Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

1.0 APA ITU SINARAN?


• Satu bentuk tenaga yang dipancarkan oleh atom
atau molekul.
• Disebarkan melalui ruang atau jirim sebagai partikel
ataupun gelombang elektromagnet.
• Gelombang cahaya, gelombang radio, sinar infra-red,
gelombang mikro dan sinar-x adalah sinaran.
• Apabila sinaran bertindakbalas dengan jirim, maka
semua atau sebahagian daripada tenaga sinaran akan
diserap oleh jirim.
• Contohnya gelombang mikro dan sinar infra-red boleh
memanas dan membakar tisu hidup.
Samb……
PENGENALAN
1.0 APA ITU SINARAN?
• Sinar-x dan sinar-gamma yang mengubah keadaan fizikal
atom-atom yang dilalui, menjadikan atom-atom tersebut
terion dinamakan sinaran mengion.
• Dalam setengah keadaan, ujudnya ion-ion tersebut boleh
mengganggu proses biologi yang normal.
• Dalam tubuh manusia pengionan atom-atom dalam tisu
hidup boleh menyebabkan perubahan-perubahan kimia
yang boleh merosakkan atau membunuh sel-sel
sekiranya kuantiti sinaran terserap (atau dos) cukup
tinggi.
• Tindakan membunuh sel sebegini adalah asas rawatan
barah dengan menggunakan sinaran
PENGENALAN
1.0 APA ITU SINARAN?
• Sinaran berasal dari berbagai-bagai punca seperti
berikut:
i. Matahari dan angkasa lepas (Cosmic Bay)
ii. Bahan radioaktif semulajadi yang ujud dalam bumi
iii. Makanan dan minuman kita
iv. Aerosol dan gas dalam udara yang kita sedut
v. Bahan-bahan bangunan dalam rumah di mana kita
tinggal dan dalam bangunan di mana kita bekerja
vi. Unsur-unsur radioaktif semulajadi dalam badan kita
vii. Punca-punca sinaran buatan manusia, seperti mesin
sinar-x, radioaktif tiruan dan debu-debu nukleur
PENGENALAN
2.0 JENIS-JENIS SINARAN
• Terdapat berbagai jenis sinaran mengion yang masing-
masing mempunyai ciri-ciri atau sifat yang berbeza di
antara satu sama lain.
• Sinaran-sinaran mengion ini dapat dikelaskan kepada
dua jenis iaitu:
i Sinaran yang berbentuk partikel atau sinaran partikel
Terdapat 3 jenis sinaran ini.
ii Sinaran elektromagnetik
Terdapat 2 jenis sinaran ini.
i. Sinaran yang berbentuk partikel atau sinaran partikel
a. Sinaran Alpha
 Terdiri dari 2 neutron dan 2 proton bercas positif yang agak berat
berdasarkan skalar neukleur
PENGENALAN
2.0 JENIS-JENIS SINARAN
 Kuasa penembusan sinaran alpha adalah sangat kecil ataupun
lemah iaitu mungkin hanya boleh menembusi permukaan kulit dan
boleh diberhentikan sepenuhnya oleh sekeping kertas.
 Jika bahan-bahan pemancar alfa masuk ke dalam tubuh melalui
pernafasan atau melalui makanan atau minuman, tisu sebelah
dalam akan menerima dadahan secara langsung dan amat
bahaya tubuh.
 Contoh bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran alfa adalah
seperti Radium-226 dan Uranium-238
b. Sinaran Beta
 Sinaran beta terdiri dari elektron yang bergerak pantas.
 Sinaran beta lebih tinggi kuasa penembusannya berbanding
dengan partikel alfa dan berupaya menembusi 1-2 sentimeter air.
 Pada amnya, sekeping aluminium yang tebalnya hanya beberapa
milimeter boleh memberhentikan sinaran beta.
 Contoh bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran beta adalah
seperti Promethium-147 atau Tritium
PENGENALAN
2.0 JENIS-JENIS SINARAN
c. Neutron
 Neutron adalah partikel berat tanpa cas yang berasal daripada
neukleus setiap atom.
 Neutron hanya mempengaruhi pengionan secara tidak langsung
dalam atom yang dilanggarnya dan dengan demikian boleh
merosakkan tisu badan.
 Kuasa penembusannya amat tinggi.
 Pada amnya, perisai yang digunakan untuk menahan neutron
adalah konkrit, air ataupun wax.
 Contoh bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran neutron
adalah seperti Americium-Berillyium(241)

 Kebanyakan punca-punca sinaran neutron digunakan di dalam


industri carigali minyak
PENGENALAN
2.0 JENIS-JENIS SINARAN
ii. Sinaran Elektromagnetik
 Sinaran ini tidak mempunyai jisim seperti yang terdapat pada
sinaran partikel. Di antara:
a. Sinaran Gamma
 Satu bentuk sinaran elektromagnetik, sama seperti sinar x.
 Berasal dari berasal dari nukleus atom-atom yang tidak stabil.
 Ia mempunyai tenaga yang cukup untuk mengion kerana
mempunyai “wavelength” yang pendek jika dibandingkan dengan
cahaya ataupun gelombang radio.
 Sinar gamma mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan
boleh menembusi badan manusia.
 Ia dapat dihalang ataupun diserap oleh bahan-bahan seperti
kepingan plumbum, konkrit ataupun besi
PENGENALAN
2.0 JENIS-JENIS SINARAN
 Sinaran ini mempunyai banyak kegunaan dan ia digunakan
dengan meluas di dalam industri perkilangan,industri radiografi
dan pensterilan.
 Contoh bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran gamma
adalah seperti Kobalt-60, Iridium-192, Caesium-137
b. Sinar-X
 Satu bentuk sinaran elektromagnet.
 Berasal daripada elektron yang bergerak pantas berlanggar
dengan nukleus di dalam logam-logam tertentu.
 Mempunyai kuasa penembusan yang tinggi seperti sinar gamma.
 Perisai yang boleh digunakan adalah sama seperti yang
digunakan untuk sinar gamma.
 Pada umumnya, sinar-x banyak digunakan untuk kegunaan
perubatan, industri radiografi dan industri elektronik.
PENGENALAN
3.0 UNIT-UNIT SINARAN
 Terdapat berbagai unit sinaran yang digunakan di dalam konsep
radiologikal.
 Kefahaman tentang unit-unit sinaran yang digunakan adalah
penting untuk membezakan sesuatu unit dengan unit yang lain.
i. Aktiviti
 Aktiviti sesuatu bahan radioaktif ditentukan oleh bilangan
disintegrasi dalam sesuatu tempoh masa.
 Atau aktiviti ini boleh dimaksudkan sebagai kekuatan sesuatu
bahan radioaktif.
 Tenaga bahan radioaktif itu sendiri juga mempengaruhi
kekuatannya.
 Unit lama yang digunakan untuk aktiviti ialah Curie(Ci). Ia
digunakan dengan meluas hingga sekarang.
 Unit dalam (SI) telah diganti dengan Becquerel(Bq) di mana
1Bq=1disintegrasi perunit
PENGENALAN
3.0 UNIT-UNIT SINARAN
 1 Curie = 3.7 x 1011 Becquerel
 Aktiviti juga berkaitrapat dengan konsep separuh hayat yang
mempengaruhi kekuatan sesuatu bahan radioaktif.
 Separuh hayat ialah masa yang diambil oleh sesuatu bahan
radioaktif untuk menyusut nilai aktivitinya kepada separuh nilai
daripada asalnya.
 Sebagai contoh, Kobalt-60 mempunyai nilai separuh hayat 5.3
tahun.
 Katakan nilai asal aktiviti Kobalt-60 adalah 20 Curie, jadi selepas
5.3 tahun nilai aktivitinya akan menyusut kepada 10 Curie iaitu
separuh dari nilai asalnya.
 Setengah hayat bagi bahan radioaktif tidak lama antara satu sama
dengan lainnya.
 Ia mempunyai julat dari saat ke juta tahun.
PENGENALAN
3.0 UNIT-UNIT SINARAN
 Pada amnya kebanyakan bahan radioaktif yang mengeluarkan
sinaran dengan daya penembusan yang tinggi memerlukan
perisai yang sangat tebal, tetapi susutannya berlaku amatlah
cepat untuk mencapai ke paras stabil
 Bagi bahan-bahan radioaktif yang berhayat panjang pula ia
mengeluarkan sinaran sedikit demi sedikit dengan kuasa
penembusan yang rendah dan merbahaya jika ia masuk ke
dalam badan
ii. Dedahan (Exposure)
 Unit yang digunakan adalah Roentgen(R).
 Unit ini mengukur ionisasi sinar-x dan gamma sahaja di dalam
udara.
 Unit Roentgen adalah sangat besar, jadi pada amnya unit
milliroentgen (mR) digunakan dengan meluas.
 Unit ini tidak sesuai digunakan untuk mengukur tenaga yang
diserap (ionisasi) di dalam tisu badan manusia.
PENGENALAN
3.0 UNIT-UNIT SINARAN
iii. Dos Terserap
 Unit yang digunakan adalah Rad (Radiation Absorbed Dose).
 Unit lain yang digunakan adalah Gray(Gy).
1 Gray=100Rad

iv. Dos Setara (Dose Equavalent)


