Anda di halaman 1dari 11

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa.
Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara
hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini
tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan
berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.
Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009)
dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan
merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau,
perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti
pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia
dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara
kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980).
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama
ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa
aturan semula jadi dan bersifat sejagat.
Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah


perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada
sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

2.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu
dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke
kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan
kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi
anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak).
Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan
boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika
dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun,
peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu
ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika
berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun,
peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir
remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60
dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan
tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima
prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku
mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan
bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.
Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir
awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada
konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam
objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku
dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu


proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses
perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap
peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada
padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama
tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh,
sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya
boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanakkanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan
antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di
antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari.
Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses
peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang
individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan
otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi
dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
2.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini
yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan
faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan
seseorang individu.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza
Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak-

kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka
merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada
anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan
bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan
ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan
kawalan emosi.
Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan
manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental
kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli
psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.
Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran
adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada
kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel
sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi
bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses
persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet
betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa
masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan
bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan
dilahirkan nanti.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan
individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan
melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka
ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat
pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang
porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada
emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial
dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz
badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak.
Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya.
Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya
meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.
Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit.
Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing
manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan
menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak
tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan
sunyi.

Impaknya,

proses

perkembangan

sahsiahnya

menjadi

tidak

sihat

kerana

perkembangan sosial dan emosi terjejas.


Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran.
Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir
merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia
dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara
pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat,
tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi
perkembangan seseorang manusia.
Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku
Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan
pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan
bulan.
Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi
perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang
merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran
motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan,
berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan


kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor
perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan
individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini
berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang
sempurna kepadaanak-anak.
Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan
baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa
menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang
proaktif dan sempurna.
Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang
diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh
menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan
perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang
baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu
adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4
tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak
kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan
kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem,
ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem
ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai
contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan
rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang
penting di dalam perkembangan kanak-kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.


Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem
yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau
tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang
diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat
membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak
tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan
yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang
penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan
komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbezabeza.
2.3 PERINGKAT DAN TEORI PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
a) Teori Perkembangan Bahasa
I.
Teori: Teori Behaviorisme (Tokoh: Skinner)
Bahasa dikenali sebagai hasil operasi daripada rangsangan yang diberi. Kanakkanak mempunyai tindak balas terhadap rangsangan. Bahasa bergantung kepada ciri-ciri
naluri dan bukan ciri-ciri mental. Kanak-kanak belajar bahasa disebabkan persekitaran
mereka dan didikan sejak kecil. Kanak-kanak belajar bahasa daripada ibu bapa sejak
kecil.Individu belajar bahasa berdasarkan pengalaman sendiri. Proses mempelajari bahasa

menggunakan mental tidak diterima. Bahasa dikaji berdasarkan data yang boleh diukur
seperti yang diucapkan. Tingkah-laku tidak berbentuk linguistik percakapan bentuk-bentuk
ayat yang dituturkan dan intonasi suara kanak- kanak. Kemahiran berbahasa diperoleh hasil
latihan, latih tubi atau pengulangan (bahasa yang selalu disebut). Manakala kemahiran
mekanis (meniru bahasa) tiada kaitan dengan mental. Malah, kemahiran berbahasa
mementingkan

aspek

lisan

dan

tidak

mempunyai

sistem

bahasa.

Beliau

menyatakan,analisis bahasa menggunakan konsekuan iaitu mengikut rentak.


II.

Teori: Teori Mentalis (Tokoh: Chomsky)


Bahasa dihasilkan melalui proses otak (mental).Kanak-kanak boleh merumus

bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang berlaku secara biologi.Perkembangan


bahasa kanak-kanak mengikut aspek yang dikuasai. Belajar bahasa secara tidak formal.
Penguasaan bahasa berdasarkan logik / boleh difahami kerana mempunyai makna. Belajar
bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan / latih-tubi. Penguasaan bahasa berkaitan dengan
mental dan semula jadi. Beliau menyatakan bahawa bahasa digunakan dalam analisis
dalam proses transperasi dimana mempunyai struktur dalaman dan luaran. Ungkapan yang
hendak diucapkan difikir dulu sebelum diucap.Kesalahan pelajar membentuk rumusan
dianggap bukan satu kesalahan, sebaliknya cubaan untuk membentuk satu sistem bahasa
(tanggapan awal) terhadap sesuatu perkara (andaian).Kanak-kanak boleh membuat pilihan
sebelum bertutur.
III.

Teori: Teori Interaksionalis (Tokoh: Halliday)


Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk

berinteraksi dalam masyarakat.Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran


bahasa, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa itu.Sistem bahasa kanakkanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi, sementara bahasa orang dewasa
mengandungi lebih daripada satu fungsi. Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa
kanak-kanak. Beliau juga mengutakan bahawa teori interaksionalis ini membantu kanakkanak menguasai peraturan-peraturan bahasa serta menggunakan struktur bahasa yang
betul dalam aspek tatabahasa.Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur
bahasa. Teori ini mementingkan komunikasi/interaksi yang berasaskan pendekatan
komunikatif.Sistem tatabahasa kanak-kanak boleh menyatakan dua perkara dalam satu
masa.
IV.

