Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Bincangkan

faktor-faktor

yang

telah

menyebabkan

perbezaan

dalam

aspek

pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif yang dapat diperhatikan daripada kedua-dua orang murid dan implikasi proses pertumbuhan dan perkembangan ke atas pengajaran dan pembelajaran guru.

NAMA NO.MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA GROUP TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: TEOH TENG TENG : 850305015520001 : 850305015520 : 012-7063629 : tengteng8185@yahoo.com.my : AZMEN BIN YUSOF : OUM, JOHOR BAHRU

SMP PPG OKT 2012

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

_______________________________________________________________________ ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1.1 Pertumbuhan 1.2 Perkembangan 2.0 Pelaksanaan Kajian 3.0 Latar Belakang Murid 4.0 Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif 4.1 Faktor Endogen 4.1.1 Baka 4.1.2 Merokok 4.1.3 Pemakanan 4.2 Faktor Eksogen 4.2.1 Keluarga 4.2.2 Rakan Sebaya 4.2.3 Tempat Tinggal 5.0 Implikasi Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran Guru 5.1 Kesediaan Belajar 5.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 5.3 Tingkah Laku Pembelajaran 5.4 Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar 5.5 Perbezaan Personaliti 6.0 Kesimpulan Rujukan Lampiran

3 3 4 4 5

6 6 7 7

9 10 11

12 13 14 14 15 16 17 18

NAMA:TEOH TENG TENG 1.0 Pengenalan

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu keadaan atau proses yang berlaku secara berterusan dari permulaan kelahiran hinggalah akhir hayat manusia. Pertumbuhan dan perkembangan manusia melibatkan perubahan. Manusia berubah dari segi perwatakan, kebolehan mental dan sahsiah. Terdapat dua jenis perubahan yang boleh berlaku iaitu perubahan kuantitatif dan perubahan kuantitatif. Perubahan kuantitatif mudah diperhatikan, mudah diukur dan mudah diramal manakala perubahan kualitatif sukar diukur dan sukar diramalkan yang memerlukan peredaran masa.

1.1 Pertumbuhan Pertumbuhan ialah perubahan yang boleh diukur, dinilai dan diramal dari satu semasa ke semasa. Ia melibatkan perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak apa bila individu matang. Contohnya, perubahan yang bersifat jasmani seperti tinggi, saiz, berat badan dan bilangan gigi bertambah. Menurut Atan Long, pertumbuhan adalah satu perubahan yang dapat diukur secara dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Kuantiti perubahan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat ke atas organisma hidup sepanjang hayatnya. Pertumbuhan biasanya berhenti mengikut umur tertentu. Sebagai contoh, ketinggian seseorang itu akan terhenti apabila dia mencapai umur 21 tahun. Menurut ahli psikologi Karl E. Garrison, beliau menyatakan bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Manakala D.S Wright dan Ann Taylor mengesyorkan pertumbuhan sebagai pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang iaitu dari segi saiz, tinggi dan berat badan.

NAMA:TEOH TENG TENG 1.2 Perkembangan

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Perkembangan pada manusia ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal(Atan Long, 1980). Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel hingga akhir hayat manusia. Misalnya, seorang murid pra sekolah yang tidak dapat menyusun huruf A-Z dengan betul tetapi dapat menyusunnya dengan betul semasa Tahun 1.Daripada keadaan yang tidak mengenali penyusunan huruf kepada penyusunan yang betul telah menunjukkan murid ini mengalami perkembangan. Menurut pakar psikologi Karl E.Garrison, beliau mentakrifkan

perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. Satu pendapat daripada Paul Eggan dan Don Kauchak(1997),

perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal di dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Di samping itu, menurut Crow dan Crow(1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

2.0 Pelaksanaan Kajian Terdapat beberapa pelaksanaan kajian telah saya lakukan untuk mendapat maklumat yang tepat supaya menjayakan kajian ini. Terlebih dahulu, saya mengadakan satu sesi temu bual dengan ibu bapa murid A dan murid B untuk mendapat maklumat berkaitan dengan pra lahir dan lepas lahir. Pemerhatian dalam kes kedua-dua murid sepanjang satu bulan juga saya catatkan. Di samping itu, saya juga mendapat maklumat yang relevan dari guru yang mengajar dan juga rakan sekelasnya.

