Anda di halaman 1dari 8

TEMPLATE PERANCANGAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Tahun/Tingkatan: Tahun 5
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
PERINGKAT 1: HASIL YANG DIHARAPKAN

Standard Kandungan: 1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar,


ditonton
dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil Pembelajaran (Perkembangan Pembelajaran)

1.3.1. Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

1.3.2. Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan
yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai.

Kefahaman (Understand): EQ (Essential Questions):

The Big Idea 1. Bagaimanakah suara mempengaruhi


gaya dalam bercerita?
Suara inspirasi gaya
2. Cara menggunakan intonasi yang
betul dalam bercerita?

Pengetahuan (knowledge): Kemahiran (skills):


1. Murid dapat menyebut sebutan yang 1. Bercerita
betul, intonasi dan gaya yang sesuai. 2. Menceritakan
2. Murid dapat membuat gaya yang sesuai
berdasarkan perkara yang didengar,
dibaca dan ditonton.

Kriteria Kejayaan (Success Criteria):

1. Murid bercerita dengan menggunakan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang
sesuai melalui aktiviti personal learning secara individu.
2. Murid menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan
sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai dengan membuat
persembahan kumpulan.
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN

Tugasan Pembelajaran (Task): Evidens Lain:

1. Personal learning 1. Kotak beracun


2. Persembahan kumpulan 2. Rakaman persembahan kumpulan

PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA (WHERE TO)

WHERE Bercerita dan menceritakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

HOOK Menceritakan cerita dongeng atau cerita kanak-kanak yang menarik untuk
menunjukkan contoh sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan gaya
penceritaan yang baik.

EQUIP Melatih kemahiran sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan gaya
penceritaan melalui latihan-latihan.

RETHINK Merakam persembahan murid semasa bercerita dan kemudian mendengar


semula rakaman mereka untuk mengenal pasti kelemahan dan
perkembangan yang perlu mereka buat.

EVALUATE Murid membuat persembahan dan kumpulan lain membuat penilaian


kepada murid tersebut tentang persembahan.

TAILORED - Guru membantu murid lemah dengan membuat aktivit kumpulan.


- Murid cemerlang dibantu oleh guru dengan memberi video
tambahan sebagai aktivti pengukuhan.
- Murid cemerlang membantu murid yang lemah dari segi intonasi,
sebutan dan gaya yang betul.

ORGANIZED Semua murid terlibat dalam aktiviti dijalankan.


- Personal learning
- Persembahan kumpulan
1.0 Pengenalan

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau dikenali sebagai (KPPB) adalah


pelaksanaan yang berlandaskan pada teras pembelajaran bermakna dan kemenjadian
murid yang terdapat dalam Teras TS25. Kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB)
ini merupakan projek Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kementerian Pelarajan
Malaysia (KPM) dibawah program TS25. Program TS25 ini mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan intipati PPPM 2013-2025 iaitu kemenjadian murid dan juga
sekolah berkualiti. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran bermakna pula adalah antara
elemen penting dalam transformasi sekolah. Agenda transformasi Pendidikan menjadikan
kualiti guru sebagai salah satu omponen utama sementelahan kualiti guru berkait rapat
dengan kualiti pengajarannya di bilik darjah. Justeru, di dalam Program TS25, dua konsep
utamanya ialah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

2.0 Proses Merungkai Kurikulum Menggunakan Backward Design

Backward Design merupakan model bagi mereka untuk membentuk bahan-bahan


pengajaran di mana guru memulakan proses mereka bentuk dengan memberi fokus dalam
hasil pembelajaran yang diharapkan. Dalam Backward Design mempunyai 3 peringkat iaitu
peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.

2.1 Peringkat 1: Hasil Yang Diharapkan

Bagi memastikan kefahaman guru terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran (DSKP), guru perlulah mengrungkainya terlebih dahulu. Oleh sebab itu, merujuk
kepada DSKP Bahasa Melayu terdapat beberapa komponen lengkap bagi setiap tahun
persekolahan. Ia mengandungi penerangan kurikulum, lajur standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi. Guru haruslah memahami DSKP untuk mengenalpasti
hasil pembelajaran, soalan pencetus idea, pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan kriteria
kejayaan yang akan diimplementasikan untuk memastikan proses PdP berjalan lancar.
Maka, berdasarkan perancangan Pdp-Kmr, penulisan telah merungkai subjek Bahasa
Melayu tahun lima dan kandungannya menggunakan KPPB.
Jadual 1: Hasil Yang Diharapkan Peringkat 1

Berdasarkan jadual di atas merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan.


Guru mendefinisikan hasil pembelajaran yang dikehendaki atau matlamat akhir
pembelajaran dengan meletakkan satu standard kandungan dan semua standard
pembelajaran yang berada dibawah point SK. Selepas itu guru perlu menetapkan Big Idea
yang perlu dicapai oleh murid-murid. Bagi mencapai perkara ini, guru perlu memikirkan apa
yang perlu dilakukan di essential question yang akan merangsang inkuiri dan memandu
kefahaman murid ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Seterusnya, guru juga akan
menetapkan pengetahuan dan kemahiran yang disasarkan untuk murid-murid peroleh di
bawah standard kandungan dan kefahaman. Oleh itu, apabila wujudnya soalan-soalan
berfokus tentang topik yang ingin diajar, ia akan membimbing murid kepada pengetahuan
dan kemahiran yang disasarkan. Seterusnya, kriteria kejayaan merupakan elemen kecil
daripada objektif pembelajaran, di mana guru dapat berkongsi bersama murid bagi
memudahkan rujukan bersama sepanjang sesi pembelajaran.