 Unit SI yang digunakan adalah Sievert (Sv).
 Unit lain yang digunakan ialah Rem.
 Kedua-dua unit ini mengukur dos terserap di dalam tisu badan
 Ia juga digunakan dengan meluas sebagai unit untuk
menerangkan dos biologikal
1 Sievert = 100Rem
 Dos setara adalah hasil darab di antara Dos terserap dengan
Kualiti Faktor sesuatu jenis sinaran
PENGENALAN
3.0 UNIT-UNIT SINARAN
 Kualiti Faktor boleh dimaksudkan sebagai keupayaan sesuatu
jenis sinaran untuk menyebabkan kerosakan atau kemudaratan
kepada tisu badan.
 Tiap-tiap jenis sinaran mempunyai kualiti faktornya yang tertentu.
 Kualiti Faktor Untuk Jenis Sinaran Tertentu
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
 Kebanyakkan pengguna~pengguna bahan radioaktif yang ditemui
mempunyai pengetahuan yang sangat terhad berkenaan
dengan kesan-kesan biologi yang boleh didapati akibat dedahan
kepada punca-punca sinaran.
 Ini mengakibatkan mereka membuat andaian sendiri dan
merasa takut untuk bekerja dengan menggunakan punca-punca
sinaran.
 Terdapat juga yang membuat andaian mengatakan bahawa
sinaran tidak dapat memberikan apa-apa kesan kepada tisu
badan manusia.
 Andaian-andaian yang dibuat tanpa mendapat gambaran yang
sebenarnya dari pakar-pakar perlindungan sinaran boleh
memberikan akibat yang buruk kepada seseorang dari fizikal
mahupun psikologi.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
i. Kesan Biologi
 Apabila berlakunya proses pengionan, bermakna terjadi
perubahan kimia di dalam tisu-tisu hidup.
 Ini boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sel-sel.
 Sasaran yang genting sekali di dalam sel adalah molekul-
molekul DNA.
 Struktur DNA ini terdapat di dalam tiap-tiap sel.
 Ia bertugas sebagai pembawa maklumat-maklumat yang
diperlukan bagi pembesaran dan pembahagian sel-sel, untuk
pertumbuhan, mengawasi perjalanan, fungsi-fungsi, sel supaya
teratur dan juga untuk pembiakan.
 Apabila DNA mengalami kerosakan selalunya ia senang dibaiki
secara semulajadi, tetapi ada kalanya ia tidak berfungsi lagi
kerana telah mengalami, kerosakan yang teruk.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
 Apabila ia tidak berfungsi, sel tersebut telah mati ataupun berlaku
penjelmaan pada sel-sel tersebut.
 Penjelmaan sel bermakna perubahan yang berlaku semasa
organisma-organisma itu masih hidup.
 Salah satu daripada punca kerosakan sel adalah disebabkan oleh
sinaran.
 Sinaran boleh memberi kesan kepada individu-individu yang
menerimanya (kesan somatik) ataupun pada keturunan (kesan
genetik).
 Manusia yang menerima dos sinaran yang tersangat tinggi
dalam masa yang singkat akan mengakibatkan kerosakan pada
usus, sel-sel darah dan tisu-tisu tulang.
 Tanda-tanda awal yang dapat dilihat akibat terkena dos sinaran
yang tinggi ialah kulit terbakar, rambut gugur dan muntah.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
 Bagi sinaran dengan dos yang rendah, dos setempat atau dos
yang tersebar dalam jangka masa yang lama tidak memberikan
kesan atau tanda-tanda awal sepertimana yang disebutkan di
atas.
 Sepanjang pengetahuan kesan sinaran begini belum banyak
diketahui. Walau bagaimanapun dijangkakan bahawa individu
yang menerima sinaran tersebut berkemungkinan besar
mendapat kanser.
 Percubaan­percubaan yang dijalankan ke atas haiwan (tikus)
didapati berlaku kecacatan pada genetik haiwan tersebut.

