Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan perubahan fizikal, kognitif, dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya bersifat lemah pada awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan, dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, dewasa, dan berakhir dengan detik kematian. Sudah menjadi lumrah, kanak-kanak yang dilahirkan sentiasa berkembang dari saat kelahirannya hinggalah ia dewasa. Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang unik dan istimewa di mana ia akan berubah mengikut tahap-tahap yang ditetapkan secara semulajadi dan seterusnya mewujudkan keseimbangan terhadap kanak-kanak tersebut. Ini juga menunjukkan kita bahawa alangkah indahnya kebesaran dan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.

1.1 Konsep Pertumbuhan Kanak-Kanak. Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf otak. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan- perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. 1

Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti.

1.2 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak. Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan didenifnisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral, dan sosial. Karl E. Garrison pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. 2

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long (1978) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif, dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.1 Faktor Baka.


Ahli psikologi perkembangan yang berpegang kepada pengaruh persekitaran menekankan bahawa tret personaliti, kecerdasan, dan lain-lain terbentuk melalui genetik sebelum lahir. Malahan, mereka menekankan bahawa aspek-aspek fizikal, khususnya, diwarisi daripada ibu bapa, nenek dan moyang mereka, seperti ketinggian, bentuk badan dan warna mata seseorang. Bagi menyokong pendapat mereka, ahli psikologi tersebut merujuk kepada kajian ke atas kanak-kanak kembar seuri yang dibela secara berasingan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar kecerdasan dan temperamen akan di warisi.

2.2 Faktor Persekitaran.


Kumpulan ahli psikologi yang kedua menyokong pendapat bahawa aspek-aspek perbezaan individu yang biasanya dipengaruh oleh persekitaran seperti, budaya, norma keluarga, media massa, pada umumnya bersifat sosial, kerohanian dan emosional. Faktor-faktor seperti amalan menjaga anak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi keluarga dan kualiti sekolah merupakan penentu penting bagi perkembangan kognitif dan sosial seseorang individu. Ahli psikologi tersebut sering merujuk kepada kajian berkaitan dengan anak angkat di mana hasil kajian menunjukkan bahawa IQ kanak-kanak yang dibela oleh keluarga angkat adalah sama dengan ahli keluarga angkat mereka. 4

3.0 HASIL KAJIAN


Dalam tugasan Perkembangan Kanak-Kanak yang telah diberikan kepada saya ini, saya diminta untuk melakukan kajian perkembangan bahasa terhadap 4 orang pelajar yang dipilih oleh saya. Saya telah memilih dua orang pelajar berumur 8 tahun dari kelas yang sama dan dua orang pelajar berumur 9 tahun juga dari kelas yang sama. Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan terhadap 4 orang pelajar tersebut, saya mendapati bahawa perkembangan keempat-empat mereka berlainan walaupun ada dari golongan umur dan juga kelas yang sama. Pelajar 1 : Muhammad Haziqduddin Bin Mohamad Nor (9 tahun) Pelajar 2 : Lailatul Qadri Binti Mohd (9 tahun) Pelajar 3 : Nik Muhammad Irfan Bin Nik Rosli (8 tahun) Pelajar 4 : Suryani Binti Mohd Yusri (8 tahun)

Untuk kajian yang dijalankan, saya telah menyediakan 3 borang untuk menguji perkembangan bahasa dari segi kognitif dan sosio-emosi mereka. Borang A, Borang B, dan Borang C.

3.1 Borang A.
Borang ini merupakan borang pemerhatian penggunaan bahasa pelajar. Hasil daripada Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran kerana budaya di sekolah itu yang tidak menerapkan penggunaan Bahasa Melayu standard. Ini dapat dibuktikan dengan teori B.F.Skinner (1957) yang mewakili perspektif behaviorisme. Beliau berpendapat bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor alam sekitar. Menurut beliau, bahasa seperti tingkah laku yang lain, iaitu dikuasai melalui pelaziman operan. Kanak-kanak akan meniru perkataan orang yang lebih dewasa bagi menguasai ayat yang lebih kompleks. Oleh itu, dialek yang digunakan di sekolah tersebut, mempengaruhi percakapan pelajar-pelajar terbabit dan sukar untuk mereka menggunakan Bahasa Melayu standard kerana mereka sudah terbiasa dengan persekitaran mereka. borang ini, saya dapati bahawa keempat-empat pelajar terbabit, menggunakan dialaek tempatan walaupun berada di dalam sesi pembelajaran Bahasa

3.2 Borang B.
Di dalam borang ini, keempat-empat pelajar diminta untuk menyebut nama penuh, umur, tarikh lahir, alamat rumah, mengenali dan membezakan anggota badan, mereka juga diminta untuk mengingati seni kata lagu. Seterusnya, aktiviti mereka di dalam kelas juga diperhatikan.

