Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN Tenaga nuklear adalah tenaga yang bersih, efektif tetapi mempunyai kesan paling buruk jika berlaku

kesilapan dalam pengendaliannya. Oleh itu amat penting bagi kita untuk mengenali tenaga ini supaya kita dapat memahami tentang tenaga ini secara lebih eksplisit. Keradioaktifan merupakan satu proses pemecahan spontan nukleus atom yang tidak stabil seperti radon-222, aktinium-228, dan uranium-238 bersama dengan sinaran radioaktifnya. Istilah keradiaktifan ini adalah hasil penemuan Hendri Becquerel iaitu seorang saintis Perancis pada tahun 1896. Beliau mendapati bahawa sebatian-sebatian uranium mengeluarkan sinaran yang memberi kesan kepada plat fotograf walaupun plat fotograf itu dibungkus dengan kertas hitam yang legap. Hasilnya hasil pemerhatian melalui fenomena itu disebut beliau sebagai keradioaktifan. Berdasarkan takrifan di atas radioaktif merujuk kepada sinaran-sinaran yang terhasil bersama semasa tindak balas berlaku. Contohnya Kobalt-60 yang menghasikan sinaran dalam bentuk zarah yang dikenali sebagai zarah-. Pada tahun 1898, Marie Curie mendapati bahawa torium dan radium juga memberi kesan yang sama dengan uranium. Jadual dibawah menunjukkan unsur radioaktif bersama simbol nuklid, nukleon dan nombor protonnya Unsur radioaktif Radon Radium Aktinium Torium Uranium Simbol nuklid
222

Nombor nukleon, A 222 226 228 232 238

Nombor proton, Z 86 88 89 90 92

Rn Ra Ac Th U

86 226

88 228

89 232

90 238

92

Bahan radioaktif banyak menyumbang kepada bidang perubatan, pertanian, arkeologi, perindustrian, dan sumber tenaga. Bagaimanapun kefahaman yang mendalam perlu dipelajari supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam.

Pengenalan kepada Isotop Isotop yang tidak stabil dan mengalami pereputan radioaktif dikenali sebagai radioisotop. Radioisotop wujud dalam keadaan semulajadi. Contohnya uranium-238 dan radium-226. Radioisotop buatan dihasilkan dengan menyinarkan bahan dengan neuronndi dalam reaktor nuklear. ia juga boleh dihasilkan dengan membedil suatu nukleus yang stabil menggunakan zarah yang bertenaga tinggi seperti proton atau neutron. contohnya radioisotop natrium-24 dihasilkan apabila nukleus magnesium dibedil oleh neutron seperti persamaan dibawah
24 12 Mg

1 0n

24 11Na

1 1p

Radioisotop dalam bidang perubatan Radioisotop lemah dalam kuantiti yang sedikit disuntik ke dalam suatu sistem, pergerakannya boleh dikesan dengan menggunakan sinaran radioaktif pembilang GeigerMuller. Contohnya natrium-25 yang disuntik kedalam saluran darah digunakan untuk mengesan gumpalan darah yang menyekat sistem aliran darah. Pertumbuhan tumor juga boleh dikesan menggunakan fosforus-32 sebelum ia menjadi lebih parah. Begitu juga iodin131 yang digunakan untuk menentukan kadar penyerapannya oleh tiroid. Rawatan radioterapi menggunakan sinar gama yang dikeluarkan oleh kobalt-60 digunakan untuk membunuh sela-sel barah di dalam tumor maligan (maligant tumour) dalam badan pesakit. Sinaran tersebut akan diputarkan dalam satu bulatan dengan sel-sel barah supaya ia menerima jumlah maksimum sinar gama tersebut tanpa merosakan sel-sel yang sihat atau hanya mendapat sinaran yang minimun. Pensterilan menggunakan kobalt-60 boleh membasmi kuman pada pembalu, baju bedah, pincagari dan alat-alat pembedahan. Ia dapat dilakukan dengan lebih cepat, efektif dan murah berbanding menggunakan haba. Radioisotop dalam bidang pertanian Fosforus-23 yang radioaktif ditambah ke dalam baja dan kadar penyerapan baja oleh tumbuhan dapat dikesan dengan menggunakan pembilang Geiger-Muller (G-M). Sinaran radioaktif dalam dos yang rendah didedahkan pada makanan dan buahbuahan pula dapat memanjangkan jangka hayatnya kerana mikoorganisma yang berada

didalamnya dapat dimusnahkan. Kentang pula dirawat menggunakan sinaran radioaktif bagi mengelakkanya bertunas. Sinar gama digunakan untuk menghasilkan spesies baru menerusi kejuruteraan biofizik. Ia berlaku apabila sel-sel dalam biji benih bermutasi dan menghasilkan spesies baru yang mempunyai rintangan terhadap penyakit yang tinggi dan dapat menghasilkan buah yang lebih banyak (lebih produktif). Radioisotop juga digunakan dalam kawalan biologi melalui pemandulan serangga perosak. Ia dilakukan dengan memandulkan serangga jantan menggunakan sinaran dos rendah. Ini baemakna serangga jantan dapat hidup seperti biasa tetapi tidak dapat membiak. Radioisotop dalam bidang Arkeologi Atmosfera mengandungi pelbagai gas termasuk kurang dari 1% gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida yang biasa ditemui ialah karbon-12 dan yang jarang ditemui karbon-14 (radioaktif). Oleh kerana tumbuh-tumbuhan menyerap dan membebaskan karbon dioksida secara tetap seimbang maka peratusan karbon -14 yang hadir adalah tetap. Karbon-14 yang terperangkap dalam tumbuhan akan mulai mereput dengan mengeluarkan zarah beta yang mempunyai setengah hayat 5 730 tahun. Hal ini membolehkan sampel purba yang diperolehi diukur dengan tepat melalui perbandingan keaktifan benda hidup.Kaedah ini dinamakan pentarikhan karbon. Radioisotop dalam bidang perindustrian Bahan radioisotop dalam industri juga digunakan untuk mengukur ketebalan kepingan bahan seperti plastik dan logam semasa peringkat penghasilan. Contohnya strontium-90 yang mengeluarkan zarah beta digunakan dalam pembilang G-M seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah;

Zarah beta yang menembusi kepingan plastik diukur oleh pembilang G-M dimana jika aras sinaran tinggi bermakna kepingan objek adalah nipis manakala sinar aras sinaran rendah ia menunjukan bahawa objek itu adalah nipis. Mesin yang digunakan boleh digunakan sebagai alat untuk mengawal ketebalan kepingan mengikut ketebalan yang diingini. Sumber sinar beta boleh digunakan untuk menyemak kandungan menggunakan sumber sinar beta seperti rajah di bawah;

Dalam kes diatas, jika sinaran yang dikesan oleh pembilang G-M terlalu rendah, ia bermakna tin tersebut mengandungi kuantiti bahan terlalu banyak manakala jika aras sinaran terlalu tinggi bermakna kuantiti bahan tidak mencukupi. Kebocoran paip air bawah tanah pula boleh dikesan dengan sedikit natrium-24 yang dlarutkan dalam air dan disalurkan ke saluran paip-paip tersebut. ini kerana natrium-24 mempunyai setengah hayat yang sangat pendek. ini baemakna keatifan dapat dikurangkan dalam masa yang pendek. Selain itu kuasa sinar betanya mempunyai kuasa penembusan yang rendah. Pembilang G-M akan digerakan di atas paip-paip mengikut pelan laluan bawah tanah. Kawasan kebucoran dapat dikesan apabila sinaran menunjukan paras ketinggian yang luar biasa. Kegunaan bahan radioaktif dalam tenaga nuklear. Unit jisim atom diukur dalam unit jisim yang dipanggil unit jisim atom (u.j.a) atau atomic mass unit (a.m.u) dalam Bahasa Inggeris. Satu u.j.a ditakrifkan sebagai satu per duabelas daripada jisim satu atom karbon-12. Jika suatu unsur berat dibelah menjadi dua nukleus baru dan dibedil oleh satu neutron yang bergerak pelahan maka proses pembelahan nukleus akan berlaku. Contohnya nukleus uranium-235 dihentam oleh sato neitron pelahan, nukleus tersebut akan terbahai kepada dua nukleus yang hampir sama, iaitu barium dan kripton bersama dengan penghasilan dua atau tiga neutron dan sejumlah tenaga yang amat besar. Tenaga yang

