuan (kesediaan pengajaran) PENTINGNYA KAEDAH PENGAJARAN "Perbezaan dalam pembelajaran yang berlaku kepada pelajar berkait rapat dengan BAGAIMANA bahan bahan pelajaran dikemukakan. BAGAIMANA diertikan sebagai teknik pengajaran ini dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan kepada kejayaan pembelajaran pelajar." (P.B. Guild and S. Garger: Marching to Different Drums) BEBERAPA KAEDAH PENTING PENGAJARAN Kaedah Menyoal Kaedah kuliah/syarahan Kaedah perbincangan kaedah sumbang saran kaedah perbahasan kaedah demonstrasi kaedah projek Kaedah kes Kaedah penyelesaian masalah kaedah permainan Kaedah simulasi

KAEDAH MENYOAL wahana utama interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menerokai pengalaman/pengetahuan pelajar untuk meningkatkan ingatan isi-isi pelajaran yang penting untuk tujuan ulangkaji untuk merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap penilaian dan domain kognitif perlu wujud dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran

"Seni pengajaran sebahagian besarnya seni mengutrakan sebanyak tugasan yang mungkin kepasda pelajar. Dia belajar dengan membuat dan berfikir, dan satu daripada wahana pengajaran yang berkesan untuk mewujudkan keadaan ini ialah penyoalan." (L.Gartside (1970): Teaching Business Subject) PENTINGNYA SOALAN-SOALAN DARIPADA PELAJAR "Sebenarnya satu cara menilai keberkesanan sesuatu pengajaran ialah dengan mengira bilangan soalan yang baik yang diutarakan oleh pelajar-pelajar daripada yang diutarakan oleh guru." (L.S. Kenworthy (1972): A Guide to Social Studies Teaching) Beberapa Pertimbangan Penting dalam kaedah menyoal soalan-soalan jelas dan tepat selepas sesuatu soalan berhenti sekejap, memberi masa kepada pelajar berfikir (wait-time) taburan soalan secara rambang peneguhan melalui maklum balas segera mengenai jawapan pelbagai tahap kesukaran dan jenis item soalan diutarakan pelajar-pelajar sendiri perlu digalakkan mengutarakan soalan

Jenis-jenis Soalan Yang perlu dielakkan/diminimumkan: Soalan "Ya-Tidak" Dua soalan sekali gus Solaan kabur Soalan yang memberi jawapan

KAEDAH SYARAHAN / KULIAH untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang lebih sesuai untuk sekolah menengah atas pelbagai ABM yang relevan digunakan diselang-seli dengan kaedaah menyoal dicatat isi-isi penting di papan tulis bahasa dan intonasi yang baik digunakan digunakan "sense of humor" ada perbincangan pada akhir sesi kuliah intisari isi (fakta-fakta, data-data, istilah-istilah) dan soalan-soalan pokok disediakan penyampaian dibuat secara informal dan tenang ditentukan dulu pelajar tahu mengambil nota yang penting kerja susulan diberikan: penilaian bertulis, kerja rumah atau tugasan tambahan, rujukan tambahan

Kebaikan Kaedah Syarahan/Kuliah saiz kelas tidak terhad banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang singkat topoik-topik baru dapat diperkenalakan dengan mudah dapat digunakan untuk meringkaskan sesuatu topik dapat memberi contoh "pidato umum" kepada pelajar, jika disampaikan dengan baik berkesan kalau dibantu dengan alat-alat bantu teknologi pendidikan yang sesuai

Kekurangan kaedah syarahan/kuliah;

cepat membosankan tidak pasti pelajar memahami maklumat yang disampaikan bersifat monolog --- tidakada penglibatan aktif pelajar-pelajar pembentukan konsep-konsep yang salah mungkin berlaku dikalangan pelajar, jika tidak cukup penerangan tendensi guru membaca teks syarahan/kuliah KAEDAH PERBINCANGAN untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pertukaran idea secara bebas Sebahagian besar daripada pelajar mengambil bahagian Sesuatu idea yang disumbangkan/ dikemukakan terus diberi reaksi(dinilai) BEBERAPA PERTIMBANGAN DALAM KEADAH PERBINCANGAN ada isu utama berdasarkan topik dan objektif-objektif pengajaran dirancang engan rapi - isu dan soalan-soalan pokok disediakan untk memberi fokus kepada pelajarpelajar terlebih dahaulu; ada peraturan asas dan tatacara perbincanagan termasuk masa dan corak persembahan hasil perbincangan guru bertindsak sebagai penggerak/fasilitator menentukan penglibatan pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli segelintir pelajar penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa emosi/menyentuh peribadi rumusan atau ringkasan idea-idea dan kesimpulan perbincanagan disediakan dan dikemukakan oleh waki-wakil setiap kumpulan berkesan digunakan dengan kaedah-kaedah lain elok diberikan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi dorongan / semangat kepada pelajar KAEDAH SUMBANG SARAN menggalakkan penggunaan daya imiginasi / pemikiran kreatif pelajar idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang ditetapkan untuk mencari idea-idea yang baru - dalam penyelesaian sesuatu masalah - dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi -dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan (pada paapn tulis/kertas saiz besar 2 pilihan setelah tamat sesi sumbang saran; - memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan ATAU - menilai idea-idea yang disaranakan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi mencapai objektif sumbang saran Peraturan Sumbang Saran sebarang idea diteriama dilarang mengkritik sebarang idea sebanyak idea yang mungkin diperlukan idea-idea disarankan secara spontan idea-idea yang dikemukakan boleh diguanakan/diperkembangkanoleh pelajar- pelajar lain