Hasil daripada kajian, didapati bahawa Pelajar 1, 2, 3, dan 4, dapat menyebut nama dan umur serta dapat membezakan anggota badan mereka. Tetapi kesemua mereka tidak dapat memberitahu tarikh lahir kerana tidak ingat akan tarikh lahir masingmasing. Manakala apabila mereka diminta untuk memberitahu alamat rumah dengan betul, hanya Pelajar 3 sahaja yang dapat memberitahu alamat rumahnya dengan betul. Bagi tiga lagi pelajar iaitu Pelajar 1,2, dan 4, mereka tidak dapat memberitahu alamat rumah kerana mereka tidak tahu akan alamat rumah mereka. Bagi soalan yang ke-6 pula, mereka diminta untuk mengingati seni kata lagu. Bagi soalan ini, hanya seorang pelajar sahaja yang tidak dapat mengingati seni kata lagu iaitu Pelajar 2. Manakala untuk Pelajar 1,3, dan 4 , mereka dapat mengingati seni kata lagu yang dinyanyikan, tetapi tidak begitu lancar. Berdasarkan kajian ini, saya menggunakan teori pemprosesan maklumat dengan perkembangan bahasa yang diperkenalkan oleh R.M.Gagne (1916-). Mengikut teori beliau, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Oleh itu, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

3.3 Borang C.
Borang ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ujian kosa kata bergambar, ujian kosa kata lisan, ujian perkataan, dan ujian cerita. Ujian perkataan dan ujian cerita termasuk di dalam kategori memori verbal. Jawapan yang diberikan menunjukkan tahap kematangan mereka. 7

Di dalam ujian kosa kata bergambar, kesemua pelajar terbabit, dapat memberikan jawapan yang betul. Contohnya, gambar yang ditunjukkan adalah jam, dan jawapan yang diberikan adalah jam loceng dan jam meja. Mereka menjawabnya dengan jawapan yang betul, malah menggunakan idea sendiri untuk menggambarkan jam tersebut. Bagi ujian kosa kata lisan pula, kesemua mereka tidak dapat menjawab keseluruhan soalan dengan betul, tetapi mereka masih lagi menggunakan idea sendiri untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan itu. Manakala bagi ujian memori verbal iaitu ujian perkataan, keempat-empat mereka dapat mengulang kembali semua perkataan yang disebutkan kepada mereka. Dan ujian yang terakhir adalah ujian cerita. Bagi ujian ini, mereka diminta untuk menceritakan semula kepada penguji cerita yang telah dibacakan kepada mereka. Hanya Pelajar 1 sahaja yang Berjaya menceritakan semula keseluruhan cerita tetapi tidak begitu lancar. Bagi tiga lagi pelajar iaitu Pelajar 2, 3, dan 4, mereka tidak dapat meenceritakan semula cerita tersebut. Dengan itu, saya telah menggunakan teori kematangan biologi yang

diperkenalkan oleh Arnold Gesell (1880-1961). Beliau menyifatkan baka dan kematangan adalah faktor yang penting dalam menentukan perkembangan kanakkanak. Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Di sebabkan itu, keempat-empat pelajar yang saya uji, ada yang memberikan jawapan yang berilmiah dan ada juga yang menunjukkan ketidak matangan mereka.

