Anda di halaman 1dari 9

Pengaruh Baka dan Persekitaran Terhadap Perkembangan

Kanak-Kanak

Oleh : S.Samprizal B Selamat

1. PENGENALAN

1.1 Manusia sentiasa mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Proses


pertumbuhan dan perkembangan ini berlaku dari semasa ke semasa bermula sejak dari
dalam kandungan lagi hinggalah ke akhir hayat. Namun begitu proses pertumbuhan dan
perkembangan mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Secara umumnya
pertumbuhan bersifat kuantitatif, boleh diukur kerana ia melibatkan pertumbuhan secara
fizikal. Manakala, perkembangan pula bersifat kualitatif, tidak boleh diukur, tetapi boleh
dinilai, ia lebih kepada perkembangan kognitif dan mental. Kamus Dewan (1992)
mendefinisikan pertumbuhan sebagai proses tumbuh, iaitu hidup, menjadi bertambah
besar atau sempurna.(1) Perkembangan pula didefinisikan sebagai proses berkembang
iaitu menjadi semakin sempurna. .(2) Dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan
manusia, pertumbuhan merupakan satu proses kesempurnaan manusia itu membesar
dari kandungan hinggalah mencapai kematangan atau aqil baliqh, pada ketika ini
sempurnalah pertumbuhannya dan ia akan terhenti. Perkembangan pula satu proses
kesempurnaan sifat kemanusiaan yang terkandung perasaan, kecerdasan,
kebijaksanaan, kemampuan berfikir, kebolehan mengatur tingkah laku dan sebagainya,
ianya akan terus berlaku dari semasa ke semasa hinggalah akhir hayat.

1.2 Pengukuran pertumbuhan dan perkembangan boleh dilihat melalui pemeriksaan


kesihatan bagi ibu-ibu hamil, kanak-kanak selepas lahir dan kanak-kanak di sekolah
rendah. Ibu-ibu hamil diwajibkan menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan
Ibu dan Kanak-Kanak (KKIK) untuk mempastikan kandungannya bertumbuh dan
berkembang mengikut tahap yang betul. Selepas kelahiran, bayi diwajibkan pula
menjalani pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak (KKIK) untuk
dinilai tahap tumbesaran dan perkembangannya. Perkembangan dan tumbesaran ini
direkodkan secara bertulis dalam Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-Kanak
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila kanak-kanak meningkat
ke tahap persekolahan, ukuran akan dijalankan melalui Kad 011 yang merekodkan
tahap perkembangan secara fizikal, iaitu melibatkan berat badan, ketinggian dan
sebagainya.

1
2. KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MENGIKUT AHLI
PSIKOLOGI

2.1 Pertumbuhan

2.1.1 Terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh ahli psikologi berhubung dengan
pertumbuhan. Secara umumnya, mereka memberikan definisi yang hampir sama iaitu
pertumbuhan itu bersifat kuantitatif, perubahan fizikal menunjukkan kematangan
seseorang dan boleh diukur. Pertumbuhan ini akan terhenti apabila seseorang itu
mencapai kematangan apabila aqil baligh.

2.1.2 Karl E. Garisson dalam Ee Ah Meng (1993) mendefinisikan pertumbuhan


sebagai proses perkembangan individu dalam bentuk saiz badan, iaitu perubahan-
perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Manakala Atan Long pula memberi
takrif perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari
semasa ke semasa. Proses perubahan tersebut dapat diukur secara kuantiti ke atas
seseuatu organisma. Bagi D.S Wright dan Ann Taylor dalam Ee Ah Meng (1993) pula,
mereka menyifatkan pertumbuhanitu sebagai pertambahan-pertambahan dalam
pelbagai sifat luaran seseorang seperti ketinggian, berat badan dan saiz.

2.2 Perkembangan

2.2.1 Berbanding dengan pertumbuhan, perkembangan mempunyai takrifan yang


berbeza. Jika pertumbuhan bersifat fizikal, perkembangan pula bersifat abstrak iaitu
melibatkan pengukuran kualiti. Walaupun perkembangan tidak boleh diukur namun ianya
boleh dinilai melalui pemerhatian dan perbandingan dengan peringkat yang lebih awal.

2.2.2 Crow and Crow dalam Ee Ah Meng (1993) mentakrifkan perkembangan sebagai
perubahan bersifat kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial. Sebagai cohtoh, seseorang kanak-kanak boleh membina ayat
setelah belajar membatangkan perkataan. Kebolehan membina ayat adalah satu proses
perkembangan.