Keberkesanan Sesi Sumbang Saran Bergantung Kepada; siakp positif gur dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea wlaupun dianggap tidak penting guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea diutarakan secara bebas,tanpa kritikan idea-idea yang dipilih / diperkemaskan dan diguanakan sebaik-baiknya KAEDAH PERBAHASAN kaedah formal untuk menggalakkan perbincangan perkara/isu kontraversial suasana persaingan sihat untuk menganalisis/menilai sesuatu isu secara rasional melatih mengemukakan pendapat secara terbuka (latihan "pidato umum") faedahlebih kepada pembahas-pembahas -- pihak pencadang dan pembangkang tajuk ditentukan dulu perbincangan sebelum oleh ahli-ahli setiap pasukan penyelidikan perlu dibuat

KAJIAN KES memberikan pnekanan kepada pelajar-pelajar menggunakan maklumat/data sebagai asas pemikiran.Pembelajaran melalui perbicangan dan soal jawab mengenai apa yang apa yang tersurat dan tesirat dalam kes-kes yang diutarakan. Idea dihasilkan oleh pelajar-prlajar dan guru bertindak sebagai pemudah cara dan penyederhana, Penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pemikiran, menganalisis serta membuat generalisasi dan kesimpulan. digunakan sebagai satu kaedah P&P untuk mengkaji aspek-aspek/ciri-ciri penting sesuatu personaliti/unit/bahagian/tugasan seluruh institusi peniagaan , pemasaran dan sbagainya. setiap kes yang dikaji perlu pendek, iaitu melibatkan dua atau tiga isu sahaja. Beberapa soalan pokok disediakan sebagai fokus kepada isu-isu yang ditimbulkan dalam kes tersebut. kajian kes boleh diasaskan kepada; *dokumen-dokumen *petikan-petikan daripada buku/majalah/akhbar/intrnet *data-data kajian *naratif-naratif benar/rekaan mengenai individu/institusi *lawatan-lawatan pendidikan *pita video kajian kes sesebuah institusi peniagaan boleh dibuat daripada perspektif berikut: - sejarah penubuhan - status semasa perniagaan - sumber-sumber perniagaan - pemilikan - pesaingan - strategi pemasaran -- keluaran, harga, agihan, promosi. - dasar perlindungan daripada risiko-risiko - kemudahan komunikasi/pengangkutan - rancanagan pekembangan masa hadapan (masalah-masalah dan kekuatan-kekuatan institusi diambil kira) prosedur-prosedur kajian kes i.fasa penjelasan melalui perbincangan mengenai fakta-fakta kes yang dikemukakan. ii.fasa pengenalpastian isu-isu yang kontroversi (yang mempunyai pelbagai interpretasi) mengenai masalah,kekuatan dan peluang yang wujud secara tersurat/tersirat. iii.fasa membuat keputusan berdasarkan kepada isu-isu yang ditimbulkan bagi menentukan langkahlangkah/strategi-strategi/ dasar-dasar efektif yang boleh diambil dan mengapa, untuk memperbaiki keadaan. Berapa Prinsip Pembelajaran Pelajar perlu bersedia untuk belajar (kesediaan pembelajaran)

Pelajar perlu faham sebab-sebab untuk belajar (motivasi untuk pelajar) Isi pelajaran cukup mudah untuk dikuasai dan cukup susah untuk mencabar/merangsang pelajar (tahap kesukaran yang isi pelajaran sesuai). Pembelajran dilakuakn sendiri oleh pelajar melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran termasuk penyelesaian masalah, bukan dilakukan oleh guru atua orang lain (pembelajaran tidak boleh diwakilkan). Persekitaran pembelajaran - suasana sekolah, bilik darjah, sumber-sumber pendidikan, guru-guru penyayang sesuai dan cukup (persekitaran pembelajaran yang conducive). Guru bertindak sebagai penggerak, pendorong, penyokong dan pemudah cara kepada pelajar (sokongan emosi dan intelek yang berterusan). FAEDAH-FAEDAH OBJEKTIF PENGAJARAN membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar. memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran. Dua Jenis Objektif Objektif Am Objektif Spesifik KOMPONEN-KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN Pelaksana Perlakuan Hasil perlakuan Syarat perlakuan Kriteria perlakuan