Teori: Teori Kognitif (Tokoh: Jean Piaget)


Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari dan membantu

pelajar menguasai bahasa yang dipelajari secara lebih berkesan. Teori ini sering digunakan

dalam pengajaran bahasa kedua serta mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang
pola-pola sintaksis dan leksikal. Melalui teori ini, kanak-kanak dapat memilih bentuk yang
diterima dalam bahasa dan menolak bentuk yang bukan struktur dalam bahasa. Malah Jean
Piaget menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal dan
menekankan aspek analisis dan pembelajaran melalui deduktif. Pengetahuan mengenai
tatabahasa bahasa kedua dititikberatkan.Kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan
bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji.Pengetahuan tentang pemahaman
struktur bahasa itu memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa.
b) Peringkat-Peringkat Perkembangan Bahasa
Dalam aspek peringkat perkembangan bahasa ini, penulis hanya menjelaskan tentang
peringkat yang difokuskan beliau dalam kajian kes sahaja iaitu peringkat kanak-kanak dalam
lingkungan umur 6-11 tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang
nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Semasa di sekolah rendah, kanak-kanak akan
menguasai kemahiran menulis dan membaca dengan menggunakan gaya bahasa yang
betul.
Kanak-kanak pada peringkat ini kurang bergantung kepada isyarat fizikal semasa
bercakap tetapi sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan
keperluan mereka. Pada tahap ini, percakapan mereka mula dipengaruhi oleh pergerakan
fizikal. Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak akan bersifat lebih analitikal dan
kompleks. Pada peringkat awal kanak-kanak (semasa pra sekolah) apabila disebut sesuatu
perkataan, kanak-kanak akan mengaitkan perkataan dengan sesuatu ransangan. Contoh;
apabila disebut perkataan kucing kanak-kank akan mengiau tetapi apabila memasuki
peringkat sekolah rendah, perkataan kucing akan dikaitkan dengan kategori seperti anjing,
kuda, binatang peliharaan, atau cerita yang berlaku di sebalik perkataan kucing. Ini
menunjukkan mereka sudah boleh mengaplikasi, mengkategori dan menganalisa perkataan.
Gaya bahasa kanak-kanak pada peringkat ini juga akan menjadi lebih kompleks.
Mereka akan mula memahami frasa-frasa yang kompleks dan mempunyai perkaitan.
Contoh: Budak yang dimarahi oleh guru semalam tidak datang ke sekolah hari ini. Mereka
juga boleh menghubungkait ayat, membuat penerangan dan bercerita.
Kesedaran linguistik juga meningkat pada peringkat ini. Metalinguistik membolehkan
kanak-kanak berfikir tentang bahasa yang mereka gunakan. Mereka sudah boleh memberi
maksud kepada perkataan yang diguna. Semasa di dalam bilik darjah, kemahiran sintaksis
iaitu membina komponen dalam ayat menggunakan subjek, predikat dan kata perbuatan

dipertingkatkan. Mereka juga mula menguasai gaya bahasa yang betul dan sesuai
digunakan dalam keadaan tertentu mengikut budaya setempat/. Contohnya, mengucap
selamat dan salam atau menggunakan adab dalam berbahasa.
Selain mahir bercakap, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula menguasai
kemahiran membaca. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk menolong kanak-kanak
menguasai kemahiran membaca ialah kaedah fonetik (Nik Eliani Nik Nawi, 2002). Kaedah
ini menekankan penguasaan menghubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi. Kanak-kanak
diperkenalkan dengan huruf vokal a, e, i, o, u diikuti dengan gabungan konsonan dan vokal.
Seterusnya mereka membaca perkataan mudah dan meningkat kepada yang lebih
kompleks (pembentukan ayat) dan pembentukan perengggan (cerita).
Rajah di bawah menunjukkan aras atau tahap kemahiran membaca mengikut umur
seperti yang dicadangkan oleh Chall, 1979.

Jadual 1: Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak.


Ara

Umur

s
0

0-4 Tahun

Penerangan
Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas
untuk membaca. Mereka memahami peraturan dalam
membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula
mnegenali huruf, boleh menulis dan membaca nama
sendiri. Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra
sekolah, kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca

5-7 Tahun

yang asas.
Kebanyakkan kanak-kanak mula belajar membaca pada
peringkat iini. Mereka mula mengenali suku kata, bunyi
perkataan dan cara menyebut. Mereka mula membaca

7-9 Tahun

dengan menggabungkan suku kata.


Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca. Mereka
boleh

mengenali

perkataan

dan

membaca

ayat.

walaubagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih


hanya di peringkat pembacaan sahaja. Kanak-kanak pada
peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak
3

10-13 Tahun

memahami apa yang dibaca.


Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih mahir mendapatkan
maklumat dan informasi daripada pembacaan. Mereka

perlu mula membaca dengan kefahaman. Tetapi mereka


masih belum memahami pembacaan yang memerlukan
analisa atau melibatkan perspektif yang berbeza. Kanakkanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca
pada peringkat ini, akan mengalami kesukaran untuk
4

14 Tahun Ke Atas

menguasai kemahiran dalam akademik.


Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca yang
mahir pada peringkat ini. Kefahaman mereka tentang bahan
yang dibaca meningkat. Mereka berupaya memahami
pembacaan yang kompleks yang melibatkan pelbagai
perspektif. Ini membolehkan mereka berbincang secara
analitikal tentang kesusateraan, sejarah ekonomi dan
politik.

Anda mungkin juga menyukai