2.3 Peringkat 2: Bukti Pentaksiran

Jadual 2: Bukit Pentaksiran Peringkat 2


2.4 Peringkat 3: Pelan Pembelajaran Bermakna (WHERE TO)
Jadual 3: Pelan Pembelajaran Bermakna WHERE TO

Pada peringkat 3 ini, guru akan merancang aktiviti pembelajaran berasakan 4


elemen moden rekabentuk pembelajaran bermakna, iaitu rakan pembelajaran, persekitaran
pembelajaran, memanfaatkan kemudahan digital dan amalan pedagogi dengan WHERE
TO. Berikut adalah komponen-komponen dari peringkat 3 WHERE TO dalam pelan
pembelajaran bermakna yang dikaitkan dengan 4 elemen reka bentuk.

Elemen pertama dalam reka bentuk ialah rakan pembelajaran yang dapat dikaitkan
dengan peringkat evaluate. Hal ini kerana, murid membuat persembahan dan kumpulan lain
memberikan penilaian. Ini menciptakan kerjasama antara murid-murid dalam proses
pembelajaran, dan mereka dapat belajar satu sama lain. Di sini, rakan pembelajaran
berkontribusi pada penilaian satu sama lain.

Selain itu, elemen kedua dalam reka bentuk ialah persekitaran pembelajaran yang
boleh dikaitkan dengan langkah organized, di mana guru akan memastikan semua murid
terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dengan ini, ia dapat menciptakan persekitaran
pembelajaran yang inklusif di mana setiap murid dapat melibatkan diri dengan persekitaran
pembelajaran bagi membantu perkembangan kemahiran bercerita dengan sebutan yang
betul serta intonasi dan gaya yang sesuai.

Seterusnya, bagi elemen ketiga iaitu memanfaatkan kemudahan digital yang boleh
dikaitkan dengan tailored. Elemen ini dapat dilihat saat guru memberikan video tambahan
kepada murid cemerlang sebagai aktiviti pengukuhan. Guru juga memberikan bantuan yang
bersesuaian dengan kebutuhan murid seperti murid cemerlang membantu murid yang lemah
dari segi intonasi, sebutan dan gaya yang betul di dalam kumpulan. Selain itu, rethink juga
dapat dikaitkan dengan elemen amalan pedagogi, di mana guru merakam persembahan
murid, kemudian mendengar semula rakaman mereka untuk mengenal pasti kelemahan dan
perkembangan yang apa mereka buat.

Elemen reka bentuk terakhir iaitu amalan pedagogi yang dapat dikaitkan dengan
where, hook, dan equip. Guru menceritakan cerita dongeng dan melibatkan murid dalam
semua aktiviti untuk melatih kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya penceritaan. Ini
menggambarkan amalan pedagogi yang melibatkan pengajaran langsung dan penglibatan
murid dalam pembelajaran aktif. Amalan pedagogi ini cukup melatih murid dalam kemahiran
sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan gaya penceritaan melalui latihan-latihan.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Rangka Perancangan (KMR) dalam pelan pembelajaran bermakna
adalah pendekatan perancangan kurikulum yang bertujuan untuk menciptakan pengalaman
belajar yang bererti dan relevan kepada murid. Pendekatan ini memfokuskan pada
pengembangan pemahaman, penyelesian masalah, dan aplikasi pengetahuan dalam
konteks dunia nyata. Oleh itu, amalan pedagogi dan persekitaran pembelajaran baru serta
kini juga harus dijadikan kebiasaan kepada golongan guru dalam usaha meningkatkan
kemenjadian murid. Hal ini bertepatan dengan wujudnya kemahiran merungkai dan
merangkai kokurikuum yang mempunyai banyak manfaat untuk pendidikan pada era ini.
Dengan menghubungkan peringkat "WHERE TO" dengan elemen-elemen model reka
bentuk pembelajaran bermakna ini, guru dapat menciptakan rencana pembelajaran yang
lebih komprehensif dan efektif yang menggabungkan aspek sosial, teknologi, dan
pendekatan pedagogi untuk mengembangkan kemahiran mendengar dan bertutur murid.

Rujukan

Access to this page has been denied. (n.d.). Access to this page has been denied.
https://www.studocu.com/my/document/institut-pendidikan-guru-kampus-kent/bidang-dan-
pentaksiran-pendidikan-seni-visual/penulisan-pedagogi/40838344

Mohd Misyuari. (2020, December 17). Analisis Empat Elemen model Rekabentuk
Pembelajaran Bermakna. Scribd. https://www.scribd.com/document/488484091/Analisis-
Empat-Elemen-Model-Rekabentuk-Pembelajaran-Bermakna

Michael, N. A., & Libarkin, J. C. (2016). Understanding by Design: Mentored implementation


of backward design methodology at the university level. Bioscene: Journal of College
Biology Teaching, 42(2), 44-52.

Anda mungkin juga menyukai