CONTOH-CONTOH KATA KERJA YANG MENYATAKAN OBJEKTIF PEMGAJARAN Domain Kognitif Pengetahuan: mendefinisi, menamakan, mengenalpasti, menyenaraikan, melabelkan, memilih, menyesuiakan, menyatakan, menulis, menjelaskan. pemahaman: membezakan, menukarkan, menganggarkan,menelaah, menulis, menjelaskan. Aplikasi: mengira, mengubah, menginterpretasi, menyediakan, melakar, melukis, menyelesai, menggunakan, menunjukkan, mengeluar, mengaitkan. Analisis: mengasingkan, memberi contoh, memilih, membezakan, mengenalpasti, mengaitkan, memecah, menunjukkan , membuat ringkasan,membuat inferens. Sintesis: mengkategorikan, meggabungkan, menyusun semula, menerangkan, merancang, membina semula, menyatakan semula, mengarang, meringkaskan, menulis semula. Penilaian: menilai, membezakan, membincangkan, membahas, menghuraikan, memberi hujah, membuat kesimpulan, membuat justifikasi, menyokong,mengutarakan. Domain Psikomotor membuat,memasang, membina, mengubah, membersih,melicinkankan, mencampurkan, menanam, mengecat, membuatcontoh, menggunakan, menyediakan, menyiapkan, menggerakkan, melekatkan, menyusun, menjaga, menghidang, mengemas, membungkus, merawat, memperbaiki.

Domain Afektif mengamalkan, menunjukkan, mematuhi, melakukan, menyenaraikan, mencadangkan, berkongsi, menonjolkan, membandingkan, membezakan, menghubungkan, mengaitkan. CONTOH-CONTOH OBJEKTIF PENGAJARAN YANG MENGANDUNGI KELIMA-LIMA KOMPONEN TAKSONOMI BLOOM Setiap pelajar dapat mengira dengan tepat dalam masa tiga minit jumlah dividen yang diperolehi daripada sesuatu pelaburan berdasarkan kepada data yang diberikan. Semua pelajar dapat menyatakan secara bertulis tanpa merujuk kepadabuku teks, sekurangkurangnya 3 jenis kesalahan yang sering terdapat dalam Imbangan Duga dan 3 cara untuk mengatasinya. Tiap-tiap pelajar boleh menunjukkan dengan betul cara-cara merekod maklumat dalam buku tunai. Bekerja dalm kumpulan 5 orang, setiap kumpulan dapat menghasilkan satu kertas projek sepanjang 2000 patah perkataan pada saiz kertas A4 mengenai "Penubuhan syarikat Berhad dan pembahagian syer kepada ahli yang terlibat. Setip pelajar, dapat menunjukkan kebolehan bekerjasama dan berinteraksi secara telus melalui sesi perbincangan dalam kumpulan 6 orang mengenai penyediaan penyata pendaoatan bagi sesebuah syarikat yang dibuat dalam masa 20 minit, mengikut senarai semak pemerhatian yang disediakan. Beberapa Prinsip Pengajaran Pengajaran perlu dirancnag dan disediakan mengikut yahuna, semeter, mingguan dan harian. Isi kandungan pelajaran berasaskan sukatan peljaran buku teksdan rujukan serta keperluan peperiksaan (sekirnya ada) dan dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia da pelajar daripada apa yang tahu kepada yang tidak tahu, daripada yang senang kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Pelajar-pelajar perlu dimotivasi dengan menggunakan sebanyak deria rangsangan yang boleh. Pengajaran perlu berpusat kepada pelajar, iaitu sebagai klien/pelanggan utama guru penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P penting melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Strategi/kaedah pengaran perlu dipelbagaikan, sesuai dengan topik/isi pelajaran yang diajar serta stail pembelajaran pelajar guru berdaya lentur dan mempunyai "repertoire of teaching approaches". Daya pemikiran pelajar perlu sentiasa dicetuskan, tidak setakat menerima maklumat tetapi menegaskan jawapan kepada soalan-soalan Mengapa?Dan bagaimana?Pemilihan strategi/kaedah pengajaran perlu sesuai untuk tujuan ini.

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas. Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai