Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN TUTORIAL

EDUP2082
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PUAN ROHANA BINTI KHALID

NO. NAMA NO. KAD MATRIK


1 MASLINA BINTI HADJIROL D21072274
2 JOVIANA JUANIS D21072279
3 MARDIATUL BINTI MALIKIN D21072277

1
1. Berdasarkan pemerhatian di dalam bilik darjah jelaskan pelbagai
mekanisme hela bela diri yang digunakan oleh murid anda yang mempunyai
konsep kendiri negatif.

Budaya “Helah Bela Diri” satu budaya yang sering diamalkan di sekolah
khususnya bagi murid-murid sekolah rendah atas tujuan utama untuk
“menyelamatkan diri”. Sebagai contoh, murid-murid banyak memberikan alasan
apabila diminta untuk menghantar latihan yang diberikan seperti tertinggal buku,
kawan pinjam, pensel tiada, kerja rumah tidak siap sebab jaga adik dan
sebagainya. Situasi ini merupakan realiti yang sering dihadapi oleh guru-guru di
sekolah.

Antara konsep penting dalam kajian psikologi ialah helah bela diri (defense
mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi
perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya
terhad kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen
kendiri dalam proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa
autonomi yang lebih tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka
pula menjadi lebih rendah.

Helah bela diri boleh ditakrifkan sebagai topeng kepada si pemakai untuk
menyembunyikan wajah sebenar. Terdapat pelbagai jenis topeng yang bertukar
ganti berdasarkan tujuan tertentu. Murid sekolah tidak terkecuali dengan helah ini.
Sebagai murid, dalam banyak keadaan mereka berada dalam kedudukan yang
tidak memihak (disadvantage). Murid ditetapkan dengan sejumlah kod tingkah
laku, peraturan dan etika. Murid perlu mengawal diri dalam ruang bilik darjah
supaya proses pembelajaran dapat diterima sepenuhnya.

Antara kesan negatif penggunaan helah bela diri ini adalah menggalakkan
seseorang murid itu menjadi penipu. Apabila murid berada dalam situasi yang
tertekan mereka akan memilih untuk menggunakan helah bela diri sebagai topeng
bagi menyembunyikan wajah sebenar atau keadaan sebenar mereka.

Penggunaan helah bela diri juga boleh menyebabkan kurangnya rasa yakin
dan perasaan rendah diri yang berpanjangan pada murid tersebut. Sifat rendah
diri yang keterlaluan boleh menjadikan murid tersebut susah untuk bergaul dengan
murid lain, kurang keyakinan diri, kurang kawan dan sebagainya. Sekiranya
dibiarkan dan tidak dipandang ia boleh mendatangkan kesan tidka baik kepada
personaliti seseorang murid.

2
Implikasi mekanisme helah bela diri terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru-guru harus mengenali dan
menangani pelbagai jenis helah bela diri ini. Dengan itu, guru berperanan untuk
menyelesaikan masalah penggunaan budaya ini supaya tidak memberi kesan
yang negatif kepada murid.

Kesimpulannya, helah bela diri ini sentiasa digunakan oleh individu untuk
mempertahankan harga diri. Namun ianya tidak boleh digunakan pada setiap
situasi kerana akan memberikan kesan negatif. Helah belah diri ini hanya
membantu menghilangkan kebimbangan yang bersifat sementara namun tidak
dapat menyelesaikan masalah.

3
2.  Bincangkan peranan guru dalam mencorakkan konsep kendiri positif
dalam kalangan murid di dalam bilik darjah.

Dalam sistem pendidikan di negara kita penumpuan terhadap dasar


pendidikan untuk melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah jelas berdasarkan apa yang
tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen akhlak, moral dan nilai-
nilai mumi merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai.

Satu daripada aspek penting yang jelas dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan itu ialah pembentukan insan berakhlak mulia. Oleh itu, kepentingan
penghayatan nilai muri dalam kalangan manusia amat penting dan guru
merupakan antara medium yang sangat penting dalam pembentukan nilai yang
positif dalam diri murid daripada bangku sekolah lagi. Matlamat penerapan nilai-
nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga
warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP), seseorang guru harus


melalui pengalaman semasa berhadapan dengan murid-murid yang bersifat
konsep kendiri negatif. Konsep kendiri negatif boleh ditafsirkan sebagai satu corak
tingkah laku murid yang melakukan kesalahan atau tindakan, tindak tanduk yang
menyalahi undang-undang, peraturan, tingkah laku yang lari atau menyimpang
daripada norma-norma rutin manusia serta berkanotasi negatif yang timbul
daripada murid itu sendiri sama ada daripada pengaruh dalaman atau pengaruh
luaran.

Guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai


pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar
dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi.
Abd Rahim Abd Rashid (200 I) juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan
perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-
nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang
mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik
dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu
menjadi agenda utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan,
penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah
dan mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru (Abd. Rashid Abd Rahim,
2001 ).

4
Dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai
mumi, guru merupakan orang yang penting dalam melaksanakan strategi KBSM
ini. Guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak
diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md.Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj.
Mahyuddin, 1996). Lickona (1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru
sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan
mentor; mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, membina kelas yang
bercirikan demokrasi, mengajar nilai merentas kurikulum, menggunakan
pembelajaran kooperatif, membina 'conscience of craft', memupuk keprihatinan
melangkaui batas kelas serta membina budaya moral yang positif di sekolah.

Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti, konsep kendiri negatif murid


perlu diubah kepada konsep kendiri positif. Seseorang guru perlu kreatif dalam
merancang pengajaran dan pembelajaran agar konsep kendiri positif berjaya
dibentuk dengan berkesan. Antara langkah dominan yang relevan dilaksanakan
ialah membina hubungan berkesan antara guru dan murid. Sebagai seorang guru,
kepekaan dalam mengawasi murid terhadap kesukaran dan masalah yang
dihadapi seperti ketakutan, kecelaruan dan kekeliruan implisit perlu ditangani
dengan berkesan.

Seterusnya, guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang


terdapat pada murid kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama
lain. Kesilapan guru ialah selalu mengandaikan murid-muridnya dalam sebuah
kelas adalah sama. Hal ini akan membawa kepada pembentukan konsep kendiri
yang salah. Oleh yang demikian, guru perlu memperbetulkan tanggapan yang
salah ini serta guru mestilah memainkan peranan penting untuk membantu kanak-
kanak dalam membentuk konsep kendiri yang positif.

Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pelajar yang berpusatkan murid.
Apabila murid diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya di dalam bilik
darjah, ia dapat monolong kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik.
Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk meneroka kebolehan dan
menggunakan bakat yang unik yang ada dalam setiap kanak-kanak. Aktiviti luar
bilik darjah seperti aktiviti kokurikulim juga dapat menanamkan sikap yang positif
dalam diri murid-murid. Aktiviti-aktiti yang memerlukan murid-murid bekerja dalam
kumpulan, menyelesaikan masalah, berdikari, berdisiplin, tolong-menolong dan
menonjolkan sifat kepimpinan akan membantu murid membina konsep kendiri
yang positif.

5
Guru juga perlu memberi galakan positif, bantuan dan sokongan kepada
murid yang menghadapi masalah konsep kendiri negatif. Contohnya murid yang
tiada semangat setelah gagal dalam peperiksaan. Guru boleh berperanan sebagai
pendamping untuk menaikkan semangat dalam pembelajaran sama ada secara
kumpulan besar, kumpulan kecil atau individu. Seseorang guru juga boleh
membentuk hubungan dan interaksi positif dalam kalangan rakan murid untuk
menzahirkan konsep kendiri positif baik secara langsung atau tidak langsung.

Oleh itu, guru perlu memberi sokongan dan dorongan kepada diri murid
tersebut serta membimbing dan menasihati mereka supaya murid-murid
merasakan diri mereka berkebolehan dan berkeyakinan. Justeru, hal ini akan
membantu membina watak murid yang sihat dalam semua perkembangan.

Kepelbagaian jenis dan budaya sekolah yang wujud haruslah menekankan


ke arah pembentukan nilai mumi pelajar. Guru yang mengajar dari pelbagai mata
pelajaran, pengalaman mengajar dan personaliti guru haruslah berperanan
memberi kesedaran tentang nilai dan moral kepada pelajar di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Hasil dari keprihatinan terhadap
penanaman nilai dan moral akan memberi kesan yang positif di dalam
pembangunan nilai pelajar.

Anda mungkin juga menyukai