Anda di halaman 1dari 14

PERKEMBANGAN EMOSI

Muhd Zul Hazmi bin Majeni Franklin Harisson Sampai Randy Latan Robert Houp Douglas Timothy Lim

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).

Kecergasan emosi adalah keupayaan untuk mengawal emosi supaya seseorang itu berasa selesa untuk meluahkan perasaan dan berbuat demikian dengan cara yang sesuai (Wee Eng Hoe, 2001)

Kecergasan Emosi

Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya
Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan

Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada; perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka, dan Perubahan tubuh fizikal tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan

1)

2)

Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita
Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas

Mengikut model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran
Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung

Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang
Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita

Seseorang yang tampil dengan kesihatan diri yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di khalayak ramai

Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal
Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik

Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita
Sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik

Fitrah manusia terutamanya kanak-kanak suka bermain terutama yang berbentuk hiburan dan sosial
Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai