Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR FIZIKAL

Setiap individu akan megalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan


fizikal. Bagaimanapun, perkembangan ini akan terhenti dengan sendiri apabila usia
menginjak tempoh kematangan. Perkembangan ini bersifat kualitatif dan jelas dilihat
melalui peredaran masa. Antara perkembangan fizikal yang dialami seseorang
individu ialah saiz badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota-anggota badan dan juga perawakan.
Perkembangan fizikal kanak-kanak dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Dalam proses
pembesaran kanak-kanak, perubahan ketara yang dapat dilihat ialah ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat juga mampu melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks. Menurut (Hurlock 1978)Perubahan-perubahan ini
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.
Responden pertama didapati jumlah berat badan ialah 36 kg dan mempunyai
saiz badan yang sederhana sesuai dengan ketinggian. Responden kedua pula
mempunyai jumlah berat badan 29kg. jumlah berat untuk kedua responden ini adalh
ideal dan sesuai mengikut umur. Saiz badan yang sederhana tidak bermakna
responden seorang yang aktif bersukan atau kuat. Umumnya, bentuk dan saiz
badan manusia lebih banyak dipengaruhi dengan pengaruh-pengaruh yang bukan
baka, tetapi lebih kepada pemakanan, iklim, senaman, dan pekerjaan.
Perkembangan fizikal boleh menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan
sesuatu, sebagai contoh, mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam permainan.
Sebagai contoh jika dilihat untuk faktor pemakanan dalam mempengaruhi
perkembangan fizikal kanak-kanak, ibu bapa hari ini memilih untuk menghidangkan
anak-anak mereka dengan makanan-makanan ringan dan tidak berkhasiat. Faktor
inilah mengundang lemak-lemak jahat dalam badan dan mengakibatkan obesiti
seseorang anak. Anak-anak ini memerlukan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi
tinggi untuk menghasilkan badan dan otak yang sihat.
Responden pertama memilih untuk bermain bola sepak manakala responden
responden ini memilih bola sepak untuk menjaga kesihatan. Bersenam amat penting
dalam memastikan anggota badan dalam keadaan sihat. Berbeza dengan
responden kedua memilih untuk menghabiskan masa di rumah. Di sini dapat kita
ambil faktor persekitaran, anak-anak lebih didedahkan dengan penggunaan gajet-
gajet yang mana secara langsung telah meragut masa anak-anak untuk beriadah.
Secara tidak langsung anak-anak zaman moden tidak lagi mengenal erti bersukan.
Responden pertama mempunyai jadual pemakanan yang seimbang diambil
juga dalam kadar yang sepatutnya. Tetapi berbeza denga responden kedua, jumlah
sajian yang diambil adalah sebanyak 4 kali sehari. Tidakkah kita hairan bagaimana
mungkin seorang yang mengambil sajian 4 kali sehari tanpa melakukan sebarang
senaman mempunyai badan yang seimbang? Di sini dapat kita lihat faktor baka
yang sebenar. Setelah disoal selidik, ternyata saiz badan responden kedua mengikut
faktor baka keluarga mereka. Ibu dan bapa kepada responden kedua mempunyai
saiz badan yang sederhana. Menurut teori Arnold Gesell, baka dan kematangan
adalah faktor penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan mereka adalah unik antara satu sama lain dan tempoh 5 tahun
pertama merupakan perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, mental, emosi
dan sosial. Baka menentukan had perkembangan namun begitu, persekitaran akan
menolong perkembangan tersebut mencapai tahap yang maksima. Secara ringkas,
faktor perkembangan manusia adalah berdasarkan baka, persekitaran dan juga
tindakan seorang individu terhadap baka dan persekitaran. Implikasi yang dapat
dilihat, bagaimana keupayaan mental serta persekitaran boleh menghasilkan
individu yang baik berlandaskan tindakan yang untuk merangsang perkembangan
individu.
Perkembangan individu antara individu lain juga berbeza. Sesetengah
individu mungkin didedahkan dengan sumber teknologi yang terdapat dalam alam
sekeliling. Sumber teknologi ini merujuk kepada televisyen, komputer dan juga
tablet. Seperti responden kedua, ketika di usia muda telah menghadapi masalah
rabun mata. Mungkin faktor beliau menghabiskan masa di rumah pada waktu petang
mempengaruhi akan kewujudan masalah ini. Pada waktu petang contohnya,
responden kedua memilih untuk melayari internet sehingga lewat petang. Kanak-
kanak yang didedahkan dengan teknologi yang kemungkinan berunsur keganasan
atau kezaliman akan membentuk sikap dan budaya yang negatif.
Akhir sekali, kita lihat pendangan mereka terhadap perubahan diri.
Responden pertama merasakan bahawa dirinya semakin membesar manakala
responden kedua semakin meninggi. Perubahan ini bukan sahaja disebabkan baka
dan juga persekitaran, tetapi lebih kepada tindakan untuk merangsang
perkembangan individu. Tindakan sihat yang diambil dapat mengekalkan perkara-
perkara buruk berlaku.Melalui tindakan ini, jelas dapat diukur darjah kematangan
seseorang.

Anda mungkin juga menyukai