NAMA:TEOH TENG TENG 3.0 Latar Belakang Murid 3.1 Profil Murid A dan Murid B Murid Perkara Nama Tarikh Lahir Keturunan Agama Umur Jantina Tinggi Berat Warna Mata Rambut Warna Kulit Tulisan Aktiviti yang berminat Gautam 30-12-2000 India Hindu 12 tahun Lelaki 155 cm 64kg Kehitaman Kerinting

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Murid A

Murid B

Alya Zulfah Seng 19-10-2000 Cina Islam 12 tahun Perempuan 146 cm 41 kg Kehitaman Lurus Kuning cerah Kemas dan kecil Menghasilkan kraf tangan

Gelap Kecoklatan Kurang kemas dan besar Kegiatan Taw ado

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

4.0 Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.

4.1 Faktor Endogen Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen merupakan faktor keturunan atau faktor pembawa.

4.1.1 Baka Daripada segi fizikal, individu akan mewarisi sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, saiz badan, warna kulit, warna mata, temperamen dan sebagainya (Buss & Plomin, 1997). Daripada kajian yang saya jalankan, kedua-dua murid ( Gautam dan Alya Zulfah Seng ) mempunyai perbezaan dari segi fizikal adalah disebabkan oleh baka ibu bapa masing-masing. Dari Segi Fizikal Warna Kulit Ibu murid A Bapa murid A Murid A Ibu murid B Bapa murid B Murid B Gelap kecoklatan Gelap kecoklatan Gelap kecoklatan Kuning langsat Kuning cerah Kuning cerah Jenis Rambut Kerinting Kerinting Kerinting Kerinting Lurus Lurus Warna Mata Saiz badan

Gelap kecoklatan Gemuk Gelap kecoklatan Gemuk Gelap kecoklatan Gemuk Kehitaman Kurus

Gelap kecoklatan Sederhana Kehitaman Sederhana

Murid A mempunyai gen ibu bapanya yang keturunan bangsa India. Ibu bapa murid A mempunyai ciri-ciri fizikal seperti rambut yang keriting, kehitaman warna kulit dan sebagainya. Murid B mempunyai gen bapa yang keturunannya Cina dan keturunan Indonesia daripada ibunya. Dengan ini, murid B telah mewarisi ibu bapa yang berlainan bangsa. Warna kulit dan jenis rambut murid B cenderung kepada gen bapa yang kekuningan dan lurus manakala warna mata diwarisi oleh ibunya.

NAMA:TEOH TENG TENG 4.1.2 Merokok

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Melalui rekod kesihatan kelahiran, saya didapati murid A mempunyai ukuran lilitan yang lebih kecil jika berbanding dengan murid B. Akhirnya, saya memperoleh kemungkinan yang menyebabkan perbezaan ukuran lilitan ini daripada temu bual ibu bapa murid A. Dalam temu bual, didapati ibu murid A mempunyai tabiat merokok sepanjang masa mengandung. Mengikut kajian pakar, jika ibu yang mengandung merokok akan mengakibatkan janin mengalami keadaan yang kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Peningkatan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu akan mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya menyebabkan janin mengalami kekurangan bekalan oksigen. Tambahan pula, menurut Miller (1986), merokok apabila mengandung boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala yang kurang.

4.1.3 Pemakanan Hasil temu bual dengan ibu bapa murid A dan murid B semasa mengandung Pemakanan Ibu bapa murid A 1. Ubat yang diperuntukkan daripada klinik kesihatan tempatan seperti Folic Acid, Iron, Complex B 2. Makanan seimbang ( 4 kali sehari ) Ibu bapa murid B 1. Selain ubat daripada klinik kesihatan

tempatan, susu tepu yang berkhasiat dengan Folic Acid. 2. Makanan yang berzat sarang burung ( 2 minggu sekali ) 3. Ubat-ubat tradisional cina ( sebulan sekali) 4. Makanan seimbang ( 4 kali sehari )

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Pemakanan yang seimbang dan berzat amat penting untuk pertumbuhan fetus dan ibu mengandung agar mencapai tahap kesihatan yang baik. Ini akan membantu mempertingkatkan kadar perkembangan sel otak janin. Saiz otak janin boleh menjadi sempurna dan membantu perkembangan intelektual. Pemakanan seorang bayi perlu dijaga sejak awal peringkat untuk menjamin perkembangan fizikal dan mental yang sihat. Tambahan pula, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat juga penting selepas anak dilahirkan. Menurut jurnal The Pediatric clinic of North Amerika oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirstten Krahnstoever pada muka surat 263, mereka mengesyorkan kajian mereka bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak mereka. Ini jelas dilihat daripada kajian saya. Misalnya ibu bapa yang obesiti akan membahayakan anak-anak mereka melalui cara pemilihan makanan untuk mereka setiap hari. Murid A telah membuktikan hal ini dengan badannya yang menunjukkan obesiti. Murid A berasal dari keluarga yang berbangsa India dan tabiat pemakanan mereka lebih cenderung kepada makanan yang berlemak dan pedas rasanya. Ini mungkin satu sebab mengakibatkan berlakunya obesiti antara mereka.