 Kecacatan genetik dan penyakit kanser ini tidak dapat dikesan


serta merta kerana ia mengambil masa beberapa tahun baru
kecacatan genetik atau kanser ini dapat dilihat atau diketahui.
 Kesan seperti ini dikenali sebagai kesan jangka panjang.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
 Bukti-bukti menunjukkan adanya pertalian di antara sinaran
dengan kanser didapati daripada beberapa Iaporan terkumpul
hasil kajian terhadap beberapa kumpulan manusia seperti:
a. mangsa-mangsa bom atom yang masih hidup di Hiroshima
dan Nagasaki,
b. pesakit-pesakit yang menerima dos sinaran yang tinggi,
c. pekerja-pekeria yang bekerja dengan sinaran radium di dalam
industri jam berluminositi dan pekerja-pekerja lombong
timah,
d. uranium dan fluorspar yang tidak mempunyai peredaran
udara yang baik di dalam lombong.
 Manakala pertalian di antara dedahan sinaran dengan kecacatan
genetik hanya dapat dilihat pada haiwan hasil dari beberapa
kajian yang dijalankan.
 Dijangkakan kesan ini boleh berlaku pada manusia tetapi setakat
ini masih belum ada bukti-bukti yang sah mengenainya.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
Pada amnya terdapat dua jenis kesan biologi yang selalu
diperbincangkan:
Kesan Somatik
Kesan Genetik atau hereditary (keturunan)

Kesan Somatik
a.Kesan somatik adalah kesan yang berlaku kepada individu
yang terdedah kepada sinaran sahaja.

b.Kesan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kesan


awal dan kesan jangka panjang.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
Kesan Awal
–Sinaran sebanyak 10 Sv atau lebih jika disinarkan kepada
sebahagian atau keseluruhan badan di jangkamasa beberapa minit
akan menyebabkan kematian
– Manakala jika dos sinaran sebanyak 3.5 Sv disinarkan pada
manusia ada kemungkinan membawa maut jika lambat dirawat.
–Tetapi jika dos itu (3.5 Sv) disinarkan secara perlahan-lahan
selama setahun maka tubuh boleh menerima kerana tubuh manusia
berupaya membaiki tisu-tisu atau sel-sel yang rosak secara
pemulihan semulajadi.
-Jika 1Sv daripada dos sinaran atau kurang daripada itu disinarkan
untuk pesakit-pesakit bagi tujuan pesakit-pesakit yang terkena sinaran
ini tidak akan menyebabkan kulit terbakar, rambut gugur ataupun sakit
disebabkan sinaran.
-Dari sini dapat dibuat kesimpulan dos sinaran yang Iebih 1 Sv
akan membawa maut
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
b.Jangkapanjang
–Kanser adalah merupakan kesan somatik jangkapanjang yang
penting sekali akibat dedahan sinaran.
–Selain kanser, penyakit katarak mata juga disebabkan oleh
dedahan kepada sinaran iaitu pada takat dos sekitar I Sv.
–Tiada terdapat bukti-bukti dan mangsa bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki menunjukkan hasil dedahan kepada sinaran boleh
menyebabkan masa hayat seseorang itu boleh menjadi pendek.
–Kesan yang diketahui adalah penyakit kanser.
–Di Hiroshima dan Nagasaki para penyelidik telah membuat kajian
selama 30 tahun ke atas 82,000 dari 285,000 mangsa bom yang
masih hidup.
–International Commision on Radiological Protection (ICRP)
merumuskan bahawa satu di dalam 8,000 orang dijangkakan akan
mati akibat kanser apabila didedahkan kepada sinaran semasa
hayatnya dengan tambahan Iebih 10 mSv dan nilai sinaran
latarbelakang.
PENGENALAN
4.0 KESAN-KESAN DARIPADA SINARAN
iv. Kesan Genetik
–Kesan genetik adalah kesan keturunan.

–Kesan genetik akibat daripada dedahan yang dialami oleh induk


hanya dapat dilihat pada haiwan-haiwan.
–Haiwan-haiwan yang dikaji didedahkan kepada sinaran pada dos-dos
dari julat yang tidak merbahaya ke paras dos yang membawa maut.
–Setakat ini tiada bukti-bukti yang menunjukkan kesan genetik ini
berlaku ke atas manusia walaupun kajian telah dibuat ke atas kanak-
kanak mangsa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
–Semua andaian méngenai kesan genetik pada manusia dibuat
bendasarkan kepada keputusan penentuan luar yang diperolehi
daripada kejadian ke atas tikus.
–Penentuan luar yang sedemikian banyak melibatkan ketidakpastian.
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
Terdapat 3 prinsip yang digunakan dalam konsep perlindungan
sinaran (Radiation Protection).
 Prinsip­prinsip ini digunakan untuk memastikan tatacara bekerja
yang selamat dan betul dan juga untuk mengurangkan kadar
dedahan dan pengeluaran sinaran dan sesuatu punca sinaran.
Tiga pninsip tersebut adalah: -
–Masa
–Jarak
–Perisai

i.Masa
–Pada amnya, seseorang tidak seharusnya berada berdekatan
dengan punca sinaran untuk sesuatu masa yang agak panjang/lama.
–Ini boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dedahan/dos yang
tidak sepatutnya didapati dan boleh mendatangkan bahaya kepada
dirinya.
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
–Dedahan/dos yang diterima oleh seseorang adalah berkadar terus
dengan masa.
–Lebih lama seseorang itu berada berdekatan punca sinaran, lebih
banyak dedahan yang akan dihadapinya.
–Dedahan/Dos boleh dikira dengan menggunakan formula yang
diberikan dibawah:
Dedahan/Dos=Kadar Dedahan x Masa
–Sebagai contoh, jika “Survey Meter” memberikan kadar dedahan 5
mR/jam berdekatan sesuatu punca sinaran, seseorang itu akan
mendapat dedahan sebanyak 5 mR dalam satu jam, 10 mR dalam 2
jam dan seterusnya.
–Latihan: Pada hari yang pertama, seseorang pekerja
mendapat kadar dedahan 5 mR/jam selama 15 minit. Pada hari
yang kedua dia mendapat 3 mR/jam selama 30 minit dan pada
hari ketiga mendapat 10 mR/ jam selama 60 minit. Berapakah
jumlah dedahan/dos yang diterima oleh pekerja berkenaan
selama 3 hari tersebut.
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
ii. Jarak
–Jarak adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengurangkan
kadar dedahan.
–Kadar dedahan yang diterima oleh seseorang adalah berkadar
songsang dengan jarak ganda dua.
–Ini bermakna jika kita menggandakan jarak dan sesuatu punca, kadar
dedahan akan berkurangan sebanyak satu perempat daripada kadar
dedahan dan jarak yang asal.
–Sebagal contoh, jika kita menerima 100 mR/jam, 10 meter dan punca
sinaran, kita akan mendapat 25 mR/jam, 20 meter dan punca sinaran
dan seterusnya.
–Formula yang tertera di bawah boleh digunakan untuk mengira kadar
dedahan dan jarak yang diperlukan.
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
D1 r12 = D2r22
di mana D1= kadar dos awal, r1 jarakawal, D2 = kadar
dos akhir, r2= jarak akhir
–Contoh: Suatu punca sinaran memberikan 5 mR/jam pada jarak
3 meter. Berapakah kadar dos padajarak 10 meter?

Dari apa yang dapat difahami daripada soalan di atas, kadar dos awal
adalah 5 mR/jam, jarak awal ialah 3 meter dan jarak akhir adalah 10
meter. Gunakan formula di atas untuk mengira kadar dos akhir seperti
benikut:
D1 r12 = D2r22
5 mR/jam x 9 meter = D2 x 100 meter
Jadi, D2 = 45/100
=0.45 mR/jam
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
Latihan: Suatu punca sinaran memberikafl 3 mR/jam pada jarak
2 meter. Berapakah jarak yang diperlukan untuk mendapatkan kadar
dedahan 5 mR/jam?
iii Perisai (Shielding)
–Kaedah ini digunakan dengan meluas semasa keadaan kecemasan
bertujuan mengurangkan kadar dedahan kepada para pekerja.
–Perisai-perisai yang digunakan bergantung kepada jenis-jenis
punca sinaran yang tertentu.
–Ketebalan perisai yang digunakan juga memainkan peranan penting
untuk memastikan keselamatan para pekerja dan ianya bergantung
kepada kekuatan sesuatu punca sinaran.
–Perisai yang terlampau nipis tidak sesuai digunakan untuk punca
sinaran yang tinggi, begitu juga perisai yang terlalu tebal adalah tidak
prakfikal.
–Oleh yang demikian konsep Half Value Layer (HVL) digunakan
untuk memudahkan pengiraan ketebalan sesuatu perisai.
PENGENALAN
5.0 PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN SINARAN
–Pada amnya, perisai banyak digunakan untuk sinaran gamma dan
sinar-X dengan menggunakan kepingan plumbum dengan ketebalan
tertentu.

–Plumbum sesuai digunakan kerana ia mempunyai ketumpatan


yang tinggi dan kekuatan menyerap sinaran yang dikeluarkan.

Anda mungkin juga menyukai