4.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Berdasarkan ujian yang telah saya lakukan, saya dapati bahawa implikasi perkembangan kanak-kanak ini berbeza-beza. Ada yang sangat aktif untuk melibatkan diri dalam perbincangan di dalam kelas, ada pula yang ingin mencuba tapi kerana tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan, mereka malu untuk melibatkan diri, dan ada pula yang langsung tidak melibatkan diri. Selain itu, terdapat kanak-kanak yang matang awal dari usianya, dan ada yang usia lebih tua, tapi tahap kematangannya belum lagi mencapai standard yang diinginkan. Contohnya, terdapat beberapa orang pelajar tahun 2 yang sudah pandai untuk melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan semasa ketiadaan guru di dalam kelas berbanding pelajar tahun 3 atau 4 yang keluar kelas dan berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah semasa ketiadaan guru di dalam kelas. Seterusnya, terdapat sekumpulan pelajar yang boleh berfikir secara kreatif berbanding rakan sekelas yang lain walaupun usia mereka baru menjangkau 8 tahun. Pelajar yang berfikiran kreatif ini dapat melaksanakan tugas dengan baiknya apabila diminta oleh seorang guru untuk melukis lukisan yang bertemakan Rumah Saya. Guru ini meminta setiap pelajar itu melukis lukisan tersebut dengan imaginasi sendiri dan lukisan itu perlulah dihasilkan secara kreatif. Di samping itu, terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan implikasi yang telah saya nyatakan di atas. Antara teori yang saya gunakan adalah teori pembelajaran kognitif oleh Jean Piaget (1896-1980). Beliau menyatakan bahawa isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkritkepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu. 9

Menurut Piaget lagi, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Bagi teori perkembangan sosio-emosi yang diasaskan oleh Erik Erikson (19021994), beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Beliau juga menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat iaitu percaya vs tidak percaya (0-18 bulan), autonomi vs malu / ragu (18 bulan- 3 tahun), inisiatif vs serba salah (3-6 tahun), rajin vs rendah diri (6-11 tahun), identiti vs kekeliruan identiti (12-20 tahun), mesra vs keseorangan (21-35 tahun), generativiti vs inaktiviti (35-60 tahun),integrity vs putus asa (masa tua). Berbeza dengan teoris-teoris perkembangan yang lain, Erikson merupakan orang pertama yang mengenal pasti perkembangan sebagai tugas berterusan sepanjang hayat manusia. Manakala teori perkembangan bahasa : perspektif nativisme yang diasaskan oleh Noam Chomsky (1928-) berpendapat bahawa kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka. Kajian struktur otak manusia telah membuktikan bahawa otak mempunyai dua struktur spesifik, iaitu kawasan Broca yang mengawal pengeluaran bahasa, sedangkan kawasan Wernicke adalah bertanggungjawab untuk mengiter-pretasi bahasa. Menurut beliau, kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat yang kompleks jika diajarkan secara langsun, atau dikuasai oleh kanak-kanak itu sendiri. sebaliknya kanak-kanak dilahirkan dengan instrument memperolehi bahasa (language acquisition devise : LAD), suatu sistem semula jadi yang mengandungi satu set peraturan yang sama untuk semua bahasa. 10

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, saya berjaya untuk menyiapkan tugasan Perkembangan Kanak-Kanak yang diberikan ini. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat yang amat berguna. Antaranya, saya dapat mengenal subjek Perkembangan Kanak-Kanak dengan lebih terperinci. Sebelum ini, saya tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini kerana saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini juga, saya dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas untuk difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan. Sebelum ini, saya fikirkan bahawa perkembangan dan pertumbuhan itu merupakan suatu perkara yang sama. Setelah saya menyiapkan tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa perkembangan dan pertumbuhan itu adalah suatu perkara yang berbeza. Mengetahui perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Di samping mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa guru yang bakal lahir pada masa hadapan adalah guru yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

11

Selepas Berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung, tugasan ini telah membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengenai perkembangan kanak-kanak. Faktor perkembangan kanak-kanak memang perlu saya ketahui dan kuasai untuk memudahkan saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Akhir kata, saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang diharungi.

12

RUJUKAN

BUKU :
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Mok Soon Sang (2010). Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

URL :
http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanak-kanak

http://www.docstoc.com/docs/56670348/perkembangan-kanak-kanak

http://amaljaya.com /faktor-faktor-yang mempengaruhi perkembangan-kanak-kanak

ISI KANDUNGAN
BIL. 1 1.0 PENGENALAN 1.1 KONSEP PERTUMBUHAN KANAK-KANAK 1.2 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KANAKKANAK 2.1 FAKTOR BAKA 2.2 FAKTOR PERSEKITARAN 3 3.0 HASIL KAJIAN 3.1 BORANG A 3.2 BORANG B 3.3 BORANG C 4 5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK REFLEKSI 4 4 4 5 6 6-7 7-8 9-10 11-12 PERKARA MUKA SURAT 1 1-2 2-3

Anda mungkin juga menyukai