dibebaskan semasa pembelahan setiap atom uranium-235 adalah amat besar sehingga hampir 500 juta kali lebih besar berbanding pembakaran karbon. Neutron- neutron yang dihasilkan semasa pembelahan nukleus akan meneruskan peroses pembelahan nukleus yang mana ia menghasilkan tiga neutron yang baru. Tindakan yang berterusan ii menghasilkan tindakbalas berantai. Hal ini menghasilkan sejumlah tenaga yang besar dalam masa yang singkat. Untuk tindak balas berantai berlaku, uranium-235 mesti melebihi satu nilai tertentu yang di panggil nilai genting. Pelakuran nukleus akan membebaskan tenaga yang amat besar. Contohnya pelakuran nukleus berlaku anatara nukleus deuterium (hidrogen-2) dan tritanium (hidrogen3) bersatu untuk membentuk nukleus helium dan neuron. Untuk pelakuran nukleus berlaku, dua nukleus hidrogen mesti menghampiri satu sama lain pada kelajuan yang amat tinggi bagi mengatasi daya tolakan elektrik antara kedua-duannya. Hal ini dapat dicapai dengan meningkatkan suhu hidrogen kepada 10 juta C. Pembebasan tenaga dalam tindakbalas nuklear menyebabkan kehilangan jisim. Ia dikenali sebagai cacat jisim yang ditukarkan kepada tenaga. Albert Einstein (1905) menunjukan bahawa hubungan antara jisim dan tenaga adalah diberi persamaan E = mc2 dimana E adalah tenaga dalam bentuk joule, m ialah jisim cacat dalam unit kilogram, dan c ialah laju cahaya dalam unit meter saat. Jika jumlah cacat jisim bertambah dengan kelajuan cahaya yang tinggi ia akan membebaskan jumlah tenaga yang amat besar. Tenaga yang terhasil itu dinamakan sebagai tenaga nuklear. Kebaikan dan keburukan tenaga nuklear berbanding tenaga lain. Penghasilan tenaga oleh logi tenaga nuklear adalah sangat tinggi dengan kuantiti bahan radioaktif yang sedikit. Ini bermakna ia lebih ekonomik dan efisyen. Ia juga dikatakan bersih kerana tidak mencemarkan udara, tanah dan air jika diurus dengan betul. Hasil sampingannnya juga banyak menyumbang kepada bidang perubatan, pertanian, arkeologi dan pertindustrian. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kebaikan dari sumber tenaga nuklear. Namun risiko untuk menanggung kesan buruk amat membimbangkan. Sejarah menunjukkan kepada kita betapa buruknya kesan dari kesilapan manusia dan fenomena alam mampu menyebabkan bencana yang memberikan kesan yang melampau.