2.2.3 Bagi karl E. Garrison, perkembangan adalah hasil daripada tindakan yang saling
berkait rapat di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan
mengikut aturan semula jadi menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Maksudnya
di sini ialah seseorang kanak-kanak mestilah boleh berjalan setelah belajar bertatih dan
kanak-kanak itu mampu menyeimbangkan kekuatan otot kakinya supaya dia boleh
berjalan sambil berdiri. Kebolehan berjalan, berdiri dan menyeimbangkan otot
merupakan perkembangan dan perkembangan ini telah dijangka akan berlaku.

2
2.2.4 D.S Wright dan Ann Taylor dalam Ee Ah Meng (1993) pula mendefinisikan
perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat dan organisasi
kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur. Manakala Atan Long pula menyatakan perkembangan itu satu
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur kuantitinya tetapi jelas dilihat perubahan
telah berlaku kerana bersifat baharu dan berlainan daripada peringkat yang lebih awal.

3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

3.1 Setelah dilihat definisi dan pengertian bagi kedua-dua proses pertumbuhan dan
perkembangan ini, jelaslah bahawa kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama
lain. Pertumbuhan akan menyebabkan berlakunya perkembangan, begitulah juga
sebaliknya, perkembangan akan berlaku disebabkan adanya pertumbuhan. Jika salah
satu daripada kedua-dua aspek ini tidak berlaku atau berlaku secara tidak seiringan,
maka individu tersebut berada di luar daripada tahap normal.

3.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan


seseorang individu? Bagaimana pula faktor tersebut boleh mempengaruhi kedua-dua
proses ini? Secara umumnya terdapat dua faktor utama yang sangat mempengaruhi
proses pertumbuhan dn perkembangan individu. Faktor-faktor tersebut adalah pengaruh
baka dan persekitaran.

3.3 Pengaruh Baka

3.3.1 Umum menyedari bahawa baka atau keturunan memberikan pengaruh yang
besar dalam proses pertumbuhan dan perkembangan individu. Antara pengaruh yang
sangat ketara ialah sifat fizikal seseorang seperti saiz badan, warna mata, warna
rambut, warna kulit, jenis darah dan penyakit. Apakah baka? Baka ialah ciri-diri
pewarisan yang diperturunkan oleh ibu dan bapa malah nenek moyang kepada anak
yang dilahirkan.

3.3.2 Baka diperturunkan kepada anak-nak melalui gen. Semasa proses


persenyawaan antara benih ibu dan bapa, 23 kromoson daripada sperma bapa akan
bergabung dengan 23 kromosom daripada ovum ibu. Gabungan ini akan menghasilkan
46 kromosom atau 23 pasang kromosom. Kromosom ini mengandungi gen-gen yang
mewarisi kebakaan bapa dan ibu kepada anak yang akan dilahirkan. Dari sinilah baka
mempengaruhi cirri-ciri pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

3
3.3.3 Ciri-ciri fizikal yang sangat jelas menampakkan pengaruh baka boleh dilihat pada
warna kulit. Secara umumnya kanak-kanak berketurunan Melayu mempunyai kulit sawo
matang, keturunan Cina pula berkulit cerah dan India berkulit gelap. Begitu juga dengan
bentuk rambut. Masyarakat orang Asli akan mewarisi rambut kerinting. Warna mata
masyarakat Eropah biasanya hijau atau biru. Manakala mata orang Asia berwarna
coklat. Apa yang sangat menarik ialah apabila berlaku perkahwinan campur. Kita biasa
melihat ada dalam kalangan anggota masyarakat yang berkahwin campur. Contohnya
antara keturunan Cina dan India. Disebabkan percampuran kromosom ibu dan bapa,
anak yang dilahirkan berkulit sawo matang, bermata sepet dan mempunyai wajah iras-
iras Cina dan India.