NAMA:TEOH TENG TENG 4.2 Faktor Eksogen

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Faktor eksogen membawa makna faktor yang datang daripada luar diri individu. Sebagai contohnya, keluarga, rakan sebaya, tempat tinggal, sekolah, persekitaran dunia, pusat ibadat, pemakanan dan media elektronik serta sebaran am

4.2.1 Keluarga Faktor ini memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa bukan sahaja mempunyai perhubungan talian darah dengan anak bahkan juga bertanggungjawab mengasuh dan mendidik mereka. Ibu bapa dapat mempengaruhi pembentukan sahsiah terhadap anak mereka melalui asuhan. Menurut Baumrid(1995), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif yang memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang di bawah batasan yang ditetapkan. Anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga tinggi dapat disemai secara tidak langsung melalui cara asuhan otoritatif ini. Daripada kajian saya, didapati ibu bapa murid A memilih cara Indulgent untuk mengasuh anak mereka. Dalam kehidupan harian, ibu bapa murid A melibatkan diri dengannya tetapi kurang mendisiplinkan anak kerana mereka percaya bahawa kanakkanak yang bebas dari disiplin ibu bapa akan menghasilkan anak yang kreatif dan berkeyakinan tinggi. Asuhan ini telah menjadi murid A gagal mengawal tingkah laku apabila berada dalam kelas. Keputusan akademik juga lemah kerana diberi kebebasan yang tiada hadnya. Pemikiran menaakul, mentaksir dan mengira semakin merosot atas sebab kelonggaran disiplin dan sikap malas dibina. Ibu bapa murid B pula mengambil cara authoritatif terhadap anak mereka. Pada hari Ahad atau cuti, ibu bapa murid akan meluangkan sedikit masa untuk melayari internet bersama anak. Dalam aktiviti ini, mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Ibu bapa murid B juga akan memberi input yang positif kepada anak agar dapat mengamalkan sikap yang berdedikasi. Cara asuhan ini telah menghasilkan murid B seseorang yang dapat bergaul baik dengan rakan, bersabar dan berdikari.

NAMA:TEOH TENG TENG 4.2.2 Rakan Sebaya

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula melakukan aktiviti sosial di luar rumah selain daripada ahli keluarganya. Oleh itu, faktor rakan sebaya memang tidak boleh dinafikan mempunyai peranan yang tertentu dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Mata pelajaran BM Murid A Murid B 44 86 BC 34 71 BI 54 82 MM 61 88 SC 36 73

Murid A berasal dari 6 Hijau di sekolah saya. Sebahagian besar murid kelas 6 Hijau terdiri daripada keputusan akademik yang lemah dan sebilangan kecil ialah bangsa India dan Melayu. Sehubungan dengan ini, pergaulan antara mereka yang kurang minat dalam pembelajaran, murid A juga terpengaruh dengan rakan sebaya di sisinya secara tidak langsung. Dia sentiasa gagal memupuk perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran harian dan suka bergaul dengan aliran bangsa yang sama dengan sendiri. Akhirnya, murid A mempunyai sifat suka bercakap dan lemah dalam keputusan akademik. Murid B berasal dari 6 Merah yang semua muridnya adalah terpilih dari segi keputusan akademik yang cemerlang. Pergaulan dengan rakan sebaya yang minat dalam pelajaran dan rajin belajar telah menjadi satu dorongan kepada perkembangan intelek dan potensi murid B ke tahap optimum. Selain itu, murid B yang bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun telah menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Sebagai bukti, murid B telah dipilih sebagai calon murid model tahun 2012. Dengan pengaruh daripada rakan sebaya ini, keputusan akademik murid B adalah lebih baik daripada murid A.