Pada 6 dan 9 Ogos 1945, 214000 rakyat Jepun mati serta merta akibat kesan langsung dari letupan bom atom di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki. Beberapa saksi yang terselamat menyatakan mangsa yang terkena radiasi secara langsung rentung sebaik sahaja sinaran itu mengenai mereka. Malah mereka yang terselamat juga ada menunjukan kesan terbakar. Kesan sampingan terus ditanggung oleh mangsa yang terselamat sehingga hari ini. Sebahagian besar daripada mangsa ini menjadi bahan kajian tentang kesan radiasi ke atas manusia. Hasil penyelidikan itu mendapati ia telah mengubah genetik sel yang menyebabkan kanser dan barah, kemandulan, dan kerencatan ( kadar pertumbuhan abnormal) tubuh badan. (Super Disaster- Discovery Channel) Menurut laporan itu, bom yang dihasilkan mengandungi campuaran 99.3% uranium238 dan 0.7 uranium-235. Ia hanya menjalani satu ujian kecil di gurun Utah USA dan mereka terpegun dengan kuasa yang terhasil. Kajian dan penyelidikan dalam masa yang singkat tidak memberikan banyak maklumat tentang implikasi dan kesan sampingan radiasi terhadap manusia dan persekitarannya. Desakan peperangan memaksa mereka menggunakannya dengan segera. Hasilnya, bom pengayaan uranium dalam bom tersebut telah mengalami tindakbalas berantai yang tidak terkawal hasil dari jisim genting yang disatukan. Bencana nuklear amat sukar diramal. Oleh yang demikian, para saintis berusaha untuk menguji prosedur-prosedur keselamatan jika timbul masalah pada penjana reaktor.. Pada 26 April 1986, Cherobyl, Ukraine, satu ujian ke atas peralatan kecemasan ke atas reaktor dan sistem penyejukan sekiranya kehilangan tenaga berlaku ke atas penjana kuasa telah menjadi malapetaka. Ia menjadi sejarah terburuk akibat masalah reka bentuk dan kesilapan manusia. Sikap kurang mengambil berat terhadap keselamatan, mudah berpuas hati dan salah faham yang berlaku tanpa menyedari sistem penyejuk kecemasan tidak dipasang telah menyebabkan kuasa telah naik 100 kali ganda daripada output biasa. Hasilnya, grafit yang mengelilingi rod bahan api (untuk mengawal pembelahan nukleus dalam reaktor) di satu hujung rod menjadi tidak terkawal sehingga berlakunya tindak balas ke tahap yang merbahaya. Ini telah mencetuskan letupan yang memusnahkan teras reaktor dan menerbangkan bumbungnya. Ini menyebabkan sisa radioaktif tersebar hingga beratusratus kilometer. Sehingga kini bandar Cherobyl menjadi bandar kosong yang digelar bandar hantu kerana penduduk bandar tersebut terpaksa berpindah ke kawasan selamat dari kesan radiasi. Bagaimanapun ia masih menjadi tapak penyelidikan kesan perncemaran radioaktif. 26 tahun kemudian, Fukushima, Jepun (11 Mac 2011) .Dunia digemparkan sekali lagi dengan bencana yang sama, tetapi kali ini ia dicetuskan oleh gempa bumi yang turut

disertai dengan tsunami. Para pekerja telah berusaha untuk menyejukan logi reaktor dengan begitu berani dan bersungguh-sungguh dalam usaha mengawal suhu reaktor kerana kerosakan sistem penyejuk kecemasan. Bagaimanapun mereka tewas dalam pertarungan kerana pemanasan yang melampau pada rod terpakai menjadi tidak terkawal. Hal ini juga menyebabkan reaktor meletup dan membebaskan pencemar radioaktif ke kawasan persekitaran. Kerajaan Jepun juga mengistiharkan kawasan persekitaran sebagai zon larangan. Berapa lamakah kawasan tersebut akan selamat sepenuhnya kerana jangka setengah hayat nuklid radioaktif uranium-238 adalah 4 500 juta tahun. Kepentingan pengurusan bahan radioaktif yang sesuai dari segi simpanan dan pelupusan. Menyedari kesan buruk dari bahan radioaktif yang digunakan, langkah-langkah keselamatan, kaedah pengurusan bahan mentah, stok penyimpanan dan pembuangan sisa radioaktif amat dititik beratkan. Ianya bermula dari perlombongan sumber asli, penghasilan bahan api, pengoperasian, penggunaan dan berakhir dengan pelupusan sisanya. Pengurusan yang baik boleh mengelakan atau setidak-tidaknya meminimumkan kesan buruk bahan radioaktif. Sinaran radioaktif boleh merosakan, mencacatkan malah membunuh sel-sel hidup malah buleh membunuh organisma jika kadar pendedahannya tinggi. Kesan sinaran pada tahap yang rendah pun boleh menyebabkan kulit terbakar dan bengkak yang menyakitkan. Pendedahan yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan kesan serius seperti barah dan mutasi sel yang boleh diwarisi sacara turun temurun. Sinar gama adalah sinaran yang paling merbahaya kerana ia boleh menembusi jauh ke dalam badan. Zarah alfa boleh dihentikan apabila sampai pada permukaan kulit tetapi bahan pengeluar zarahnya menjadi bahaya jika memasuki badan. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang zarah alfa, beta dan gama Jenis sinaran Sifat semula jadi Kuasa penembusan Julat dalam udara Pemesongan dalam medan elektrik/ medan magnet Nukleus helium Lemah Beberapa sentimeter Elektron berhalaju tinggi Sinaran elektromagnet berfrekuensi tinggi Sangat laju Beberapa ratus meter Tiada Sederhana Beberapa meter Banyak Sedikit

Merujuk kepada tiga kes malapetaka yang telah dibincangkan tadi, kita tahu bahawa kesan sinaran yang disebabkan oleh letupan nuklear boleh menyebarkan gas serta bahan radioaktif yang tinggi dalam kawasan yang luas. Selain itu, kemalangan semasa pengangkutan dan pengendalian juga boleh berlaku menjadi punca pencemaran bahan radioaktif. Oleh itu ia perlu diurus dengan cermat, selamat dan sentiasa mematuhi standard keselamatan serta penambahbaikkan langkah-langkah kecemasan yang berturusan.

Faktor-faktor yang di perlu diambil kira dalam pengurusan bahan radioaktif dan kaedah pengurusan. Penggunaan bahan radioaktif banyak digunakan dalam pelbagai bidang terutama dalam industri dan perubatan perlu mengetahui tataca pengurusan bahan yang digunakan. Ini kerana keradioaktifan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Justeru itu ia dikelaskan kepada tiga mengikut paras keradioaktifannya iaitu paras rendah, sederhana dan tinggi. Sisa paras rendah selalunya datang dari hospital, makmal-makmal dan industri. Ia meliputi kertas, kain, peralatan. pakaian, penuras dan objek-objek lain yang mempunyai jumlah kecil keradioaktifan hayat pendek khususnya protaktinium-99m, rodon-220 dan polonium-214. Walaupun sisa jenis ini tidak merbahaya, ia mesti dikendalikan dengan lebih cermat daripada sampah biasa. Sisa paras rendah biasanya ditanam bawah tanah. Untuk mengurangkan isipadunya, sisa paras rendah juga dipadatkan atau dibakar dalam bekas tertutup sebelum ditanam. Sisa paras sederhana khususnya kobalt-60, mengandungi jumlah keradioaktifan yang lebih tinggi memerlukan perisai sebelum dimasukkan kedalam tanah atau di buang ke dalam laut. Sisa lain biasanya terdiri daripada resin, bahan buangan kimia dan komponenkomponen reaktor serta bahan-bahan cemar dari reaktor nuklear. Sisa-sisa ini hendaklah dimasukan kedalam perisai atau bekas khas sebelum dimasukan ke dalam kongkrit dan dibuang ke dalam laut atau di tanam di dalam tanah. Sisa paras tinggi merujuk kepada sisa yang sangat radioaktif yang perlu diasingkan selama-lamanya dari persekitaran manusia. Ia wujud dari hasil sampingan penjanaan nuklear. Kira-kira 95% daripada jumlah keradioaktifan yang dihasilkan semasa penjanaan nuklear untuk menhasilkan tenaga elektrik adalah sisa paras tinggi. Oleh kerana ia sangat radioaktif dan menghasilkan banyak haba, ia perlu disejukan dan dilapisi dengan perisai khas semasa pengendalian dan pengangkutannya. Jika sisa tersebut diproses semula, sisa

yang telah diasingkan perlu dimasukkan dalam bekas kaca barosilikat (Pyrex), yang termateri dalam bekas keluli tak berkarat untuk dibuang jauh ke dalam tanah. Rajah dibawah menunujukkan penanaman sisa paras tinggi di bawah tanah.