3.3.4 Pengaruh yang paling ketara dalam pewarisan baka ialah penyakit. Banyak
penyakit yang berlaku disebabkan oleh pengaruh baka. Antara penyakit yang
disebabkan oleh baka berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah penyakit
Pompe, penyakit Kencing Sirap Maple (Maple syrup urine disease - MSUD) dan
penyakit Gaucher atau Galactosemia merupakan sejenis penyakit genetik dalam
kelompok Kecacatan Metabolik Semulajadi Inborn Errors Metabolism (IEM), penyakit
Tay-Sachs adalah sejenis penyakit genetik yang berlaku apabila kuantiti banyak
gangliosida , sejenis terbitan asid lemak, penyakit Sistik Fibrosis (bahasa Inggeris cystic
fibrosis), Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal
dan kering, penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, sindrom dawn
dan Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan Porphyria
bukannya satu penyakit yang berjangkit tetapi merupakan penyakit genetik yang boleh
diwarisi.(3) Terdapat banyak lagi penyakit-penyakit yang memang telah diketahui
disebabkan oleh pengaruh genetik.

3.3.5 Selain daripada ciri fizikal dan penyakit, sahsiah juga boleh menerima kesan
daripada baka. Contohnya sifat introvert atau ekstrovert yang ada pada pembawa gen
iaitu ibu atau bapa akan diwarisi oleh anak-anaknya. Begitu juga dengan kecerdasan
seseorang. Ketika lahir, bayi tidak sahaja mewarisi bentuk fizikal induknya, bahkan turut
mewarisi kelenjar-kelenjar rasa, otak dan struktur lain yang penting dalam pembentukan
kederdasan seseorang.

4
3.3.6 Jelaslah di sini bahawa baka turut memberi kesan kepada faktor pertumbuhan
dan perkembangan seseorang individu. Namun baka hanya dominan dalam
mempengaruhi pertumbuhan. Faktor yang kedua yang sangat kuat mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan individu ialah faktor persekitaran atau nuture. Rajah
menunjukkan proses persenyawaan benih lelaki dan perempuan yang menunjukkan
bagaimana genetik (baka) mempengaruhi pertumbuhan .(4)

3.4 Pengaruh Persekitaran

3.4.1 Selain daripada baka, terdapat satu lagi pengaruh yang sangat dominan dalam
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. pengaruh tersebut ialah
pengaruh persekitaran atau nuture. Memang tidak dinafikan bahawa baka memberi
pengaruh, tetapi baka hanya mempengaruhi pertumbuhan, tidak perkembangan.
Sedangkan persekitaran mempengaruhi kedua-duanya sekali.

3.4.2 Dalam Kamus Dewan (2009) terdapat beberapa takrifan diberikan dalam
memberi makna kepada persekitaran antaranya ialah (i) kawasan di sekeliling sesuatu
tempat, (ii) kawasan sekitar; (iii) konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma,
fahaman, dsb) berkembang; (iv) (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh
Darwin) yang menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yang dapat menyesuaikan
diri dengan persekitarannya akan dapat hidup dalam persekitarannya itu dan cenderung
membiak dengan banyak; .(5)

3.4.3 Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk


kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat
persenyawaan. Norman L. Munn pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala
benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke
mengatakan persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

3.4.4 Berdasarkan takrifan di atas, persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling


individu yang meliputi kawasan tempat tinggal, sosioekonomi, sosiobudaya, pergaulan,
pendidikan, pemakanan, alam sekitar, rakan sebaya, media massa dan sebagainya.
Suasana ini dialami setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah
persekitaran memberi pengaruh yang sangat besar kepada pertumbuhan dan
perkembangan individu.

5
3.4.5 Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner

3.4.5.1 Antara pengkaji yang memberikan fokus kepada pengaruh persekitaran


ialah Urie Bronfenbrenner (1917). Beliau mengemukakan teori ekologi yang membuat
perkaitan antara pengaruh persekitaran terhadap perkembangan dan tumbesaran
individu. terdapat lima peringkat yang mempengaruhi ekologi iaitu (i) sistem mikro (ii)
sistem messo (iii) sistem ekso (iv) sistem makro dan (v) sistem krono.

3.4.5.2 (i) Sistem makro merupakan satu sistem di mana seseorang individu itu
banyak menghabiskan masanya. Dalam sistem ini seseorang individu itu berinteraksi
secara langsung dengan ahli keluarga seperti ibu bapa, adik beradik, rakan sekolah,
rakan kejiranan, rakan sebaya serta masyarakat sekitar tempat tinggalnya. (ii) Sistem
messo pula merujuk kepada bagaimana individu itu berinteraksi dan
menghubungkaitkan pengalaman bersama kominuiti dalam sistem makro. Disebabkan
seseorang individu itu bukanlah hanya bersifat sebagai penerima pasif, maka berlaku
interaksi pelbagai hala yang akan mempengaruhi perkembangan individu itu sendiri.