10

NAMA:TEOH TENG TENG 4.2.3 Tempat Tinggal

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Suasana Tempat tinggal seseorang itu dapat mempengaruhi perkembangan manusia dari segi pembelajaran secara kognitif dan budaya atau gaya kehidupannya. Murid A tinggal di kawasan rumah Pangsapuri yang dekat berhampiran dengan sekolah manakala murid B tinggal di kawasan perumahan kos tinggi. Dalam kehidupan harian murid A, dia mempunyai kebebasan untuk bergaul dengan rakan atau jiran berbagai-bagai bangsa di kawasan rumah pangsapuri. Dia akan mengayuh basikalnya ke merata-rata tempat bersama rakan-rakan pada waktu senja tanpa pengawasan ibu bapa. Keadaan ini telah membantu murid A mempelajari kemahiran yang lain apabila berada di luar kawasan rumah seperti teknik mengayuh basikal, lebih mengetahui peraturan lalu lintas dan sebagainya. Selain itu, perhubungan sosial menjadi baik dan mesra antara satu sama lain. Tempat tinggal murid B menyediakan pengawasan penjaga swasta di tempat kemasukan kawasan tinggalnya. Oleh itu, kegiatan dan aktiviti murid B adalah terhad dan kebanyakan hanya melakukan aktiviti di dalam rumah atau di bawah pengawasan ibu bapa. Dengan ini, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif murid B terhad dan hubungan sosial tidak akan begitu baik jika berbanding dengan murid A yang mempunyai pergaulan yang luas.

11

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

5.0 Implikasi Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran Guru Implikasi proses pertumbuhan dan perkembangan ke atas pengajaran dan pembelajaran dapat dibincangkan daripada aspek-aspek di bawah.

5.1 Kesediaan Belajar Menurut kajian, Plato pernah berbincang tentang seseorang adalah berbeza dari segi kecerdasan seawal 2000 tahun yang lalu. Begitu juga Galton (1865), serta Alfred Binet, Simon dan Terman ( 1916),yang mendapati individu berbeza daripada segi kecerdasan. Plaget pula mengaitkan kecerdasan dengan cara individu mengadaptasi kepada persekitaran. Oleh itu, kesediaan belajar murid di dalam satu kelas memang mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Ini juga bermakna guru perlu menyediakan satu perancangan sedia belajar yang sesuai dengan kecerdasan para murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Murid yang lambat dalam pembelajaran memerlukan perhatian yang berlebihan untuk memastikan mereka memperoleh ilmu pengetahuan yang disampaikan. Penggunaan alat bantu mengajar yang berbagai-bagai-bagai dapat merangsangkan dan menimbulkan minat murid khususnya murid yang lambat. Ini akan membantu murid yang berbeza kecerdasan agar tidak ketinggalan atau keciciran dalam pembelajaran.

12

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

5.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan aspek yang dibincangkan di atas, perancangan objektif pengajaran dan pembelajaran oleh guru juga berpandukan perbezaan kecerdasan antara murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dirancang dan diubahsuai demi kebaikan murid kerana ia akan menjadi kunci menjayakan satu pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dalam satu kelas akan berbeza daripada segi keupayaan, guru perlulah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan daya keupayaan mereka. Ini bukan sahaja membantu murid menerokai pengetahuan yang baru tetapi juga memudahkan penyediaan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh membuat perhatian dan mencatat hasil pencapaian untuk kegunaan kumpulan aktiviti yang akan datang. Di samping itu, pembelajaran koperatif juga dapat diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dalam pembelajaran. Pembelajaran koperatif seperti kumpulan heterogenius iaitu murid yang cerdas membimbing murid yang lambat dapat mempertingkatkan gaya pembelajaran. Murid yang cerdas berusaha membantu murid yang lemah demi kebaikan kumpulan. Secara tidak langsung, semangat bekerjasama akan dipupuk dan dihargai. Kaedah pengajaran ini dikenali sebagai Scaffolding yang diperkenalkan dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky. Ada kalanya, pengajaran oleh rakan sebaya adalah lebih berkesan daripada guru kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan murid yang lebih mahir.

13

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

5.3 Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran Terdapat sebahagian kecil murid akan mengganggu perhatian guru atau murid yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tersebut telah mempamerkan tingkah laku disruptif dan destruktif . Contoh tingkah laku disruptif termasuklah hiperaktif, bising, agresif, ketawa kuat. Maka, tingkah laku destruktif ialah vandalisma, permusuhan nyata terhadap guru, tidak menghormati guru dan merosak harta benda guru yang tidak digemari, penyertaan kongsi gelap di luar, mengugut, memukul, menumbuk dan mencederakan murid yang kecil dan lemah. Dalam menghadapi situasi ini, peneguhan yang positif kepada mereka yang bersifat disruptif dan destruktif. Guru juga hendaklah memberi peneguhan yang negatif kepada murid yang destruktif agar mereka sedar kesan atau hukuman yang dikenakan. Walau bagaimanapun, ada juga murid yang mempunyai tingkah laku mengganggu secara positif iaitu selalu bertanya, proaktif, hendak tahu pengajaran yang belum disampaikan dan lain-lain lagi.

5.4 Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat dan gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang disukai oleh murid. Menurut Witkin (1940), beliau telah mengenal pasti iaitu dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar bergantung latar(field dependence) dan gaya belajar bebas latar ( field independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global manakala individu yang bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi secara analitikal. Gaya kognitif dan gaya belajar murid-murid akan diperhatikan dan dikesan selepas beberapa bulan penyampaian pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Terdapat beberapa jenis gaya belajar iaitu belajar secara audio, visual, kinestetik. Murid yang cepat menyiapkan tugasan dan selalu lambat menyiapkan tugasan juga akan dikesan dalam satu kelas.

14

NAMA:TEOH TENG TENG 5.5 Perbezaan Personaliti

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Memandangkan semua manusia mempunyai personaliti yang tersendiri, guru juga akan mendapati perbezaan personaliti di kalangan murid sekelas. Allport (1961), menyatakan personaliti sebagai penyusunan sistem psiko fizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Dalam satu kelas, ada murid yang pintar tetapi bersifat pendiam, ada yang pintar tetapi ramai kawan, dan juga murid yang suka bersendirian dan pendiam dan sebagainya. Tambahan pula, terdapat juga murid yang suka membuat tugasan secara bersendirian dan memandangkan rendah kebolehan murid lain. Murid yang bersifat begini susah menyesuaikan diri dengan kawan-kawan lain.

15

NAMA:TEOH TENG TENG 6.0 Kesimpulan

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Daripada kajian saya, saya mendapati Murid B mempunyai pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik dari segi fizikal dan kognitif jika berbanding dengan murid A. Semuanya disebabkan atas perbezaan faktor pertumbuhan dan perkembangan yang diambil oleh kedua-dua murid ini. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab ibu bapa sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Sahsiah dan tingkah laku yang positif dapat dibina adalah banyak bergantung pada ibu bapa masing-masing. Tegasnya bahawa faktor endogen dan eksogen mempunyai pengaruh yang seimbang terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu dari segi fizikal dan kognitif. Selain faktor endogen dan eksogen, guru juga memainkan peranan yang berat untuk membantu mengatasi perbezaan individu agar memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam pelajarannya. Pelbagai cara boleh digunakan dan terpulang kepada kreativiti setiap guru dalam usaha

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

(2632 p.perkataan)

16

NAMA:TEOH TENG TENG 7.0 Rujukan

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Buku 1. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali,& Ramlah Jantan(2011) .Psikoligi Pendidikan (2nd).Selangor:Meteor Doc. Sdn.Bhd. 2. Mok Soon Sang.(2002).Psikologi Pendidikan Semeseter 1(2nd).Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 3. Mok Soon Sang.(2002).Psikologi Pendidikan Semeseter 2(2nd).Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 4. Murugiah Velayutham (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 5. Ee Ah Meng (2000), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan semester 1,Selangor: Penerbit Fajar bakti Sdn Bhd.

Laman Web 1. Sutina Muhammad Hanip ( 2009).Pertumbuhan dan perkembangan. [Online].Available: http://www.scribd.com/doc/28175944/ [Nov 24] 2. Salwan Sulaiman(2010).Perkembangan kanak-kanak.[Online]. http://www.scribd.com/doc/46867756/ [Nov 24]

17

NAMA:TEOH TENG TENG 8.0 Lampiran Maklumat Murid A Sijil Kelahiran

NO.MATRIKULASI:850305015520001

18

NAMA:TEOH TENG TENG Kad 001

NO.MATRIKULASI:850305015520001

Laporan

Akademik Tahunan 2012

Maklumat Murid B Sijil

Kelahiran

Kad 001

19

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

2012

Laporan Akademik Tahunan

20

NAMA:TEOH TENG TENG

NO.MATRIKULASI:850305015520001

21

Anda mungkin juga menyukai