Semua bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam bekas plumbum berdinding beberapa sentimeter dan bekas tersebut mesti dilabelkan Sember Radioaktif dengan simbol radioaktif antarabangsa. Plumbum mempunyai rintangan yang lebih tinggi terhadap kesan radioaktif atau kereaktifan. Sumber radioaktif yang lemah boleh diangkat dengan menggunakan penyepit manakala sumber radioaktif yang kuat dan berbahaya mesti dikendalikan dengan menggunakan alat kawalan jauh melalui skrin kaca berplumbum. Perisai plumbum yang tebal juga perlu dipasang di antara sumber radioaktif yang kuat dan pekerja-pekerja yang terdedah kepada sinaran radioaktif. Pakaian pelindung wajib digunakan oleh perkerja-pekerja yang terdedah kepada sinaran radioaktif disamping lencana filem yang mengesan paras keradioaktifan juga wajib dipakai supaya tahap radiasi boleh dikesan serta langkah-langkah keselamatan dapat dibuat dengan serta merta.

Kesimpulan. Masyarakat moden hari ini sangat bergantung kepada sumber bahan api fosil seperti petroleumgas,gas asli,dan orang batu bagi bekalan tenaga. Oleh kerana sumber-sumber tersebu tidak dapat diperbaharui, sumber-sumber itu akan habis selepas sesuatu tempoh masa. Kemungkinan pada akhir abad tau lebih awal. Sumber tenaga alternatif seperti kuasa hidroeletrik, tenaga suria, kuasa angin dan kuasa ombak perlu dibangunkan secukupnya bagi penjanaan tenaga secara besar-besaran. Tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang bersih dan berekonomi apabila dihasilkan secara besar-besaran. Tenaga ini sedang dipertimbangkan sebagai penyelesaian bagi masalah kekurangan tenaga di masa hadapan. Masalah utama dengan tenaga nuklear adalah potensi ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan masyarakat kerana kebocoran sinaran mungkin berlaku semasa kemalangan. Penyokong kuasa nuklear percaya bahawa kuasa nuklear merupakan satusatunya penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga dunia pada masa hadapan. Mereka yakin bahawa ciri-ciri keselamatan yang dibina dalam semua reaktor nuklear pada masa kini adalah mencukupi untuk mengawal sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Pembangkang kuasa nuklear yakin bahawa penggunaan kuasa nuklear terlalu memudaratkan orang ramai . Kuasa nuklear tidak diperlukan dan semua permintaan tenaga masa akan datang dapat dipenuhi dengan meningkatkan penggunaan tenaga alternatif serta penjimatan tenaga. Pada pendapat saya, penggunaan tenaga nuklear boleh dipertimbangkan dengan syarat ia perlu diurus dengan baik serta jauh dari persekitaran manusia seperti di kawasan gurun dengan pelindung raksaksa berplumbum atau pembinaan reaktor bawah tanah seperti rajah di bawah. Selain itu penyelidikan harus diteruskan agar pada suatu masa kelak kita mampu menemui cara untuk menyahkan kesan keradioaktifan. Dalam masa yang sama saya juga tidak bersetuju penggunan tenaga nuklear digunakan dalam masa terdekat sekirannya langkah-langkah keselamatan masih pada tahap sekarang. Pelan keselamatan sedia ada masih belum mencukupi kerana kita masih gagal mengoperasi pelan keselamatan tersebut sepenuhnya seperti yang berlaku di Chernobyl, Ukraine dan Fukushima, Jepun.

Anda mungkin juga menyukai