3.4.5.3 (iii) Sistem ekso pula merujuk kepada pengalaman yang diterima secara
langsung oleh seseorang individu walaupun ianya tidak termasuk dalam system itu.
Contohnya peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Tempatan dalam
penggunaan kemudahan awam secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan individu tersebut. (iv) Sistem makro pula melibatkan sosio budaya yang
lebih luas di mana seseorang individu itu berada dalam lingkungan budaya, nilai,
peraturan dan adat resam yang diamalkan. Contohnya negara barat yang sangat
terbuka terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan menyebabkan individu itu tiada
rasa segan dalam pergaulan berlainan jantina berbanding Malaysia yang tidak menerima
hubungan bebas seperti ini. (v) Sistem Krono iaitu merujuk kepada sejarah atau
pengalaman perkembangan seseorang individu itu memberi kesan kepada
perkembangan emosinya.

3.4.5.4 Jelasnya, berdasarkan teori ekologi yang dikemukakan oleh


Bronfenbrenner menunjukkan bahawa persekitaran hidup yang dialami oleh seseorang
individu sangat-sangat memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangannya.
Berikut adalah gambarajah yang menunjukkan teori perkembangan ekologi oleh
Bronfenbrenner .(6)

3.4.6 Pengaruh Pemakanan

6
3.4.6.1 Pemakanan merupakan antara pengaruh persekiratan yang memberi
kesan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Pemakanan di sini
merujuk kepada pemakanan yang diambil oleh bakal ibu, ibu hamil, bayi dan peringkat
seterusnya. Dalam pengambilan makanan, ibu yang hamil harus mematuhi piramid
pemakanan yang mengandungi gizi yang seimbang. Ini sangat penting dalam
memastikan pembesaran dan pertumbuhan janin dan ibu tersebut mengikut jadual yang
betul.

3.4.6.2 Elizabeth Fenwich dalam bukunya The Comlplete Book Of Mother &
Baby Care, menyenaraikan beberapa keperluan zat makanan yang mesti diambil oleh
ibu hamil dalam memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna.
Antara keperluan yang mesti dipatuhi ialah kalsium seperti roti putih, keju dan susu
tanpa lemak. Kalsium sangat penting bukan sahaja kepada ibu, malah penting dalam
pembentukan tulang dan gigi bayi semasa minggu kelapan kehamilan. Pengambilan
vitamin C seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan, tomato dan ubi kentang pula
penting dalam membantu membina plasenta yang kuat di samping mencegah penyakit.

3.4.6.3 Pengambilan makanan yang mengandungi asid folik seperti brokoli,


bayam, kacang hazel dan kacang tanah penting untuk membina perkembangan sistem
saraf utama bayi. Manakala ferum yang terdapat dalam ikan tuna, daging merah tanpa
lemak dan apricot kering membantu membina bekalan ferum dalam memastikan
peredaran oksigen berlaku dengan baik. Di samping itu, ibu-ibu hamil ditegah
mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafien, gula, alkohol, rokok dan
dadah kerana terbukti bahan-bahan ini boleh menyebabkan kecacatan atau
mengganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

3.4.7 Cara Didikan dan Asuhan

3.4.7.1 Cara seseorang individu itu dididik dan disauh juga merupakan elemen
penting yang mempengruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Didikan awal yang
diterima oleh seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingah laku dan
perkembangannya. Imam Al Ghazali, seorang tokoh pemikir dan sarjana Islam yang
terkenal sangat menitik beratkan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau nenegaskan
kanak-kanak perlu dididik sejak dilahirkan dengan nilai-nilai dan akhlak yang mulia.
Melah beliau meletakkan syarat penjaga yang menjaga bayi hendaklah mempunyai
akhlak mulia. Antara anjuran yang dikemukakan oleh Imam Al Ghazali dalam proses
pendidikan kanak-kanak ialah menjauhi daripada rakan-rakan yang jahat untuk
mengelakkan daripada terpengaruh, bersukan bagi menguatkan otot, tubuh badan dan
menambah kecerdasan serta menyediakan peluang berehat selepas belajar.

