Anda di halaman 1dari 12

Apakah itu penggabungjalinan?

Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses P&P dan meningkatkan keberkesanan proses P&P.

Contohnya : Menggabungkan kemahiran membaca dengan lisan dan kemahiran membaca dengan menulis. Kemahiran utama akan diberikan fokus lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. Strategi ini hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan perlu dalam urutan yang sesuai dan berkaitan.

Dalam Konteks KBSR :


Penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu :
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Jenis Penggabungjalinan
Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran

Contoh permainan : HOKI Di dalam permainan ini terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid, seperti menolak, menahan, memukul, menguis, menggelecek dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan memukul. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat pukulan dengan teknik yang betul.

Contoh aktiviti : Regangan Guru menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira nombor 1 hingga nombor 8. Murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.

Contoh aktiviti : Senamrobik Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudiaan meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Murid melakukan pergerakan sambil membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan seragam, kemas dan teratur.

Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Bergantung kepada keupayaan guru untuk memberi penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Anda mungkin juga menyukai