7
3.4.7.2 Dr. Wayne Dennis dalam Dr Hassan Ali(1997), telah membuat satu kajian
tentang pertumbuhan dan perkembangan sekumpulan kanak-kanak yang dipelihara di
tiga buah rumah anak yatim. Dalam kajiannya, sekumpulan kanak-kanak di bawah dua
bulan dipelihara selama tiga tahun tanpa diangkat, kecuali semasa diberi makanan tidak
boleh duduk dengan betul, malah tiada seorang pun yang boleh berjalan berbanding
dengan kanak-kanak di rumah kedua. Sebagai pengukuhan, kanak-kanak dari rumah
pertama tersebut dipindahkan ke rumah ketiga. Di sana mereka diberi rangsangan oleh
pengasuh dan alat-alat permainan. Didapati kanak-kanak yang mundur dalam rumah
pertama telah berkembang dengan pesatnya.

4. KESIMPULAN

4.1 Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa pertumbuhan dan
perkembangan individu dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Namun begitu faktor
persekitaran lebih banyak memberi pengaruh kepada pertumbuhan dan perkembangan
berbanding baka. Seseorang kanak-kanak yang diberi perhatian serta membesar dalam
persekitaran yang penuh dengan rangsangan akan membesar dan berkembang ke arah
yang sempurna. Memang benar faktor baka memberikan kesan dalam menentukan
pertumbuhan, namun keadaan sekeliling tempat seseorang itu membesar menjadi faktor
penentu kepada perkembangannya.

4.2 Buktinya, banyak sekolah dan pusat pendidikan diwujudkan untuk membantu
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menghadapi
masalah perkembangan seperti sekolah pendidikan khas. Tujuannya supaya mereka
boleh berkembang dengan baik dan dapat berkongsi hidup dengan masyarakat yang
lain. Malah kewujudan banyak konsultansi yang menawarkan perkhidmatan membina
perkembangan individu sama ada murid mahupun golongan dewasa ditubuhkan.
Konsultasi yang tumbuh macam cendawan selepas hujan ini mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan kerana telah berjaya membuktikan keberkesanannya
membangunkan perkembangan individu.

4.3 Antara konsultansi yang mahsyur di Malaysia ialah Excell Trainning oleh Datuk
Dr Mohd Fadzillah Kamsah, Akademi Keluarga Bahagai Malasia (AKRAB) oleh Dato Dr
Hassan Ali, Motivasi Alihan Pelajar (MAP) Trainning oleh Dr Tengku Ismadi Tengku
Muhammad, 3EM oleh Dr H.M Tuah Iskandar, Amalan Bijak Belajar oleh Dr Shukri
Abdullah dan banyak lagi yang keberkesanannya tidak dapat dipertikaikan lagi.

8
NOTA KAKI (1) Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Ketiga m/s 1401 (2) Kamus Dewan
Edisi Baru Cetakan Ketiga m/s 577 (3) Laman web Kementerian Kesihatan malaysia -
www.moh.gov.my/MohPortal (4)
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf (5) laman web rasmi
Dewan Bahasa Dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=persekitaran& ID
=Kamus%20dan%20Istilah ) (6) http://lms.oum.edu.my/main/default-
frame.php/200903111503245.%Topic%203(1).pdf 5. BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng
(1993). Psikologi Perkembangan: Aplikasi Dalam Bilik Darjah. (Edisi kedua).Kuala
Lumpur, Fajar Bakti Fenwick, E., (2000). Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu &
Anak. (Edisi Terjemahan), Kuala Lumpur, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd Hassan Mohd
Ali, Dr., (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur, Utusan Publication &
Akademi Keluarga Bahagia Malaysia Kamus Dewan, Edisi Baru (1992), Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala terengganu Kasmini Kassim, (1998) Penderaan Emosi Kanak-
Kanak: Trauma Terselindung, Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2004) Pendidikan Kesihatan Dan Keluarga/Seksual :
Aspek Fizikal, Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, Kuala Lumpur Syukri Abdullah,
Dr., (2006), Panduan Membimbing Anak Belajar: Anakku Bijak Belajar; Sentuhan Ibu
Bapa, Al Ameen Serve Holdings, Selangor Tengku Ismadi Ph.D, (2009). Teknik
Memotivasikan Anak Cara Positif. PTS Mellinnia Sdn Bhd., Batu Caves, Selangor
http://lms.oum.edu.my/main/default-frame.php/200903111503245.%Topic%203(1).pdf,
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf,
http://www.scrdn.com/521225-bab-2-perkembangan-
manusia, http://lms.oum.edu.my/main/default-
frame.php/200903111503245.%Topic%203(1).pdf laman web Kementerian
Kesihatan malaysia - www.moh.gov.my/MohPortal, Majalah "ibu" Bil 61 April 1994.
Faktor Biologi

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai